CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

  [Copy link]
Post time 27-3-2020 11:40 AM | Show all posts
dammerung replied at 11-10-2019 05:25 PM
Kes 1/2019 : Tuntutan Kes Guaman (Bahagian Akhir)

Ternganga Syam. Tangkap ayam pun di ...

pergh best2.
happy ending for everyone.
boleh masuk siri the twilight zone.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 16-3-2020 06:34 PM
Kes 3/2020 - Penunggu Banglo Lama

Ibrahim atau 'Baim' menceritakan pengalaman beliau semasa berus ...

aku suka part aunty tu tanya, mahu aunty tolong betulkan tv?
hahahaha
bole jadi tajuk movie seram
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyaaa. Siapa perempuan cina tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaikkk dammm ..sempena mco ni..boring2 baca balik semua ko nyer cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 27-3-2020 10:03 PM
Bestnyaaa. Siapa perempuan cina tu

Rasonyo eh skandal dia...doc tu xsengaja terbunuh kot masa mabuk
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
takkan la bobot hidup zaman sebelum jepun pandai main hp pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zulkacak replied at 15-10-2019 01:21 PM
yeaaaaaa..abg temberang dah kembali dgn cerita2 temberang dia..

Temberang2 pun hang sebok baca kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Best best musim mco baca citer seram, thanks Dam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm...habis dh



Mntk suap lg


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Damm.. xde update ke? Ingat boleh la baca masa pkp ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_Maxx at 8-4-2020 08:49 PM

Damm kn keje time pkp ni kut? Setia menanti cerita best dari Damm
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2020 01:21 PM | Show all posts
huhu....habis sudah......menanti update jua....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde update ke damm? Mlm je ak free nk baca thread ko.. tp sedih tgk xde cite baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2020 06:09 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 21-4-2020 06:11 PM

Kes 4/2020: Bang Ramin

Di kala negara sedang menghadapi perintah berkurung akibat gejala Covid-19, Nurul mengimbau kenangan membesar di kampong pada era 80an. Dia juga pernah melalui zaman 'lockdown' tetapi bukan kerana penyakit merebak tetapi gara-gara kes penculikan kanak-kanak berleluasa pada ketika itu. Pada waktu itu juga, khabar angin disampaikan melalui penceritaan oral yang dibawa dari mulut ke mulut. Semakin ramai bercerita, lagi bertambah sensasi ceritanya, maka dengan itu, ramai ibubapa mengambil tindakan mengurung anak dirumah.

Jika ini amat merisaukan orang ramai di ibukota, apatah lagi bagi Nurul yang tinggal di kampong terletak begitu hampir dengan sempadan Siam. Disebabkan terdapat khabar angin mengatakan van nombor plat Thailand berkeliaran culik kanak-kanak, Nurul yang ketika itu masih bersekolah rendah, tidak dibenarkan bermain di luar, hatta halaman rumah sekalipun. Setiap pergerakan dikawal rapi oleh atuk dan nenek dan ini benar-benar menguji jiwa tomboinya yang mahu keluar bermain dengan anak-anak jiran, juga turut mengalami masalah sama sepertinya.

Waktu lapang selepas pulang sekolah hanya mampu dibazirkan dengan melepak di tangga rumah melayan kebosanan maksima. Setiap Jumaat, dia berharap ibu pulang dari KL dan membawa ole-ole, namun sejak berpisah dengan ayah, ibu tak pernah lagi balik. Bagi teman-teman lain, sekurang-kurangnya mereka ada adik-beradik, bukan anak tunggal macam Nurul.

Semuanya berubah selepas sepupu tua dipanggil Bang Ramin pulang ke kampong. Apa lebih mengejutkan, anak Mak Long berusia 29 tahun itu mengumumkan akan menetap di kampong. Itulah pertama kali Nurul bersua muka dengan Bang Ramin. Selama ini dia hanya mendengar cerita sahaja bagaimana sepupunya itu menjadi kebanggaan keluarga. Bang Ramin bukan sahaja pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading malah, satu-satunya ahli keluarga ibu melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara, iaitu di Eropah. Mungkin tidak menghairankan pada zaman sekarang, tetapi bagi orang kampongnya pada tahun 1982, dapat tawaran belajar ke luar negara itu lebih bernilai dari dapat peluang menunaikan Haji atau umrah.

