CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 11-11-2010 10:14 AM | Show all posts
mmng tak sabar bebenor dah ni ....
juliet80 Post at 10-11-2010 15:30



    takut yer... sabar la semua yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2010 10:16 AM | Show all posts
ish! x sabo lak nak tunggu n3 nie...
shahrinas Post at 10-11-2010 15:13



    maaf...  hari ni petang skit yer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 10:30 AM | Show all posts
maaf...  hari ni petang skit yer...
fazss Post at 11-11-2010 10:16


x pe...yg penting ada n3...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 10:41 AM | Show all posts
lama tinggal citer ni...
kena stat dr page 1 semula...
teruskan ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 04:19 PM | Show all posts
salam semua.... fazss sempurnakan janji fazss petang ini...
selamat membaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 04:24 PM | Show all posts
Cuaca yang mendung ini mula di rasa seperti bahang nya bara yang menyala. Nafas nya pula tersekat2 seakan oksigen di Taj ini sudah tidak mencukupi. Gadis itu terus dengan adengan nya walau berkali2 Reza cuba untuk meleraikan nya.

Lisa hanya menanti tanpa perasaan. Kira yang tadi sedu didada nya juga terkaku, dengan tersenguk2 sisa sedu tadi dia melihat wajah wanita itu dan wajah Lisa silih berganti. Dunia semakin di akhir zaman, tanpa segan dan silu, wanita itu terus melurut tubuh Reza tika mereka sama2 telah berdiri.

“siapa ni? U tak nak kenal kan dengan I ke? Adik u yer…” lentuk bicara gadis ini. Lisa hanya merenung dengan senyum nipis. Otak nya bergerak pantas merecanakan semua fakta yang terapung. Reaksi mereka, kata2 mereka dan segalanya.

“no, kawan I, Lisa..” Reza perkenalkan aku. Kawan??!! Bunyi nya seenak yang aku nantikan.

“hi Lisa, my name lily..his girlfriend” tangan nya masih di dada Reza.

“hi..” ucap Lisa sekadar syarat umum.

“Lily, kawan I je..bukan girlfriend i..” Reza rasa mula terhimpit, apa2 pun boleh berlaku dengan Lily.

“kawan perempuan..sama la kan dengan girlfriend..” gelak birah yer terletus. Lisa hanya buat muka tidak berperasaan, dalam masa yang sama, otak nya ligat berputar.

“B..jom kita pegi tengok wayang..” Lily merengek manja. Reza mula gelisah, tangan nya sentiasa bergerak. Mulut nya pula tiada apa yang bernilai mampu di utarakan.

“tak boleh, I ada benda nak bincang dengan Lisa” Reza cuba melepaskan genggaman kejap genggaman tangan Lily dan dia. Jelas dan nyata di depan Lisa dan Kira.

Drama melayu terus berlangsung, sesaat mendatang drama melayu telah bertukar menjadi senantron Sepanyol. Heroin menggunakan anggota untuk menggoda si hero. Ini tidak baik untuk Kira dan Lisa juga sudah lemas dengan setiap babak itu.

“ok Reza, I think we done here right. I’ve to go now. Bye” Lisa mendukong Kira dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan Reza.

Pemanduan ku sudah tiada radar fokus. Selepas menghantar Kira pulang, aku terus pulang ke rumah. Tiada apa yang lebih afdal tika ini selain tilam ku. Panggilan dari Reza terus bertalu2 masuk, sengaja tidak di endahkan. Bukan kerana cemburu, Lisa yakin. Tapi ini soal hati yang masih belum beres.

Jika ini permulaan yang harus dilalui jika mereka bersama, maka ini terlalu mancabar untuk hati seorang wanita. Hidup Lisa tidak akan aman dari wanita2 seumpama itu, sama ada yang Reza cari atau mungkin yang sentiasa ingin mengejar Reza.

