CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Tentang Rasa ~ TaMaT

[Copy link]
 Author| Post time 13-11-2015 11:36 AM | Show all posts
Esmiria replied at 13-11-2015 10:39 AM
I really like this postlah lagi.

like yg mcm mana tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 11:40 AM | Show all posts

jgn tinggal cmtu je thread ni. i like  u write about diorang nk having sex tapi tak detail psl babak tu.kalaulah novelis2 tu blh buat cmni.





sy hrp,post lgi cerpen x cliche mcm ni ea.meh sama2 memeriahkn bod writing.
kalo ada idea, 4 jam blh siap tulis cerpen bermukasurat enam.











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 11:43 AM | Show all posts
Esmiria replied at 13-11-2015 11:40 AM
jgn tinggal cmtu je thread ni. i like  u write about diorang nk having sex tapi tak detail psl bab ...

insyaallah.. tq es..
momey ni sekadar isi ms lapang ja.. tumpang meriahkan board ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 11:55 AM | Show all posts
Pukul 6.00 petang..

Khairi menunggu Khaleeda di sofa ruang tamu aras 9 tersebut. Dia menanti kedatangan isterinya itu. Sehingga muncul wajah Hud terlebih dahulu yang sedang menyandang beg dan memegang helmetnya itu.

“Khairi, minggu ni ada kursus.”

“Owh, yeke?” padahal Khairi dah tahu sebab Yazid terlebih dahulu watsup padanya.

“Tak leh lepak main badminton la nampaknya minggu ni.”

Khairi hanya mengangkat kening. Hud masih cuba memahami gerak balas tubuh dari Khairi itu.

“Khairi cemburu dengan aku ke apa ni?” bisik hati Hud.

“Ok lah, bro. Aku cau dulu.”

Khairi diam dan hanya mengangguk. Hud terus berlalu pergi meninggalkan Khairi bersendirian yang masih menanti kedatangan isterinya.

“Abang..” panggil Khaleeda lembut lalu duduk di sebelah Khairi.

Khairi masih diam membisu.

“Abang..nape ni? Abang ok tak?”

Khairi terus bangun dan berjalan keluar. Khaleeda hairan tetapi dia tetap berjalan mengekori suaminya. Yazid yang pulang lewat itu tergelak sendirian.


                                                       **********************


Di dalam kereta, parking basement..

Khairi masih diam sambil memandang Hud yang sedang memanaskan enjin motornya. Khaleeda perasan Khairi sedang memerhatikan Daud.

“Abang..”

Khaleeda cuba memegang tangan Khairi namun ditepis pantas. Khairi terus menukar gear dan terus bergerak laju keluar dari basement tersebut. Daud perasan itu kereta Khairi. Dia hanya menggelengkan kepala.

“Kalau kau sangka aku ada hati dengan bini kau, kau silap banyak.” Bisik hati Hud lalu terus gerak pulang ke rumah.


                                                               **********************


Semasa di dalam perjalanan..

Khaleeda memandang suaminya.

“Abang ni dah kenape?”

“Diam boleh?!” jerkah Khairi sambil menghentak stereng kereta.

Khaleeda terkejut dan terus mendiamkan diri sambil menggelengkan kepalanya. Khairi memandu laju pulang ke rumah.



                                               **********************


Hud singgah di 7-eleven berhampiran dengan kedai pizza tempat adiknya bekerja. Kebetulan sebelum dia hendak bertemu dengan adiknya petang itu, dia singgah di 7-eleven dulu. Sebaik sahaja keluar dari kedai, dia ternampak Fatma baru menunggang motor dengan lelaki yang dia tidak kenali itu. Dengan cepat dia memakai helmet lalu menunggang motor ke arah Fatma.

Husin yang baru nak bergerak itu terkejut motornya dihalang motor berkuasa tinggi. Fatma dah takut sebab akhirnya kantoi jugak!

“Turun, Fatma!” jerit Hud sambil berjalan ke arah adiknya.