Bang Ramin pulang sekitar tahun 1987 dan dikatakan bekerja dengan salah satu kementerian sebagai pegawai kerajaan. Tidak pasti kenapa pada tahun 1988, Bang Ramin tiba-tiba muncul dan mahu tinggal di rumah kampong, sedangkan rumah ibubapanya hanya di kampong sebelah. Nurul pada mula malu-malu tetapi selepas melihat barang-barang Bang Ramin, terus hilang semua perasaan kekok. Mana taknya, koleksi majalah kartun seperti Gila-Gila, Gelihati dan sebagainya mengalahkan kedai majalah di pekan. Apa membuatkan Nurul rasa nak panjang bumbung dan terbang adalah Bang Ramin mempunyai Walkman. Selama ini Nurul hanya mendengar cerita tentang radio kaset yang boleh dibawa kemana sahaja dengan teknologi 'headphone' memberikan kualiti bunyi tiada tandingan. Apabila dapat pegang Walkman dan didengarkan buat pertama kali, Nurul mengaku air mata hampir bercucuran.

Nurul percaya Bang Ramin adalah jawapan kepada doa-doanya. Semenjak Bang Ramin pindah, dia tidak lagi melayan blues depan rumah kerana seperti tidak cukup waktu dalam sehari menghiburkan diri dengan barang-barang sepupunya, seperti membaca Gila-Gila dengan muzik pop Perancis bermain di corong headphone. Bang Ramin agak aneh pada awal pindah kampong. Dia sering termenung lihat keluar tingkap dan ada waktu keluar rumah menaiki motor atuk dengan sebuah kotak empat segi diperbuat dari kulit. Dalam banyak-banyak barang, Bang Ramin tak bagi sesiapa pun sentuh kotak tersebut.

Masuk bulan ketiga, Bang Ramin mula aktif. Kalau sebelum ini sering pinjam motor atuk, kali ini dia sudah memiliki motor sendiri. Setiap hari ada sahaja aktiviti dilakukan bersama Nurul. Mandi sungai, memancing, bina 'markas' di atas pohon mangga, buat senapang kayu dan macam-macam lagi. Apa lagi menarik, Bang Ramin turut bermain sama dengan Nurul dan rakan-rakan lain. Ini juga disenangi penduduk kampong apabila ada orang dewasa tolong lihatkan anak-anak mereka.

Apa membuatkan Bang Ramin ini 'special' kata Nurul, sepupunya itu tidak sekadar bermain untuk menghiburkan kanak-kanak, tetapi memang betul-betul bermain, malah melebih-lebih pula. Seperti contoh, Nurul dan lain mahu bermain perang-perang, Bang Ramin paling semangat, siap buat baju tentera, pakai boots bagai dan sebelum memulakan perang, akan ada belajar kawad, latihan menembak siap dengan cara bunyi tembakan pakai mulut dengan betul. Apa-apa pun memang seronoklah kata Nurul, sehingga dia dan rakan-rakan tak sabar nak sampai rumah sebaik habis waktu persekolahan untuk bermain dengan Bang Ramin.

Tetapi, Bang Ramin hanya ada di rumah dari Isnin hingga Jumaat. Sebaik selesai solat Jumaat, Bang Ramin akan hilang bersama kotak dan motornya sampailah petang Ahad. Kata nenek, sepupunya pulang ke rumah ibubapa, tetapi takkan lah balik rumah yang tak sampai 20 minit naik motor itu macam nak pergi panjat gunung, dengan backpack besar, boots, jaket tentera malah apa buat Nurul bengang, walkman turut dibawa bersama. Begitulah aktiviti Bang Ramin untuk dua tahun pertama.

