CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koliba

UMRAH & HAJI VOL. 15, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH

[Copy link]
Post time 18-5-2016 03:19 PM | Show all posts
baru je hantar surat rayuan haji untuk tahun ni. semoga diterima rayuan. org tabung haji bgtahu kalau tak dapat surat selepas bulan ramadhan, rayuan dikira tidak berjayala. nk pergi dengan mak dan abah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 04:03 PM | Show all posts
smartheartku replied at 18-5-2016 03:19 PM
baru je hantar surat rayuan haji untuk tahun ni. semoga diterima rayuan. org tabung haji bgtahu kala ...

emak dengan ayah dah dapat pergi ke?
kalau mereka dah dapat dan kita merayu untuk jadi peneman emak atas2 sebab kesihatan, semoga dipermudahkan.
yang penting jangan pernah berhenti berdoa, dan jika belum dapat....percayalah aturan Allah untuk kita lebih baik dari apa yang kita minta.

.....dengar khabar ada kenalan yang dapat pergi ....rasa semakin merindui Arafah dan Mina.
walaupun berbaris depan pintu toilet, dua tempat ini memang tempat yang dirindui.
masa yang paling dirindui ialah selepas solat jamak zohor dan asar......pengumuman yang dibuat ustaz masih terngiang2 ditelinga.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:08 PM | Show all posts
dee556 replied at 18-5-2016 04:03 PM
emak dengan ayah dah dapat pergi ke?
kalau mereka dah dapat dan kita merayu untuk jadi peneman em ...

ya turn mak n abah tahun ni. harap ada rezekila nk pergi sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 08:38 AM | Show all posts
smartheartku replied at 18-5-2016 04:08 PM
ya turn mak n abah tahun ni. harap ada rezekila nk pergi sekali.

alhamdulillah.....semoga dipermudahkan.
akak doakan smartheartku dapat jadi peneman abah dan emak.
pegi dengan muassasah TH ke?

pesan dekat emak dan abah...
1. jaga kesihatan...kalau rajin makanlah vitamin dari sekarang...bukan masa dah disana nanti.
2. try berjalan kaki di kawasan yang ada bukit sebab kita tak tahu dimana hotel kita di Mekah nanti
3. bawak pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca masa haji nanti....jangan bawak yang tebal2
4. kalau boleh bawak termos yg bentuk macam bullet tu...yg kecik je. berguna semasa di Mina sebab nak ambik air panas utk minum nanti leceh kalau guna mug saja. tong air panas tu bukannya sebelah khemah kita...ini berdasarkan pengalaman sendiri.
5. bawak stok makanan pembuka selera.....akak ni nasiblah satu bilik dengan org senior...makanan memang bagus, mewah tapi nak makan selama 40hari tu tercari2lah macam sambal segala. pernah jumpa sepasang suami isteri beli bahan utk buat buat air asam....
6. kalau emak dengan abah minum kopi...baik bawak dari sini...sana mahal...

akak dulu kawan ada pesan tapi tak jelas sangat....sekali dah disana barulah rasa terkilan.
ni yang teringat....disana ada beberapa item susah nak dapat dan harga mahal.
kalau masa umrah tak pe....masa pendek....ni nak duduk sebulan lebih....

rata2 sahabat taulan akan berpesa jaga diri untuk wukuf kerana wukuflah yang terpenting.
tapi tak ada yg pesan utk suasana di Mina.
di Mina kita perlu stamina kerana nak berulang melontar Jamrah.
selebih masa di sana kita hanya duduk dalam khemah dan beribadat.
khemah akan dikongsi seramai yang dapat.
bantal tidur cuma beg tarik yang dibekalkan TH tapi disanalah kita ditunjukkan SIAPA  kita.

akak berpesan bukan sebab nak tunjuk pandai....tapi atas dasar rasa keinsafan yang Allah anugerahkan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 09:10 AM | Show all posts
dee556 replied at 19-5-2016 08:38 AM
alhamdulillah.....semoga dipermudahkan.
akak doakan smartheartku dapat jadi peneman abah dan emak ...