Fatma kelam kabut turun sambil berdiri di belakang Husin.

“Nak pegi mana ni? Bukan waktu keje ke sekarang?” marah Hud sambil menarik lengan Fatma.

“Sakit, abang..”

“Melampau betol kau erk? Makin dibiar makin menjadi!”

“Abang..”pangil Husin sambil cuba menarik Fatma.

Hud terus memandang Husin.

“Saya yang salah, abang. Abang marah la saya.” Husin serius mahukan Fatma.

Hud terus berjalan ke arah Husin lalu mendapat sebiji tumbukan ke mukanya. Keadaan menjadi kecoh. Orang yang lalu lalang mula berhenti menonton tayangan percuma tersebut.

“Jangan kacau adik aku lagi.”

Hud mengarah Fatma menunggang motornya.

“Kejap lagi Fatma dah nak masuk keje, abang.”

“Naik!”

Fatma akur. Dia dibawa abangnya ke suatu tempat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 11:56 AM | Show all posts
ptg nnti insyaallah smbung lg erk.. nk pi makan, lapaq
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:03 PM | Show all posts
momey replied at 13-11-2015 11:55 AM
Pukul 6.00 petang..

Khairi menunggu Khaleeda di sofa ruang tamu aras 9 tersebut. Dia menanti keda ...

Hud..kau dah terlmbt.husin telah makan.adikmu..nyam nyam.haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2015 02:11 PM | Show all posts
Esmiria replied at 13-11-2015 01:03 PM
Hud..kau dah terlmbt.husin telah makan.adikmu..nyam nyam.haha

sabaq ja la es ni haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 03:47 PM | Show all posts
Khairi mematikan enjin keretanya. Khaleeda dengan perasaan kecil hati terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Kelihatan bapa mertuanya seperti kelam kabut mengeluarkan cd dari pemain cd tersebut. Khaleeda terperasan cover cd yang terletak di atas meja seperti gambar tidak senonoh. Dia memandang bapa mertuanya. Baru sahaja dia hendak menegur, Khairi yang baru masuk itu terus menarik tubuh isterinya masuk ke dalam bilik. Hanafi terselamat!

Khairi mengunci pintu bilik. Dia dan isterinya bertentang mata.

“Apa masalah abang ni?”

“Selagi Hud ada di situ, hati abang tak tenang.”

“Dah agak.”

Baru sahaja Khaleeda hendak duduk, suaminya tarik lengannya.

“Sayang tahu tak abang cemburu?”

“Masalahnya, sayang dengan Hud tak ada apa-apa pun. Hanya kawan biasa!” Khaleeda jelaskan.

“Kawan sampai bergurau senda di dalam pantry?”

“Astaghfirullah. Nak berborak takkan tak boleh?”

“Bertepuk tampar.”

“Tipu!”

Khairi terdiam.

“Siapa yang buat fitnah semua ni, abang? Sayang ni isteri abang. Sayang tahu batas-batas sayang. Sayang masih waras!” Khaleeda mula meluahkan perasaannya.

Khairi dihasut oleh Yazid. Menyesal rasanya terus menghentam isteri sendiri. Dia memandang isterinya dia perasaan bersalah. Dia cuba untuk memegang tangan Khaleeda.

“Berapa kali harus sayang bagi tahu abang yang sayang dengan Hud tak ada apa-apa hubungan?”

Tetiba Khairi teringat akan kursus yang baru Yazid bagi tahu petang tadi.

“Sayang kena gi kursus dengan Hud kan minggu ni?”

Khaleeda mengeluh. Dia tahu mesti suaminya akan bebel lagi.

“Abang tak izinkan sayang pergi kan?”

“Abang nak ikut.” Kata Khairi sambil memegang tangan isterinya.

Khaleeda mengeluh.

“Abang tak percayakan Hud.”

“Please la, abang. Cuba buang perasaan curiga abang tu. Jangan dengar cakap orang. Sakit abang nanti.”

