|
[Tempatan]
3 Emas di Sukan Paralimpik, Rio 2016, #261 Skim insentif tertinggi di dunia
[Copy link]
|
|
Tunjukkan sokongan anda kepada atlet paralimpik Khamis ini - Khairy
Rahimah Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada September 20, 2016 16:14 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kepulangan kontinjen Paralimpik Rio 2016 yang akan tiba di tanah air pada Khamis ini.
Ia sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen paralimpik negara yang berjaya mengharumkan nama negara sepanjang berlangsungnya sukan berprestij itu.
"Ini adalah cara kita untuk menghargai mereka kerana atlet Olimpik sebelum ini diraikan semasa perarakan Hari Kebangsaan, dan jelas sekali apabila atlet paralimpik pulang mereka tiada perarakan Hari Kebangsaan, jadi kami putuskan untuk mewujudkan konvoi untuk mereka melalui sepanjang bandaraya Kuala Lumpur," katanya dalam sidang media di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Justeru, beliau menjemput seluruh rakyat Malaysia yang ingin meraikan kemenangan kontinjen paralimpik negara berkenaan untuk sama-sama memberi sokongan di Komplek Bunga Raya atau menyambut mereka sepanjang perarakan di sekitar ibu negara.
"Saya harap sesiapa yang kerja di sekitar KLCC, atau Bukit Bintang akan keluar dan meraikan atlet ini kerana kami dengar orang awam mahu menyokong mereka, bangga dengan mereka, jadi inilah masa semua orang untuk keluar dan tujukkan sokongan mereka pada 22 September ini," katanya.
Sambutan akan dimulakan sebaik mereka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 3.05 minit petang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan turut menyambut kepulangan kontinjen berkenaan.
Mereka kemudian akan diarak di atas bas menuju ke Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan kejayaan bersama rakyat Malaysia.
"Pada 5.30 petang, bas akan berhenti di KLCC, berhadapan dengan pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas untuk berjumpa orang ramai, dan selepas itu bas akan bergerak ke arah Pavilion dan akan berhenti di pintu utama Pavilion. Selepas itu bas akan berkonvoi ke Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan yang dijangka tiba jam 7 malam," jelasnya lagi.
Sambutan meriah dan besar-besaran bakal menanti kontinjen Paralimpik Rio 2016 pada Khamis ini atas pencapaian luar biasa mereka sepanjang berlangsungnya sukan berprestij itu.
"Sambutan ini berdasarkan pencapaian luar biasa mereka yang berjaya merangkul empat pingat, iaitu tiga emas, dan satu gangsa, pencapaian terbaik Malaysia dalam paralimpik," ujar beliau.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menyumbangkan pingat emas bersejarah itu dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) selepas mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadamkan rekod Sukan Paralimpik 12.25s milik Roman Pavlyk dari Ukraine yang dilakukan di Beijing pada 2008.
Selepas itu, pemenang pingat gangsa pada Sukan Paralimpik 2012 di London, Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak lontaran 16.84m untuk pingat emas kedua negara.
Abdul Latif Romly meneruskan langkah cemerlang itu apabila meraih pingat emas ketiga Malaysia selepas memecahkan rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60m.
Sementara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) dengan rekod baharu Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m, mengatasi catatan rekod lama 5.10m.
Pencapaian tiga pingat emas dan satu gangsa itu meletakkan Malaysia di kedudukan ke-36 dalam kalangan 170 negara yang menyertai temasya Paralimpik Rio. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2016 01:20 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
washere2 replied at 24-9-2016 01:05 AM
Tq tlg update |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 24-9-2016 03:40 PM
Mohamad Ridzuan Tak Lupa Hadiah Sepasang Kasut
Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 12:09 PM
Mohamad Ridzuan Mohamad
KETIKA rakyat Malaysia meraikan kejayaan atlet paralimpik negara, pemenang pingat emas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tidak melupakan sepasang kasut yang pernah dihadiahkan oleh seorang pemandu lori di Perlis, Chuah Heng Oon , kepadanya beberapa tahun lalu.
Heng Oon, 57, kini gembira apabila Mohamad Ridzuan menang emas dalam acara pecut 100 meter T36 (cerebral palsy) di Paralimpik Rio 2016, lapor Sin Chew Daily.
Menurut laporan itu, Heng Oon telah membelikan Mohamad Ridzuan sepasang kasut apabila mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk membeli kasut baharu apabila dipilih menjadi atlet negara tujuh tahun lalu.
Semasa di Rio, Mohamad Ridzuan, 29, telah memberitahu media tentang penghargaannya kepada Heng Oon.
Jurulatih pertamanya, Affizam Amdan, 45, seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pada 18 September lalu telah pergi ke Gunung Medan Utan Aji di Kangar, tempat di mana Mohamad Ridzuan selalu berlatih untuk mengucapkan terima kasih kepada Heng Oon.
Heng Oon yang biasanya akan berjogging di situ, bagaimanapun tidak muncul tetapi Affizam berjaya mendapatkan nombor telefon beliau melalui seorang rakannya.
Ketika ditemui di rumahnya, Heng Oon memberitahu bahawa beliau telah lupa tentang kasut yang pernah dihadiahkannya kepada Mohamad Ridzuan sehinggalah beliau melihat perlawanan tersebut.
"Kemudian saya beritahu isteri saya, tetapi pada mulanya dia tidak percaya," kata Heng Oon.
Heng Oon (kiri) bersama isterinya Lu Mei Qi membaca berita mengenai kemenangan Mohamad Ridzuan.
Mengimbas kembali pertemuan dengan Mohamad Ridzuan, Heng Oon berkata beliau dan rakan-rakannya sering melihat Mohamad Ridzuan bersama atlet lain berlatih.
Mereka akan berbual dengan Mohamad Ridzuan dan kadang-kadang berlari dengannya pada jarak dekat.
"Satu hari, Affizam memberitahu saya bahawa dia sedang mencari seseorang untuk menaja sepasang kasut sukan bernilai kira-kira RM200 kerana Ridzuan tidak mampu membeli kasut baharu selepas kasut lamanya tidak boleh digunakan," imbas Heng Oon.
Tidak lama selepas itu, Affizam memberitahunya bahawa anak muda muda itu telah dipilih untuk menjadi atlet negara. |
|
|
|
|
|
|
| |
|