|
(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)
[Copy link]
|
|
Batalion 1 Rejimen 502 AW
(Kem Sg. Buloh)
Tel: 03-61565688 ext 3025
Batalion 2 Rejimen 502 AW,
(Kem Shah Alam)
Batalion 3 Rejimen 502 AW,
(Kem Sabak Bernam) |
|
|
|
|
|
|
|
Nak taw after daftar jadi AW
Hurm.. Saya satu sem g nak habis degree.. kira skang final year.. Ingat after degree nak masuk army.. but then takut tak lepas dier nyer interview.. so nak masuk AW nie.. Nak tau dier rekrut berapa bulan.. then lepas tu kursus pe g kena pergi.. Ingat nak jadi lecturer pakej kat UiTM after degree then at the same time join AW nie.. somebody help me.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak share pasal AW..
Nie dapat dari forum perkampungan melayu..
askar wataniah dimulakan dgn rekrut sebulan.abis je rekrut,akan ada latihan-latihan yg diadakan sepanjang tahun.
1. Latihan Tempatan: ujung minggu je ada.dtg dpt elaun/ilmu.tak dtg, tak dpt ape2.latihan ni ada sepanjang tahun.
2. Latihan Berterusan: Diadakan berterusan paling kejap pun seminggu.masa ni la latihan masuk utan ke..menembak ke..biasa dua kali setahun
3. Kem Tahunan: Berterusan selama dua minggu. Hampir sama dgn latihan berterusan tapi Kem Tahunan lebih happening.sekali setahun.
4. Latihan Gabungan: Latihan yg menggabungkan askar wataniah dan regular.latihan ni ada advance sket..bole merasa naik keta perisai sume tu..ni pun sekali setahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu salah bagitau yer..
Kalau maklumat yang saya bagi salah bagitau yerk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 mohd47975's post
mana pon ok.
tapi kalo extreme tak habis lagi, masuk la RAW
tapi lu masuk RAW, jangan harapan menggunung tinggi laa...
terus- terang wa cakap lu.
kalo lu mau aktif, cari kem RAW yang aktif.
tak pon lu mintak secondment kat memana kem. tapi bersedia la untuk ketinggalan drp segi kenaikan pangkat. harini diaorang panggil lu tuan, esok lusa lu pulak kena panggil diaorang tuan. pelik bukan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 mohd47975's post
eh, lu dulu PALAPES ka?
cara yang wa kasik diatas hanya boleh digunapakai oleh ex- PALAPES sahaja taww. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mohd47975 at 14/6/08 07:51 AM
rekrut beapa bulan?
lepas medical anggkat sumpah kalo tak der senarai hitam lepas dapat nombor u leh pie khusus sebulan kursus asa perajurit muda
Anything u can refer here : http://raw501.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 tin's post
bukan palapes lor.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 tin's post
biler ambik skim graduan da gak kawan cakap.. Masuk2 jer kita dh da pangkat.. then orang pggil tuan.. tapi blia nak kawad ti yg train orang bawah kita.. t diorang kan cakap.. Tuan mintak maaf tuan, saya tak bleh nak train tuan coz tuan atas dari saya.. tuan kena tukar baju lain tuan.. btul ker?
Nie kawan ar citer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #60 mohd47975's post
skim graduan?
camner tuh? setaww wa, RAW takde skim graduan.
masuk sojar ada laaa skim graduan nih. tapi bab latihan depa bantai sama jeee...
pegawai tak pegawai. tapi masuk terus dapat kapten laa (kalo ijazah ada kepujian).
setaww wa je laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 tin's post
masuk sojar ar tu bukan aw.. trus dapat kapten ker.. hehe.. cam best jer.. da kawan dah pangkat kapten tapi dier dari LLP.. skang kat Kem Johor tu.. dier ar suh masuk skim graduan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 mohd47975's post
dari LLP terus masuk jadi kapten?
camner tu?
