|
PENYAKIT GANGGUAN SARAF, TANDA TANDA. PUNCA DAN RAWATAN
[Copy link]
|
|
yep, good answer. dulu masa muda pernah la tolong bosses operate trigeminal neuralgia ni (ie tic douloureux).yes can be caries in teeth, can be temporomandibular joint, can be from Cranial Nerve VII (ie Facial Nerve)
|
|
|
|
|
|
|
|

sedihnya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Doc.
ni..dah baca dah...yg doc bagi link tu. tima kasih.
izna copy mana yg relate dgn izna ya...
SymptomsBy Mayo Clinic Staff
Multimedia
Trigeminal neuralgia symptoms may include one or more of these patterns: - Episodes of severe, shooting or jabbing pain that may feel like an electric shock
- Spontaneous attacks of pain or attacks triggered by things such as touching the face, chewing, speaking and brushing teeth (yg ni izna rasa kat face je, speaking ke rasa mcm sakit je nak berckp, tapi boleh ckp lagi, brushing teeth pulak, ok je rasa, cuma rasa tak selesa je) yang ini ke doc, ada org ckp, mulut boleh herot tu?
- Bouts of pain lasting from a few seconds to several minutes (yg nipulak beberapa minit je)
- Pain in areas supplied by the trigeminal nerve, including the cheek, jaw, teeth, gums, lips, or less often the eye and forehead (yg ni izna rasa kat jaw je)
- Pain affecting one side of the face at a time, though may rarely affect both sides of the face (yg ni kekadang sebelah, kekadg dua2 belah muka sakit)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Byk info...very good one. Tq |
|
|
|
|
|
|
|
“Jari saya ‘jammed’ doktor!” – Dr. Ahmad Mahyuddin
by Dr. Khoo Yoong Khean • October 30, 2013 •

Sumber: www.beliefnet.com
Pernahkah jari anda tiba-tiba menjadi ‘jammed’ atau tidak boleh diluruskan semula setelah anda membuat genggaman?
Anda mungkin mempunyai masalah yang dikenali sebagai ‘Trigger Finger’. Ia seolah-olah jari anda bersedia untuk memetik picu senapang atau pistol bukan? Biasanya pesakit boleh membengkokkan jari mereka ketika menggenggam tangan, namun apabila mereka membuka genggaman, jari yang bermasalah ini ‘jammed’ atau tersekat dan gagal diluruskan.
Punca masalah ini terjadi masih belum diketahui sepenuhnya. Namun, kajian menunjukkan proses keradangan (inflammation) pada lapisan luar urat jari atau tendon (flexor tendon pulley) yang menyebabkan ia menebal dan seterusnya menyempitkan laluan tendon tersebut ketika berlaku pergerakan.
Masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan pesakit wanita yang berusia antara 40 hingga 60 tahun. Pesakit kencing manis turut mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi mendapat masalah ini. Saya juga kerap mendengar rintihan permasalahan di atas berlaku pada pesakit-pesakit yang pekerjaan mereka melibatkan penggunaan tangan yang kerap seperti menjahit dan menaip. Ia biasanya berlaku pada tangan dominan mereka.
Pesakit biasanya datang dengan rasa sakit pada bahagian hujung tapak tangan. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini akan berlarutan sehingga menyebabkan jari menjadi ‘lekat’ atau ‘jammed’. Pada peringkat awal, pesakit mungkin masih boleh meluruskan jari tersebut dengan menggunakan tangan beliau yang sebelah lagi, namun pada peringkat yang teruk, jari ini tidak akan dapat diluruskan langsung.

Sumber: www.msdlatinamerica.com
Rawatan bagi ‘Trigger Finger’ bergantung kepada keadaan pesakit ketika mendapatkan rawatan. Sekiranya pesakit datang awal, ia boleh dirawat secara konservatif, iaitu tanpa pembedahan dan hanya memadai dengan rawatan fisioterapi dan ubat anti-radang. Suntikan steroid kadang-kala berguna bagi merawat pesakit yang gagal dirawat dengan fisioterapi.
Sekiranya jari pesakit telah pun ‘jammed’ dan tidak dapat diluruskan, maka pembedahan perlu dilakukan. Setelah ubat bius setempat diberikan, satu torehan kecil sepanjang 1sm akan dibuat pada tapak tangan pesakit bagi memotong ‘A1 pulley’ (rujuk gambar) yang sempit. Dengan cara ini, tendon akan kembali bebas berfungsi.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini, sila dapatkan rawatan segera di hospital berhampiran.
Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.
Rujukan:
Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz. Cambridge University Press 2009, P335-6
http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=a00024
Treatment of trigger finger: randomized clinical trial comparing the methods of corticosteroid injection, percutaneous release and open surgery. Edson S. Sato1, João B. Gomes dos Santos1, João C. Belloti1, Walter M. Albertoni1and Flavio Faloppa1. Oxford Journals of Rheumatology, Volume 51, Issue 1, Pp. 93-99. http://rheumatology.oxfordjournals.org/content/51/1/93 |

