|
[merged] AFC Asian Cup 2007[FINAL:IRAQ 1 SAUDI 0]
[Copy link]
|
|
Siasat bolos
Oleh Sufian Thauri Muhammed
KEMENANGAN besar yang diraih China apabila membelasah skuad negara, 5-1, belum cukup untuk memuaskan hati jurulatih China, Zhu Guanghu.
Dia tidak dapat menerima hakikat pasukannya bolos satu gol pada perlawanan menentang Malaysia dalam saingan Kumpulan C Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
揝aya akan siasat dan mengkaji bagaimana pemain kami boleh bolos satu gol.
揋ol itu sepatutnya dielakkan kerana ketika itu kami mendahului 4-0. Sepatutnya kami terus menambah jaringan dan bukannya dibolosi.
揂pabila mendapat jawapan kepada permasalahan itu, saya akan melakukan pembetulan terhadap kesilapan pemain, |
|
|
|
|
|
|
|
Younis buat Iraq gembira
BANGKOK: Skuad Iraq menerima khabar paling menggembirakan menjelang perlawanan penting Kumpulan A saingan Piala Asia menentang Australia apabila kapten, Younis Mahmoud kembali boleh diturunkan.
Younis mengalami kecederaan sejurus selepas menanduk masuk gol Iraq ketika keputusan seri 1-1 menentang Thailand, Sabtu lalu.
Dia kelihatan memegang bahagian rusuknya selepas berlanggar dengan pemain lawan dan meninggalkan padang pada waktu rehat.
Tetapi jurucakap pasukan, Waleed Tabra memberitahu AFP bahawa Mahmoud sudah kembali cergas dan dijangka memimpin bahagian serangan Iraq ketika menentang Australia, Jumaat ini.
Jurulatih, Jorvan Vieira pula mengkritik pemain tengahnya kerana tidak membantu Younis di bahagian serangan ketika menentang Thailand.
揇ia tidak dapat bermain lebih baik kerana pemain tengah lewat membantu dan dia tidak boleh lakukan banyak gerakan, |
|
|
|
|
|
|
|
Taktik Norizan gagal
Oleh Sufian Thauri Muhammed
IMEJ pasukan belasahan masih belum dapat dibuang daripada skuad negara apabila mereka mengulangi pelbagai kesilapan ketika tewas 1-5 kepada China pada perlawanan Kumpulan C Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dibandingkan dengan China, diakui pemain negara jauh ketinggalan daripada segi reputasi dan pendedahan berikutan lawan memiliki beberapa pemain yang bermain di Eropah, namun cara anak buah Norizan Bakar bolos menimbulkan persoalan.
Norizan menyifatkan kekalahan itu berpunca daripada kesilapan pemain dalam menjayakan arahan taktikal selain kegagalan bermain sebagai satu unit.
揚erancangan kami untuk menyekat lebih awal China daripada melakukan hantaran silang dengan meletakkan pemain yang pantas di kedua-dua belah sayap tidak menjadi.
揔egagalan itu berpunca daripada pasukan kami hilang bentuk formasi menyebabkan pemain China bergerak bebas di kedua-dua belah sayap.
揔ami tahu kami tidak mampu menandingi mereka daripada segi kualiti individu. Itu sebabnya mengapa kami perlu bermain dan bekerja sebagai satu pasukan, |
|
|
|
|
|
|
|
muka tak tau maluuuuuuuuuuu!!!! menangis konon... !! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 11-7-2007 05:10 PM
Siasat bolos
Oleh Sufian Thauri Muhammed
KEMENANGAN besar yang diraih China apabila membelasah skuad negara, 5-1, belum cukup untuk memuaskan hati jurulatih China, Zhu Guanghu.
Dia tidak ...
arg!!!! hinanya!!! kalau berahim botak tak terasa lagi tak tau la...... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku ader kat stadium malam tadi, aku boo giler2 team m'sia. aper kater tukar jek pentadbiran orng tue2 yag x sedar diri. masukkan yg bersemangat. cam ner lar nak maju. aper lar nak jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak buah Norizan langkah kiri
China aibkan kita di bumi sendiri
KEJUTAN demi kejutan dicatatkan tuan rumah bersama pada pusingan akhir Piala Asia kali ini tidak berpanjangan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, apabila Malaysia membuka kempen dengan langkah kiri selepas kecundang 5-1 di tangan China, malam tadi.