“Abang sayangkan sayang.”

“Ye, sayang tahu. Sayang pun sayangkan abang. Hud tu tak da maknanya nak dekat sayang ni. Sayang ni bukan taste dia pun! Dia pun waras abang, takkan nak rampas isteri kawan dia sendiri?”

“Jangan buat main-main zaman sekarang ni, sayang.”

“Ntah la, abang. Sayang dah tak tahu nak cakap ape dah.”

Khaleeda terus duduk di atas katil. Diam. Khairi juga duduk di sebelah isterinya. Perlahan-lahan dia toleh memandang isterinya.

“Abang takut kehilangan sayang. Sayang cinta pertama abang.”

Khaleeda terus memandang suaminya. Airmata mula bertakung.

“Kita buat yang terbaik ya, abang. Yang lain kita serah pada Allah.”

Mereka berdua bertentangan mata. Kemudian Khaleeda memegang tangan suaminya.

“Tolonglah percayakan sayang, abang.  Macam mana abang cintakan sayang, begitu juga dengan sayang. Kita sebagai suami isteri kena saling memahami, saling mempercayai, dan saling bertolak ansur. Kalau abang masih was-was dengan sayang, macam mana hidup abang nak tenang?”

Khairi diam sambil memandang isterinya. Khaleeda tersenyum lalu mengucup tangan suaminya.

“Love u so much, abang.” Khaleeda mengukir senyuman yang cukup indah buat suaminya.

Khairi membalas senyuman itu dan terus merangkul tubuh isterinya. Dipeluk erat wanita bertubuh genit itu.

Di sebalik pintu bilik mereka, Hanafi sedang mencuri dengar perbualan anak menantunya itu sambil tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2015 03:57 PM | Show all posts
Kawasan tanah perkuburan.

Hud mematikan enjin motor. Fatma yang kehairanan itu membuka helmetnya.

“Buat apa kita kat sini abang?”

“Fatma nampak tak tu? Tu kubur mak abah kita kan? Fatma tak kesian kat dia orang ke?”

Fatma terus sebak.

“Nak buat apa-apa, kalau tak fikirkan abang pun fikir mak abah kita. Dia orang tanggung seksa kerana kita tau. Fikirlah!”

Fatma menangis.

“Fatma tahu tak abang kena kuat tempuh semua ni selepas mak ngan abah tak ada. Mak dan abah penah pesan kat abang minta tengok dan jagakan Fatma. Berat tanggungjawab abang, Fatma. Tolonglah Fatma, fikir sebelum buat sesuatu yang tak baik.”

Fatma menangis lagi. Dia betul-betul rasa bersalah dengan abang dan kedua ibu-bapanya. Biarlah apa yang berlaku pagi tadi antara dia dengan Husin pertama dan terakhir baginya. Dia berdoa agar Husin bertanggungjawab mengambilnya sebagai isteri.

“Jom ikut abang tengok mak dengan abah.” Hud mengesat airmata adiknya.

Fatma mengangguk. Dia mengekori Hud dari belakang menuju ke kubur mak dan ayah mereka.



                                                      **********************


Khaleeda sibuk memasak di dapur pada malam itu. Menyediakan lauk ikan tiga rasa, sayur campur dan telur dadar. Cukuplah untuk makan tiga orang.

Tengah sibuk Khaleeda menyusun lauk di atas meja, kelihatan Hanafi sedang berdiri di belakang Khaleeda sambil memandang atas bawah atas bawah tubuh badan menantunya itu. Khaleeda seperti terbau asap rokok. Yang dia tahu suaminya memang tidak hisap rokok pun. Terus dengan cepat dia toleh ke belakang.
Hanafi tersengih. Khaleeda dengan cepat berlari masuk ke dalam bilik yang ketika itu Khairi baru selesai solat Maghrib. Tercungap-cungap dia sambil menutup pintu bilik. Khairi bangun lalu mendapatkan isterinya.