Tub mandi sudah pun dipenuhi dengan mandian, dititiskan aroma terapi ros di sekitar ruang bilik mandi. Harum bauan itu memenuhi segenap ruang itu. Lisa merendamkan tubuh nya dalam mandian yang telah pun melimpah di dalam tub itu. Suam air itu menyegarkan urat2 nya. Suam itu mampu stabil kan degup jantung nya. Haruman ros menenagkan jiwa nya sebentar.
Seketika, ingatan nya di tinggalkan. Minda nya memfokus kelam. Gelap gelita kini.

Terdapat satu cahaya yang terang tetapi terlalu jauh. Namun semua kedurat di atur untuk mengejar cahaya itu. jatuh berkali2 bukan masalah nya, tapi kesedihan yang menyelubungi nya tika ini. Lisa takut cahaya itu berlalu. Lisa takut hidup nya tiada jika cahaya itu tiada. Setiap kali Lisa berhenti, cahaya itu masih bergerak.

Lisa mula mengatur langkah, jika tadi dia hanya berlari anak, kini dia perlu berlari sekuat hatinya. Hingga ke nyawanya yang terakhir. Ibarat air sungai yang mengalir tanpa henti, begitu lah iltizam nya. tidak mungkin Lisa mahu hidup terus dalam kekelaman ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2010 04:26 PM | Show all posts
Akhirnya ..Lisa mampu menembusi cahaya itu, cahaya itu milik nya. serentak matanya di buka.. bau ros masih ada, ketenangan itu kini datang bersama sepi. Kesepian bukan satu kedukaan buat Lisa, tapi ia satu nikmat yang di kurniakan oleh Nya.

Di hening pagi, Reza masih lagi tidak berhenti menelefon Lisa. Mujur telefon itu telah di senyapkan malam tadi kalau tidak mesti bising nada dering itu. Entah apa lah yang ingin Reza bicara kan lagi.

Tiada apa yang sibuk di butik hari ini, biasa lah bukan musim nya lagi. Lisa hanya duduk bersama Intan dan Amy melihat Sara menjahit. Pekerja nya tahu sesuatu yang sedang melanda Lisa, senyum nya berubah. Lisa juga menjadi seorang yang terlalu banyak cakap. Ada perkara yang ingin di hindarkan,

Dalam keseronokan mereka berbual itu, Intan adakalanya melayan pelanggan yang masuk, sehingga kan tidak menang tangan pula bila pelanggan mula datang serentak. Lisa masih bersama Sara, hanya Amy yang di suruh membantu.

“cik Lisa ada orang nak jumpa..” Amy memecahkan keriuhan Lisa dan Sara. Baru Lisa dapat menggorek kisah hidup Sara sikit. Mengacau la…

Sedaya upaya Lisa mengelak kepincangan langkah nya, cuba berlagak tenang walau pun dia sedar sesuatu akan berlaku. Renungan tajam itu pasti dapat di tafsir oleh semua pelanggan nya di situ. Jangan lah Datin Noraini mengamuk kat sini, habis lah butik nya rugi.

“assalammualaikum Datin, apa khabar?” Lisa cuba beramah seperti biasa. Namun jelas kedinginan di pihak sebelah sana.

“u tak nampak keadaan i? still can walk, so sihat lah.. tak perlu tanya soalan basa basi tu. “ tegas. Tidak. Tapi terlalu tegas!!

“mari ke pejabat I” Lisa mula tidak keruan, pasti kedatangan Datin berkaitan dengan Reza.

“tak perlu!! Cakap kat sini aje..” Datin masih degil, ajak duduk baik2 kat sofa pun di tolak dengan kasar.

“kita boleh bercakap detail dalam pejabat I Datin” Lisa masih menggunakan diplomasi.
Namun gagal. Akhir nya mereka berdua terpacak di tengah2 ruang legar butik sahaja. Datin senyap dan hanya merenung tajam sekelilingnya. Mujur masing tidak mengendahkan nya.

“dengar sini semua.. “ Tiba2 Datin menjerit, semua mata tertumpu ke arah kami. Lutut ku sudah menggeletar, malu sudah mula bertandang.