atau dia drp LLP AW tapi ada degree terus masuk sojar dan terus dapat Kapten. Gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 tin's post
tak dier lama dah masuk LLP soljar.. then dier ambik dip CS kat UiTM perak.. Knal dier kat perak ar.. pah tu dier g kurss kat pulada.. naik pangkat.. baru2 nie dier pegi pulada g nak nek pangkat g.. tin nak tanya nie.. tin palapes ker lu? U ner? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 mohd47975's post
wa bukan PALAPES. tapi ada la member PALAPES sorang dua. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar UNISEL jadi tentera
Artikel dan foto
ABDUL RAHMAN ANUAR
[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]MOHD. Razali Agus mengenakan tanda pengenalan 慉SKAR WATANIAH |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah ni, naik saham AW.
Kalau ada citer atau news pesal AW, jgn segan nak post kat forum nih. AW perlu promosi gak! |
|
|
|
|
|
|
|
Timur: Askar Wataniah bantu pertahankan negara
Oleh Roselan Ab Malek
Ramai belia di Pahang sertai pasukan sukarela tolong pihak berkuasa tangani musuh, jenayah
JERANTUT: Pasukan sukarela Askar Wataniah (AW) kini mula menambat hati masyarakat awam khasnya golongan muda di Pahang untuk menyertai kegiatan yang dianjurkan, sekali gus dapat membantu mempertahankan negara apabila khidmat mereka diperlukan kelak.
Pada masa ini, jumlah keanggotaan AW di Pahang mencecah 3,400 ahli yang aktif di seluruh negeri dengan majoritinya golongan muda, sama ada yang masih belajar di institusi pengajian tinggi atau mereka yang bekerja.
Kejayaan AW sekarang adalah hasil pengalaman getir yang dilalui ketika ancaman musuh terutama pada zaman pemerintahan Jepun dan ancaman komunis.
Mengimbau kembali sejarah penubuhan pasukan sukarela AW di Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Komander Rejimen 505 AW bertitah, ia dicetuskan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Sultan Abdullah pada 1942 ketika Jepun menduduki Tanah Melayu.
"Ketika itu, AW hanya disertai 250 orang dan diketuai Allahyarham Datuk Yeop Mohidin yang ketika itu Pegawai Daerah Raub dan dibantu Kapten Abdul Razak Hussin (bekas Perdana Menteri kedua) dan Leftenan Ghazali Shafie (bekas Menteri Dalam Negeri).
"Apabila darurat pada 1948, Sultan Sir Abu Bakar menitahkan Yeop supaya menubuhkan Pasukan Kawasan Kampung (homeguard) dan selepas darurat berakhir, pasukan ini dibubarkan dan diganti dengan nama Tentera Tempatan Persekutuan (TTP)," titahnya.
Tengku Mahkota bertitah, pada 1963, TTP dikerahkan sepenuh masa untuk menghadapi konfrontasi dan kemudian tertubuhnya Batalion ke 12 Infantri Askar Wataniah dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar, dilantik menjadi Pegawai Memerintah pertama sehingga 1965.
Baginda bertitah, anggota yang tidak dikerah bertugas, dimasukkan dalam Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) dan pada 1969, PPT Pahang ditukar namanya menjadi 408 Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD).
"Pada 7 Februari 1980, 408 PSTD ditukarkan namanya kepada Rejimen 505 AW dan sehingga ke hari ini, saya menerajui pasukan ini.
"Pada masa ini, Rejimen 505 AW mempunyai empat batalion iaitu di Kem Sri Kuantan, Kuantan; Kem Susur Tembeling (Jerantut), Kem Puncak Mas (Raub) dan Kem Sri Pekan (Pekan)," titahnya selepas majlis pelancaran Kompeni AW di Parlimen Jerantut dan Maran, baru-baru ini.
Pelbagai persembahan menarik ditunjukkan kepada orang ramai termasuk tarian perang, tempur tanpa senjata, kawad menyuraikan rusuhan, pertunjukan udara, pameran senjata, peralatan komunikasi dan ikhtiar hidup.
