CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 31-1-2005 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 31-1-2005 09:43 AM:


ha, bestnya ada alin! :clap: seronok baca sinopsis alin, detail je...

btw, persahabatan Koshiro dengan Minoru ni pelik sikit kan? masa dengan budak2 samseng tu, Minoru n ...


hahaha... dgn samseng boleh lah berlagak samseng.. tp dgn anak bos yg tlh melayan dia dgn baik selama ni, mestilah kena hormat, takut2 kang kena buang lak... tp comei lah Minoru time tu... hahahaha :cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2005 11:50 AM | Show all posts

QOLT ep 8 - (Ahad 3001)

Shuiji akhirnya berjaya memasuki KM stlh memecah cermin pintu menggunakan kerusi yg trdpt di luar. Natsumi trkejut melihat Shuiji berada di depannya. Shuiji menarik rambut Natsumi dan memaksanya berdiri. Stlh itu, dia memeluk Natsumi dan mmberitahu Natsumi yg dia kesunyian. Ketika di dlm penjara, Shuiji sering teringatkan Natsumi dan tlh mencuba mencarinya stlh berjaya melarikan diri dr polis. Yu, Jun dan Koshiro cuma memerhati dr jauh.

Natsumi bergelut utk melepaskan diri dr pelukan Shuiji. Natsumi berjaya tp menerima tamparan Shuiji pula. Jun menegur tingkah Shuiji dan cuba melindungi Natsumi tp sebaliknya dia dibelasah teruk oleh Shuiji. Natsumi cuba menegah Shuiji tp Shuiji buat tak endah. Yu cuba masuk campur tp dibelasah Shuiji juga. Shuiji mengambil sebuah kerusi dan cuba memukul Jun menggunakannya, tp Natsumi menggunakannya sbg penghadang apabila Shuiji menghalakannya ke arah Jun. Kerusi itu mengena belakang Natsumi.

Pd masa yg sama, Koshiro cuba menghubungi polis melalui telefon bimbitnya ttp Shuiji dpt mengesan tindakannya itu. Shuiji menghampiri Koshiro yg pd ketika itu menyorok di belakang kaunter. Shuiji merampas telefon Koshiro dan memecahkannya. Stlh itu Shuiji berkata,"Sekarang awak telefonlah polis." Koshiro menjawab,"Tak apa... dah rosak pun."

Shuiji menanya Natsumi,"Apa ertinya mereka ini kepada awak?" Natsumi cuba menjawab, tapi dipintas oleh Yu. Yu berkata,"Dia... saudara penting kami!" Koshiro pula menyampuk,"Dia adalah tunang abg long kami." Shuiji berkata,"Tunang?" sambil menjeling Koshiro.Koshiro terus berkata,"Tak ada apa2" lalu menyorok kembali di belakang kaunter.

Shuiji mengheret Natsumi pergi tp, Jun mencengkam erat pergelangan kaki Natsumi, meminta Natsumi jgn pergi. Yu cuba menghalang juga tp Shuiji menendang betisnya. Tiba2 Tomato muncul utk menghantar brg2 dapur yg dipesan oleh KM. Dia hairan melihat cermin pintu pecah. Apabila berada di dlm KM, dia perasan keadaan kelam-kabut. Bila dia ternampak Shuiji, dia terus menjerit perompak. Gelaran yg diberi Tomato itu memberi idea utk Shuiji utk betul2 merompak KM. Dia menuju ke mesin wang dan mengambil semua wang yg trdpt di dlmnya. Sblm menghilangkan diri, Shuiji mendekati Natsumi lalu berbisik,"Saya tiada sumber kewangan buat masa ni. Jadi, saya akan dtg selalu ke sini." Kemudian, keluar dr KM.

Minoru dan En. Mamoru dlm perjalanan ke KM apabila mrk berselisih dgn Shuiji. Minoru yg mengecam Shuiji merasakan sesuatu tlh berlaku di KM, lantas mula berlari. Apabila tiba di KM, Minoru nampak keadaan kucar-kacir di ruang utama KM. Yu sdg cuba membaiki kerusi. Minoru cuba membantu Yu. Tomato mencadangkan agar mrk menghubungi pihak polis, ttp Yu menolak, mengatakan mrk boleh menghadapinya. Yu juga mengatakan yg KM akan ditutup minggu depan bg mmberi ruang utk membaiki KM.