“datin..” aku masih cuba memujuk Datin supaya keadaan tidak tegang.

“kenapa? U malu?” sergah Datin Noraini. Semua mata masih tertumpu ke arah ku. Tuhan sahaja yang tahu hatiku. Semua perasaan berhimpun selonggok. Ya Allah..tiada apa yang mampu menghalang, semua berlaku dengan izin Mu..

Aku terketar2 menanti setiap butir yang bakal di bentangkan oleh Datin Noraini. Apa sebenar masalah antara kami? Jika persoalan ini berkaitan Reza, tapi apa.. mata ku kian kelam..wajah2 ku pandang satu per satu.

“bersaksikan semua yang ada kat sini, I nak umum kan, I tak terima u jadi menantu I, sebab u tak layak langsung. I dah ada calon I sendiri. So please, jangan pernah bermimpi lagi . nak jadi menantu Datin konon” kata2 yang terlontar tidak langsung merobek hati Lisa, tapi ia mencambah benci yang teragung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 04:28 PM | Show all posts
“siapa Datin untuk menilai i?” kata2 itu tersusun kemas, ringkas tetapi menusuk.

“I ada hak, Reza tak akan obey I, if I say no… u know that?” peril Datin Noraini. Sengaja dia berjalan memusing tubuh Lisa.

“yes, tapi u masih tiada hak untuk menilai I, Datin..” Lisa masih teguh dengan ucapan nya.

“auntie..lama nya? I dah lapar…” tiba2 muncul seseorang menggamit Datin Noraini.

“sorry dear..auntie nak bagitau this girl about life” perli nya sambil berjalan mendapat kan wanita itu. aku kenal wanita itu, Lily…perempuan yang aku jumpa di Taj kelmarin.

“u , Lisa kan? Reza’s friend” rupa nya dia pun mengenali aku, ingat ke tak perasan sibuk mengelek tubuh Reza petang tu. Aku hanya tersenyum nipis.

“oh..good both of u know each other. Lisa, lily lebih layak dengan Reza. U better get off from him” mata nya tajam, setajam tombak. Tapi saying ia tidak cukup tajam untuk menakut kan aku.

“Datin, buat kali pertama and the last, I harap u ingat. I never fall in love with your son, jangan habis kan masa dan tenaga u dengan i. problem here is, bukan I, but your son. Dia yang datang cari I, so tak perlu la nak sekolah kan I tentang kehidupan .. my mom dah buat.” Kata Lisa buat Datin Noraini terasa malu, di kutuk di hadapan bakal menantu pujaan nya.

“wow….” Lily terkejut. Setahu nya Reza dan Lisa hanya kawan biasa. Pasti Reza punya acara di belakang nya. Tidak mungkin Lisa cinta kan Reza kerana Lisa tidak membelasah nya petang di Taj hari tu. Muka Datin dan Lisa di tenung.

“u yang terhegeh2, nak tuduh Reza pulak…” Datin Noraini mulai geram.

“enough…Datin, Lily.. I tak ada apa2 dengan Reza. I pun nak kahwin dah nanti.” Pandai aku menipu sekarang.

“tapi kenapa u keluar dengan dia dulu..” Tanya Lily, naïf sungguh.

“I keluar sebagai sahabat… that’s all” ujar ku.

“eleh..u ingat we all bodoh!! Jika betul, u tunjuk pada I sapa orang tu. I percaya orang itu mesti Reza” sergah Datin Noraini sekali lagi, dengan wajah nya seperti singa lapar.

Telinga semakin panas, pedih dan kurang berfungsi dengan baik. Otak ku sudah tidak mencernakan sebarang input dengan teratur, jauh lagi keseragaman. Semua fakta bercampur aduk. Dunia makin berputar.

“sapa!!” Datin Noraini makin menekan tatkala kemenangan seakan milik nya.