“Nape ni, sayang?”

Khaleeda takut nak bagi tahu.

“Sayang..”

Baru sahaja Khaleeda hendak bersuara, Hanafi mengetuk pintu bilik mereka. Terkejut Khaleeda lalu terus memeluk suaminya.

Khairi semakin pelik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 04:06 PM | Show all posts
tenet slow la plak.. momey smbung mggu dpn la erk
insyaallah jmpa lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 05:06 PM | Show all posts
momey replied at 13-11-2015 04:06 PM
tenet slow la plak.. momey smbung mggu dpn la erk
insyaallah jmpa lg

yela.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
               
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 05:21 PM | Show all posts
Edited by Esmiria at 13-11-2015 05:22 PM
momey replied at 13-11-2015 04:06 PM
tenet slow la plak.. momey smbung mggu dpn la erk
insyaallah jmpa lg


khairi tkut hud tidur dgn bini dia.last2 hanafi nak ngap menantu.
Knpa bila bca perkataan khairi,aku teringat muka


pelakon love you mister arrogant
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 07:00 PM | Show all posts
Kalo aku jdi khaledalah.aku bgtaw laki aku yg pak mertua cuba sentuh aku. Mahkota weyyyyy


Khaleeda seksi sgt kut dlm rumh,tu pak mertua geram bangattt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 07:05 AM | Show all posts
Esmiria replied at 13-11-2015 07:00 PM
Kalo aku jdi khaledalah.aku bgtaw laki aku yg pak mertua cuba sentuh aku. Mahkota weyyyyy

morning es.. jom smbung pg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2015 07:06 AM | Show all posts
morning semua..
jom smbung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 07:12 AM | Show all posts
Di rumah..

Fatma masih berdiri memandang Hud. Hud pula diam membisu memandang tv.

“Tolonglah, abang. Husin dekat luar nak jumpa dengan abang.”

“Suruh dia balik.”

“Tolonglah, abang..”rayu Fatma sambil memegang tangan abangnya.

“Abang tak nak tengok muka dia!”

“Fatma rayu dekat abang..Tolonglah jumpa dengan Husin sekejap. Sekejap je, please..”

Hud memandang wajah adiknya. Kemudian dia terus bangun dan menuju ke halaman rumah. Husin yang setia menanti itu terus menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Hud. Hud langsung tak endah.

“Nak apa?” Hud serius.

“Biar saya berterus terang. Saya serius dengan Fatma. Kalau abang izinkan, saya nak jadikan Fatma isteri saya.”

Hud terkejut. Nampaknya lelaki ini bersungguh-sungguh dalam hal ini.

“Fatma masih muda.”

“Saya akan ambil alih jaga Fatma lepas ni. Ini janji saya.”

Hud diam dan terus memandang Fatma yang berdiri di muka pintu. Kemudian Hud memandang Husin kembali.

“Abang, saya akan buat ikut adat kita. Saya akan bagi tahu keluarga saya untuk datang meminang Fatma.”

“Jangan buat main-main Husin dalam hal macam ni. Fatma satu-satunya adik aku.”

“Abang, saya serius. Saya cinta dan sayangkan Fatma. Saya ikhlas mengambil dia sebagai isteri saya.”

“Kau dengan dia baru sangat kenal”

“Saya takut saya tak dapat kawal nafsu saya lagi, abang. Lagipun saya rasa saya dah mampu jaga Fatma. Insyaallah dengan gaji saya setiap bulan saya dapat beri makan minum serta pakaian untuk Fatma.”

Hud menarik Husin masuk ke dalam rumah. Fatma mula menangis. Dia takut Husin di apa-apakan oleh abangnya.

“Sini, Fatma!” panggil Hud yang tangannya masih genggam pergelangan tangan Husin.

Fatma berjalan ke arah abangnya. Sekarang meraka bertiga berdiri di tengah-tengah ruang tamu.