Masuk tahun ketiga, motor telah diganti dengan van. Bang Ramin juga telah merenovasi sebahagian dari dapur untuk menjadi ruang persendiriannya. Barang-barang canggih juga semakin bertambah, dan pada waktu rumah kampongnya merupakan satu-satunya rumah ada TV siap dengan pemain VCR. Ini membuatkan Bang Ramin lebih banyak menghabiskan masa berkurung dalam bilik tetapi tidak menjadi masalah kepada Nurul kerana dia diberi akses penuh kepada penggunaan walkman dan juga koleksi majalah-majalah kartun yang setiap bulan di kemaskini dengan edisi terbaru.

Kegiatan misteri Bang Ramin setiap hujung minggu juga diteruskan seperti biasa. Nurul sudah lama tahu bahawa alasan pulang rumah ibubapa itu hanya bohongan semata-mata tetapi dia tak kisah kerana Bang Ramin sudah berusia lebih 30 tahun, pasti adalah aktiviti-aktivitinya sendiri.

Pada satu hari Jumaat, Nurul pulang ke rumah setelah aktiviti ko-kurikulum dan mendapati van Bang Ramin masih ada di perkarangan kampong. Dia segera ke belakang rumah dan mendapati Bang Ramin sedang merenung botol kaca minuman bertutup kain merah.

"Apa benda tu Bang?" tanya Nurul.

Bang Ramin menjeling sambil tersenyum.

"Hantu" jawabnya ringkas.

Nurul tak pasti samada sepupunya itu serius atau main-main. Di dalam botol dia mendapati ada tiga batang seperti kayu sepanjang sejengkal berbalut kain putih dan 'kepala' makhluk bulat berwarna coklat keperangan. Nurul cuba meneliti rupa hantu, dia perasan wajah berkedut tetapi tak ada pula mata, cuma apa kelihatan seperti mulut dengan gigi-gigi tirus halus.

"Mana Bang Ramin dapat?"

"Adala.."

"Nak buat apa dengan benda ni Bang?"

"Tak ada apa, simpan je" jawab Bang Ramin yang kemudian menyimpan botol ke dalam kotak kulit empat segi.

"Nanti nak ikut Bang Ramin tangkap hantu tak?'

"NAKKK" balas Nurul dengan girang.


"Tapi ada syaratnya"

Kata Nurul, syarat dikenakan Bang Ramin mudah sahaja. Nurul kena bawa rakan lain dalam dua, tiga orang. Sepupunya itu tak kata kenapa tapi Nurul merasakan mungkin segan berduaan, lagipun Nurul waktu itu sudah pun belasan tahun.

Pada pagi Ahad, Nurul dan dua lagi rakan, Amri dan Zarizi sudah terpacak depan van Bang Ramin seawal pukul 7.30 pagi. Semua sudah tak sabar nak pergi mengembara. Bang Ramin muncul setengah jam kemudian, lengkap dengan pakaian ala tentera. Setelah memberi tabik bak tentera, keempat-empat mereka meninggalkan perkarangan rumah atuk.

Tapi tak adalah pergi mana pun. Setakat pergi hujung kampong sebab ada sungai. Van berhenti di sebuah kawasan lapang dan tiga ketiga-tiga budak kampong bertempik keriangan sebaik mendapati terdapat rumah terbina atas pohon rendang melengkung arah sungai. Terdapat juga tali Tarzan terjuntai dimana mereka yang bersenggayut boleh berdebur masuk terus ke dalam air sungai dingin. Bang Ramin menyediakan tempat BBQ untuk menyediakan hidangan sementara Nurul, Amri dan Zarizi berseronok mandi sungai.

Matahari mula terbenam dan persekitaran mulai gelap. Nurul dan dua rakannya tidak lagi aktif selepas menikmati hidangan daging salai dan ayam panggang yang amat lazat. Kepenatan teramat sangat ditambah pula kekenyangan membuatkan Nurul malas bergerak. Sepanjang hari dia terlupa tujuan asal kenapa mereka ke hujung kampong sehinggalah dia ternampak Bang Ramin mengeluarkan kotak kulit dari tempat duduk depan van.

"Bile kita nak carik hantu Bang?" pertanyaan Nurul membuatkan Amri dan Zarizi tercengang.

"Hantu? kenape kita nak carik hantu?" Amri mula ketakutan.