“saya” suara garau itu muncul di belakang ku, aku yang menoleh tergamam. Dia hanya tersenyum manis. Manis sangat. Aku tergoda dengan senyuman itu. Dia penyelamat ku. Air mata yang tadi cume bergenang dan bertakung kini telah pun melimpah dan berjujuran. Bukan lagi titisan demi titisan..bagaikan bah ia mengalir.

Mengalir satu perasaan yang tidak pernah aku rasai selama ini. Tenang hadir tika tubuh itu meraih aku yang telah tersedu sedan ke dada bidang nya. aku hanya mengikut, tubuh kaku ku tidak berdaya, hanya menerima apa saja yang di lakukan.
Belakang badan ku diusap perlahan, memberi kekuatan padaku.

“sayang, u ok? Don’t worry…” dia memujuk ku, dagu di tolak melihatnya. Air mata yang masih bersisa di pipi, di sapu dengan jari jemari besar nya.

“sorry Lisa…” aku hanya tersenyum hambar, Lily yang tadi bersuara dan terus berlalu. Datin berdengus melangkah keluar, mujur pintu kaca itu ada engsel, jika tidak pasti di hempas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2010 04:28 PM | Show all posts
jumpa lagi....muaahhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 04:29 PM | Show all posts
lama tinggal citer ni...
kena stat dr page 1 semula...
teruskan ye...
merahsilver Post at 11-11-2010 10:41



    cayok3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 04:30 PM | Show all posts
x pe...yg penting ada n3...
shahrinas Post at 11-11-2010 10:30



    dah ada...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 04:38 PM | Show all posts
dah ada...
fazss Post at 11-11-2010 16:30


penyelamatnya mesti SHAH kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 10:21 PM | Show all posts
padan muka datin noraini ..berlagak nak mampus...
rezapun pergilah dgn pompuan x de tamadun...
lisa x rugi apa2..syah pun anak datin jugak...cuma duda je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 12:24 AM | Show all posts
Reply 379# fazss


    cik fazss agak????
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 10:43 AM | Show all posts
wahhh so sweet la shah dtg tepat pada masanye

tah payah diteka lagi mesti shah yg datang kan fazs...jgn tidak tau !! :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 11:14 AM | Show all posts
Angin laut yang membahang ketika ini di rasa sejuk, terlalu sejuk!! Setiap hela nafas di hembus lembut. Sepi, hati aku terasa pilu.. di mana aku harus menghamparkan luka ini. Adakah aku ini sekuntum bunga yang tiada bau, hingga dia tidak datang kepada ku. Mungkin benar selama ini, hanya si comel jambatan antara kami.

Kira.. si comel itu.. aku tak sanggup berjauhan apatah lagi kehilangan nya..

Lisa merenung Kira yang asyik bermain di pinggir gigi air laut. Riang tawa nya menyembuhkan luka ku. walau hanya ini yang mampu dia miliki, dia amat berpuas hati.. ingin sekali hatinya , bertanya tentang pandangan si comel tentang rancangan ibu bapa nya. Tapi di batalkan, ‘umpama kalah sebelum berjuang’. Lisa takut, bibir itu mengeluarkan jawapan yang bukan di harapkan.

Langkah di atur menyertai Kira. Mereka bermain bola sehingga tak sedar, mereka telah pun berendam di dalam air laut. Mujur ada pakaian salin masing2 tadi.

Lewat petang Lisa menghantar Kira pulang, kereta Shah tiada, tetapi ada kereta Karina. Mungkin berbincang tentang hubungan mereka. Kenapa la hati ini tidak berhenti dari berfikir tentang mereka.. getus Lisa..

Belum pun kereta Lisa berhenti, muncul Karina di muka pintu. Gaya nya tidak ubah seperti ibu tiri, bercekak pinggang bersama renungan tajam yang menikam. Lisa cuba berlagak bersahaja, demi Kira, segala di lalui.

“hi Kira..pegi mana tadi?” konon nya ibu mithali la.. jelak sungguh dengan wanita birah ni. Kira dalam dukungan Karina meronta2 mendapatkan Lisa yang sudah pun beberapa tapak di hadapan mereka. Tanpa di duga, dukungan Karina terlepas. Bunyi seperti sesuatu jatuh.