                                                             **********************


Khaleeda bersama suami dan bapa mertuanya duduk bersama di meja makan tersebut. Khaleeda diam duduk di sisi suaminya. Langsung dia tak pandang ke depan. Hanafi pula berselera betul makan pada malam itu. Siap menjilat jari lagi dengan pakej bunyi-bunyi. Khaleeda semakin jijik dan geli.

“Ayah, sedap nampak.”

“Hahaa..untungla kamu dapat isteri yang pandai masak.”

“Eee..menyampahnya aku!!”bisik hati Khaleeda.

Hanafi sekali lagi menjilat jarinya. Khaleeda terus bangun basuh tangan dan berlari masuk ke dalam bilik. Khairi hairan. Dia memandang ayahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 07:20 AM | Show all posts
Hud termenung sendirian di dalam biliknya sambil menatap gambar arwah ibu dan ayahnya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Abang..nak jumpa abang kejap boleh?”

Hud dengan cepat menyimpan gambar yang dipegangnya tadi masuk ke dalam kotak kecil lalu di simpan di dalam laci.

“Masuklah.”

Fatma membuka pintu. 20 minit yang lepas Husin sudah pulang ke rumahnya. Fatma perlahan-lahan berjalan ke arah abangnya.

“Duduklah.”

Fatma duduk di sebelah abangnya di atas katil. Kemudian dia memegang tangan abangnya.

“Terima kasih, abang.”

Hud mengangguk lalu terus memeluk adiknya. Fatma menangis. Aib keterlanjuran dia bersama Husin pada  pagi tadi menjadi rahsia antara dia dan Husin sahaja.

Akhirnya Hud membenarkan Husin datang membawa keluarganya datang untuk masuk meminang adiknya. Memang betul adiknya itu masih muda tetapi bila difikirkan balik, lebih elok dipercepatkan sahaja benda yang baik.

“Fatma jaga diri baik-baik tau. Abang sayang sangat dekat Fatma. Lepas ni, Fatma tak boleh manja-manja lagi dengan abang.”

Fatma masih memeluk abangnya.

“Abang harap Husin dapat jaga Fatma dengan baik. Lebih baik dari abang jaga Fatma.”

Fatma semakin erat memeluk abangnya. Walaupun hanya baru beberapa hari berkenalan, hubungan mereka seperti sudah kenal setahun! Jodoh barangkali.



                                                    **********************


Di ruang tamu..

Hanafi sudah masuk ke dalam bilik. Tidur. Manakala Khaleeda dan Khairi masih di ruang tamu menonton drama. Khairi masih hairan bahawa isterinya masih diam membisu.

“Sayang ada benda nak cakap dengan abang ke?”

Khaleeda masih diam.

“Sayang, abang nak cakap sikit ni. Abang nak cakap yang abang tak suka sayang lari macam tu je tadi masa kita sama-sama makan. Sayang macam tak hormat ayah abang.”

Khaleeda terus memandang suaminya. Pandangan yang cukup tajam!

“Tolong hormat ayah abang.”sambung Khairi.

Khaleeda terus bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik. Khairi mengeluh lalu bangun tutup tv dan berjalan masuk ke dalam bilik.

“Ayah abang dah melampau.” Khaleeda cuba kuatkan semangat luahkan isi hatinya.

“Apa sayang cakap ni? Sayang tahu tak sayang cakap pasal ayah abang ?”

“Tahu. Untuk pengetahuan abang, ayah abang cuba berkelakuan tidak senonoh dekat sayang semasa abang tak ada di rumah.”

Khairi diam.

“Sayang nak abang tegur ayah abang tu!”

Khairi tanpa sebarang kata terus menampar pipi Khaleeda. Khaleeda terkejut dengan tamparan sulung dari suaminya itu.

“Abang pukul sayang?” Khaleeda menangis. Memang betul apa yang dia jangka, Khairi pasti tak percaya apa yang dia cakap.

