|
Kisah benar - Aku bomoh_finished ( kene tegur - updated)
[Copy link]
|
|
hahaha.. ada rezeki la tu kot dpt masuk mrsm.. kot2 nyawa2 ikan je dapat masuk tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai family pun kena ke? adoiii la.. citer lg tt, best sgt ni.. jgn lupe tag i.. |
|
|
|
|
|
|
|
Part yg jd penakut tu sebijik cm aku tgah alami skrg..mandi bersyampu bgai rela xtutup mata..tdo pun berteman skrg..nk solat pun rsa xsedap ati rsa ade yg dk tgk mmm... |
|
|
|
|
|
|
|
part 4
salam aku dalam bahasa indonesia. fuhh. aku dalam badan aku time tu tercenggang. satu perkataan je. bagi salam je.. tpi tu dah buat aku terkejut.
bayangkan mcm aku rasa badan aku di control. smpai sekarang aku bole terngia-ngia lagi dengar bhasa indonesia tu.. dengan suara kasar, tergagap2 macam orang tua, mulut terkumat kamit,
aku pun 'nama aku panglima, dari jauh.' ya allahh.. sape pulak ni.. siap bagi nama bagai. 'aku tengok anak ini dan keluarganya dalam masalah' lebih kurang mcm tu la dia tnya. tak tahu aku nk respond apa. nk ckp nk meraung semua tak bole,
ayahsin pun strt bercakap, datang jugak akhirnya kau. dia tnya asal usul panglima tu dari mana, kenapa dengan mcm ni duduk baru bole dia bole datang. dia pun ceritalah, dia datang untuk tolong fmly aku,
mata aku terpejam sebab dia buta, dan umur dia dah lebih kurang 120 tahun. dekat sana org panggil dia panglima buta si penuggu gua. wallhualam la betul ke tak cerita dia ni. tpi panglima ada dengan aku selama 2-3 tahun lebih.
time tu dia sempat pesan semua ni ujian Allah dah jangan sesekali berputus asa dengan Allah. dia ckp tak bole tolong aku, hnya Allah y bole tolong fmly aku. dia hnya la perantaraan. bagi aku ( yang tengah duk dalam badan sendiri ni) panglima tu sangat la merendah diri
dan takde la benda2 aku rasa menyimpang dari Islam yang di sampaikan. dia sampai kan ayat demi ayat yang kalau aku sendri, mustahil aku nk ingt ayat2 quran tu. ( jahil lagi la time tu ). yang peliknya, mak ayah y sakit tadi dah kurang sikit sakit tu.. tmbh2 mak. masa tu panglima/aku panggil mak then pegang kepala dia and bacakan ayat quran. mak ckp kepala dia dah rasa ringan,
ayah pulak panglima/aku urutkan tmpt kene tu. alhmldh la hari tu ayah dah okay.
Walaupun aku mata tengah tertutup,
aku rasa aku mcm bole nmpk bukan alam kita. mungkin alam lain kot. aku bole nmpk bnda yang ada dkt rumah aku, yang bertenggek dekat badan ayah, mungkin pinjaman tuhan untuk panglima kot. then panglima menumpang badan aku untuk tolong orang.
mungkin sesetengah orang rasa benda ni syirik, tapi lepas pada hari tu, bnyk jugak la aku dan ayah consult ustaz pasal panglima tu. ramai yang cakap badan aku tak mampu nk tampung lagi, kene tunggu umur aku tua sikit kot. ( baca part 3 ). apa yang diorg ckap tu tersangat la betul. setiap kali panglima datang,
badan aku letih tersangat2 letih. tak tahu kenapa. dlu dekat rumah, air 100+ mesti penuh peti nk recovery energy aku. mereka ada explain bab2 khadam ni. ada yang baik ada yang jahat, yang baik tu pulak tak semuanya baik. ada yang menyamar baik sbb nk berdamping. aku pun redha je la time tu harapan aku pada yang menumpang ni tak
menyempangkan akidah aku.