Manakala, Natsumi sdg menjaga Jun di bilik Koshiro. Stlh Junsedarkan diri, Jun segera meminta maaf kpd Natsumi krn tidak dpt menunaikan janjinya utk melindungi Natsumi. Natsumi pula meminta maaf krn telah menyebabkan Jun dlm berkeadaan begitu dan mula menangis kesedihan. Jun cuba bangun dan lantas memeluk Natsumi. Natsumi tetap meminta maaf. Jun meminta Natsumi jgn risau ttg dirinya. Tp Natsumi makin kuat menangis dan terus meminta maaf. Tiba satu ketika Natsumi bertanya,"Lengan awak tak sakit ke?" Jun menjawab,"Tak." Natsumi bertanya lagi,"Bolehkah awak memasak?" Jun menjawab,"Boleh." Natsumi bertanya buat kali ketiganya,"Bolehkah awak masak sos daging?" Jun menjawab sambil tersenyum,"Boleh." Natsumi lantas berkata,"Ogatta!" dan memeluk Jun erat. Walaupun tindakan Natsumi itu menyakitkan, namun, Jun bahagia di dlm pelukan Natsumi.

Tiba2 kedengaran suara Yu di luar pintu menanyakan keadaan Jun. Natsumi dan Jun segera meleraikan pelukan mereka. Jun mmberitau Yu yg dia ok. Yu meminta Natsumi utk turun membantu membersihkan KM. Natsumi keluar dr bilik dan berdiri di hadapan Yu. Natsumi meminta maaf di atas berlaku, tp Yu berkata tidak apa. Ketika Natsumi cuba melangkah, dia hampir pitam krn kelaparan. Yu memarahinya krn terlalu bekerja sehingga lupa makan tgh hari. Jun tiba2 keluar dr bilik dan meminta kebenaran Yu utk kembali bertugas. Yu risau dgn keadaan Jun, tp Jun menyakinkan Yu yg dia perlu bertugas memandangkan dia perlu berlatih byk membuat sos daging stlh berjaya membuatnya. Nak tak nak, Yu terpaksa mmbenarkan.

Ketika Natsumi sdg membaiki pintu KM, Tomato muncul lalu menegurnya. Tomato bertanya sama ada lelaki tadi adalah bekas tmn lelaki Natsumi. Natsumi cuma tunduk terdiam. Tomato berkata,"Saya mmg dah agak. Dr gaya mereka ingin mendiamkan diri saja ttg hal ni, saya agak, lelaki itu masih menyukai kamu. Lelaki itu jauh berbeza dr Kennichiro. Jd, kenapa kamu berdua berpisah?" Natsumi menjawab,"Dia... mengkhianati saya".Tomato pula berkata,"Mengkhianati?... Apapun, jika awak menyusahkan Macaroni, saya sendiri yg akan mencari awak," lalu melangkah pergi.

Minoru yg sejak tadi menyembunyikan diri dan mendengar perbualan Natsumi dan Tomato secara senyap-senyap mula mendekati Natsumi. Minoru cuba mengesahkan sama ada lelaki td adalah Shuiji. Natsumi menjawab,"Jd awak dah tahu segala-galanya. Adalah lebih baik awak ceritakan semua ttg saya kpd mereka. Saya tak nak menyusahkan mereka lagi." Minoru cuma mendiamkan diri.

Apabila KM dibuka utk sesi petang, sekumpulan samseng pula muncul. Meki, salah seorg drpd samseng tersebut. Mrk dtg utk mmberi sokongan trhadap Natsumi. Meki, salah seorg drpd samseng tersebut, mmberitau Natsumi yg Shuiji tlh melarikan diri slps memukul seorg penjual ubat. Natsumi terkejut dgn perkhabaran itu. Koshiro yg memerhatikan sahabat2 Natsumi cuba memikirkan siapakah sebenarnya Mugita Natsumi. Tanpa Natsumi dan Meki sedari, salah seorg pelanggan di situ adalah anggota polis. Dia mendengar kesemua perbualan Natsumi dan Meki. Ketika kedai hampir waktu utk ditutup, polis itu menghampiri Natsumi dan bertanya sama ada dia adalah Mugita Natsumi. Polis itu menunjukkan lencana polisnya, dan Natsumi terkejut.

