rasa cam dah lama je ko mengwar-warkan pertunangan fairuz yg dihadiri oleh abe ko itewwww ...hehehe
tengokkkk ..hampehhh tul ... sikit benorrr, rexy lak mencantas TBH .... ingatkan nak cerite dorang sambut chinese new year kat kg ...
kayla Post at 9-2-2011 21:17
ha'ah kan... entahlah dah lebih dari setahun... :re:
tu la pasal... ingat cakap pasal CNY... rupa2nya cakap pasal lelaki... cehhhhh...
SEMUA pemain elit badminton negara akan ‘diperam’ selama enam minggu selepas Siri Super Seluruh England sebagai persiapan menjelang Kejohanan Dunia di Birmingham, England yang akan berlangsung pada 8-14 Ogos depan.
Pengarah Prestasi Tinggi, Datuk James Selvaraj berkata, dalam tempoh enam minggu itu atlet badminton negara akan menjalani siri latihan dan ujian pengurusan tekanan.
“Pemain tidak akan dihantar ke mana-mana kejohanan dalam tempoh enam minggu selepas Seluruh England kerana kami akan mengadakan satu sesi seperti kem latihan pusat bagi menguruskan tekanan yang sering menjadi faktor kegagalan atlet negara di kejohanan besar, terutamanya Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik yang belum pernah diraih pemain negara,” kata James ketika ditemui.
Pemain elit negara akan mengambil bahagian di Terbuka Jerman (1-6 Mac) dan Seluruh England (8-13 Mac) sebelum kembali ke tanah air menjalani latihan pengurusan tekanan.
“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan berkerja sama dengan Institut Sukan Negara (ISN) untuk tujuan ini. Kami akan gunakan pendekatan psikologi untuk menangani masalah tekanan di atas gelanggang, dalam masa sama pendekatan saintifik akan diterapkan supaya setiap pemain memahami punca dan bagaimana caranya untuk menghindari dan mengatasi tekanan.
“Saya pasti tempoh enam minggu ini akan dapat membentuk pemain yang kuat dari segi mental sebelum mereka ke Kejohanan Dunia,” kata James lagi.
Menurut Pengarah Prestasi Tinggi itu, tiada kejohanan besar sepanjang tempoh enam minggu selepas Seluruh England menjadikannya waktu yang paling sesuai untuk program itu.
Ini bermakna, pemain elit negara tidak akan mengambil bahagian dalam kejohanan bermula 14 Mac hingga 24 April.
Persediaan yang dilakukan BAM ini bukan hanya bertujuan membentuk atlet yang mempunyai kekuatan mental di Kejohanan Dunia, malah sebagai mempersiapkan skuad Piala Sudirman, kejohanan yang akan bermula pada 22-29 Mei depan di Qing Dao, China.