lepas dri first time panglima tu datang, mak ngn ayah dah beransur okay dari jin yang kacau aku tanak bagi aku g sekolah. tpi nasib aku tak baik, dah brpe lama aku cuti sebab tak aku sndiri, keadaan mak ayah tak mengizinkan, ayah trnfsr sekolah aku dari asrama pegi sekolah biasa dekat rumah.
sebabak cerita aku habis di mrsm dan kedatangan panglima tu. lepas dari ayah tukarkan aku sekolah ke sekolah kampung, aman la sikit rumah. mak pun dah mcm okay sikit. dah xde pendiam sngt.. ddah bole masak,masa time kene tu, ktorg asek bungkus dekat luar sbb keadaan mak tak mengizinkan.
lepas je aku pindah sekolah, aku jadi normal balik.. untuk 2-3 minggu rsanya. atau sebulan mcm tu la. tapi tak lama. aku ingt lagi time tu hari exam pertengahan tahun, exam hari ke 3 or 4, nk g sekolah pagi tu, aku nmpk ada benda dalam kereta ayah. oh. aku pegi sekolah selalu tumpang ayah.
bila nmpk benda tu mula lah aku jadi mengigil balik.tapi kali ni tak kene rasuk mcm 2 kali sebelum ni la. aku ckp ngn ayah, ada benda ikut dia dari smlm. dengan tiba2 mak mejerit dekat dapur. lagi sekali mak kene. tp ni dah cerita lain dah. bukan cerita org kacau aku dah. ni cerita org kacau mak ayah aku lak.
bila mak kene rasuk tu, adik2 yang lain smua dah berlari masuk bilik. bayangkan bila dah kene tu mak terduduk atas lantai tu. ya allah.. sedih betul la.. ingtkan dah habis dah cerita2 hantu ni. rupenya ni baru start cerita yang sebenar.
ayah call ayahsin, tp ayahsin dekat kl. dah xde org bole tolong dah. yang peliknya, bila aku dtg dekat mak, dia mula la mengelupur. tah mana aku dpt kekuatan, aku tarik tngn mak, pastu aku baca2. smpai skrg aku tak tahu doa apa yang aku bca. benda tu akan keluar spontan bila aku dah jadi mcm tu.
meraung2 mak, pagi2 org nk g kije la org nk g sekolah la dengr mak meraung lak. duk sekejap ada la datang makcik sorang dua tngk apa yang jadi. mak pun time tu agaknya dah penat melawan kot. dah terduduk. aku pun pelik la dengn diri sndiri. mana aku dpt bnda tu, mcm mana aku tahu nk baca apa, yang pelik lagi tu, benda tu bole lari lepas aku baca2 tu.
bila mak dah okay, ayah suruh aku seru panglima datang tengok kenapa benda ni jadi. kali ni aku mintak sejadah, dan terus aku solat sunat. aku pun smpai skrg tak faham lagi kenapa dan mengapa. macam mana aku tahu bacaan tu semua,
bila habis solat. badan aku ringan je rasaaa. mcm perasaan yang mula2 tu. sekejap je. tak lama pun, dalam seminit dua, aku rasa diri aku dah start menjauh dari badan aku.tpi still dalam badan. aku rasakan panglima ni dah masuk dalam badan aku.
bila habis salam, ayah tnya panglima/aku, apa lagi y tak settle. panglima ckap, ada orang suka ayah aku dan nk ceraikan mak ayah aku. fuhhhh.. ni la starting cerita aku. cerita mcm mana org bomohkan ayah aku, smpai mak xleh tngk muka ayah.. ada je benda nk digaduhkan.. smpai rumah panas. smpai ada gambar perempuan/paku/jarum dalam telur |
|
|
|
|
|
|
|
bila aku consult ustaz, dia cakap ni pasal semangat. try la pegi jumpa ustaz suruh dia baca2 sikit bagi semangat balik
|
|
|
|
|
|
|
|
best citer ko..
tak pe, slowly |
|
|
|
|
|
|
|
ridha replied at 9-12-2015 05:42 PM
bila aku consult ustaz, dia cakap ni pasal semangat. try la pegi jumpa ustaz suruh dia baca2 sikit ...