Ketika waktu mkn mlm, staf2 KM menyediakan byk jenis lauk-pauk. En. Mamoru mengatakan bhw Natsumi pasti gembira melihat makanan yg sebegitu byk. Jun mengiakan krn dia tahu Natsumi mmg kuat mkn. Namun, Yu menemui sekeping nota bersama sekeping sampul surat di atas meja makan. Di atas nota itu tertulis ucapan minta maaf dr Natsumi dan Natsumi mmberitau bhw di dlm sampul surat itu mengandungi wang gajinya. Natsumi berharap mrk dpt menggunakan wang itu utk membaiki KM. Semua staf KM terdiam stlh mmbacanya.

Di balas polis, polis itu mmbawa Natsumi yg membawa sekali beg pakaiannya masuk ke dlm bilik. Di situ, seorg pegawai polis wanita sdg menunggu. Apabila Natsumi masuk ke bilik itu, pegawai wanita itu berkata,"Dah lama kita tak berjumpa."

Di KM,semua org masih dlm kesedihan di atas pemergian Natsumi kecuali Koshiro yg sdg enak menikmati makanan. Yg plg sedih sekali pastilah Jun. Koshiro mengatakan bhw Jun pasti kesunyian dgn ketiadaan Natsumi. Namun bagi Koshiro, ada baiknya Natsumi tiada, krn tidak ada org akan memusnahkan KM. Yu meminta Jun spy melupakan Natsumi, tp Jun bekeras ingin terus menyukai Natsumi dan melindunginya. Koshiro menyampuk mengatakan dia ingin DILINDUNGI oleh Natsumi. Pd pendapatnya, abg long mrk berbeza sekali dgn Shuiji, namun dia masih berani mengambil Natsumi. Koshiro berkata,"Perempuan kuat spt Natsumi sptnya bersama org yg kuat. Barulah sepadan," sambil terus menikmati makanan di hadapannya. Jun cuma terdiam.

Minoru berkata,"Saya rasa Cik Natsumi berada di balas polis sekarang." Jun memandang Minoru dan berkata,"Tapi dia tak melakukan apa2." Minoru menjawab," Sekarang tak ada, tapi dulu byk perkara telah berlaku. Saya sama sekolah dgn Cik Natsumi. Tp, apabila saya baru masuk, dia baru saja keluar dr situ. Pd ketika itu, dia merupakan ketua samseng." Semua staf KM terkejut dgn cerita Minoru.

Di balai polis pula, Natsumi enggan memakan nasi stik yg dihidangkan. Dia juga terus menafikan yg dia ada brhubung dgn Shuiji. Namun, polis wanita itu tidak mmpercayainya. Polis wanita itu mengesyaki Natsumi tahu kedudukan Shuiji sebenarnya. Natsumi terus menafikan. Malah, Natsumi melarang mrk utk ke KM memandangkan dia tlh berhenti dr situ. Natsumi merasakan tidak ada lagi maklumat yg patut dia kongsi bersama polis2 itu, dan cuba melangkah pergi dr situ. Polis wanita itu menghampiri Natsumi dan menghulurkan kad namanya, lalu berkata,"Jika sudah ada tempat menetap, hubungi saya. Jgn cuba larikan diri, kerana saya akan terus mencari awak. Jgn lupa, awak sama saja spt dia." Natsumi memandang polis itu dgn penuh sakit hati, lalu keluar dr situ. Polis lelaki yg td senyap bersuara,"Dia nmpk gembira bekerja di kedai itu." Polis wanita itu tidak mempercayainya. Bgnya, manusia tidak akan berubah.