Tatkala Vietnam, Indonesia dan Thailand berbesar hati dengan keputusan membanggakan dalam perlawanan pertama masing-masing, Malaysia berputih mata dan akur saingan Piala Asia bukan medan sebenar mereka dan kira-kira 20,000 penyokong pulang hampa menangisi kekalahan.
China, naib juara tiga tahun lalu di gelanggang sendiri, tidak begitu bersusah payah menghadapi tentangan hambar Malaysia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, yang turut disertai juara tiga kali Iran dan Uzbekistan.
"Kami perlu amat berdisiplin sejak minit pertama tetapi sebagai satu pasukan, kami gagal melaksanakannya dengan baik.
揚emain berjaya juga pada babak kedua tetapi gagal meletakkan bola di dalam jaring. Itulah yang membezakan China dengan kami kerana mereka mampu mencetak gol," kata ketua jurulatih negara, Norizan Bakar.
Taktik lambungan bola tinggi menjadi senjata pasukan Negara Tembok Besar itu merobek benteng pertahanan Malaysia, yang gagal mengekang asakan demi asakan hebat pasukan lawan sekali gus ketinggalan dua gol pada babak pertama.
Sekalipun pada awalnya, skuad negara mampu menyaingi kehebatan lawan, gol seawal minit ke-15 sumbangan penyerang tunggalnya, Han Peng mengubah suasana.
Kubu Malaysia termasuk penjaga gol Azizon Kadir terpinga-pinga dengan hantaran tinggi Wang Dong dari sebelah kanan ketika Han Peng kelihatan bersahaja melonjak tinggi dan mudah menanduk bola masuk ke penjuru atas sebelah kiri.
Serangan bertali arus China terus menekan tuan rumah yang cuba mempertahankan jurang gol tetapi kekalutan di bahagian pertahanan menghadirkan gol kedua lawan pada minit ke-36.
Sesudah Norhafiz Zamani Misbah tertewas di sebelah kiri, ketua pasukan China, Zheng Zhi merampas bola daripada kaki Kaironnisam Sahabudin Hussain sebelum melintangkan bola ke depan gol.
Ketika Azizon dan Rosdi Talib cuba menyelamatkan keadaan dengan mencabar Han Peng, pemain tengah Shao Jiayi, yang beraksi dengan kelab Bundesliga, Energie Cottbus, mudah menampan masuk ke penjuru kanan bagi mengukuhkan kedudukan pasukannya.
China terus bermaharajalela dengan Wang Dong menjaringkan gol ketiga berikutan kegagalan Rosdi mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada minit ke-51 manakala Han Peng menambah gol keempat dan kedua peribadinya empat minit kemudian sesudah menampan masuk hantaran silang Jianqing dari sebelah kiri.
Kegagalan penyerang Akmal Rizal Ahmad Rakhli berganding baik dengan Hairuddin Omar menyebabkan dia digantikan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-61 dan penyerang Pahang itu menyelamatkan sedikit air muka skuad negara dengan gol saguhati pada minit ke-73.
Bermula daripada gerakan Hardi dari sebelah kiri, lorongannya singgah di kaki Hairuddin yang pantas menolak kepada Indra sebelum rembatan leret kaki kanannya menerjah jaring penjuru kanan untuk menewaskan Leilei buat kali pertama.
Anak buah Norizan kelihatan seperti mendapat rentak selepas itu tetapi segala-galanya sudah terlambat ketika benteng China begitu utuh untuk dirobohkan malah lawan berjaya menambah satu gol lagi pada minit kecederaan menerusi tandukan Wang Dong.
MALAYSIA: Azizon Kadir; Fauzie Nan, Kaironnisam Sahabudin Hussain, Norhafiz Zamani Misbah, Rosdi Talib; Shahrulnizam Mustapa (Eddy Helmi Manan 46), Fadzli Saari (K Nanthakumar 58), Shukor Adan, Hardi Jaafar; Hairuddin Omar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Indra Putra Mahayuddin 61).
