CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 26-11-2006 01:06 AM | Show all posts
Originally posted by Eddlisa_uyuk at 26-11-2006 12:57 AM

thankx lisa..best baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2006 10:13 AM | Show all posts
thks...........
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 11:02 AM | Show all posts
thanks Eddlisa! Datuk Siti Nurhaliza tetap penyanyi nombor satu negara. I couldn't agree more.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 10:29 PM | Show all posts
~~sumber---utusan malaysia 29 nov 2006~~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 11:15 PM | Show all posts

Reply #384 Eddlisa_uyuk's post

Sokong 100% Siti jadi IKON Malaysia pertama tahun depan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 03:49 PM | Show all posts
Lenggok Datuk Siti
Oleh Farihad Shalla Mahmud | Oleh Tun Izhar Tun Ishak

Busana diperagakan tarik perhatian tetamu Festival Busana Muslim KL-Jakarta di KLCC

BAGI mereka yang berpeluang menyaksikan Festival Busana Muslim KL-Jakarta (IFF) Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tentu tertanya-tanya apakah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza sudah berubah dari segi penampilannya.

Jika sebelum ini, ada yang mengatakan penyanyi jelita ini semakin seksi sejak bergelar isteri namun apa yang dapat dilihat sewaktu pertunjukan fesyen itu adalah kontra dengan apa yang digembar-gemburkan selama ini.

Penampilan Siti kini lebih Islamik apabila mengenakan tudung kepala.Dan dengan imej barunya ini apakah Siti juga akan mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni seperti mana yang pernah dinyatakan dulu.

Oops! Jangan silap faham, imej terbaru Siti itu bukanlah berkekalan sebaliknya penyanyi berdagu lekuk itu sekadar menggayakan busana pengantin muslim bertemakan Aroosah hasil rekaan Radzwan Radziwill.

Walaupun bertudung litup, kejelitaannya tetap terserlah. Siti bukan saja berjaya menghiburkan tetamu yang sememangnya ternanti-nanti dengan kehadirannya menerusi lagu Aku Cinta Padamu, malah gayanya sebagai model yang sedang memperagakan pakaian turut menarik perhatian ramai.

Radzwan ketika ditemui selepas majlis itu berakhir berkata dia mengambil masa selama sebulan setengah untuk menyiapkan rekaannya itu.

Sebelum ini memang saya ada mengundang Siti untuk terbabit dengan pertunjukan fesyen ini dan Siti bersetuju. Baju yang Siti gayakan itu bernilai RM22,000 dan ia memang berkonsepkan pengantin muslim.

Mengenai warna, sengaja saya pilih warna champagne keemasan berbanding putih kerana warna itu sudah biasa dilihat. Rekaannya ada sentuhan Spanish sikit,? jelas pereka fesyen yang turut bertanggungjawab mereka pakaian pengantin Siti dan suaminya Datuk K.

Menurut Radzwan, untuk pertunjukan itu, Siti turut menggayakan koleksi barang kemas Islamik yang dinamakan Aura tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai ratusan ribu ringgit.

Selain Radzwan, turut serta mempamerkan koleksi fesyen masing-masing ialah Bernard Chandran, Melvin Lam dan Carven Ong (Carven Academy of Fashion). Pereka lain dari Malaysia, Datuk Tom Abang Saufi, Radzwan serta koleksi Songket dan Batik dari Kraftangan Malaysia.

Indonesia pula diwakili Itang Yunasz, Ghea, Ida Royani, Samuel Watamena, Herman Nuary, Erni Kosasih dan Iva Latifah, Biyan dan Sabastian (Metro Indonesia). Sementara itu Deepak Perwani mewakili negaranya, Pakistan.

Tetamu kehormat hari itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, penaung festival, Datin Seri Rosmah Mansor, Yenny Wahid dari Wahid Institute. Yenny adalah anak kepada bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid. Turut memberikan sokongan, Presiden serta Pengarah Metro Indonesia, Christine Barki.

IFF dibawa dan dipersembahkan oleh Malaysia-International Fashion Week (M-IFW) atau Minggu Fesyen Antarabangsa-Malaysia sebagai platform yang menampilkan lebih 12 pereka fesyen terkenal Malaysia, Indonesia dan Pakistan. Ia dianjurkan oleh Datuk Raja Shah Rezza (Shah Rezza) yang juga perancang perkahwinan terkenal dari Nusantara Gems Sdn Bhd

~~sumber HIP berita harian 03 dis 2006~~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2006 10:29 AM | Show all posts
Bawa anak-anak Datuk K bercuti


Datuk Siti Nurhaliza khabarnya baru saja pulang bercuti setelah seminggu berada di Pulau Bali. Sumber terdekat dengan penyanyi tersohor negara itu membisikkan pada Kak Tim, Siti tidak pergi seorang diri, tetapi bersama suaminya Datuk K.

