|
Oh yeahhhh!!! kamek nunggu dgn penuh kesabaran... |
|
|
|
|
|
|
|
tred ni mendap sbb org takut nak reply..
nanti kena potong kedit pulak |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak jengah rumah MPS ni...last masa tu bertangga kat part 1 panggilan misteri cik es ni...pastu melarat pegi benang misteri yg lain2...pastu sebulan gak la hidup aku celaru..
celaru dlm erti kata nya takut tak ketahuan...sendiri terbayang2...sendiri perasan...tu le padahnya kan? hahaha padan dgn muka aku yg penakut ni
now aku belek lagi...rupanya dah ada part 2 yek...wah wah |
|
|
|
|
|
|
|
tred ni mendap sbb org takut nak reply..
nanti kena potong kedit pulak
MeeSai Post at 2-11-2011 15:41
betul tu....
tu yg jadir SR jer.......
mod jgn potong kredit ehhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cik_es at 3-11-2011 09:33
8 ...
"Ermmm.. nenek tu tadi cakap ape eh?" aku bertanya sekadar untuk memulakan perbualan.
"Dia cakap Kamsiaaa..."
"Hahaha..tau la Kamsiaaa...selain tu? Dia cakap apa pasal kuih tu?Halal ek?"
"Dia cakap Ngai On Ni.."
"Ngai On Ni..?" aku berkerut.
"Ha'ah...Ngai On Ni"
"Maksud?"
"I love you.."
Danny pandang aku lama. Aku diam,tak terkata.
"Apasal pulak segan-segan ni?Nenek tu cakap I Love U dengan sy la, bukan sy cakap I Love U kat awak" ujar Danny. Dan aku tau waktu ni muka aku berubah, walaupun aku cuba untuk berlagak biasa.
"Dah awak ter I love you,I love U tu pandang sy macam tu, memanglah segan!!" eh, terrrrmemberontak pulak.
"Betul lah, Ngai On Ni..I love You... Loveeeee U" kata Danny sambil hulur tangan macam nak peluk.
"Eiiiii..ntah apa-apa, pergi lah Ngai On Ni dengan nenek tu" kata aku,terus bergegas masuk ke dalam.
"Sy tunggu awak kat luar k" ujar Danny tiba-tiba.
"Tunggu untuk apa?"
"Tunggu awak bersiap"
"Bersiap nak ke mana?"
"Nak ajak awak gi sesuatu tempat"
"Ke mana?"
"Ngai On Ni..." Danny tahan gelak. Aku terus masuk ke dalam, aku serius,dia boleh main-main pulak.
Aku ke ruang tamu, Syaz dah bangun & bersiap nak keluar sebab aku tengok dia dah bersedia dengan kunci kereta. Mandi pun tak sebab malas, tak de bawak baju katanya. Syaz nak mandi kat rumah je, sebab mak dia dah bising nak pakai kereta lepas makan tengahari nanti. Bila Syaz sebut pasal makan tengahari, aku tengok jam dah nak dekat pukul 12. Aku hantar Syaz hingga pintu kereta, suruh dia drive elok-elok,kang tak pasal-pasal pulak terjumpa mamat van yang malam tadi.
Danny masih lagi menunggu di luar, dalam kereta dengan enjin yang masih dihidupkan. Aku mengeluh. Nak ke mana pulak, nak ikut ke tak? Aku berfikir sambil mengemas ruang tamu dan jugak tempat tido Syaz yang langsung dia tak kemas, bertuah punya budak. Tengah kemas-kemas tu, aku terjumpa satu kotak kecil yang berbalut dengan kertas hadiah warna kegemaran aku, hijau muda dan bereben putih. Sekilas aku teringat balik, tadi nak cari barang yang Danny letak kat tepi aku waktu aku pura-pura tido tu? Erm, inilah barang tu kot.
Perlahan, kotak tu aku buka, kertas pembalutnya aku koyak je dan letak ke tepi. Bulat mata aku tengok, handphone baru dan kelopak bunga rose ada kat dalam kotak yang sama. Dan .. ada kad kecil bertulis.
"I realize that u can't live without handphone.
So i bought u one.
Then, i realize myself can't live without u.
So,may i have u? Please? -Danny."
Itu kad yang pertama. Selak lagi ke dalam, ada kad kedua.
"Lets play game. Switch on this handphone.
Go to message and make sure the english dictionary is on.
Close the handphone's screen with ur left hand and with the other hand, type this number.
4(space)5683(space)968(space)263(space)4(space)6477(space)968
Now,move ur hand from screen and read
Aku cuba buat apa yang dia tulis dan aku tersenyum sendiri melihat apa yang tertulis.