CHINA: Li Leilei; Sun Jihai, Zhang Yaokun, Li Weifeng, Sun Xiang; Wang Dong, Zhou Haibin, Mao Jianqing (Zheng Bin 88), Zheng Zhi, Shao Jiayi (Li Tie 66); Han Peng (Dong Fangzhuo 72).
Pengadil: Muhsen Basma (Syria).
|
|
|
|
|
|
|
|
Jurulatih Jepun naik darah aksi pemain
HANOI: Jurulatih Jepun, Ivica Osim naik berang dengan persembahan hambar anak didiknya yang disifatkan sebagai 憇ekumpulan amatur |
|
|
|
|
|
|
|
Verbeek yakin Korea julang Piala Asia
JAKARTA: Jurulatih Korea Selatan, Pim Verbeek, semalam dengan yakin mengatakan pasukannya boleh menjuarai kejohanan bola sepak Piala Asia, namun mereka terlebih dulu perlu menewaskan Arab Saudi buat kali pertama sejak 18 tahun.
揝aya memiliki dua pemain bagi setiap posisi jadi saya tidak perlu bimbang jika ia benteng kanan atau sayap kanan atau pun penyerang tercedera kerana saya boleh menggantikan mereka dengan pemain lain yang cukup kuat bermain dalam pasukan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bambang buat Indonesia berasa bangga
JAKARTA: Gol babak kedua oleh Bambang Pamungkas membolehkan Indonesia mencatat keputusan mengejut apabila menang 2-1 ke atas Bahrain pada perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Asia, malam tadi.
Keputusan itu membolehkan tuan rumah bersama itu mengutip tiga mata penting menjelang aksi lebih sukar menentang gergasi Asia, Korea Selatan dan Arab Saudi sambil menggembirakan kira-kira 60,000 penonton yang hadir di Stadium Gelora Bung Karno.
Indonesia, pasukan yang dianggap paling lemah dalam kumpulan itu, membuka jaringan pada minit ke-14 apabila Budi Sudarsono melolosi pertahanan Bahrain, mendada bola menewaskan penjaga gol sebelum menyepak masuk ke gawang.
Sejurus kemudian, ratusan peminat tempatan cuba menyerbu masuk ke stadium menerusi pintu kecemasan tetapi berjaya dihalang oleh polis pencegah rusuhan. Penyokong kemudian menyalakan bunga api dan menari sekelilingnya.
Bahrain, yang layak ke separuh akhir Piala Asia 2004 di China, kemudian mengasak dan berjaya menyamakan kedudukan 13 minit kemudian menerusi rembatan jarak dekat Sayed Mahmood Jalal selepas pertahanan Indonesia gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Pada minit ke-34, ketua pasukan tuan rumah, Ponaryo Astaman, terpaksa dikeluarkan akibat cedera dan digantikan pemain tengah veteran, Syamsul Bachri.
Ia sekali gus menjejaskan Indonesia yang kemudian melakukan banyak kesilapan tetapi diselamatkan oleh ketumpulan jentera penggempur lawan.
Tuah nyata berpihak kepada Indonesia pada 10 minit pertama babak kedua apabila penyerang Bahrain, Alaah Hubail gagal menjaringkan gol ketika hanya berdepan dengan penjaga gol.
Gol kemenangan Indonesia hadir pada minit ke-62. Pemain tengah, Firman Utina merembat dari jarak jauh lalu ditepis penjaga gol Bahrain terkena tiang dan kemudian disepak masuk oleh Bambang.
Dalam tempoh 20 minit terakhir, Bahrain melihat beberapa percubaan mereka termasuk yang terkena palang tapi masih gagal mendapat gol penyamaan dan akhirnya Indonesia berjaya mencatat kemenangan kedua dalam sejarah Piala Asia, sekali gus menebus kekalahan 1-3 kepada Bahrain di kejohanan 2004.
Sementara itu, jurulatih Indonesia Ivan Kolev berterima kasih kepada semua anak buahnya yang berjuang bak tentera dalam perlawanan itu.
揔ami menggerakkan bola di seluruh padang, kami sudah mengkaji lawan kami. Taktik kami cukup berkesan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca tidak jejas persiapan Iran
PASUKAN lain mungkin menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Malaysia, tetapi bagi skuad Iran suhu tinggi bukan penghalang buat mereka apabila berdepan Uzbekistan dalam Kumpulan C Piala Asia, malam ini.