Mak Yah yang sedang berpelukan dengan Lisa menjerit, Lisa segera menoleh. Semua berlari mendapatkan Kira yang sudah pun terbaring. Karina pula, hanya berdiri tegak, seperti sedang menyanyi lagu negaraku. Mak Yah menerpa Kira tanpa sengaja menolak Karina yang berdiri menghalang nya.

Tangan Lisa pantas membelek tubuh si comel sambil mulut nya tak berhenti memujuk. Si comel sudah teresak tanpa suara, mungkin terlalu sakit. Suara Mak Yah tak berhenti juga memarahi Karina.

Mak Som yang entah dari mana pula muncul, mungkin riuh sudah semakin gamat.

“Karina, kalau awak tak pandai nak dukung budak tak payah la dukung. Dah jadi macam ni sapa yang susah?”

“mama, Kira yang meronta tadi” dalam membela diri, ada juga nada bongkak nya.

“dah tahu dia tak nak di dukung, kenapa gatal dukung?!”

“bukan salah I, betina ni la.. sebab nak pegi pada dia Kira meronta” pandai sungguh meletakkan salah pada orang lain. Lisa memandang Karina dan Mak Yah silih berganti, tak pernah di lihat  Mak Yah semarah ini.

“kenapa ni? Ya Allah..anak papa..” Shah muncul di sebalik kekalutan ini. Kira berada di pelukan nya.

“dia jatuh, pegi bawa ke klinik dulu..” hati Lisa yang tadi membengkak sudah mula tawar. Muka Shah pun tak mahu di pandang. Tiada sudah perasaan untuk berada dalam lingkungan wanita birah itu.

Mak Yah bersama Shah berlalu menghilang ke klinik, tinggal Lisa, Karina dan Mak Som. Lama menanti, keadaan di rasa semakin tegang. Pukul 9 malam, mereka pulang. Kira masih lemah, kepala nya sedikit bengkak.

Shah terus membaringkan Kira di biliknya, kami semua mengikuti. Karina masih lagi dengan gaya nya. Ya Allah meluat yer aku. Aku terus berlalu ke ruang tamu.

“Lisa tidur sini malam ni. Teman Kira” usul Mak Yah, tapi bunyi seperti arahan. Aku terima dengan senang hati, namun tidak bagi Karina. Renungan tajam hadiah buat aku yang bersusah payah risau kan anak kandung nya itu.

“it’s ok, I kan ada mama” cepat sahaja wanita birah itu menyelit, Shah yang baru turun menghantar memandang sekilas.

“stop it Karina, u pegi balik aje, Kira perlukan Lisa bukan u” lantang suara Shah. Lisa terpaku, Karina pula terpasak jauh.

“I kan ibu nya..” agak teragak2 di suarakan nya.

“kalau u ada hati seorang ibu, u tak akan buat macam tadi” balas Shah.

“bukan salah I la..” teriak Karina, bergema satu rumah.

“terang2 salah u Karina, jangan nak berdalih” tegas Shah. Aku hanya memandang, aku mula takut melihat keadaan mereka berdua.

“dia yang salah..” Karina menghala jari nya kearah ku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2010 11:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 12-11-2010 12:05

“sudah la..sebelum benda tak elok terjadi, u better go now, I nampak apa yang jadi tadi.. semua..” Shah menutur dengan nada geram.

Karina terus berlalu, seperti yakin, tiada kemenangan untuk nya malam ini. Namun sempat juga di hadiahkan renungan bermakna buat Lisa, ‘I’ll come again!!!’ Lisa membalas renungan itu… ‘I’m waiting..’ Lisa tersenyum gembira, rimas betul nak melayan wanita birah itu.

Mata ini tidak pula mampu terlelap, entah kenapa tiba2 segar semacam. Tangan ku yang masih melingkari tubuh Kira ku usap perlahan. Hikmah apa yang akan timbul di sebalik kejadian ini. Sesungguhnya aku bersedia menghadapinya.