?iga anak-anak Datuk pun ikut sama. Siti memang sukakan kanak-kanak. Sebab itu, budak-budak itu sukakan dia. Anak bongsu Datuk, panggil Siti, Mak Iti. Budak tu manja dengan Mak Iti dia,? begitu kata sumber Kak Tim, menceritakan bagaimana Siti Nurhaliza memenuhi waktu cuti sekolah bersama anak-anak Datuk K.

~~sumber utusan malaysia 16 dis 2006~~
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 10:57 AM | Show all posts
`Janganlah salahkan Siti'
Oleh Zubir Mohd Yunus


KAT beranggapan kalah, menang adat pertandingan.

"SEKALIPUN sekadar menduduki tempat ketiga, Kat anggap ini sebagai satu permulaan di bidang seni. Kat dah rasa amat bersyukur kerana berpeluang masuk hingga ke peringkat akhir. Bagi Kat, kami semua pada malam itu adalah pemenangnya.


Rezeki Kat setakat itu saja dan bersyukur walaupun hanya di tempat ketiga. Sebelum pertandingan akhir bermula, ketiga-tiga kami menyimpan hasrat untuk bergelar juara, tapi setiap pertandingan, ada yang menang dan kalah, itu adat. Kalau tiga-tiga nak jadi juara, siapa nak kalah? Walaupun Kat di tempat ketiga, Kat tak rasa Kat kalah. Sudah tertulis, Kat di tempat ketiga, redha sajalah.

Setakat ini Kat menerima banyak tunjuk ajar daripada Siti (Nurhaliza) sehinggalah Kat mampu buang rasa gugup apabila berada di atas pentas. Selain itu, Siti banyak memberi penekanan kepada latihan vokal sebab Kat sedar, Kat menerima banyak kritikan mengenai persembahan vokal Kat.

Antara Kat dan Siti kami sama-sama melihat di mana kekurangan itu. Siti tak pernah abaikan Kat terumbang-ambing seorang diri.

Sekalipun Siti sibuk, dia akan hantar pekerjanya untuk memberi apa saja pertolongan yang Kat inginkan."

Sedikit pun tidak tertekan

"KETIKA separuh akhir Mentor 2 baru-baru ini, Kat pilih lagu sendiri, tapi vokal Kat tak sesuai dengan lagu berkenaan. Siti melihat perkembangan Kat ketika peringkat separuh akhir itu, kritikan yang diterima dan sebagainya. Siti melihat yang positif dan mengambil kira apa yang dia boleh buat untuk diri Kat.

Apabila masuk akhir, Siti dah kenal pasti kelemahan Kat berdasarkan kritikan yang diterima dulu. Siti mahu Kat menyanyikan lagu yang menampakkan kemajuan vokal Kat. Justeru, lagu yang Kat nyanyikan pada malam final semuanya pilihan Siti selepas dia berasakan lagu berkenaan bersesuaian dengan vokal Kat.

Lagipun orang tak pernah dengar Kat menyanyikan lagu macam tu, orang pun agak terkejut. Siti pun pernah cakap, kalau nak jadi penyanyi, kita mesti versatil dan mampu menyanyikan apa saja jenis lagu. Memang tak dapat dinafikan, jiwa Kat lebih menggemari lagu rock.

Tapi, tak salah Kat mencuba sesuatu yang baru. Kat tenang menyanyikan lagu yang dipilih pada malam final tu, sedikit pun tak rasa tertekan. Mungkin orang akan fikir, lagu yang Kat nyanyikan tu susah, tapi Kat suka. Kat bertanding dengan Fiq dan Nieyl.

Fiq membawakan lagu bergenre rock, jadi mungkin Siti tak mahu genre lagu yang sama daripada Kat. Tak salah Kat mencuba sesuatu yang baru. Kat tak pernah rasa, dah jemu dengan rock, nak cuba yang lain.

Tapi, bukan kerana Siti dikenali dengan penyanyi pop, Kat juga harus membawakan lagu berirama pop, tidak.