P/s : Hidden message di atas dapat dibaca melaui handphone yang ber keypad biasa2 je tu, bukan yang QWERTY keypad punya ok
Aku menjenguk ke luar,Danny masih menunggu di situ. Aku berubah fikiran. Aku cepat-cepat mandi dan bersiap. Nak pergi mana pun aku tak tau. Ikut aje lah ke mana Danny bawa nanti.
Sebaik je aku melangkah masuk ke dalam kereta Danny, Danny terus memandu ke arah yang aku pun tak dapat nak agak pergi mana. Fikiran aku melayang jauh, banyak yang aku fikirkan.
"Suka tak handphone tu?" Danny tanya.
"Kita nak ke mana ni?" soalan tadi dibiarkan berlalu.
"Ada lah..ikut dulu. Suka tak handphone tu?" Sekali lagi Danny bertanya. Dan sekali lagi, aku biarkan jugak soalan tu tanpa jawapan. Dan Danny, tak mendesak.
15 minit kemudian, kereta Danny di parking betul-betul kat tempat kereta Syaz tertinggal hari tu. Tepi pantai. Disebabkan hari ni hari Sabtu, jadi suasana sepi tu sedikit terubat dengan kehadiran orang awam yang datang beriadah di situ, tak jauh dari situ, ada beberapa buah restoren yang terkenal dengan makanan seafood tapi agak lengang.. Melihat Danny keluar dari kereta, aku pun ikut sama.
Danny senyap, cuma memberi isyarat supaya aku ikut. Langkah demi langkah disusun, kami menyusuri pantai. Cuaca agak mendung. Beberapa hari ni, asyik sejuk dan hujan je. Kami bermain dengan pasir di tepi pantai. Danny mengutip ranting kayu yang hanyut di bawa ombak ke tepi pantai, lalu mengukir sesuatu di atas pasir. Menulis namanya sendiri di situ,dan beberapa saat kemudian, ukiran itu hilang dipukul ombak. Percubaan kali kedua dibuat, kali ni jauh sikit ke atas, supaya tak terkena air.
Selepas mengukir namanya sendiri, ranting kayu tadi di tikam sejauhnya ke pantai tapi ia nya kembali, dihanyut ombak. Mata nakalku memerhatikan lengannya yang sasa, rambutnya yang agak panjang, bahunya yang tegap.
"Dulu waktu sekolah, awak atlet sukan ke?" tanyaku memecah sunyi.
"Ya, saya pernah wakil sekolah untuk bola keranjang dan ragbi"
"Owh,patutlah..."
" Patutlah apa?"
Aku terkedu, aduh terlepas cakap.
"Aaaa.. patutlah awk tinggi" kataku.
"Takde kena mengena langsung.. cakap je lah awk suka body sy,banyak perempuan cakap macam tu" kata Danny,selamba.
Aku gelak dan menggeleng kepala. Ternyata apa yang berlaku awal pagi tadi, tak menjauhkan diri aku dan dia. Rasa kekok yang ketara pada awalnya tadi,hilang sedikit demi sedikit. Danny mengukir lagi sekali pada pasir pantai, kali ni, bukan nama dia, tapi nama aku pulak.
"Sya...awak ingat tak mula-mula kita kenal dulu?" kata Danny.
"Sy ingat setiap apa yang kita lalui"
"Kerana Nenek Misteri tu, kita jadi rapat..Awk tak rasa ke semuanya ni,ada sebab?"
"Semua perkara ada sebab kenapa ia berlaku, dan setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi,yang kadangkala kita tak nampak"
"Awk kalau bercakap, macam orang sastera eh" Danny senyum. Aku terdiam, mungkin ada betulnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Selama aku kenal Danny, aku tak beritahu sangat tentang minat aku yang mendalam pada dunia seni. Seni lukis, seni menulis, seni tari, kraftangan dan macam2 lagi seni. Dulu, arwah mak aku seorang yang sangat kreatif, banyak yang aku belajar dari arwah dulu termasuk lah menggubah hantaran pengantin, mengait kasut kanak-kanak, menjahit, dan sebagainya. Sejak sekolah lagi, aku minat itu semua, lebih-lebih lagi menulis. Dulu,waktu sekolah, aku pernah tulis novel sendiri,guna buku latihan sekolah je, dan pernah kantoi oleh guru disiplin bila ada pelajar lain yang baca novel tu waktu kelas dia. 3 hari kemudian, guru tu panggil aku dan bertanya, aku copy dari mana cerita tu, aku cakap aku tulis sendiri setiap kali ada masa terluang. Cikgu tu pernah cakap, satu hari nanti dia percaya aku boleh sara hidup aku hanya dengan menulis, jadi novelis ke, penulis biografi ke, apa-apa sahaja. Bila hari ni setelah aku ada kerjaya sendiri, aku ingat balik apa cikgu tu pernah cakap, dan sekarang aku kerja bahagian pengurusan restoren yang memang agak jauh menyimpang dari minat aku sebenar. Mungkin rezeki aku lebih ke arah itu, jadi aku buat aje sehabis baik.