Selepas solat subuh, niat untuk menyambung tidor tidak juga terlaksana. Seperti malam tadi, mata ku segar untuk di suruh pejam kembali. Puas bergolek aku turun ke bawah. Hari masih lagi gelap. Aku hanya mengikut langkah kaki, fikiran ku entah melayang ke mana.
Beberapa ketika berlalu, aku ditelan masa dengan hanya berteleku bersendirian di taman. Hari pun semakin cerah.

“Awal Lisa bangun..?” Mak Yah bertanya, dia menghampiri aku yang sedang mengaul bihun di dalam kuali.

“biasa je la Mak Yah, lagipun tadi tak boleh tidor balik”

“sedap..”  Mak Yah merasa sudu yang ku sua pada nya. sekejap, air telah pun disediakan oleh Mak Som dan aku telah pun menghidangkan bihun yang ku goreng tadi.
Seronok melihat Mak Yah dan Mak Som berselera makan masakan ku, sebenarnya aku malu, mana lah tahu tak menepati selera mereka.

“morning semua..” Shah pantas menghampiri meja makan.

“makan Shah..” ujar ku, Mak Yah hanya tersenyum melihat anak lelaki tunggal nya itu. Shah mengambil tempat duduk di bangku sebelah ku.

“u tak makan ke?” Shah menyoal ku, kerna aku aje yang masih tidak berpinggan.

“jap lagi la..tunggu Kira bangun.” Entah mengapa aku rasa kenyang pagi ini melihat mereka menjamu selera dengan masakan ku.

Aku memerhati riak Shah ketika dia mula menyuap bihun ke mulut nya, muka nya biasa sahaja. Sesekali terangguk2 , seolah sesuatu di mindanya. Suapan demi suapan tiada langsung kata dari nya. mungkin tidak kena pada seleranya. Aku bermonolog sendiri.

“kenapa tak makan, rugi la u.. sedap ni..” ujar Shah tiba2, aku hanya tersenyum. Dia sendiri menghidang sepinggan untuk ku.

“terima kasih, act I nak makan dengan Kira nanti..”

“tak pe..first u makan dengan papa Kira, then second baru Kira.” Sengih sumbing nya telah menunjukkan diri.

“apa2 je la u ni..”

“sedap mama goreng bihun hari ni, tapi kenapa macam ada rasa lain? Mama letak something different ke?” aku tersedak mendengar kata2 Shah. Sikit lagi nak tersembur pada Mak Som.

“bukan mama la masak pagi ni.. sebab tu rasa lain” Mak Yah bangun terus ke dapur sambil tersengih.

“mak Som masak ke pagi ni?” Shah masih dengan persoalan nya lagi. Mak Som menggeleng bangun, kini tinggal aku dan dia yang masih di meja makan.

“I tahu..puteri kayangan I yang masak ni…sedap yer.. 2 pinggan ni macam nak tambah lagi”

“oh..ye ker? Nanti kenalkan puteri u tu pada I k..”

“u kenal I rasa..”

“ye ker? Kenalan I tak ada nama puteri kayangan”

“ish3..sekolah sampai darjah berapa dulu..”

“kenapa?”

“puteri kayangan tu pangkat, bukan nama”

“sama la tu….”

“terang2 tak sama..”

“malas layan u..” terbit pula rasa geram pada Shah.

“kalah la tu” benci nya bila tertewas dengan kata2 nya.

Lewat petang menjengah, aku sudah pun pulang ke rumah. Keadaan Kira baik2 sahaja, bengkak semalam pun sudah pun surut. Jika lama aku berada di sana, susah pula kalau datang wanita birah tu. Menyakitkan hati jer, aku ambik betul2 laki nya baru tahu… hmmm…bekas laki la…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 11:18 AM | Show all posts
Setelah beberapa hari setelah kejadian yang memalukan di butik, Reza muncul. Bukan di depan ku. Bukan juga panggilan telefon. Hanya pesanan ringkas!! Gila betul lelaki ini kadang2. Setelah lama ‘mati’ patut telefon je lah terus, nampak sangat sambil lewa jer.