"Engkau berdue ni name je lelaki, penakut! Bang Ramin yang tangkap lah, dia terer" sindir Nurul pula sambil menjeling ke arah sepupunya yang cuma tersenyum sambil sibuk menyediakan sesuatu.

Walaupun pertama kali bermalam di tengah hutan, Nurul tidak takut. Dia tahu Bang Ramin akan menjaganya dengan baik, begitu juga dengan Amri dan Zarizi yang ibubapa mereka telah dimaklumkan akan kegiatan 'perkelahan' itu. Lagipun apa sangatlah setakat di hujung kampong, jalan kaki tak sampai sejam dah boleh sampai rumah masing-masing.

"Korang, masuk! masuk!" arah Bang Ramin secara tergesa-gesa. Ketiga-tiga budak kampong itu terpinga-pinga masuk ke belakang van yang sudah di keluarkan tempat duduknya. Bang Ramin turut masuk ke van sambil membawa bekas aluminium tin susu pekat berisi arang berasap.

"Kemenyan" jelas Bang Ramin pendek walaupun tidak ditanya.

Sekeping papan diletak atas tin untuk menghalang asap dari terus memenuhi ruang van. Bau tengik menyengat hidung sampai sakit kerongkong dibuatnya tetapi Bang Ramin selamba seperti dah biasa hidu asap tersebut.

"Tahu tak kenapa tempat best macam ni tak ada orang datang?" tanya Bang Ramin. Semua menggeleng.

Bang Ramin menceritakan, semasa dia berusia sebaya dengan Nurul, ada seorang nenek tua tinggal di hujung kampong ini dengan keluarganya. Nenek itu sudah tua sangat sehingga badan terbongkok hingga dagu hendak mencecah pusat. Namun, ramai penduduk gerun dengannya, kerana nenek adalah seorang dukun dan ramai orang kenamaan datang untuk mendapatkan khidmatnya, terutama sekali untuk naik pangkat, kekal cantik atau sihirkan musuh. Sudah tentulah dengan kebolehan sedemikian, pasti ada makhluk halus belaan dalam simpanan.

Lama kelamaan, nenek tua jatuh sakit. Makin lama makin parah sehingga hanya terbaring sahaja. Mujur ada anak-anak boleh menjaga tetapi dengan sumber pencarian adalah dengan khidmat bomoh, pendapatan semakin berkurang. Anak-anak nenek mengambil keputusan untuk bekerja bagi menampung kehidupan dan terpaksa meninggalkan ibu mereka terlantar sendirian di rumah.

Pada satu malam, kampong digemparkan dengan penangkapan makhluk dikatakan nenek kebayan sedang mengunyah ayam-ayam dalam reban. Pemilik ayam sudah tak tahan dengan kematian ayam-ayamnya mahu menangkap binatang keparat yang memakan haiwan belaan setiap malam. Pada satu malam, dia menyorok dan menunggu kehadiran pencuri ayam, setelah mendengar hiruk-pikuk dalam reban, dia segera mengepung reban dan alangkah terkejut apabila mendapati seorang wanita tua tanpa seurat benang dengan mulut berlumuran darah merenung ke arahnya.

Dipendekkan cerita, nenek kebayan itu adalah nenek tua dikatakan terlantar sakit di rumah. Gara-gara lama terlantar sakit, nenek tua tak dapat memberi makhluk-makhluk belaannya makan dan terpaksa merasuk tubuh tuan mereka untuk makan. Pertelingkahan antara keluarga nenek tua dan orang kampong berlaku dan akhirnya, nenek tua sekeluarga dihalau keluar kampong. Sebelum itu, nenek tua dengan amarah meluap-luap menyumpah kampong ini.

Untuk melindung kampong, orang-orang tinggi ilmu agama telah memagar kawasan rumah nenek supaya makhluk-makhluk belaan terkurung dan tidak mengganggu penduduk. Dikatakan, belaan nenek tua masih berkeliaran sekitar kawasan rumah bekas tuannya dan cuba mendampingi sesiapa yang melewati kawasan kurungan mereka.