Maybe aku lemah semangat kot huhu...nak tido berteman naya tul..aku tak pegi jumpe mana2 ustaz lagi..tak tau kenapa...sebab aku tengah memahami apa yang berlaku..mimpi jgn cakap la huhu...ape pun cite ko menarik teruskan tt |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin jugak kot.. the best tnya la ustaz2 or guru2 agama.. mana tau kot2 depa bole tolong
|
|
|
|
|
|
|
|
ridha replied at 9-12-2015 07:15 PM
mungkin jugak kot.. the best tnya la ustaz2 or guru2 agama.. mana tau kot2 depa bole tolong
Aku lum tergerak ati lagi nk bertanya ustaz2..hanya masa yang akan tentukan...orang yg betul aku harus bertanya dan temui..tapi lum jmpe...sambung cite cepat skit tt tak sabau nk baca lebih lanjut.. |
|
|
|
|
|
|
|
part 5
so lepas dari tu bermula la cerita mak ayah aku. lepas dari malam tu ktorg pergi berubat habis tempat dah. semua cakap benda sama. ada org suka ayah dan dia main kasar dengan family ktorg
mungkin aku sakit tu la punca semuanya terbongkar. banyak lah ustaz yang sarankan buat tu buat ni, ada sorang tu ckp kene amek air hujan minggu kedua sebulan lepas datang jumpa dia. bagi aku agak mengarut lah sebab time tu tngh musim panas.
banyak sngt la petua2 yang bomoh/ustaz kasi. tapi kami filter dlu mana yang elok. yang merapu2 semua letak tepi dlu. masaa pegi jumpa ustaz/bomoh, mak la yang selalu kene rasuk. ada satu time tu bila kena rasuk, dengan aku2 sekali tolong ustaz tu.
makin banyak benda kacau fmly aku, makin kuat aku rasa aura panglima tu. tapi dia dah jarang datang. kadang2 dia just datang dalam mimpi aku je. ajar cara2 nk ubat orang, lepas dari tu kebanyakan time mak aku kene sampuk, aku ngn ayah la bnyk ubatkan.
tpi time tu mcm baru2 je lagi. takde la kuat sngt pun. takat ngubat2 family tu bole lagi la. time tu pulak ayah dah strt belajar nk ubat2 ni dari ayahsin. selalu la mlm jumaat ktorg pegi rumah dia, mintak nasihat, consultation le lebih kurang. makin kuat ayah belajar
makin kerap mak sakit. penah je mak muntah darah time2 tengah melawan benda tu. mak time tu dah lewat 40an dah. gagah lagi tendang org tu orang ni. hahah.
ayahsin ni pulak jenis ustaz/bomoh yang rmai geng. rmai kawan2 dia ustaz/bomoh. agak terkenal jugak la dia ni dekat negeri aku tu. kadang2 berhari2 takde pegi KL nk ubat kan orang, pegi Indonesia pun penah, smua org jemput dia. kadang kalau time tak terkawal, susaah nk cari orang.
mungkin sebab tu kot ayah belajar. tapi tu la.. makin bnyk belajar, beramal, makin bnyk dugaan dia. tapi ayah mcm tak penah putus asa la nk fmly aku sihat.
