Post Last Edit by amandaatika at 13-8-2010 10:10
“Lepaslah. Saya nak pakai baju ni.”
Balqis berusaha menolak tubuh Sulaiman yang sedikit sasa itu. Tapi tulah, macam tolak angin sahaja. Langsung tak beri kesan. Tak bergerak langsung.
“Tak payahlah.”
Sulaiman mengalihkan tangan kirinya. Hanya tangan kanan yang menyandar di dinding almari. Tangan kiri selamat membelai wajah Balqis yang tika itu sudah menunjukkan tanda-tandaseperti orang terkena penyakit parkinson.
Senyuman Sulaiman disembunyikan bila melihat telatah Balqis itu. Alahai Balqis, ni yang tambahaku suka ni. Nampak suci sangat. Masih gementar bila disentuh oleh oranglelaki. Aduhai Balqis, macam manalah aku nak rawat hatiku yang semakin harisemakin suka pada kau.
“tak payah apa?” soal Balqis. Dia angkat kepala. Tak lama, lepas tu tunduk balik. Tak sanggup nak tengok muka Sulaiman saat ini.
“Tak payah pakai bajulah,” balas Sulaiman selamba. Tangan kanan sudah mengganti peranan tangan kiri. Tak puas pakai satu tangan. |