Tengku Mahkota bertitah, rakyat termasuk wanita pelbagai kaum, digalak menceburi kegiatan sukarela ini, kerana ia berupaya membentuk disiplin diri yang tinggi.
Titah baginda, pembabitan pelbagai kaum dalam AW juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum serta dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara khususnya dalam menjaga keharmonian dan keselamatan negara.
Sehubungan itu, baginda meminta semua Jawatankuasa Pendukung Wataniah (Jakpaw) di setiap daerah menubuhkan pasukan `komuniti guard' di setiap kawasan taman perumahan, kampung dan Felda di negeri ini.
"Penubuhan `komuniti guard' itu antara usaha untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat berhubung pentingnya menjaga keselamatan tempat tinggal masing-masing.
"Ahli AW yang berada di tempat masing-masing juga boleh memainkan peranan aktif dalam penubuhan pasukan komuniti guard itu.
"Sebagai rakyat yang prihatin, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk bersama membantu polis mencegah gejala tidak sihat dan jenayah di tempat masing-masing," titahnya.
Tengku Mahkota bertitah, semua pihak perlu mencontohi konsep pasukan kawalan kampung (homeguard) yang diwujudkan ketika darurat yang berjaya membantu kerajaan membanteras komunis.
[ Last edited by mmc at 20-6-2008 07:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Memupuk bakal tentera/raw/palapes/simpanan?
Mendalami ilmu ketenteraan
Oleh Mohd Roji Abdullah
CEKAP: Anggota kadet diajar kemahiran mengendalikan raifal M-16.
| Program perkhemahan anjuran ATM, Kementerian Pelajaran bimbing anggota kadet jadi insan lebih patriotik
SEMANGAT setia kawan yang menjadi amalan anggota tentera perlu diterapkan di kalangan generasi muda khususnya pelajar sekolah kerana ia akan mengajar mereka supaya sentiasa bersama kumpulan ketika menghadapi pelbagai cabaran.
Tanpa semangat setia kawan, tentunya sukar bagi mereka untuk menyesuaikan diri apabila tiba-tiba diletakkan bersama orang lain yang membentuk satu kumpulan, pada masa depan
Sehubungan itu, memupuk semangat setia kawan dan berinteraksi dalam satu kumpulan menjadi objektif utama perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang diadakan di Batalion Kelima, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Batu Tiga, Kluang, Johor, baru-baru ini.
Perkhemahan peringkat kebangsaan anjuran bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pelajaran selama seminggu itu disertai 974 kadet PKBM yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari seluruh negara kecuali Sabah, yang tidak dapat menghantar wakil akibat kesilapan teknikal.
Selain semangat setia kawan, perkhemahan itu juga menyemai semangat bersaing, membentuk kepimpinan, berkongsi pengalaman, pengetahuan, mengeratkan integrasi nasional dan mempromosikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Pelajaran menerusi aktiviti ketenteraan dan kemasyarakatan yang diadakan.
Perkhemahan berkonsepkan suasana di medan ketenteraan itu dirasmikan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohd Affendi Raja Mohd Noor, 11 Jun lalu.
Raja Mohd Affendi, berkata beliau yakin dengan pendekatan meletakkan kadet terbabit dalam lingkungan yang kecil iaitu menghimpunkan mereka dalam kawasan khemah seperti anggota tentera di medan perang, objektif perkhemahan itu lebih mudah dicapai.
"Jika kita mengadakan perkhemahan ini di luar yang ada kemudahan televisyen, mungkin sukar untuk mereka menghayati tujuan utama kita mengadakan aktiviti ini.
"Dengan suasana medan ketenteraan, ia akan memudahkan mereka berinteraksi sesama sendiri yang akhirnya kita tekankan semangat setia kawan dalam satu kumpulan. Perkhemahan ini juga bermatlamat menyemai sikap yang lebih patriotik, sayangkan negara dan menimbulkan jati diri dalam diri peserta," katanya.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan itu adalah pertandingan kawad, pertandingan pandu arah, pertandingan menembak menggunakan M-16, merentas desa dan pertandingan merentas halangan.