‘hi sayang..’

‘bz ke? Lama tak jumpa. I miss u’ pesanan ringkas kedua masuk, setelah yang pertama aku hindari.

Lisa masih dalam dunia pekerjaan nya, walau apa pun berlaku dia tetap profesional. Masalah hati tak akan pernah mengganggu perkara lain. Lisa ada kesepian yang akan sentiasa bersama nya.

Laci di tarik. Sebentuk cincin yang cantik di keluarkan. Dia cuba menyarung, cantik tapi hati ku akan terus sakit kalau bersama tuan nya.

“cik Lisa! Petang ni jadi ke kita measure kat rumah anak yatim tu?” Intan menjenguk kan kepala nya ke ruang pejabat Lisa. Lisa yang sedang berkhayal terkejut sedikit. malu sebentar, kantoi..berangan. apa aje la Lisa ooii…

“hehehe..jadi, pukul 2. Kita pegi bertiga ok. Awak dan Amy ikut Lisa. Tolong bagitau Amy dan remind Lisa.”

“ok bos..”

Cincin tadi di masukkan dalam beg tangan nya, jika ada masa, boleh dia pulangkan nanti. Simpan lama2 pun, buat diri rasa terikat.

Fail2 di atas meja di renung suram. Rasa kecewa, kesibukan urusan peribadi nya telah membuat kan banyak perkara tertangguh. Nasib baik gaji pekerja dia dah auto debit, jika tidak, nangis la budak2 tu. Sejam berlalu, kerja2 admin nya masih bersisa. Milo panas menjadi hidangan penyegar otak nya. sedap dan segar…

Dalam perjalanan pulang dari rumah anak yatim, mereka berhenti minum sebentar di Taj. Masing2 tidak sempat menjamah makan tengah hari tadi sebelum keluar. Sedang menjamu selera, pesanan ringkas dari Reza masuk lagi. Ini entah yang ke berapa, Lisa pun tak ingat. Semua yang masuk, di baca sekali imbas terus di padam tanpa perasaan.
Mungkin penat menanti, Reza menefon pula kali ini.

“u buat apa? Tak reply pun sms”

“tengah makan, buzy”

“makan kat mana?”

“taj”

“Taj mana?”

“Mydin”

Panggilan berakhir tanpa apa2 pesanan atau kata2 yang indah. Mereka terus berborak kosong sambil melayan rasa kekeyangan masing2. Beberapa kuih di bungkus buat pekerja nya yang menjaga butik.

Baru 10 minit bercakap di telefon tadi, wajah Reza sudah terjengul di meja mereka. Lisa mula berasa kurang senang dengan sistem terjah begini. Bukan takut di fitnah, tapi tak nak jumpa! Pada awal nya, Lisa fikiran dia sambil lalu dan hanya menyinggah sebentar, tapi meleset apabila 10 minit telah pun bertambah setengah jam. Penat nya melayan.

Jam sudah pukul 5 lebih, Intan dan Amy mula ingin beransur. Reza masih nak berbincang, Lisa tidak berdaya untuk menolak. Akhir nya, dia menyuruh Intan balik dengan kereta nya dahulu. Lisa hanya memberi kuih yang di beli tadi pada mereka dan memesan supaya tutup sahaja butik tidak perlu tunggu.

Tinggal mereka berdua, masing2 bungkam. Reza merenung mata Lisa, Lisa merenung jauh ke jalanraya yang sibuk. Kenderaan berpusu2 tiada noktah.

“I’m sorry, I tak ada kat sini last week. Betul ke my mummy come to your butik.”

“it’s ok, nothing to talk about that. Yes..”

“I dapat tahu dari Lily, u jangan risau, I akan usaha supaya majlis kita berjalan lancar.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 11:25 AM | Show all posts
“u never get me, right?”

“please Lisa”

Aku keluarkan cincin nya. ku letak di hadapan nya.