time tu dah beberapa bulan fmly aku tak stable sebab benda ni, aku pulak makin hmpr nk SPM. tahun tu la jugak aku nk spm.. disebabkan aku bnyk tak datang sekolah, banyak terpaksa skip sekolah sebab keadaan fmly aku, pengetua amek tindakan, nk tukarkan aku ke sekolah ayah aku. oh.. lupa nk btau,
ayah aku cikgu dekat sebuah sekolah. so, pengetua sekolah aku tu bekas cikgu ayah aku. so diorg mmg kenal la. so pengetua datang sekolah ayah aku sndri cakap dia terpaksa tak bagi aku amek SPM dekat sekolah aku tu and dia suruh amek dekat sekolah ayah. ayah punya la bengang dan marah, dia ckp dia nk tumbuk je pengetua tu dekat situ.
sedih woo.. mak ayah tak sihat, aku lak kene anak tirikan. ayah punya la tak sihat, smpai dia nk berhnti jadi cikgu. dia nk rehat2 je dekat rumah. tp berkat kesabaran ayah, alhmdlh ayah tak jadi berenti. oh. time tu tak tau lagi sape punya semua ni. sape yang busuk hati sngt dekat fmly aku tu. so, aku hnya bole belajar je dekat sekolah A, then amek spm dekat sekolah B, sekolah ayah.
time tu aku bnyk ngadu mslh aku dekat kaunsler sekolah dan ada sorang cikgu ni rapat ngn aku. dia kawan baik arwah pakcik aku dlu. semangat balik aku bila ingt kata2 depa.
dekat sekolah pun aku selalu kene ejek. biasa la mulut orang kan. mana bole tutup. rmai mmbr2 aku dah tau penyakit aku and fmly. cikgu2 pun ramai tahu. kalau masuk dalam bilik guru, terpampang nama aku sebagai calon SPM menumpang. sedih gila. time2 mcm tu sepatutnya aku dpt support, tapi semua org makin membenci aku
org panas tngk aku kot. sbbb penah la dlu masa mak kene rasuk, dia ckp dia xkn bagi sesiapa pun kawan ngn aku or dekat ngn aku. aku rasa tu betul. rmai kawan tak lekat lama ngn aku. semua bla xde sebab. ahh. aku tak penah kisah pun. rmai je kawan2 ckap aku dah gila/biol. ye la. sekolah tak selalu datang, dengar cite fmly ada mlsh bagai. aku balik sekolah tu normal la nangis bila fikir nasib.
ahahha.. time tu hati abang tak taff lagi. hahhaha
oh cerita cikgu aku lak. ada sorang cikgu add math aku ni, asek duk kutuk aku je ckap benda tu mengarut bagai semua. penah sekali tu dalam kelas depan2 semua org dia duk cite hantu tu tak wujud la bagai. walaupun tak aim dekat aku, tapi aku terasa gila kot. asek duk pandang2 aku. aku bole dikatakan lemah la dalam add math.
campur lak dengan tak datang sekolah bagai, memang kene aim la. entah macam mana duk 2-3 minggu lepas tu, cikgu tu tak datang sekolah berbulan2 jugak la. akhirnya aku dngr cerita family dia pun kene kacau. tapi walahualam la sapa kacau tu. aku tak penah amek tau. mungkin pengajaran bagi kita semua. benda y kita tak nmpk tu bukan tak wujud, tapi tak di izinkan tuhan untuk tengok.
fuhh.. penat woh.. baru balik men badminton nih. hahhaha.. aku sambung esok lak. nk tdo dah ni. hahahha.. esok aku cerita pasal colour kuning, dengan gmbr perempuan dalam telur. byebyeee |
|
|
|
|
|
|
|
Tggu sambungan tt...kipidap |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. jap2 lagi sya sambung.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah dua hari aku try baca tred tt ni tp x kesampaian dek kesibukan masa.. harini baru leh baca..
best tt.. hrp bersambung jgn lama2 sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
part 6
okay seperti yang dijanjikan. warna kuning. korang masih ingt lagi tak pasal bilik aku warna kuning ( part 1 ). okay. dlu ayah cat bilik tu kuning sebab ad lebihan
cat dapur. hahahah.. balik lain semua biru. light blue. so bilik aku kuning. kuning ni kalau panas toksah cite la.. haha.. panas gila.