Danny ceritakan kisah dia pulak. Dia dulu waktu sekolah, minat bahagian sukan. Tapi takde siapa pernah tau, dia jugak seorang yang ada jiwa seni. Kalau aku boleh leka dengan dunia penulisan, Danny pulak lebih pada dunia lukis. Waktu sekolah, Danny dilabel sebagai seorang pakar perempuan hingga pernah jadi rujukan beberapa orang kawan dia kalau nak ngorat perempuan. Amboih! Aku tergelak sendiri.
"Awk tau tak nape sy sangat menghargai kaum wanita macam awk?" tanya Danny.
"Kenapa?"
"Sebab sy tak nak orang terima nasib macam mama sy"
"Kalau awk tak kisah,nape dengan mama awk?"
"Takde orang pernah hargai mama sy until the day mama sy meninggal dunia,taraf dia macam sampah yang layak duduk kat bawah tapak kaki je,atau mungkin lebih hina daripada itu. Even insan yang bergelar suami,tak pernah hargai mama sy sebagai seorang wanita,seorang isteri,seorang yang lahirkan zuriat dia. Sy tak ingin nak sebut lelaki tu sebagai ayah sy, sy tak rasa sy ada ayah pun,since i was kid lg. Sy tahu,nasib seorang wanita tu terletak pd redha suami dia,tp sy tahu dan yakin Allah itu adil pada sesiapa pun termasuk mama." Danny berhenti seketika, merenung aku dan meneruskan kata-kata.
"Mama sy selalu ckp pada sy,kalau sy dah dewasa,dah ada pilihan hati untuk sy buat teman hidup,sy wajib hargai nilai seorang wanita tu,walaupun taraf hidup dia mungkin rendah,tak berpangkat, orang anggap hina, tapi kedudukan dia tetap tinggi di sisi seorang lelaki. Dan.. sy tak pernah lupa macamana kecewanya mama sy kerana seorang lelaki,she put her trust,tapi apa yang dia dapat? Nothing.. Sejak sy lahir sampai hari mama sy meninggal dunia, sy tak pernah lihat mama sy betul2 gembira kecuali waktu hari sy berikan dia gaji pertama sy yang sy dapat, i hug her tight dan beritahu dia, sayangnya sy pd dia,lebih mahal berjuta kali ganda dari nilai semua wang yang ada kat dunia ni" Danny menghela nafas panjang, bukan mengeluh. Dari pandangan mata dia, aku tau dia sebenarnya rindukan mamanya.
"Awk tau tak waktu pertama kali sy dengar suara Nenek Misteri tu, sy rasa sebak sangat. Sebak sangat-sangat. Sy faham penderitaan tu bila kita menanti seseorang yang kita syg sangat tapi akhirnya kita dikecewakan. Sy faham sgt.. sebab sy pernah lalui tu semua. Kehilangan buatkan sy lebih menghargai..dan manusia sememangnya macam tu,bila dah hilang,baru tercari-cari sedangkan bila depan mata selama ni tak pernah sesaat pun hargai"
Aku dan Danny diam,agak lama.
Peristiwa dan kenangan bersama Nenek Misteri tu bermain semula di ingatan. Pada awalnya aku rimas bila Nenek tu selalu telefon yang selalu ku akhiri dengan jawapan "tak tahu" je, tapi lama kelamaan Nenek tu lah yang selalu menemani aku di awal pagi, pada lewat petang. Pernah jugak aku ada krisis dengan kawan sekerja dan jadi mangsa kemarahan bos, dengan Nenek tu jugak tempat aku mengadu walaupun aku tahu, sepatah pun Nenek tu tak faham apa aku cakap, tapi aku masih jugak bercerita pada dia sebab aku tak tahu nak kongsi pada siapa. Ternyata aku terlalu rindukan suasana tu. Aku nak Nenek tu kembali telefon aku macam dulu, orang lain mungkin bengang,tapi aku tak. Tanpa sedar,aku cukup tersentuh dan menangis. Aku tak dapat kawal perasaan aku sendiri,airmata yang pada mulanya hanya menitik dari hujung mata, makin lama makin tak terkawal dan aku menangis teresak-esak,persis anak kecil.
"Sha..awk jangan sedih k,sy minta maaf kalau sy buat awk jadi macam ni. Tp sy nak awk tahu, Nenek tu pastinya berterima kasih pd awk sebab awk usaha keras untuk jumpakan dia dengan Freddie.Awk ada hati yang jujur dan ikhlas, sebab tu awk terpilih untuk lalui semua ni, bukan orang lain" Danny memujuk.