ya. bab ubatan mmg dah jadikan keutamaan. nk kne spare ubat. strepsil, batuk, coolfever. Kalau tak pakai pon boleh beri pada orang lain.  pengalaman umrah baru ni. nk g pharmacy pon tak larat nk jalan. Ubat beli sana pon macam xberapa lut. Stamina insyaallah nk kurangkan berat badan. ni dapat hotel dekat pon rasa jauh. musim haji nanti lagila. tq atas tipsnya. semoga dapat giliran tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 09:24 AM | Show all posts
smartheartku replied at 19-5-2016 09:10 AM
ya. bab ubatan mmg dah jadikan keutamaan. nk kne spare ubat. strepsil, batuk, coolfever. Kalau tak ...

ubat-ubatan tak perlu bawak malah ada doktor yang advise jangan bawak ubat dari sini takut sampai sana jadi lain.
pernah terjadi ada jemaah bawak ubat dari Malaysia diguna disana, bukan makin sembuh tapi makin teruk.
apapun semuanya atas kehendak Allah swt.

disana ada klinik dan doktor dari Malaysia untuk jemaah.
jika kurang sihat....bawak je kad kesihatan jemaah ke klinik2 dihotel.
setakat ubat batuk tu memang berliter2 bawak dari Malaysia coz disana nanti batuk adalah common.
satu je petua yang dikongsi rakan yang telah pergi haji lebih awal dari akak.....janganlah sekali2 nak sibuk menegur batuk atau selsema rakan jemaah lain tu teruk ke apa. doakan je mereka agar cepat sembuh. insyaAllah mudah untuk kita...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2016 02:00 PM | Show all posts
dee556 replied at 19-5-2016 09:24 AM
ubat-ubatan tak perlu bawak malah ada doktor yang advise jangan bawak ubat dari sini takut sampai  ...

aah lupa pulak ni haji banyak kemudahan. umrah sendiri2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 02:35 PM | Show all posts
smartheartku replied at 19-5-2016 02:00 PM
aah lupa pulak ni haji banyak kemudahan. umrah sendiri2 jer

....ya..............jemaah haji pergi sana cuma bawak diri, jaga diri, beribadat.
semuanya TH urus.
makan mewah....alhamdulillah......siap jemaah kita berkongsi rezeki dengan jemaah2 lain.
keperluan 'wanita' je yang perlu bawak banyak dari sini.......sana mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2016 08:57 AM | Show all posts
As Salam

Terima kasih atas pekongsian pengalaman dan ilmu. Ada tak sesiapa yang berpegalaman pergi ke umrah sendiri tanpa mengikuti pakej tetapi hanya menggunakan perkhidmatan ground handling?

Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2016 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg nk gi sendiri akhir tahun ni, ?.. tanpa agent?.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 11:02 AM | Show all posts
salam nk tanya kalau hotel dalam 800 meter agak2 jauh tak atau pun ambik hotel yag lebih dekat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:11 AM | Show all posts
razzmat replied at 12-7-2016 11:02 AM
salam nk tanya kalau hotel dalam 800 meter agak2 jauh tak atau pun ambik hotel yag lebih dekat

cam jauh jer tu...baik ambik yg dekat2 jer...senang nk pergi/balik masjid & hotel
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 05:01 PM | Show all posts
xda sp dpt turn hj ke taun ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 08:22 AM | Show all posts
smartheartku replied at 20-7-2016 05:01 PM
xda sp dpt turn hj ke taun ni

itulah kan? tertanya2 jugak tak ada sapa member dalam forum ni yg dapat pegi tahun ni ke?

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 03:31 PM | Show all posts
dee556 replied at 21-7-2016 08:22 AM
itulah kan? tertanya2 jugak tak ada sapa member dalam forum ni yg dapat pegi tahun ni ke?

insya Allah, saya akan menjadi tetamu ke rumah Allah pada tahun ini .. doakan semoga saya, ibu & kakak dipermudahkan segala urusan serta mendapat haji yg mabrur. Surat penerbangan belum dapat lagi kerana kami penerbangan fasa akhir dan akan terus masuk ke mekah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 04:18 PM | Show all posts
airisa replied at 25-7-2016 03:31 PM
insya Allah, saya akan menjadi tetamu ke rumah Allah pada tahun ini .. doakan semoga saya, ibu & k ...

alhamdulillah.....semoga ibadat airisa serta keluarga di terima Allah swt.
seronok dengar orang pergi.
semalam ziarah kakak ipar yang akan bertolak pada 29hb ogos....dia balik untuk jenguk emak sebelum berangkat ke sana.
sempatlah sembang dan bagi tips2 semasa di sana.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2016 01:19 AM | Show all posts
Edited by koliba at 28-7-2016 01:21 AM