so, lepas aku kene tu dlu, aku tertarik dengan warna kuning. aku pun taktau kenapa. so, aku cerita la dekat ayahsin aku minat kuning. ayahsin pun ckp, kalau benda2 tu nk datang,
(ilmu, panglima) dia lagi sukakn persekitaraan yang dia prefer. fuhh. bnyk jugak la aku consult mcm sebelum ni. tak syirik ke percaya benda2 tu semua, bnyk lah. ada sorang ustaz tu cakap
beli kain kuning, untuk persediaan, beli sapu tangn kuning untuk aku bawak pegi mana2. incase aku kene pape, so kain kuning tu mcm membawa semangat la. dlu kain tu mmg ada dalam poket aku kalau kemana2.
penah jugak la kes aku terjumpa orang ada saka, dengan aku tersenyap tak leh cakap. pastu pegang kain tu bca2 sikit. random kot time tu. pastu makcik tu tenung je aku. aih. time ni aku dah strt rasa payah kalau ada benda2 jaga ni.
payah bukan apa, kdg2 pegi pasar malam ke apa ke, terserempak dgn orang ada ilmu ke apa ke, aku pulak yang tak pasal2 rasa pelik. hahah.. lama jugak la benda ni jadi, 2 tahun lebih la. ayahsin cakap dugaan orang ni macam2. ada yang kene teruk ada yang tk kene pape.
ayahsin dlu sebelum jadi ustaz/bomoh, rasa nya dekat 20-25 tahun dia sakit kene racun. lepas dah elok tu, bole berubat orang pulak. so aku ni kiranya mentah lagi la. baru 4-5 bulan baru.
pastu ayahsin ckap jangn percaya sangt dekat kain kuning tu, buat tu mcm perantaraan antara aku dengan semangat aku. lebih kurang macam tu la. so, far masa cerita kain kuning ni, fmly aku still tengh lagi sakit2.
penah aku libas mak yg kene rasuk dengan kain, ala sikit je time tu, tp dia punya meraung tu lain macam. pastu senyap la sekejap. penah aku bungkuskn mak dalam kain tu sebab nk buang benda tu. alhmdlh la tahan seminggu.
okay cerita gmbr pompuan dalam telur lak. ni selain berubat dengan aku, mak ayah cari alternatif lain jugak. sebab bila aku berubat orang, aku akan sakit at least sehari dua. kdang2 pening kepala teruk, kdg2 demam. so ayah pegi la rumah seorang ustazah ni.
dia tengah mengandung time tu. anak sulung kalau tak salah. aku time tu follow jugak la. tpi mcm biasa, bila aku smpai je rumah ustazah tu, mcm ustaz2 lain, dia akn sapa aku dlu. tak tau la kenapa. oh. lupe lak. syarat nk berubat dengan dia, kene bawak telur sendiri. telur ayam.
kadang2 ad sesetengah bomoh, diorg guna telur sndri. so ni tak, kita beli telur tu, kita bawak smua la. so, chances nk menipu tu takde la. so, ayah la y first dia buat. ayah duduk depan dia, then dia selawat sambil golekkn telur tu dekat belakang ayah, part ni aku mmg nmpk dengan mata kepala aku sndri.