Ketika berlegar di luar balai polis sambil memikirkan nasibnya yg malang, Yu dtg menegurnya. Natsumi terkejut dgn teguran itu dan cuba mempertahankan dirinya tp Yu sempat berkata,"Nanti dulu. Sblm awak menendang saya, dgr dulu apa yg saya ingin katakan. .... Tak cukup!" Natsumi memandang wajah Yu dgn air muka yg tidak memahami maksud sebenar Yu. Yu berkata lagi,"Wang yg awak beri tak mencukupi utk mmbiayai kos pembaikan KM.... Jadi... baliklah." Melihat Natsumi tak berganjak... Yu lantas mengambil beg Natsumi dan mengheretnya. Nak tak nak, Natsumi terpaksa mengekori Yu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2005 11:59 AM | Show all posts
yelah drama ni memang best..semalam limau nak cari kat JJ tapi tak de lagi jual. Mungkin tak lama lagi adalah kot?...

Semalam ternampak drama Great Tower part 2... drama ni ada sambungan rupanya.. sekarang tengah murah ada diskaun 30%...cepatlah dapatkannya...

terasa nak makan nasi telur dadar haha... nanti Natsumi ikut x boy dia kan..tak sabat nak tahu selanjutnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2005 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 31-1-2005 11:59 AM:
yelah drama ni memang best..semalam limau nak cari kat JJ tapi tak de lagi jual. Mungkin tak lama lagi adalah kot?...

Semalam ternampak drama Great Tower part 2... drama ni ada sambungan rupanya ...


The Great White Tower Part 2 tu episod 11-21 yang dah main hari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2005 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 31-1-2005 01:24 AM:
aku suka betul lar tgk muka Shiuji tu .. sapo tu .. mcm aku ada dgr someone mention dia tu anggota V6? .. iye ke?

mmg kena betul dia bawa watak Shiuji .. he got the attitude .. sugoi ...


ganaz tul muka die tu...

pastu bole xtercedera langsung masa gaduh ngan member yg ramai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2005 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 31-1-2005 08:26 AM:
makin best la citer nih.  Yu tu skrg memang dah kompem kerr sukakan natsumi tu...??  semacam jerr dia masa Jun tanya....  


mesti la suka....
xterjawab bile Jun tanya...

dulu die yg larang....:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2005 03:53 PM | Show all posts
Di KM, Koshiro sdg merawat lebam-lebam Jun.
Jun : Apa! Dia pergi ke balai polis?
Koshiro : Ya... dia beritau dia ke balai polis.
Jun : Dlm saya sakit2 begini... dia pula pergi merampasnya.
Koshiro : Kalau begitu, semua wanita yg keempat2 kita minati mempunyai ciri-ciri yg sama. Tapi... saya dah berputus asa.
Jun : Bagaimana dgn Abg Ken?
Koshiro : (aku lupa dia jawab apa)
Jun : Dia masih belum tahu ttg ayah.
Jun dan Koshiro duduk mendongak langit sambil memikirkan ttg Kennichiro.


Di tmpt lain, Yu dan Natsumi sdg menikmati bir. Natsumi mmberitahu Yu yg dia kelaparan, memandangkan dia tak makan tgh hari dan mkn mlm. Malah dia tak menyentuh pun nasi stik yg dihidangkan di balai polis td. Yu berkata,"Mmg pelik bila kamu tak makan." Natsumi pula berkata,"Pelikkan?" Yu kembali berkata,"Tak apa, balik nanti saya akan masakkan nasi stik yg paling sedap. Dah menjadi tradisi keluarga kami, utk menghidangkan nasi stik pd saat2 begini(keadaan sukar). Sama spt kami menghidangnya ketika Ken/Yu ada ujian matematik (? tak pasti), Jun memasuki sekolah menengah tinggi dan ketika Koshiro ada ujian sempoa. Dgn memakannya, pasti akan berjaya. Jadi... awak harus menang ke atas masa lampau awak. Berusaha!" Natsumi mengangguk senyum. Natsumi menanyakan Yu sama ada dia akan mengubah KM menjadi restoran bercitarasa tinggi. Yu mnjawab yg dia tidak pasti lagi. Natsumi berharap KM dpt dikekalkan spt sekarang krn dia tidak ingin satu hari nnt dia tak dpt merasa nasi telur dadar yg berharga 300yen lagi. Namun, Yu cuba menyatakan bahawa kata2 Eki juga ada benarnya. Tidak ada org yg berniaga tidak mementingkan keuntungan. Yu mula meluahkan hujah2nya, tanpa disedari, Natsumi mula terlentok di bahunya. Yu cuba membangunkan Natsumi. Apabila bangun, Natsumi berkata,"Saya ada rekod jenayah!" Yu memandang Natsumi tanpa berkelip-kelip.