“Jangan nak memandai hina ayah abang macam tu! Sayang tak ada hak nak kata pada ayah abang. Abang kenal ayah abang!”

“Habis tu nak tunggu sampai ayah abang rogol sayang baru abang nak percaya ke?”

Khairi tanpa belas kasihan terus mengambil tali pinggangnya lalu memukul Khaleeda. Khaleeda menangis merayu mohon suaminya berhenti dari memukulnya. Manakala di luar pintu bilik Hanafi tersengih sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 07:26 AM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Di Pejabat.

Hud memandang Khaleeda. Dia macam nampak Khaleeda lain sangat pada hari itu. Bukan lain perangai je, wajah Khaleeda nampak sedikit lebam terutama pipi kanannya.

Khaleeda bangun lalu ke pantry. Hud mengambil peluang itu lalu terus mengikut Khaleeda dari belakang.

“Eda.”

Khaleeda dengar Hud sedang memanggil namanya. Dia masih diam langsung membasuh mug yang digunakannya tadi.

“Awak ok ke, Eda?”

Khaleeda hanya mengangguk.

“Pandang saya.”

Khaleeda masih membasuh mug. Sengaja di lambatkan!

“Eda, pandang saya jap.”

“Nak ape?”

Hud memegang bahu Khaleeda dan terus mereka berdua bertentangan mata.

“Apa yang dah jadi dengan awak ni, Eda?”

Jelas kelihatan lebam di muka Khaleeda. Bedak foundation tak dapat menutup lebam tersebut.

“Saya tak ada apa-apa.”

Khaleeda mengelap tangannya lalu terus keluar dari pantry tersebut. Hud mengeluh!



                                                             **********************



Pada waktu tengah hari..

Khairi tidak muncul untuk menjemput Khaleeda keluar makan pada waktu tengah hari tersebut. Hud sekali lagi perasan apabila terlihat Khaleeda bersendirian di tempat duduknya. Dia bangun lalu perlahan-lahan berjalan ke arah Khaleeda. Semua staff ketika itu keluar makan. Hanya tinggal mereka berdua.

“Eda..”

Khaleeda cepat-cepat mengesat airmatanya dan terus bermain komputer membuka laman web ‘Cariforum’.

“Eda, awak ok ke?”

“Saya ok lah. Jangan risau.”

“Nak makan apa-apa? Hud boleh tolong belikan.”

Khaleeda hanya menggeleng kepala sambil airmata masih bertakung menunggu saat melimpah keluar sahaja.

“Ok lah.”

Hud tak nak memaksa. Sebaik dia toleh ke belakang untuk beredar dari situ..

“Hud..” Khaleeda sudah menangis.

Hud kembali memandang Khaleeda. Kemudian dia menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Khaleeda. Tisu diambil beberapa helai lalu dihulurkan kepada Khaleeda.

“Lap airmata tu.”

Khaleeda mengambil tisu dari tangan Hud lalu terus mengesat airmatanya.

“Apa yang dah berlaku ni?”

Khaleeda cuba bertentang mata dengan Hud.

“Khairi..”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia cemburu.” Khaleeda hanya mahu luah berkenaan kes cemburu suaminya sahaja. manakala kes bapa mertuanya buat masa ini dia rasa tidak perlu dikongsi lagi.

Hud mengeluh. Apa yang dia sangka memang betul-betul berlaku.

“So, yang lebam bagai ni dia yang buat?”

Perlahan-lahan Khaleeda mengangguk. Hud sekali lagi mengeluh.

“Ok. Just nak clear keadaan. Eda pun tahu kita berdua memang tak ada apa-apa perasaan pun kan? Saya anggap awak kawan je, tak lebih dari itu.”

“Itu awak, Hud. Bukan dia”

“Hmmm..susah macam ni.”

Sedang asyik mereka berdua berbual, Yazid cuba merakam video dan terus di ‘send’ kepada Khairi. Gila jahat!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.175894 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list