Tanda ada makhluk cuba mendampingi adalah perut terasa senak dan belakang badan rasa berat secara tiba-tiba. Ini adalah kerana, makhluk belaan cuba bertaut di belakang mangsa untuk keluar dari pagar kurungan. Makhluk-makhluk ini juga dikatakan hanya menyerang kaum lelaki kerana lebih kuat untuk menggendong dari kudrat perempuan.

Bang Ramin mengatakan setiap minggu dia akan mengumpan hantu-hantu belaan nenek tua dan sebaik belakang terasa berat, dia akan bertarung sehingga dapat menangkap hantu dan memasukkannya dalam botol. Bang Ramin juga sempat menunjukkan bekas-bekas merah di belakang badan akibat pertarungan dengan makhluk halus.

Nurul tak tahu apa tujuan Bang Ramin menambah kepada keseraman dengan cerita hantu tersebut. Apasal tak cerita siang tadi, ini malam-malam buta pula dia nak bercerita hantu.

"Tahu tak kat mana kawasan rumah nenek tua tu?" tanya Bang Ramin lagi.

Nurul, Amri dan Zarizi sudah hampir nak menangis kerana jauh di sudut fikiran masing-masing mereka sudah tahu jawapannya.

Tanpa menunggu jawapan, Bang Ramin telah memberi jawapan...

"Kat kawasan kita sekarang ni lah..."

Zarizi dah mula tersedu-sedu nak balek rumah manakala Amri dan Nurul dah meleleh-leleh air mata. Terdengar bunyi berdengung di luar dan Bang Ramin pantas suruh semua menjauhkan diri dari tingkap. Nurul lihat persekitaran di luar bergerak-gerak seperti ada sesuatu, dia bertambah takut. Tiba-tiba pintu belakang van terbuka luas dan makhluk berkepala lembu berdiri di hadapan mereka.

Nurul menjerit sekuat hati dan segera menekup erat wajah, jeritan Amri dan Zarizi merayu supaya hantu tidak bertaut di belakang mereka membuatkan Nurul menekup telinga dan menutup mata serapat-rapatnya. Telapak tangan tidak mampu meredam jeritan dua rakannya.

Tak pasti bila dia pengsan, Nurul terbangun dan mendapati tak ada sesiapa dalam van. Di luar kedengaran suara Amri dan Zarizi menjerit-jerit. Dia segera keluar dari van dan terpaksa menahan sinaran matahari yang menyakitkan mata. Didapati Bang Ramin, Amri dan Zarizi sedang bersuka ria mandi sungai. Lupa akan kejadian malam tadi, Nurul turut serta berdebur masuk ke dalam sungai.

Sekitar tengahari, mereka pulang ke rumah. Nurul perasan Bang Ramin tak banyak cakap, cuma ada waktu mengeluh kesah. Manakala Amri dan Zarizi pula tak habis-habis menceritakan betapa beraninya mereka berdepan dengan hantu malam tadi. Di dakapan Amri terdapat sebuah botol kaca dengan dua 'makhluk' berbalut kain putih. Menurut Amri, itu adalah dua ekor hantu yang cuba bertaut di belakangnya malam tadi, namun berjaya ditangkap Bang Ramin.

Ada kalanya, Amri dan Zarizi bertanya bila boleh hilang senak perut dan Bang Ramin kata dalam sehari dua hilanglah. Kemudian sepupu Nurul itu memuji-muji keberanian Amri dan Zarizi di atas keberanian mereka dan mengingatkan supaya merahsiakan kejadian malam tadi kerana tak mahu diserang ibubapa masing-masing. Logik jugalah, ibubapa mana mahu anak-anak mereka bermain-main dengan perkara syirik seperti itu.

"JANJI JENERAL" balas Amri dan Zarizi sambil memberi tabik hormat. Bang Ramin tersenyum, dan Nurul perasan wajah sepupunya berubah murung dan pucat seolah-olah dalam ketakutan.