Pd ketika itu, Shuiji tgh menikmati makanan. Dia cuba memberi kucing jalanan sedikit makanan, tp kucing itu tidak memakannya, Shuiji berkata,"Awak ni penguji makanan ke?... Alangkah baiknya dpt makan makanan yg enak2." Tiba2 dtg sebuah kumpulah geng bermotosikal yg diketuai oleh Meki. Meki dtg menemui Shuiji krn ingin membalas dendam terhadap Shuiji. Namun, kumpulah Meki yg dibelasah teruk oleh Shuiji.

Natsumi pula bercerita ttg bagaimana Shuiji meletakkan ubat peransang ke dlm lokernya. Disebabkan itu, dia telah didakwa bersalah dan bersubahat. Kerana itu, dia merasakan yg Shuiji sudah mengkhianatinya.

Stlh beberapa kita, Yu dlm perjalanan balik ke KM sambil mendukung Natsumi yg berat dan mengheret beg pakaian Natsumi. Yu berfikir bahwa Ken bertuah dpt perempuan hebat spt Natsumi dan tersneyum. Jun baru keluar dr rumah dan ingin menuju ke balai polis apabila dia ternampak Yu mendukung Natsumi. Dia gembira yg Natsumi sudah kembali ttp tak puas hati Yu yg dpt mendukungnya. Malah, Jun fikir, Yu pasti ada hati terhadap Natsumi. Dgn wajah yg sakit hati, Jun mengambil beg Natsumi dan membawanya masuk ke dlm.

Malam itu, Natsumi bermimpikan ttg saat2 dia memasuki terjaga. Apabila dia terjaga, Natsumi mendapati dirinya sudah kembali ke KM. Koshiro yg lalu dis itu mengucapkan selamat pagi kpd Natsumi. Apabila Natsumi ke dapur, semua staf mengucapkan selamat pagi kepadanya dgn penuh ceria. Maka, Natsumi bekerja dgn penuh ceria.

Selepas habis waktu bekerja, Tomato dtg membawa 2 biji tembikai susu dan sedikit makanan. Tomato bertanyakan ttg keadaan Jun. Yu mengesahkan yg Jun dah semakin ok.

Pd masa yg sama, Natsumi sdgn menulis surat perpisahan buat semua keluarga KM. Apabila Jun tiba2 muncul dan duduk di depannya, Natsumi segera menyembunyikan surat itu di bawah meja. Jun meminta Natsumi agar jgn melarikan diri lagi, krn mrk adalah saudara. Natsumi menjadi serba salah krn dia sebenarnya syg utk meninggalkan mrk semua.

Di dapur, spt yg dijanjikan, Yu sdg menyediakan nasi stik utk Natsumi. Apabila Natsumi tiba di bliknya, Natsumi menjumpai nasi stik terhidang di atas meja. Di sebelahnya terselit sekeping nota dgn tulisan buruk Yu. Di situ tertulis,"Stlh awak memakan hidangan ini, awak adalah keluarga." Terharu dgn kata2 itu, Natsumi mula menangis dan menikmati nasi stik dgn perlahan-lahan.

Di tepi rumah, Yu, Minoru, Koshiro dan Tomato sdg bermain bunga api. Jun dtg dan meluru ke arah Yu. Dgn muka yg serius, Jun menanya Yu sama ada Yu menaruh perasaan pd Natsumi. Yu terkedu. Melihat Yu tak terkata, Jun pergi utk menemui Natsumi.