Namun, kalau ada peluang selepas ini, ada tawaran buat album, Kat akan pilih rock, tapi pada malam final itu saja, Siti ingin memberikan kelainan. Hari-hari makan ikan, sekali-sekali teringin juga nak makan lauk ayam.

"Kalau Siti panggil Kat untuk berduet dengannya dalam album, nyanyi lagu pop, apa salahnya Kat mencuba."

Jangan kait lagi nama Kat dan Siti

KAT dan Siti, orang sering beranggapan kami tak mesra mungkin kerana faktor kesibukan Siti apabila dia jarang dilihat bersama Kat. Jadi, orang tak nampak, kami mesra atau sebaliknya. Hanya kami saja yang tahu. Tapi, setiap kali kami bertemu, ada saja yang kami kongsi bersama.

Sebaliknya, antara Kat dan Siti, mesra tetap mesra, takkanlah nak beritahu semua orang, tengoklah kemesraan kami. Siti sentiasa ambil berat mengenai diri Kat, dia tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

Kalau tidak, macam manalah Kat boleh melangkah hingga ke peringkat akhir Mentor 2.

Siti begitu popular, namun Kat gagal menjadi juara, itulah persoalan yang Kat dengar. Mungkin aura Siti terlalu kuat dan Kat sebaliknya. Mungkin Kat tak menyerlah seperti Siti, sekali gus gagal memikat hati orang.

Bukan kerana nama Siti begitu gah di Malaysia dan Indonesia, ia adalah satu tiket kepada Kat untuk menempa kecemerlangan.

Kat tak pernah ada rasa tak puas hati dengan Siti walaupun dia gagal menobatkan Kat sebagai juara. Jangan salahkan Siti, dia dah buat yang terbaik untuk Kat.

Apabila Kat hanya layak duduk di tempat ketiga, sudah suratan jadi begitu. Kita nak berjaya bukan atas usaha mentor saja, tapi protege pun harus bekerja keras. Janganlah kaitkan lagi nama Kat dan Siti."

INFO: Kat

# Kat atau Siti Khatijah Hassan, 19, dilahirkan pada 14 Mei 1987 dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anak keempat dari enam beradik ini juga adalah adik ipar kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search yang juga mentor kepada Fiq, juara Mentor 2.

# Selepas tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Kat menjalani uji bakat Mentor 2 di Pulau Pinang, namun dia gagal menempatkan diri. Sehinggalah Kat menyertai uji bakat Mentor 2 di Kuala Lumpur, dia akhirnya terpilih dan menerima Datuk Siti Nurhaliza sebagai mentornya.