“tolong, bagi la pada yang berhak.”

“Lisa, kita tidak usaha lagi, u dah mengalah.”

“reza, I minta maaf, bukan jodoh kita.” Aku terus bangun tapi lengan ku di raih membuatkan langkahku terhenti.

“tapi, I cinta kan u..” Reza memujuk.

Lisa hanya merenung, cincin itu telah dalam genggaman Reza. Tiba2 rasa ada cecair yang mengalir dari atas. Sejuk..

“camelia!” reza yang terkejut dengan kehadiran camelia di tambah juga dengan tanpa di duga lagi, dia menuang air muniman atas kepala Lisa. Lisa segera berpaling di belakang nya, Camelia bercekak pinggang , matanya galak.

“apa yang u buat ni..” Reza berdiri mendapatkan Camelia, di hulurkan tisu pada Lisa. Lisa tidak mampu untuk berbicara, rasa marah kini mengunung.

Jika membunuh bukan satu dosa, pasti Camelia telah ku bunuh. Sakit nya hati, dalam 1 bulan yang sama 2 kali aku malu. Semua gara2 jantan ni! Sekeliling mata melihat adengan drama percuma. Pelakon utama, wanita tak cukup kain tu, camellia a.k.a wanita lucah.

“apa hubungan u dengan perempuan ni?” sergah Camelia pada Reza. Camelia yang menggila, ingin menerkam Lisa, mujur Reza memegang kejap lengan nya.

“sudah la! Malu orang tengok!”

“u menggatal dengan dia tak malu!” Camelia mula menghambur amarah nya.

“hei..i bukan macam u yang buat free show. Jangan suka2 mulut nak bercakap!” Lisa pula dah bersama di rasuk rasa marah. Dah lah rambut dah basah.

“Lisa, calon isteri I” mendatar kata2 Reza itu, menjadi belati buat Camelia dan Lisa.

“NO! NO!!” jerit Camelia. Bagai tiada kewarasan, amuk nya makin menggila. Habis meja dan kerusi di tolak, berselerak kini Taj yang tadi tersusun rapi.

“I told u Reza..” hambur marah ku.

“untuk I, hanya u my future wife…”

“hei!! After, I’m having our baby, u kata hanya dia!! Reza!! What in your mind!” Camelia bersuara setelah lama dia hanya mendengar antara Lisa dan Reza. Perasan nya kini entah di mana, geram nya kini berkumpul sekata. Tangan nya mengusap lembut ke perut.

“u pasti ke, itu anak i?” dengan bongkak Reza mempersoalkan nya. Lupa kah dia, mereka kini di tempat umum.

Sedang drama berjalan lancar, adengan2 bersilih ganti. Muncul hero yang kebetulan berada di sekitar itu.

“Lisa! Kenapa ni?” lelaki itu yang tadi niat untuk menyinggah membeli capati untuk Kira ternampak susuk yang di kenali. Keadaan persekitaran agak kelam kabut, dengan pelanggan sekeliling asyik melihat mereka. Dia dapat menghidu sesuatu yang tidak beres dengan buah hati gelap nya itu.

Dia merapati Lisa, terus di peluk bahu Lisa yang teresak. Ada lelaki dan wanita seksi di hadapan Lisa. Lelaki itu juga serba tak kena, dan jelas terperanjat melihat lelaki itu memeluk Lisa di hadapan nya.

Lisa menyedari ada tangan yang melingkari bahu nya, dia tahu siapa orang itu. Dia kenal bau itu. Entah apa angin yang bertiup, dari rasa marah, datang pula sedih. Takungan kini melimpah lagi. Kali kedua dia hadir di saat, Lisa tertekan dengan Reza.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 11:29 AM | Show all posts
wahhh so sweet la shah dtg tepat pada masanye

tah payah diteka lagi mest ...
juliet80 Post at 12-11-2010 10:43



    takut yer fazss...

masih lagi ... nantii kita tahu... bukan sekarang.. hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.331090 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list