waalaikumussalam, ha very good, nanti org lain boleh benefit sama 
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr., selamat berpuasa ya.
dah berapa hari saya puasa ni, selalu pulak kena sakit kepala nak2 bila solat rakaat ketiga dan keempat.
rasa nak pitam. kepala rasa pusing2. adoi... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih.
tu sebab awak dehydrated.
drink 2-3 liters tau semlman. dont worry about bgn pee mlm mlm ..bleh sahur terus dan tahajjud.
amik mug size biasa; usually 300mls size dia; pastikan u minum 7-10 gelas semalaman (boleh je..masa bukak posa maybe 3-4; lepas tarawikh maybe 2-3; moreh etc 1-2 gelas; sahur 2-3 gelas). If tak sukar minum air tanpa rasa, taruk la mi wadi sikit ke apa.
dehydration je yg buat puasa tu susah
|
|
|
|
|
|
|
|
sya mmg kurang minum air doc.
terima kasih sgt2 atas nasihat doc.
insyaAllah, saya cuba.
|
|
|
|
|
|
|
|
good luck
keep hydrated
hope raya was good
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih sekali lagi doc.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by listria at 31-12-2017 04:25 PM
Informative Video (click here & here)
|
|
|
|
|
|
|
|
Otak & Sistem Saraf
- Semasa proses penuaan berlaku, bilangan sel saraf di bahagian otak berkurangan. Berat otak berkurangan sebanyak 20% pada umur 90 tahun, kehilangan urat saraf tertentu sebanyak 5 hingga 50% dan sel juga akan mengecut. Warga emas mungkin bertindak dan melakukan kerja dengan lebih perlahan. Walau bagaimanapun, kemerosotan fungsi otak yang keterlaluan bukan sebahagian daripada proses penuaan normal.T
Tanda & Gejala
- Sebahagian fungsi otak juga mungkin berkurangan termasuklah kebolehan mempelajari perkataan baru, ingatan jangka pendek, kebolehan mempelajari bahan baru, dan kebolehan mengingati kembali perkataan.
- Selepas umur 60 tahun, bilangan sel di bahagian saraf tunjang mulai berkurangan. Akibatnya, warga emas akan mengalami pengurangan deria rasa.
- Semasa proses penuaan, saraf akan menghantar signal atau isyarat dengan lebih perlahan. Masa bertindak balas biasanya akan merosot tetapi tidak ketara sehingga umur 75 tahun. Biasanya, perubahan ini adalah minimum dan tidak disedari.
- Tambahan pula, tindakbalas sistem saraf terhadap kecederaan juga berkurangan. Urat saraf akan membaik pulih sendiri dengan lebih perlahan dan tidak sempurna di kalangan warga emas. Oleh itu, warga emas lebih cenderung mendapat kecederaan urat saraf.
Penyakit
- Kesemua perubahan ini adalah lebih ketara di kalangan pesakit Alzheimer’s (nyanyuk).
- Untuk warga emas dengan masalah saraf, deria sentuh mungkin tidak normal atau hilang, kelemahan atau lumpuh anggota badan mungkin terjadi.
- Sebahagian masalah saraf boleh menyebabkan kesakitan atau sensasi lain yang tidak diingini.
- 2 keadaan yang menyebabkan masalah urat saraf dikenali sebagai neuralgia dan neuropathy.
- Neuralgia merujuk kepada kesakitan yang tidak semestinya melibatkan kerosakan saraf.
- Neuropathy merujuk kepada kerosakan urat saraf yang tidak semestinya menyebabkan kesakitan. Neuropathy boleh menyebabkan kesakitan, sensasi luar biasa, kehilangan sensasi, kelemahan, atau mana-mana kombinasi. Sekali-sekala, neuropathy akan menjejaskan fungsi badan seperti tekanan darah atau perpeluhan.
Sumber: portal my health.gov.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robbinforever at 14-12-2018 02:00 PM
terima kasih untuk info
I think you may also like read
https://www.everydayhealth.com/parkinsons-disease/guide/ |
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good and simplified ones on PD
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbalik kepada penyakit saraf yang kita cerita tahun 2016 tu, jadi apakah ubat yang paling bagus yang boleh di dapati pada tahun 2018 ini? |
|
|
|
|
|
|
|
bergantung pada diagnosis nya
jika nerve terperangkap kat tulang belakang, boleh disuntik, lubangnya dikorek atau vertebranya di potong sikit
jika nerve rosak kerana, eg multiple sclerosis, maka ada ubat2 tertentu
etc etc
yg utama ialah diagnosis nya kena tepat
ini memerlukan Neurologist utk really diagnose betul2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|