mmg xde peluang dia nk menipu langsung. sebab, org tngh peratikan. golek kiri ke kanan, atas ke bawah. dalam 5 minit la lebih kurang, dia amek satu bekas, dia pecahkan telur tu dalam bekas tu.. ini part paling tak logik. masa dia pecahkan, keluar mata pisau cukur, paku, dengan gambar seorang pompuan. benda2 tu ada lagi dekat rumah ayah simpan
nnti aku amek gmbr aku upload sni. paku tu lagi panjang dari telur kot. mcm mana bole masuk dalam telur aku pun tak paham. mata pisau cukur tu lagi la. berkarat siap. mcm2 betul. gmbr pompuan tu full, dari kepala smpai la kaki. tapi gmbr tu mcm dah dikoyak. mcm crop gmbr dia je. koyak pakai tangn sbb bole nmpk kesan koyak tu. ustazah tu ckap, tu la perempuan yang bawak si pembuat ilmu hitam ni jumpa bomoh siam
nk bomohkan keluarga aku. ayah pun satu. dia g simpan benda2 tu. tpi dah neutralize kan dah. dah takde bisa la lebih kurang. depan mata aku kot. bila tngk benda tu, bru aku strt nk percaya 100% fmly aku kene buatan orang. mak pulak keluar rambut, darah dengan duri. ustazah tu ckp ada benda mak termakan yang orang tu kasi. so, orng tu kiranya kenal n rapat la dengn fmly aku.
misteri ni last2 dibongkar ayahsin, dia ckp ada sorang cikgu dekat sekolah ayah minat dkt ayah. lama jugak la baru tahu. ni beza kalau bomoh ngn ustaz. bomoh akan selalu cakap je sape y buat, tp ustaz takkn cerita, dia kan bagi hint je. ya ah. kuasa tuhan kan, mana tau org tu tak buat ke. tak pasal2 timbul fitnah. panglima pun tak penah ckap nama org tu. tpi bnyk kali la aku mimpi pasal benda tu.
mimpi ad pompuan selalu kacau mimpi aku. dia mcm tngh2 mimpi, then ada pompuan mcm rosakkn semua. tp pompuan ni xde muka. kalau ada pun aku xkenal gak sbb dia cikgu sekolah ayah. ayah ckp dia janda. betul la tu kot gilakan laki orang. wallaualam. dari kejadian tu la aku nekad nk beramal dengan ilmu aku y tak seberapa ni. niat nk tolong ayah mak je. takde niat pun nk ubatkn orng selain family.
tpi ayahsin pesan, kalau kita niat mcm tu, niat nk tolong orang lain, dalam keadaan apa sekalipun, kalau org datang, kita kene tolong. pukul 5 pagi ke, tngh main game ke tengah duk dalam class ke, tngh bawak kete ke, kalau org mintak tolong tu jgn tolak. sbb kita dah diamanahkan. dann smyg and beramal takleh tinggal. jiwa kene bersih. time tu remaja. jiwa nk buat je smua bnda.
last2 ending dia pun aku x percaya smpai skg. part ending tu tak tau la episode brpe nnti. hahah. bnyk sngt. aku ceritakan satu2.
haa. berbalik ustazah telur tu, dah habis mak ayah dia telurkan, tiba time aku lak, dia golek golek golek, bila pecahkan, telur tu tak pecah. campak la 2-3 kali pun tak pecah. smua org heran. sbb time tu rmai org y tngh queue nk berubat. bila dah 2-3 kali tu, ustazah tu dah x campak. tapi masa dia campak tu, dia campak slow2 la xde la smpai baling mcm main baseball tu. haha. dia cakap ada benda lindung tak bagi nmpk yang dalam.
wallaualam.. balik tu bnyk gak aku memikirkan benda tu. bila aku cerita dekat ayahsin, dia ckp xpelik pun. orang ada ilmuhitam pun mcm tu, takkn nmpk dalam. aku termenung bukan sebab apa, nk tahu ilmu yang aku ada ni baik ke tak. tu je.
okay next part pasal aku dah bole berubat orang lain selain family pulak, dan aku strt belajar sembelih hantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pun ko ada kak...hahaha
moh kita meriahkan rumah si @ridha ni pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahkak ni dik..umpama pari2 malam yang ketandusan..
Asal ada cerita best..ahkak pasti menyinggah...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahha.. maseh2.. cerita untuk jadikan pengajaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhh khusyuk betul aku baca nih
tetiba rasa nk minta tolong dgn ridha pulakkkk
errr part 7 pleaseee |
|
|
|
|
|
|
| |
|