Natsumi pd ketika itu sdg tersneyum memerhati mrk dr beranda.Apabila dia menoleh ke arah lain, dia ternampak Shuiji sdg menuju ke KM. Natsumi keluar dan bersua muka dgn Shuiji. Natsumi meluahkan perasaannya apabila Shuiji mengkhianatinya dulu. Shuiji bertanya pd Natsumi sama ada Natsumi membencinya. Natsumi mengiakannya. Natsumi melarang Shuiji dr menganggu KM lagi kerana bgnya, mrk di KM adalah org baik. Malah telah melayannya dgn baik. Natsumi amat terhutang budi. Shuiji menanya Natsumi sama ada Natsumi menyukai mereka, dan Natsumi menjawab ya. Stlh mendengar jwpan itu, Shuiji mula melangkah pergi. Namun Natsumi sempat berkata lantang,"Itu dulu!"

Jun sdg menuju ke bilik Natsumi. Jun memanggil Natsumi tapi tiada balasan. Jun melihat ke dlm bilik dan tidak ternampak kelibat Natsumi. Jun menuju ke ruang tamu dan berselisih dgn Yu. Jun menjeling Yu dan Yu mula rasa tak selesa. Yu menuju ke bilik Natsumi dan melihat pinggan tersusu rapi di atas menja. Yu mengomel,"Dia makan sampai licin," sambil tersneyum. Namun, apabila Yu mengangkat pinggan2 itu, sekeping surat muncul dr bawah pinggan2. Yu mengambil surat itu dan menunjukkannya kpd Jun. Di dlm surat itu, Natsumi mengucapkan ribuan terima kasih krn menjaganya dgn baik selama ini. Dia juga meminta maaf kerana tlh byk menyusahkan mrk. Beserta dgn surat itu, Natsumi sertakan buku akaun dan duit gajinya utk membantu menampung kos membaiki KM. Natsumi meminta mrk menjaga rasa KM dan dia akan kembali satu hari nnt utk merasainya semula.

Pd ketika itu, Natsumi sdg menyorong beg pakaiannya dgn laju, meninggalkan Shuiji di belakang. Sambil2 itu, Natsumi bercerita dgn berairkan air mata mengenai KM yg melayannya dgn penuh baik. Malah dia merasakan nasi stik yg dia rasai td mmg sedap. MMG SEDAP. Shuiji hanya mengekori dan mendengar kata-kata Natsumi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2005 04:39 PM | Show all posts

Go Morita (V6) - SHUJI

betullah dia ni V6 member, sebaya dengan Ken Miyake, dan tua setahun dari Junichi Okada...







Name: Go Morita
JPop Group: V6
Age: 26
Birthday: 20 February 1979
Star Sign: Pisces
Blood Type: A
Height: 162 cm
Weight: 43 kg

Drama:

Hanjuku Tamago (1994)
Maido Ojamashimasu! (1995)
The chef (1995)
Hitotsu Yane no Shita 2/Under the Same Roof 2 (1997)
Pu-Pu-Pu/Jump/Part-timer/Down and Out (1998)
Shin Oretachi no Tabi/Life's a Trip] (1999)
Gekka no Kishi (2000)
Yome wa Mitsuboshi (2001)
Lunch no Joou/Queen of Lunchtime Cuisine (2002)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2005 07:04 PM | Show all posts

wow wow wow

Originally posted by aLiN_82 at 31-1-2005 03:53 PM:
Di KM, Koshiro sdg merawat lebam-lebam Jun.
Jun : Apa! Dia pergi ke balai polis?
Koshiro : Ya... dia beritau dia ke balai polis.
Jun : Dlm saya sakit2 begini... dia pula pergi merampasnya.
Kos ...


