CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
Post time 23-8-2012 03:10 PM | Show all posts
Review, review

Suamiku, Encik Perfect 10! - Syamnuriezmil

Aleeya mengandung anak luar nikah kerana dirogol oleh teman lelakinya sendiri, Syed Muzaffar. Pertemuannya dengan Zarief di dalam penerbangan balik ke Malaysia membantunya untuk berdepan dengan ibunya di kampung. Berlakon sebagai suami Aleeya selama seminggu, rupa-rupanya menerbitkan rasa cinta dalam hati Zarief walaupun ketika itu dia sedar yang dirinya adalah tunangan orang. Bila mengetahui Aleeya mengandungkan anaknya, Muzaffar berusaha untuk mengesan wanita itu. Niat yang pada mulanya hanya kerana untuk mendapatkan harta, akhirnya terbiar begitu sahaja bila Muzaffar lumpuh akibat kemalangan jalanraya. Aleeya memilih Muzaffar untuk kepentingan anaknya walaupun dalam hati cintanya memang untuk Zarief.

Actually kan aku dah banyak kali dapat notifications dari Penulisan2u pasal cerita nie. Tapi aku tak pernah pun baca. Dalam banyak2 cerita kat P2u, aku cuma minat baca 4 cerita sahaja tidak termasuk cerita nie. Bila tengok dah diterbitkan ke versi novel, ati nie pun dok tergedik2 baru nak baca. So far baca bab awal agak menyeronokkan, apa lagi. Malam raya gigih pergi Popular yer. Orang sibuk nak beli baju raya, aku sibuk beli novel. Hehehehe.... Aku boleh layan cerita nie walaupun situasi hero & heroin mcm tak berapa proper sangat. Lagipun sikap Zarief yang sangat mengambil berat tu buat aku seronok baca kot. Apa pun, tahniah tuk Syamnuriezmil


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2012 11:41 PM | Show all posts
aku paling suke baca Suami Yg Kubenci.. best giler.. baca 3-4 kali dah..part yg sebelum diorang berbaik n sebelum first nite tu yg best.. kelakar dialog2 diorang bila diorang asik gaduh pastu tak lama kemudian ada simpan perasaan kat satu sama lain.. hannah (watak heroin/isteri) tu keras2 kerak nasi je.. mula2 aje garang pastu bila kena ayat sikit ngan Uwais (watak hero/suami) terus cair.. lepas diorang berbaik n lepas first nite diorang kat rumah tuk ayah hannah tu, mcm dah boring sikit sebab asik bermanja2 aje hero n heroin so mcm kurang konflik mcm sebelum berbaik.. tapi nasib baik ada watak fawaz n mak Uwais yang kelakar.. cerita ni mcm kurang konflik sebab takde orang jahat dalam jalan cerita.. tapi ok la takde la nak sakit hati baca kan .. cuma ada scene sedih bila anak diorang meninggal tak cukup bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 05:03 PM | Show all posts


Novel Karya Seni Oktober 2012

Tajuk: RINDU DALAM SEPI
Penulis: Siti Khadijah.
Harga: RM22.00
Penerbitan: Karya Seni.

Sinopsis:
Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 05:04 PM | Show all posts


Novel Karya Seni Oktober 2012..

Tajuk: I LOVE MR STUPID
Penulis: MELUR JELITA
Harga: RM39.00
Penerbitan: KARYA SENI

Sinopsis:
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2012 08:50 PM | Show all posts
mak ai, melampau betul harga novel terbaru melur jelita
memang edisi tak beli dan pinjam sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 01:48 PM | Show all posts
aduyaii...penat nyer baca novel suamiku x romantik tp autistik niee....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2012 01:15 AM | Show all posts
Hari ni baru Pulut berkesempatan nak review novel Kerana Terpaksa Aku Relakan karya Umie Nadzimah. Ini novel ketiga Umie Nadzimah yang Pulut beli, tapi baru baca 2 je sebab novel pertama tu belum ada mood untuk baca. -.-“

KTAR mengisahkan Indah Halina yang ditinggalkan di R&R Tapah semasa ikut kakak tiri dia balik ke kampung, untuk majlis perkahwinannya. Zawati dengan mak dia memang lama cemburu dengan Indah dan memang nak halau Indah daripada keluarga dia sebab nak bolot harta. Bila Indah kena tinggal di R&R, dia berjumpa dengan Datuk Safiya dan Tajul Razin. Pertemuan pertama lagi nak menunjukkan ciri-ciri kebencian Abang Zen pada Indah. Mungkin sebab dia terlalu berhati-hati dan susah nak percayakan orang.