Bagi jurulatih Iran, Amirhossein Ghalenoei (gambar) pasukannya banyak melakukan latihan fizikal sejak tiba di Malaysia minggu lalu kerana mereka sedar cuaca di Malaysia berbeza dengan keadaan di Iran.
揔ami sudah merangka program latihan yang memberi tumpuan terhadap latihan fizikal kerana ia penting bagi membolehkan pemain cepat menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia yang agak panas.
揝elepas pemain semakin menyesuaikan diri dengan cuaca, baru kami memberi tumpuan terhadap terhadap latihan taktikal. Tapi apa yang pasti, kami sudah bersedia untuk berdepan Uzbekistan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Uzbekistan tempang tanpa sentuhan Maksim, Asror
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
Tetapi Rauf sudah kumpul maklumat mengenai Iran dan nafi barisannya bakal bertahan
JURULATIH Uzbekistan, Rauf Inileev mengakui ketiadaan penyerang utama, Maksim Shatskikh memberi kesan kepada jentera penggempur mereka apabila berdepan Iran dalam saingan Kumpulan C, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Malah Rauf berkata, ketiadaan Maksim, yang menjalani penggantungan satu perlawanan, bukan masalah tunggal yang merisaukannya.
Ini kerana pasukannya juga akan beraksi tanpa tonggak pertahanan mereka, Asror Alinqulov yang cedera di kepala ketika skuad Uzbekistan mengadakan latihan di Korea Selatan pada 1 Julai lalu.
揝udah pasti jika Maksim dapat diturunkan esok (malam ini) ia akan menambah kekuatan pasukan kami. Pada masa sama, ketiadaan Asror turut menjejaskan kami.
揟etapi saya mempunyai keyakinan terhadap pemain saya, dan yakin kami mampu memberi cabaran kepada Iran. Mereka mungkin berada pada tahap lebih tinggi dengan pengalaman beraksi di Piala Dunia, tetapi kami tetap antara pasukan terbaik di Asia, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lawan gn budak skolahh pon belum tentuu menang derangg nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Flaming Boy at 11-7-2007 04:59 PM
kalau malaysia kalah ngan timor leste,aku nak bom bangunan FAM :@
it just a matter of time ajer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pak_Jen at 11-7-2007 04:28 PM
sbb tak layak laa tak masuk..tak salah aku kantoi kat pusingan kelayakan..kalo sgopre bagusssssss sgtt guna player2 uh kononnya soooooo singapore.. mesti dah la layak dah..ni ada palyer2 yg ...
kiasu sungguh mu nihh... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
citer pasal spore ke..tak payahla..lamao2 noh alam shah pon ditendang tepi..sumer muka mat saleh dgn mat negro |
|
|
|
|
|
|
|
seri - coach jepun berang..
bolos 1 gol - coach china x pueh ati..
kalah, bolos 5 gol, main hampeh - coach malaysia rilex jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #333 sukanduniaaku's post
|
|
|
|
|
|
|
aku masih konfius dgn cara coach/org2 dlm FAM pilih players tuk skuad kebangsaan.. mana pegi azlan ismail, victor andrag, helmi eliza, nasril nordin or even 'bdk'2 cam khyreel muhymeen & safiq rahim??
ni, alih2 muka rosdi talib, hairuddin dsb.. hairuddin tu nmpk gak rajin.. tapi rosdi, sori..mmg x bole dimaapkan.. winger china bermaharajalela.. mana si rosdi pi? lg 1 mangkuk, si keeper.. ayoyo.... cam x penah jd keeper jer..as a m'sian, malu aku tgk gk no 1 kita main cam tu.... sori la org2 ns, aku kutuk keeper korang....
p/s: kritik tu tandanya kita masih sayangkan team m'sia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sukanduniaaku at 11-7-2007 06:29 PM
seri - coach jepun berang..
bolos 1 gol - coach china x pueh ati..
kalah, bolos 5 gol, main hampeh - coach malaysia rilex jer..
kalo mlysia seri kecoh 1 negare, kalo msia mmenang, mau kecoh 1 dunia .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|