Tangisan yang pd awalnya tadi tak terkawal, mula reda. Bukan kerana aku dah cool ke apa, tapi kerana bunyi loceng itu. Yang tak tahu datangnya dari mana. Aku terpinga-pinga dan cuba mencari dari mana arah bunyi tu,tapi gagal dikesan. Aku cuba memerhati ke arah hujung pantai yang lebih jauh, tiada apa yang aneh.
"Danny..awk dengar tak?" aku berbisik dan beri isyarat diam.
Sampai berkerut dahi Danny sewaktu cuba nak dengar bunyi yang aku maksudkan. Tak lama kemudian, dia menggeleng kepala.
"Jap.. Jap.. diam.. awk cuba tahan nafas dan dengar.. ada tak dengar macam bunyi loceng gelang kaki dalam cerita hindustan yang heroin dia selalu pakai waktu nak ke kuil tu?" penjelasan yang terlalu detail tu mengundang tawa Danny. Sampai terduduk dia gelak.
"Hei..sy serius la, tolong diam jap. Kejappp je,awk dengar betul-betul" aku masih berusaha nak yakinkan Danny. Danny diam tapi masih lagi tersenyum-senyum. Beberapa saat berlalu. Dan bunyi tu tak lagi kedengaran. Danny pandang dan angkat bahu, tanda dia tak dengar apa-apa.
"Haah la....ada dengar!!" ujar Danny tiba-tiba. Aku tak dengar apa-apa,tetiba dia dengar pulak bunyi tu.
"Awk dengar bunyi pe?" aku tanya. Danny tak jawab,sebaliknya dia asyik memerhati seseorang yang berada di hujung kawasan pantai.
Kelihatan seorang wanita India yang lengkap berpakaian tradisional berwarna merah.
"Ada function ke apa pompuan tu pakai macam tu? Over gila pakaian dia. Nak ke mana tu?" Danny tertanya sendiri. Aku pun rasa pelik tengok pompuan India tu jalan2 dengan pakaian tradisional India yang lengkap siap dengan hiasan sarat kat kepala tu.
"Awk tak rasa ke bunyi tu datangnya dari pompuan tu?" Danny menoleh ke arah aku untuk kepastian. Aku tak pasti pulak tapi macam mustahil sebab pompuan tu agak jauh. Walaupun tak la terlalu jauh sebenarnya tapi mustahil bunyi gelang kaki boleh sampai ke telinga aku ni. Aku dan Danny menoleh kembali ke arah wanita India tu, tapi dah hilang macam tu je, dalam masa beberapa saat.
Aku dan Danny tergamam.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
tred ni mendap sbb org takut nak reply..
nanti kena potong kedit pulak
MeeSai Post at 2-11-2011 15:41
Akak memang takut nak reply sini....hanya jadi SR jer....takut2 sangat kena potong kredit.........{:4_189:} |
|
|
|
|
|
|
|
patut la danny so romantic...sbb kisah mama dia benar2 memberi kesan pada dia utk belajar menghargai dan mencintai wanita |
|
|
|
|
|
|
|
at last.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selama aku kenal Danny, aku tak beritahu sangat tentang minat aku yang mendalam pada dunia seni. Sen ...
cik_es Post at 3-11-2011 09:32
besh cik es.. patut la danny tuh romantik orgnya...
rasa mcm terjatuh cinta la plak ngn danny..heheheheh.. tp mmg padan ngn cik es..
sebab cik es.. ati baik.. danny pun sama.. smg kalian bahagia ye.. insyaallah.. amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedeh nye bace crite danny.. cian die.. dr sedeh tetiba pasal loceng eii seriau plak.. dolu anto cina, ni anto india plak.. ayoo suspen nye |
|
|
|
|
|
|
|
sedeh nye bace crite danny.. cian die.. dr sedeh tetiba pasal loceng eii seriau plak.. dolu anto cin ...
Spiral Post at 3-11-2011 10:53
Hantu 1Malaysia gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
xdulik :@.... nak jatuh cinta gak ngan danny |
|
|
|
|
|
|
|
lupa lak nak puji cik ecah...... syg cik es |
|
|
|
|
|
|
|
Waaahhh.... part 1, kisah hantu nenek kamsia... part 2 lak hantu india... huhuhuhuh.... Arundhati ke ni....
bile nk sambung lagi ni...
tq... |
|
|
|
|
|
|
|
ini dah mcm cite hantu 1 malaysia ni....
jgn marah cik es |
|
|
|
|
|
|
|
Best..sbb sgt detail...ko ada bakat yg besar utk buat novel... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak sy lahir sampai hari mama sy meninggal dunia, sy tak pernah lihat mama sy betul2 gembira kecuali waktu hari sy berikan dia gaji pertama sy yang sy dapat,
cik_es Post at 3-11-2011 09:32
Mak Danny baru meninggal ker sebab masa TT jumpa Danny, dia baru habis belajar kan?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|