Bila Indah balik ke kampung, Zawati dan berkahwin dengan tunang dia, Saiful. Masa ni, semua orang tak percayakan Indah termasuklah ayah Indah sendiri. Bermulalah cabaran dan ujian buat Indah bila dibuang keluarga. Indah mula bekerja di sebuah kedai makan. Di sini, Indah berjumpa lagi dengan Datuk Safiya dan tolong Datuk Safiya dengan kerja dia. Datuk Safiya dah jatuh hati dengan Indah dan bercadang nak ambil Indah bekerja dengan dia.Sekali lagi Indah diuji bila kena halau dengan rakan sekerja yang tak puas hati dengan dia sebelum sempat Datuk Safiya berjumpa dengan dia. Akhirnya satu hari tu, Indah pergi ke sebuah pejabat untuk minta kerja. Tapi tak diterima. Lepas tu, Indah terjumpa Datuk Safiya yang tengah sakit. Terus dia teman sekali Datuk Safiya ke hospital. Bila Datuk dah sedar, terus dia suruh Indah tinggal di rumah dia dan bekerja dengan dia.

Bila makin kenal Indah, Abang Zen dah mula suka pada Indah. Mulalah dia memberikan hadiah-hadiah pada Indah. Lama-lama dia orang pun bercinta. Muncul pula Tajul Fahin adik kepada Abang Zen yang sukakan Indah, mengharu-birukan keadaan. Liyana pula tak habis-habis nak ambil perhatian Abang Zen. Tajul Zahin anak bongsu tak ambil kisah sangat. Ada sekali tu diorang bercuti sama-sama. Tajul Fahin dengan Liyana buat rancangan nak pisahkan Abang Zen dengan Indah. Lama jugak konflik berlaku antara Abang Zen dengan Indah. Kemudian, tak semena-mena Abang Zen jauhkan diri dari Indah dan mula rapat dengan Liyana. Tajul Fahin pula tak sudah-sudah nak mengurat Indah.

Konflik datang lagi bila ayah Indah nampak Indah dengan Saiful, suami Zawati. Terus dia paksa Indah kahwin dengan sesiapa saja kecuali bukan dengan Saiful.Indah akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Fahin. Tapi, perhatian yang Abang Zen tunjuk buat Indah tak senang duduk. Abang Zen selalu ada bila ada seseorang cuba untuk cederakan Indah. Akhirnya, masa hari perkahwinan, Fahin undur diri. Indah berkahwin dengan Abang Zen. Lepas kahwin, Indah lari sekejap dan tinggal di rumah kak maz. Kat sana, dia jumpa Saiful yang dah berpisah dengan Zawati sebab Zawati curang. Indah pun jumpa dengan Tajul Zahin. Barulah Indah kenal sedikit Abang Zen. Rupa-rupanya Abang Zen tinggalkan Indah bersebab. Sebab apa? Bacalah sendiri. Hihi. Akhir cerita, Zawati dan mak dia dapat balasan setimpal. Baru tahu rupa-rupanya ayah Indah kena guna-guna, patutlah dia marah sangat dengan Indah. Happy ending.

Pulut rasa ini kali pertama setelah sekian lama Pulut tak menghayati novel. Apa-apa pun, pulut nak ingatkan, lain orang lain cita rasa.
Pulut bagi 4.5 bintang.

       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 01:16 AM | Show all posts
chit_ana posted on 23-9-2012 05:04 PM
Novel Karya Seni Oktober 2012..

Tajuk: I LOVE MR STUPID

RM 39.00?
Memang tak belilah jawabnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2012 08:56 PM | Show all posts
chit_ana posted on 23-9-2012 05:04 PM
Novel Karya Seni Oktober 2012..

Tajuk: I LOVE MR STUPID

cover tak menarik langsung...tapi buku ni antara yg ditunggu sebab kalo ikut cam ASST, MJ ni byk selitkan pengajaran & ilmu...memang nak rembat satu tapi rege tuh kena tunggu review la jwbnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 01:29 PM | Show all posts
chit_ana posted on 23-9-2012 05:04 PM
Novel Karya Seni Oktober 2012..