Bagi kadet yang kebanyakannya bercita-cita menjadi anggota tentera, penyertaan pada perkhemahan itu memberi mereka peluang untuk merasai pengalaman awal sebelum menceburi bidang yang diimpikan itu.
Nurul Asnani Abdul Halim, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Raub, Pahang, berkata beliau bukan saja seronok apabila terpilih buat kali kedua menyertai perkhemahan PKBM peringkat kebangsaan itu, tetapi yang paling penting beliau ingin menimba ilmu ketenteraan.
"Tahun lalu saya menyertai perkhemahan PKBM di Lumut, Perak tetapi kali ini konsepnya agak berbeza kerana ia diadakan di kawasan hutan. Di Lumut dulu, kami berkhemah di kawasan padang di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"enyertaan pada dua perkhemahan peringkat kebangsaan ini memberi banyak pengalaman baru kepada saya bukan saja mengenai ilmu ketenteraan malah saya berkongsi pengetahuan dengan rakan yang datang dari negeri lain," katanya yang menetapkan matlamat untuk menjadi seorang anggota tentera selepas tamat pengajian nanti.
Seorang lagi kadet dari Pahang, Tuan Atiqah Tuan Rahim, 15, dari SMK Sungai Koyan, Kuala Lipis, pula berkata, penyertaan pada perkhemahan itu banyak manfaatnya kerana ia mampu membentuk semangat patriotik dalam diri peserta.
"Sepanjang perkhemahan ini, kami didedahkan dengan disiplin tentera yang tentunya berguna untuk membentuk diri kita menjadi orang yang berguna.
"Saya seronok dengan aktiviti yang dijalankan, apatah lagi berpeluang menembak menggunakan M-16 yang memang sudah lama saya ingin mencubanya," kata anak anggota tentera itu.
Amirul Rodzi, 17, pelajar tingkatan lima SMK Syed Safi, Kangar, Perlis, pula berkata, beliau menyertai PKBM sejak tingkatan satu dan banyak pengetahuan mengenai ketenteraan sudah ditimbanya.
"enyertaan pada perkhemahan ini meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam ilmu ketenteraan serta meningkatkan lagi pemahaman saya mengenai semangat setia kawan.
"erkhemahan kebangsaan ini bukan yang pertama bagi saya kerana tahun lalu saya juga terbabit di Lumut. Saya meletakkan sasaran untuk terus menceburi bidang ketenteraan selepas ini," katanya.
Sementara itu, Komander Perbarisan Terbaik perkhemahan itu, Arif Abdul Raof, 17, dari SMK Ledang, Tangkak, Johor, pula menyifatkan penyertaan perkhemahan itu sebagai pengalaman paling berharga dalam hidupnya.
"Memang sukar mendapat peluang berkumpul bersama rakan kadet dari negeri lain. Perkhemahan ini membuka ruang kepada saya untuk berkongsi pengalaman dengan mereka.
"Saya juga berpeluang mempelajari corak kepemimpinan yang berkesan menerusi tunjuk ajar pegawai dan anggota tentera yang mengendalikan program PKBM di sekolah dan juga pada perkhemahan ini," katanya yang mahu meneruskan kesinambungan keluarganya menceburi bidang ketenteraan.
Perkhemahan itu yang dianggap paling berjaya, ditutup secara rasmi oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran, Ibrahim Ahmad, di padang kawad Batalion Kelima RAMD, baru-baru ini.
Dalam ucapannya beliau berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan perkhemahan kadet PKBM yang lebih besar diadakan pada masa depan dengan membabitkan kadet dari negara Asean, khususnya Thailand dan Indonesia.
Cadangan itu dibuat bukan saja untuk memantapkan lagi kegiatan kokurikulum sekolah, tetapi juga memberi pendedahan kepada peserta untuk menimba pengalaman bersama rakan dari negara jiran.
Tahun depan perkhemahan kebangsaan PKBM itu akan diadakan di kawasan naungan Briged Kelima Infantri, di Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni apehal plak tiba2 BUMP nih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|