cantik sgt, tak terkata keindahan ciptaan Allah.
kekadang rasa mcm lukisan je.
yang ni cantik tak?
DI New Zealand terdapat satu tempat tarikan pelancong yang luar daripada kebiasaan. Di pinggir bandar yang terletak di Central Otago itu, terdapat ribuan coli digantung pada pagar sehingga ianya menarik kedatangan pelancong sama ada tempatan mahu pun luar negara. Pagar coli itu dikatakan wujud sekitar tahun 1998 bila mana terdapat pengguna jalan raya di situ yang meninggalkan coli di pagar tersebut sehingga ianya mula menjadi ikutan dan kini ianya seakan menjadi satu tradisi untuk pelancong wanita meninggalkan ‘jejak’ mereka di situ selepas melawati pagar tersebut. Walau bagaimanapun setelah mendapat pelbagai tentangan daripada penduduk yang sentiasa menggunakan laluan tersebut, akhirnya pada tahun 2006, pihak majlis perbandaran terpaksa memindah dan membuang coli-coli tersebut kerana penduduk menyifatkan perkara itu adalah sesuatu yang memalukan buat mereka selain memburukkan pemandangan di kawasan terbabit.
|