|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: PERJUANGAN BELUM TAMAT
[Copy link]
|
|
Page 20  |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan paksa anak guna tangan mana
DAKWAAN kononnya orang kidal pendek usia adalah mitos kerana tiada kajian terperinci menunjukkan sedemikian.
Bagaimanapun, kidal iaitu dominan di sebelah kiri, mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri terutama dalam kehidupan seharian.
Malah, ada ibu bapa melihat anak mula dominan tangan kiri, memaksa anak menggunakan tangan kanan untuk menulis.
Jurupulih Perubatan Carakerja, Unit Terapi Cara Kerja Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Nashrah Hamdan, berkata kanak-kanak seawal usia tiga sehingga empat tahun sudah menunjukkan dominan mereka sama ada tangan kiri atau kanan.
Pada usia itu ada juga kanak-kanak dilihat masih menggunakan kedua-dua tangan kerana jika terlalu lama gunakan tangan kanan, mereka akan menukar ke tangan kiri.
"Apabila sudah mencecah usia lima tahun iaitu usia sudah banyak menggunakan pensel untuk menulis atau mewarna, ketika ini sudah boleh melihat mereka dominan di bahagian mana.
Seawal usia setahun sudah boleh mula makan, ibu bapa secara automatik mengajar anak makan tangan kanan.
"Sama ketika menggunakan tandas, ibu bapa mengajar guna tangan kiri jadi dari situ untuk makan dan menggunakan tandas, mereka sudah tahu menggunakan tangan mana," katanya.
Jangan paksa anak guna tangan mana
Ada ibu bapa tidak suka anak menggunakan tangan kiri terutama menulis.
Jadi, mereka memaksa anak menulis menggunakan tangan kanan.
"Memang tiada masalah kerana ketika itu anak masih kecil dan boleh mengikut kehendaknya.
"Namun, jika anak memang dominan tangan kiri, kebanyakan aktiviti lain seperti memegang barang, mereka masih akan menggunakan tangan kiri.
"Saya nasihatkan ibu bapa tidak perlu meminta anak menukar tangan kiri ke kanan jika sudah dominan kiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini akan membebankan, jika anak mempunyai masalah perkembangan atau seperti sindrom down kerana akan berhadapan cabaran tambahan dalam hidup," katanya.
Bantu kecerdasan otak
Sebaiknya, ibu bapa digalakkan mengajar anak koordinasi bilateral atau dua hala iaitu penggunaan kedua-dua tangan untuk membantu perkembangan dan kecerdasan otak.
Ini katanya, mereka yang dominasi kanan akan banyak menggunakan otak kiri dan yang dominasi kiri akan banyak menggunakan otak sebelah kanan.
"Tetapi jika mengajar anak menggunakan kedua-dua tangan, mereka akan menggunakan kedua-dua otak secara optimum.
"Antara aktiviti boleh diajar anak seawal usia empat tahun adalah seperti sukan dan menggunakan alat muzik kerana kedua-dua aktiviti ini banyak menggunakan dua tangan serentak.
"Apabila kedua-dua otak digunakan secara maksimum, mereka juga dipercayai boleh menjadi anak bijak dalam pelbagai perkara termasuk dalam bidang Matematik dan menjadi kreatif," katanya.
Kebaikan tangan kidal
Tidak dapat dielakkan kidal mempunyai kebaikan dan kekurangan tersendiri.
Dari segi kebaikan, aktiviti seharian akan berhadapan masalah seperti memegang pembuka tin atau gunting.
"Tetapi bukan alasan kekurangan bagi orang kidal, sebaliknya memberi kebaikan kerana mereka mampu mengadaptasi penggunaan peralatan itu dengan baik.
"Mereka juga sukar guna kerusi untuk menulis tetapi dengan azam tinggi, mereka masih berjaya guna menggunakannya sebaik mungkin," katanya.
Kekurangan tangan kidal
Kekurangan kidal apabila guna peralatan muzik seperti gitar dan alat sukan seperti pemukul golf.
Katanya, orang kidal tiada pilihan, mereka perlu mencari peralatan lebih sesuai digunakan.
"Untuk belajar sukar kerana guru bukan kidal," katanya.
Nashrah yang juga kidal berkata, dia menghadapi pelbagai pengalaman menarik sepanjang hidupnya.
Sebagai contoh ketika menggunakan gunting, ada risau sehingga bertanyakan dia mampu menggunakan peralatan itu.
"Kidal membuatkan tulisan comot kerana tangan sentiasa terkena tulisan yang baru ditulis.
"Jadi perlu teknik menulis seperti mengangkat tangan supaya tidak terkena tulisan itu.
"Sebab itu dari dulu saya hanya menggunakan 'ball pen' dan elak gunakan 'gel pen' kerana ia lambat kering," katanya.
Tugas mencabar
Ibu tiga anak itu berkata, sebagai jurupulih sydah berpengalaman 18 tahun, akuinya tugasnya itu mencabar.
Manakan tidak, dia perlu mengajar semula orang yang berhadapan masalah itu menggunakan semula anggota badan mereka terutama tangan.
Pesakit dapatkan rawatan pelbagai masalah seperti strok, parkinson, dementia, kemalangan hingga menyebabkan hilang atau cacat anggota badan dan sebagainya.
"Jadi apabila perlu belajar semula menggunakan tangan terutama pesakit muda selalunya akan lebih beremosi berbanding berusia.
"Ini mungkin kerana mereka merasakan selama ini mampu melakukan aktiviti harian dengan mudah, tetapi tiba-tiba perlu belajar semula membuat semua itu.
"Berbanding yang berusia, mereka akur keadaan diri dan ada kala enggan buat rawatan ditetapkan," katanya.
Terapi cara kerja
Setiap pesakit mendapatkan rawatan di Unit Terapi Cara Kerja, akan ditanyakan terlebih dahulu keperluan mereka.
Contohnya, apa tujuan mereka untuk mendapatkan pemulihan, adakah untuk aktiviti seharian, pekerjaan, sekolah, rekreasi atau hobi.
Kemudian, melihat semua aspek secara holistik sebelum memulakan pemulihan termasuk aspek fizikal, emosi, sosial dan psikologikal pesakit bertujuan pemulihan untuk membantu pesakit berdikari semula seperti hidap strok atau kemalangan hingga menyebabkan kekangan melakukan aktiviti seharian.
"Contohnya, jika pesakit kemalangan hingga tangan kanannya perlu dipotong, mereka akan diajar menggunakan tangan kiri untuk aktiviti seharian seperti memakai baju, menyikat rambut, memotong makanan, menggunakan tandas dan sebagainya.
"Bagi pesakit strok, mereka diajar guna peralatan berkali-kali bagi membantu pemulihan," katanya.
Ada pesakit mengambil masa antara tiga bulan, enam bulan dan bertahun-tahun untuk pulih atau sekurang-kurangnya dapat menggunakan anggota badan melakukan aktiviti harian.
"Untuk pulih sepenuhnya bergantung kepada keadaan pesakit kerana jika tidak terlalu teruk, boleh pulih seperti sedia kala," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sy off dulu
 |
|
|
|
|
|
|
|
Jom ajak rakan2 lain kutip kacang

|
|
|
|
|
|
|
|
Sy pgi tadi dh tgok tp tak ucap apa2 lg |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|