# Pada pertandingan akhir Mentor 2 Ahad lalu, Kat mendendangkan lagu Lagenda, Nuri, Kita Insan Biasa (duet bersama Hattan) dan Big Spender duet bersama mentornya, Siti Nurhaliza. Bersama undian SMS 28.5 peratus daripada peminat, ditambah 46 peratus daripada juri profesional, Kat perlu berpuas hati dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga apabila Fiq bersama Nieyl diumumkan sebagai juara dan naib juara.

~~~Sumber Berita Minggu 17/12/2006~~~


[ Last edited by  AyieBoyZ at 17-12-2006 10:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2006 06:49 PM | Show all posts
~~petikan media hiburan~~
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 06:50 PM | Show all posts
~~petikan majalah mangga~~
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 02:56 PM | Show all posts
MAJALAH TERBARU URTV ADER COVER DATUK SITI........selamat tahun baru 2007
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 10:19 AM | Show all posts
~~petikan majalah Hai Cover CT 2007~~


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 07:18 PM | Show all posts
Bertemu Siti di Mekah?

Kak Tim ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca yang beragama Islam, walaupun hari istimewa itu sudah seminggu berlalu. Kepada mereka yang mengerjakan ibadah haji tahun ini, di harap tidak lama lagi akan pulang dengan selamat ke tanah air bersama kesihatan rohani dan jasmani.

Kak Tim menyentuh tentang mereka yang ke Makkah tahun ini kerana kebetulan Rabu lalu, Kak Tim terima SMS daripada seorang rakan di sana.

Kata kawan Kak Tim itu, dia bersama sekumpulan jemaah haji dari Malaysia telah terserempak Datuk Siti Nurhaliza dan suami di Hotel Dar al Tauhid.

Memang pelik! Setahu Kak Tim saat itu, Siti dan suami berbulan madu di London dan Paris.

Tapi lebih pelik, bila kawan Kak Tim itu beriya-iya memberitahu, 揔ami bersalaman dengan Siti. Memang betul itu Siti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 06:41 PM | Show all posts
                        Majlis Hari Jadi untuk isteri tercinta!
11-01-2007 12:51:24 PM                                                        
Wahida Asrani
                                                                                                                                 

"Kasihsayang dari suami adalah hadiah paling berharga buat Siti," - itulahluahan penyanyi sensasi Siti Nurhaliza ketika ditanya mengenai hadiahistimewa yang diberikan oleh suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, atauDatuk K, sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-28 hari ini.



Dariraut wajahnya yang sentiasa terukir dengan senyuman, jelas kelihatanbahawa penyanyi ini sememangnya sedang bahagia meniti alam rumahtanggabersama suaminya yang tercinta.



Walaupun berkali-kali merayukepada pihak media supaya tidak membuat sebarang temubual pada majlissambutan harijadinya malam tadi, Siti adakalanya kelihatan 'mengalah'apabila wartawan masih cuba mencungkil tentang kisah hidupnya kini.
Siti dan suami, Datuk K pada majlis sambutan hari lahir ke-28 penyanyi itu (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)
"Syukuralhamdulillah. Siti bahagia dengan kehidupan sekarang. Ini juga kalipertama Siti sambut hari jadi sebagai seorang isteri. Majlis inisebenarnya dibuat oleh suami.


"Sebenarnya mereka nak buat surprise, tapi memang kalau dengan Siti tak payahlah nak buat surprisesebab Siti akan tahu juga," ujarnya ceria ketika ditemui di majlistersebut yang bertempat di Restoran Gaucho, Chulan Square, Kuala Lumpur.


Anggundengan gaun berwarna hitam, Siti yang tiba di majlis itu kira-kira jam8.30 malam bersama suami, Datuk K diraikan di dalam suasana meriah olehkira-kira 160 orang tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahlikeluarga, kenalan rapat serta rakan-rakan artis.


Sesekali, aksiromantis Siti dan suaminya itu jelas kelihatan apabila pasangan inidilihat sering berjalan berpimpinan tangan sambil melayan tetamu yanghadir.


Antara rakan artis yang hadir memeriahkan sambutan harijadi penyanyi tersohor itu ialah Ning Baizura, Dayang Nurfaizah,Syafinaz, Nora dan suami Johan Nawawi, Ezlynn, Aznil Nawawi, Nurul,Linda Rafar dan Syed Aiman, Juliza Adlizan, Sharifah Shahira, Ijoy,Sharifah Norhaslinda dan suami Datuk Reezal Merican, Kat serta FaraFauzana.
Di sekitar majlis ulang tahun Siti yang ke-28 (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)
Turut hadir sebagai tetamu khas pada majlis itu ialah Setiausaha Agong UMNO Tan Sri Khalil Yaacob.
Selainkenalan dan rakan artis, turut tidak ketinggalan meraikan hari lahirpenyanyi itu ialah ibu Siti, Siti Salmah Bachik, kakak iparnya Roziedan adiknya Siti Saerah. Mereka juga ditemani ibu Khalid, Zainab Hanafidan kakak Khalid, Zaiton Muhammad Jiwa, yang juga menjadi tunggak utamapenyelaras majlis pada malam itu.


Ayah Siti, Taruddin Ismail dan abangnya, Ayie bagaimanapun tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang berada di Perak.