Tajuk: I LOVE MR STUPID

mahalnye.......
kena tunggu ada offfer baru boleh beli lah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 11:39 AM | Show all posts
lepas beli ASST tu cam nyesal lak.... heroin jaga aurat gila2, hero perfect nak mampos, konflik tak berat pun. cam bukan konflik je. memang imaginasi tinggi betol la penulis ni.

ILUS tebal sebab takde isi penting pun.
baca kat blog dia pun byk merapu meraban. point penting ciput je.
lagi satu, cam la bagus sangat si Iris tu. kenot go maaa... dialog pun drama abih!
conclusion nya... aku pun takkan beli jgk!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 04:11 PM | Show all posts
mijot posted on 23-9-2012 08:50 PM
mak ai, melampau betul harga novel terbaru melur jelita
memang edisi tak beli dan pinjam sahaja.

iolls tggu org jual yg 2nd bru beli.. mcm nobel ASST dulu n mne2 nobel yg harga 25rggt ke atas.. ... tp mostly buku skng sume yg 2nd..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 11:31 AM | Show all posts
dah abes baca : kerana terpaksa aku relakan.

review jalan cerita seperti yg diceritakan oleh porumer pulut.
tapi utnuk selera aku, aku bagi 3.3 bintang.


kt mph seremban 2, dah masuk dah karya melur jelita.
mungkin aku pinjam jer.
memang tak harap lebih2 sebab dah baca novel ASST, banyak merapudan meleret-leret jer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 03:32 PM | Show all posts
EXLESSIA posted on 27-9-2012 11:39 AM
lepas beli ASST tu cam nyesal lak.... heroin jaga aurat gila2, hero perfect nak mampos, konflik tak  ...

kalau dah  merapu meraban baik jgn buang $$. Baik  lea simpan duit beli novel kak kucc_aprilsnow yang akan kuar xlama lagi *ambik kesempatan iklan nobel penulis pojaan*
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 11:32 AM | Show all posts
chit_ana posted on 23-9-2012 05:03 PM
Novel Karya Seni Oktober 2012

Tajuk: RINDU DALAM SEPI

AKu beli buku nie sebab aku baca sinopsis pasal hero nie kira mcm mamat korporat. Maksudnya keje pejabatlah. AKu suka citer2 mcm nie. Tapi bila baca, arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh rasa bercampur aduk. Mcm apa yg ada dlm buku nie aku dah penah baca dekat buku2 lain. Hero dah ader makwe. Makwe perangai mcm haram Pastu hero ngan heroin p meeting kat maner ntah. Kena tangkap basah. Lelaki memula benci gila2. Pastu bila nampak ader lelaki lain ngan bini dia mulalah rasa cemburu segala. Part ending pun aku dah tak ingat apa jadi. Serius!!! Aku baca dialog jek. Huhuhuhuhu.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 11:33 AM | Show all posts
pulutmanggis posted on 25-9-2012 01:15 AM
Hari ni baru Pulut berkesempatan nak review novel Kerana Terpaksa Aku Relakan karya Umie Nadzimah. I ...

Kakak opis baru meluahkan dengan aku cerita nie sangatlah best bagi dia. So, napsu nak beli tu mulalah ada kan. Baca komen ko nie, lagilah buat aku tergedik2 nak membeli jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2012 11:35 AM | Show all posts
AzzaleaKhaliq posted on 29-9-2012 03:32 PM
kalau dah  merapu meraban baik jgn buang $$. Baik  lea simpan duit beli novel kak kucc_aprilsnow y ...

Cuba bgtau sikit salah satu novel Kak Kucc_aprilsnow tu. Nama pena dia tuk novel apa?

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 01:33 PM | Show all posts
AzzaleaKhaliq posted on 29-9-2012 03:32 PM
kalau dah  merapu meraban baik jgn buang $$. Baik  lea simpan duit beli novel kak kucc_aprilsnow y ...

tak penah beli lagi penulis ittew.
apa tajuk?
mmg gila babeng recommended ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 07:43 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 1-10-2012 11:33 AM
Kakak opis baru meluahkan dengan aku cerita nie sangatlah best bagi dia. So, napsu nak beli tu mul ...

Bolehlah cuba baca. Pada pulut cerita ni paling ok compared lagi 2 novel beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 03:48 PM | Show all posts
eunnisa posted on 25-9-2012 08:56 PM
cover tak menarik langsung...tapi buku ni antara yg ditunggu sebab kalo ikut cam ASST, MJ ni byk s ...


Sy baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.175691 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list