Itulah kali pertama dan terakhir Nurul keluar mengembara bersama Bang Ramin. Sepupunya juga selepas itu sudah jarang keluar dan sering berkurung dalam bilik. Tak lama selepas itu Bang Ramin jatuh sakit. Badannya kurus kering dan berparut-parut. Setiap kali mahu dibawa ke hospital, Bang Ramin tegas menolak. Setelah keadaan bertambah parah, Bang Ramin dibawa berpindah balik ke rumah ibubapanya.

Tak tahan melihat keadaan sepupunya itu, Nurul mengambil keputusan untuk menceritakan kejadian semasa perkelahan kepada keluarga. Setelah mendengar cerita Nurul, keluarga berubah kepada perawatan tradisional. Bomoh, dukun dan pawang dari serata Malaysia di undang ke rumah untuk mengubat Bang Ramin dan ada seorang bomoh dari selatan Siam mengatakan ada hantu-hantu yang 'gred tinggi' melekat di badan Bang Ramin dan bukan sebarang upacara boleh dilakukan untuk menghalau hantu tersebut.

Berpuluh ribu hangus untuk mengupah bomoh. Rumah dijual, tanah digadai dan Bang Ramin tak juga sembuh-sembuh. Anak Mak Long itu meninggal dunia ketika Nurul berusia 15 tahun. Kata Nurul, tubuh Bang Ramin cuma tinggal kulit dan tulang sahaja ketika menghembuskan nafas terakhir. Nurul pula berpindah semula di KL tinggal bersama ibu yang ketika itu sudahpun mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Tamat persekolahan, Nurul mendapat keputusan SPM cemerlang dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam. Sewaktu sedang menunggu giliran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu keperluan sebagai mahasiswi, dia membelek-belek brosur salah satu ujian yang wajib dilakukan.

Dalam brosur tersebut, terpampang imej badan belakang seseorang dengan parut-parut merah pernah dilihat sebelumnya. Kotak memori memainkan semula kejadian semasa berkelah di hujung kampong dan parut-parut tersebut persis pernah ditunjuk oleh Bang Ramin. Pantas dia melihat laman depan brosur,

Apa itu AIDS?

Nurul tersandar. Jantungnya berdegup pantas. Peluh mula merecik-recik. Namanya dipanggil dan seperti robot dia memasuki ruangan pemeriksaan darah. Sebaik ujian saringan menunjukkan keputusan negatif, Nurul tidak dapat menahan tangisan.

Beberapa minggu kemudian, Nurul pulang ke kampong. Selain dari melawat atuk dan nenek yang semakin tua, dia juga mahu melawat teman-teman lama, terutama sekali Zarizi. Amri sudahpun meninggal dunia akibat penyakit susulan dari penyalahgunaan najis dadah. Sewaktu bertemu Zarizi, dia melihat rakan zaman kanak-kanaknya itu kurus keding dan dalam keadaan sakit, namun Nurul tidak terkejut.

"Dah berape lame Zie?" tanya Nurul.

"Dekat dua tahun dah" balas Zarizi ringkas. Nurul tahu Zarizi juga terjerumus dalam najis dadah, seperti kebanyakkan pemuda di kampong tetapi dia tak rasa penyakit dideritanya adalah dari kegiatan dadah.

Setelah berborak lebih kurang, Nurul kembali ke rumah kampong. Tempat pertama dituju adalah bilik arwah Bang Ramin. Sejak berpindah keluar, bilik arwah dijadikan stor tetapi masih banyak barang-barang peninggalan arwah sepupunya masih tersimpan, seperti koleksi majalah kartun, TV, VCR dan...

...kotak kulit empat segi.

Nurul menarik keluar kotak yang terperosok di bawah katil. Perlahan dia mengangkat penutup dan mendapati terdapat beberapa buku dan bekas-bekas kaca bertutup kain kuning dan didalamnya terdapat batang-batang hitam dengan kain reput kekuningan dimakan waktu.

Dia mengambil buku nipis terletak paling atas dan terpapar tajuk "Ways to Enjoy Magic Shrooms".

Dibawah buku nipis itu adalah beberapa album gambar. Nurul membelek salah satu album gambar. Foto-foto arwah Bang Ramin di menara Eiffel, Big Ben, di London, Switzerland, Paris dan pelbagai lagi tempat pernah dilawati semasa belajar di sana. Di helaian terakhir terdapat foto-foto Bang Ramin sedang bermesra dengan lelaki-lelaki mat salleh.