:clap:

bestnya review dari Alin, very detail :clap:  

patut diberi kacang cap tangan :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2005 07:58 PM | Show all posts


bila first tgk muka Morita kat net.. sekali imbas mcm Takuya.. bila tgk byk kali... jauh bezanya... hehehe...

ohya... cerita ni tinggal 4 episod je lagi... dlm 2 minggu habislah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2005 08:00 PM | Show all posts

ahhh

kalau aku minat sesuatu cerita, aku mmg mudah ingat apa yg berlaku... lebih2 lagi kalau ada watak yg aku suka... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by aLiN_82 at 31-1-2005 07:58 PM:


bila first tgk muka Morita kat net.. sekali imbas mcm Takuya.. bila tgk byk kali... jauh bezanya... hehehe...

ohya... cerita ni tinggal 4 episod je lagi... dlm 2 minggu habislah...


;) memang jauh bezanya....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 31-1-2005 12:34:


The Great White Tower Part 2 tu episod 11-21 yang dah main hari tu...


Ohhhh..bikin limau keliru je..thanx ... :ah:

Tak sabar nak tunggu minggu depan , kenalah lambat sangat citer ni...cuma hari Sabtu & ahad je...

Bila tengok kesian pulak dengan Shuiji tu...tak de kawan hidup merempat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 31-1-2005 11:59 AM:
yelah drama ni memang best..semalam limau nak cari kat JJ tapi tak de lagi jual. Mungkin tak lama lagi adalah kot?...

Semalam ternampak drama Great Tower part 2... drama ni ada sambungan rupanya ...


limau... vcd citer nih dah lama dah kuar... aku beli thn lepas lagi... pertengahan tahun tak silap aku.... beli kat jj gak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by juya79 at 1-2-2005 12:43:


limau... vcd citer nih dah lama dah kuar... aku beli thn lepas lagi... pertengahan tahun tak silap aku.... beli kat jj gak...


:hmm:

Yeke?... geram nie!! kenapa hari tu tak de? kat JJ...agaknya sold out kot?..

Berapa harga dia? juya79.... harap beritahu limau ya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 1-2-2005 12:55 PM:


:hmm:

Yeke?... geram nie!! kenapa hari tu tak de? kat JJ...agaknya sold out kot?..

Berapa harga dia? juya79.... harap beritahu limau ya.


maybe sold out kot... lupa la harga limau... lama dah beli... not more than rm30 laaa... beli kat jj alpha angle... time sale...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2005 01:23 PM | Show all posts
Tapi lawak tul masa natsumi tertidur kat lengan Yu.  Kalo lelaki lain, atau dlm citer lain biasanya, dia biarkan org tu tertidur kat situ sambil ambil kesempatan menatap pompuan tu sepuas2nyer.. he..he..  tapi mamat nie dgn kasarnyer mengejutkan minah tu bangun...  lawak tul, tak romantik ha..ha..
Reply

Use magic Report

chicmycat This user has been deleted
Post time 1-2-2005 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 1-2-2005 01:23 PM:
Tapi lawak tul masa natsumi tertidur kat lengan Yu.  Kalo lelaki lain, atau dlm citer lain biasanya, dia biarkan org tu tertidur kat situ sambil ambil kesempatan menatap pompuan tu sepuas2nyer.. he ...


mm..baru nak join...:bgrin:
betul tu, ingatkan dia suka natsumi tertidur..
dahtu waktu mula2 jumpa natsumi siap cakap jgn jgn tendang dia..
berbeza betul dgn watak satomi...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 01:56 PM | Show all posts
agaknya Yu tgh kontrol diri dr suka kan Natsumi... kalau dia biarkan Natsumi tidur atas lengan dia, kang terjatuh hati sapa susah.. dahlah dulu yg dgn lantang di larang bercinta.. tambahan lagi, dia anggap Natsumi tu mcm 'kakak ipar' dia... cuba bayangkan dia biarkan Natsumi tidur atas bahu dia.. sekali si Jun tu terjumpa mcm mana... dahlah Jun tu mmg gila2 minat kat Natsumi... susah Yu karang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 01:59 PM | Show all posts
kita nak join sekali boleh tak.

seronok rasanya bila 8tv tayang cerita japan semula. first sekali cerita jepun yg kita tengok sampai jatuh cinta Beatiful Life.

x sangka natsumi yg berlakon cerita My Husband 1 yg ditygkan kat 8tv dulu. dlm my husband dia cute sgt berlakon dgn tomoya nagase.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.074395 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list