Sementaramenantikan detik 12 malam, majlis yang dihoskan oleh pelawak Dee telahdiserikan dengan persembahan oleh Syed Sobri dan isteri, Azie yangmendendangkan beberapa buah lagu antaranya, I Finally Found Someone, Mencintaimu, Nyanyian Asmara dan Aku Makin Cinta.


Beberapa artis seperti Nora, Nurul, Aznil dan Ezlynn juga turut mengambil peluang menghiburkan para tetamu.
Namun, acara memotong kek telah diawalkan kira-kira setengah jam untuk mengelakkan majlis tersebut berakhir begitu lewat.  
Antara rakan artis yang hadir.. Dayang, Nora, Ezlynn, Ning, Linda Rafar dan Syed Aiman
"Walaupunbelum pukul 12, Siti tak kisah. Yang penting, Siti gembira ramai yangdatang meraikan hari bermakna buat Siti ini. Doakan kebahagiaan Siti,"ucapnya sebaik selesai acara memotong kek.


Siti, yang jugaberkongsi tarikh lahir yang sama dengan penyanyi Syafinaz turutmengundang penyanyi itu untuk bersama-sama memotong kek hari lahirtersebut sebelum menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu,antaranya Dealova dan duet bersama Syafinaz untuk lagu Can't Take My Eyes Off You

Berbicaramengenai harapannya sempena hari lahirnya yang ke-28 ini, Siti berkata,dia hanya ingin berdoa untuk kebahagiaan rumahtangga, kerjaya,kehidupan serta harapan untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.
"Tapi, belum ada 'petanda' lagi ye. Ada rezeki, adalah...," kata Siti berseloroh ketika perkara 'anak' dibangkitkan.
Siti dijangka akan memulakan proses rakaman album tradisionalnya pada pertengahan tahun ini.


sumber: mSTAR


[ Last edited by  calmille at 11-1-2007 06:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 12:50 AM | Show all posts
Siti, Datuk K serah sumbangan

JOHOR BAHRU: 揋elombang kedua banjir yangmelanda negeri ini membuka mata semua pihak di seluruh negara supayalebih berhati-hati dan saling membantu sesama sendiri bagi meringankanbeban insan ditimpa musibah,
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 07:19 AM | Show all posts


Kak Tim didatangi seorang promoter show baru-baru ini yang bertanya pada Kak Tim satu soalan di luar jangkaan.

揇atuk Siti Nurhaliza dah mengandung ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2007 02:21 AM | Show all posts
                        Siti, Datuk K bantu mangsa bah Raub
23-01-2007 10:34:15 PM

                                                                                                  RAUB: Kesukaran yang dirasakan 52 penduduk Kampung Kuala Semantan di siniyang terpaksa bermalam di pusat pemindahan akibat banjir sejak tigahari lepas, terubat dengan kunjungan penyanyi nombor satu negara DatukSiti Nurhaliza Tarudin hari ini.



Sitimendukung bayi yang baru berusia 13 hari, Anis Batrisyia Mohd Affendisambil diperhatikan oleh ibunya Rodiana Ahmad, seorang mangsa banjiryang ditempatkan di pusat pemindahan di masjid Kampong Ulu
Semantansewaktu lawatan penyanyi itu bersama suaminya Khalid hari ini
. (foto The Star oleh Nik Naizi Husin)

SitiNurhaliza melalui Yayasan Nurjiwa yang diasaskan bersama suaminya DatukKhalid Mohamad Jiwa menghulurkan bantuan berupa pakaian dan makanankepada 15 keluarga yang ditempatkan di pusat itu.
Katanyapengalaman membantu mangsa banjir di Johor sebelum ini membuatkanbeliau ingin terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di tempatlain juga.


"Siti dengan suami memang bercadang ke Pahang keranaSiti tahu daerah Rompin dilanda banjir, tapi setelah dapat tahu di Raubdan Lipis juga mengalami banjir, jadi Siti ubah rancangan dan datang kesini dahulu," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersama suaminyadi Masjid Kampung Kuala Semantan di sini.
Beliau berkatasumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban penduduk yang bukanhanya kehilangan harta benda malah mengalami tekanan akibat bencanabanjir. BERNAMA


sumber: mStar
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 09:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:19 AM | Show all posts
Siti tertekan isu hamil

Oleh Hartati Hassan Basri

SELEPAS melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada Ogos tahun lalu, pastinya berita mengenai kehamilan Datuk Siti Nurhaliza dinanti-nantikan kini.


Malah ada pihak mengatakan Siti sudah mengandung tetapi penyanyi yang pernah menimbulkan teka-teki di kalangan peminat dan media mengenai kisah cintanya dulu, juga mahu merahsiakan perkara itu.

Ada pihak menampilkan bukti mengirimkan gambar Siti dengan penampilan agak berisi di bahagian perutnya. Malah ada yang menghantar pesanan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mengesahkan Siti berbadan dua tetapi tidak mahu berita itu disebarkan, bimbang penganjur takut mengundangnya menyanyi.

Bagaimanapun Siti ketika ditemui kelmarin, menafikan mahu merahsiakan dirinya sudah mengandung atas alasan 憈akut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 07:48 PM | Show all posts
[table][tr][td]Siti hums Muzik Muzik
by JOE LEE [table][tr][td]WILL Datuk Siti Nurhaliza come out of 搑etirement
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.113766 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list