Ada album gambar tertulis 'Bangkok' di muka depan. Dalamnya, foto-foto Bang Ramin berpesta dengan lelaki-lelaki, dan ada beberapa foto memaparkan arwah Bang Ramin begitu mesra dengan seorang lelaki, mungkin berketurunan Siam. Di bawah tajuk 'Halloween Party 1989' kelihatan Bang Ramin memakai kostum ala Dracula sementara pasangannya dalam keadaan berbogel hanya topeng kepala lembu tersarung di kepala. Terselit di album gambar adalah pasport lama kepunyaan Bang Ramin penuh dengan cop imigresen Thailand.

Terdapat beberapa surat dengan cop 'Return to Sender' di sampul. Nurul membaca salah satu daripadanya dan merupakan surat rayuan kepada seseorang berpangkat di Kuala Lumpur untuk menarik balik tindakan displin dikenakan keatas Bang Ramin dan antara kandungan surat adalah mempersoalkan tuduhan 'perbuatan tidak bermoral' yang dianggap mencabuli hak privasi.

Di ambil lagi album gambar lain dan terduduk Nurul dibuatnya sebaik menyelak buka album itu. Foto kanak-kanak lelaki berketurunan orang putih, orang cina, orang afrika tanpa seurat benang dalam pelbagai posisi menghairahkan memenuhi setiap halaman. Dia melempar album ke dinding dan cuba memproses penemuan rahsia arwah Bang Ramin selama ini.

Barulah dia faham kenapa Bang Ramin pindah ke rumah atok, kemana Bang Ramin pergi setiap hujung minggu, makhluk berkepala lembu pada malam itu bukannya hantu, apa cendawan-cendawan dalam bekas kaca itu boleh buat dan paling Nurul tidak boleh terima, apa telah dilakukan kepada arwah Amri dan Zarizi di dalam van, di hujung kampong.

Bang Ramin pun dah jadi arwah disebabkan perlakuan luar tabiinya. Malang sekali dia heret sekali dua teman Nurul menjadi mangsa. Nak cerita kat keluarga pun tak guna dan biarlah ia menjadi rahsia hitam disimpan sampai mati.

Sebelum pulang ke ibukota, Nurul membakar kotak berserta isinya dan memastikan setiap barang jahanam itu lenyap dari muka bumi ini.

Tamat.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 21-4-2020 06:09 PM
Kes 4/2020: Bang Ramin

Di kala negara sedang menghadapi perintah berkurung akibat gejala Covid-19 ...

Wowww as usual, your story tak prnh mengecewakan. Mcm lps tgk movie buat kita terfikir and flashback part by part... So penat parents Bang Ramin bwk berubat sana sini sebenarnya sakit Aids
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:52 PM | Show all posts
Haa story ni plot twist cantik sikit.
Baru grind otak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 21-4-2020 06:09 PM
Kes 4/2020: Bang Ramin

Di kala negara sedang menghadapi perintah berkurung akibat gejala Covid-19 ...

Bang ramin pedo.. Kesian kat Nurul.. Nak hadap kenyataan ni seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq damm! X pernah mengecewakan.. kesian Nurul kena hidup dgn kenyatan yg menyakitkan tu.. x pasal kawan dia pun kena.. pape pun teruskan bercerita damm..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 04:24 PM | Show all posts
omg. eh babi nya bang romen ni. sampai ke budak pun nak dirodok nya lepas tu boleh kata hilang senak perut dalam sehari dua? yang bomoh siam tu pun sengal ya amat dasar nak kaut untung jah. celah mana hantu2 gred tinggi bagai melekat kat belakang romen tu? virus hiv yang melekat adalah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 04:41 PM | Show all posts
tapi iols heran cemana amri dgn zarizi boleh bangun esok pagi bersuka ria pulak mandi sungai? tak rasa sakit ke cemana? ke dah diberi magic shroom oleh bang romen so tak rasa sakit sementara waktu gitu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.148713 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list