Sebelum pergi sana, pastikan anda membuat persiapan mental dan fizikal terlebih dahulu.....family saya dah kena tahun lepas, 3 jam lebih berdiri & beratur panjang...itu sebelum kejadian bom di masjid nabawi lagi, sekarang tak tahu la berapa jam yang kena beratur , saya tanya mutawif andalusia , dia kata paling lama setakat ini ada group yg kena beratur selama 12 jam ! macam macam diaorang nak ler, ambik gambar la aper la, biasa orang ambik/scan ibu jari sahaja, ini sampai 10 jari dia nak scan...
contoh cerita ambil hasil dari google :

https://amerazlan.wordpress.com/category/travel-living/


Setibanya di Airport Jeddah,  kami diberi ujian pertama dimana perlu berbaris dan menunggu lama untuk melepasi kaunter imigresen. Sudah menjadi kebiasaan dimana Airport ini setiap hari sentiasa penuh dengan jemaah seluruh dunia yang berhajat untuk melakukan ziarah umrah. Maka ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dan sebelum ini juga ada rakan-rakan pernah beritahu supaya bersedia dari segi emosi untuk menghadapi situasi sebegini yang mungkin akan menguji keimanan dan kesabaran kita. Ada masanya, boleh mengambil kira-kira 4-5 jam untuk melepasi kaunter tersebut! Alhamdulillah, berkat kesabaran yang diberikan, kami berjaya melepasinya selepas kira-kira 2 jam berbaris menunggu giliran. Pokoknya disini ianya perlu sentiasa sabar, sabar dan sabar. Sambil menunggu, berzikir, ingat dan berdoalah pada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah akan dipermudahkan. Allah maha mendengar.
Suasana di Airport Jeddah yang sentiasa penuh dengan ribuan jemaah dari seluruh dunia untuk menunaikan ziarah umrah. Sejurus selepas gambar ini diambil, ada kira-kira 2-3 kumpulan jemaah lagi yang baru tiba memenuhi ruangan ketibaan!
Kira-kira 4 jam lebih baru lah semua jemaah kumpulan kami berjaya melepasi kaunter imigresen, mengambil beg masing-masing dan menaiki bas untuk menuju ke bumi Rasulullah, Madinah Al-Munawwarah. Perjalanan ke Madinah daripada Jeddah mengambil masa kira-kira 5-6 jam.  Sepanjang perjalanan ini ada yang mengambil kesempatan untuk tidur sebentar dari kepenatan, ada yang berzikir, berdoa dan sebagainya. Nasihat saya, gunakan setiap masa yang ada di tanah haram dengan berdoa, bermunajat kepadaNya walau dimana kita berada agar setiap amalan yang kita buat mendapat pahala, serta membuatkan kita lebih seronok untuk beribadah, berbanding sekadar duduk tanpa tujuan dan fikiran yang kosong.  Lagipun, tujuan kita di sana memang untuk beribadah, mendekatkan diri dengan Allah, bukan tujuan lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 01:26 AM | Show all posts
masa saya beratur lama dalam keadaan bersesak/panas/bertolak tolak/terhimpit tu....budak-budak menangis...orang tua ada beberapa orang yang pengsan.....terlintas di fikiran...."isk...ini baru bersesak kat dunia, belum lagi bersesak di padang mahsyar di akhirat nanti"

terus saya teringat kuliah ustaz yang menerangkan kelebihan solat tahajud , iaitu boleh mendapat kelebihan yg besar di padang mahsyar , terus jadi semangat nak kerjakan solat tahajud , Alhamdulillah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 01:28 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 09:04 AM | Show all posts
razzmat replied at 12-7-2016 11:02 AM
salam nk tanya kalau hotel dalam 800 meter agak2 jauh tak atau pun ambik hotel yag lebih dekat

Wa'alaikumussalam wbt

800 meter tu jauh, especially kalau kita di M'sia ni tak biasa berjalan kaki - even nak ke Masjid/surau/kedai naik motor/kereta.

Cuba bayangkan, 800 meter tu nak ke masjidil haram - kalau pergi balik sudah 1.6km. Kalau 3 kali sehari pergi balik masjid (subuh, zohor-asar, maghrib-isya'), sudah jadi 3x1.6km = 4.8km. Bayangkan berjalan dalam cuaca yang panas, berdebu dan bersesak-sesak dengan jemaah yang lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.076253 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list