|
Kenapa tiada lagi nabi selepas kewafatan Rasullulah?
[Copy link]
|
|
so kenapa tida rasul lagi selepas rasulullah saw
lihat ucapan khutnah terakhir baginda
apa yg baginda cakap ?
hari ni telah aku sempurnakan .....dan aku tinggalkan ......
islam telah sempurna sejak declaration itu |
|
|
|
|
|
|
|
hai..
pada tanggapan sy, wasiat tu nabi maksudkan pd zaman tu, di ketika itu, beliau telah sempurnakan perintah allah yang mana hukum allah telah tertegak di tanah arab....tp pd zaman skarang islam itu dh jatuh n x lg sempurna...adakah untuk sempurnakan kembali perlu adanya nabi?
dalam satu ayat (maaf sy x igt)...allah ada cakap pada nabi yusuf yang dia adalah nabi terakhir...
tp ada satu ayat yg lain allah juga ckp muhammad adalah nabi terakhir...
ada penjelasan tak? |
|
|
|
|
|
|
|
pada tanggapan sy, wasiat tu nabi maksudkan pd zaman tu, di ketika itu, beliau telah sempurnakan perintah allah yang mana hukum allah telah tertegak di tanah arab... maaf ya, itu pada pandangan awk....
secara umumnya, Islam telah sempurna dan telah ditetapkan sebagai agama yg diredhai di sisi ALLAH...tingi nilai makna tu...
Islam di utus bukan utk tertegak hukum di tanah Arab semata....itu bukan point sebenar...
zaman kini adalah zaman fitnah bida'ah, bukan kerana Islam tak sempurna, kena fikir secara mendalam sunguh sunguuh...dan perlu merujuk kpd guru agama bab bab akhir zaman ni, jgn sesekali baca buku sorang2 dan fahami sorang2 diri, bahaya....
org yg mengaji dan berguru pun satu satu kitab yg dibaca pasti dia akan double check sama gurunya kembali, nak tengok perbandingan...![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Saya cuba jawab dan cuba kupas seringkas yang boleh...
Ni adalah antara beberapa soalan yg aku selalu terfikirkan...
Aku ade bertanyakn pd guru2 agama tapi hmm.... aku tak tau laa diaorg nak mengelak ke hape atau terlalu mukadimah byk sgt sampai citer pokok dah terlupa nak sentuh...
Dan skrg aku nak bertanya pulak kpd sahabat2 disini pulak....
Kenapa tiada lagi diutuskan nabi selepas nabi junjungan kita?
Jarak masa selepas kewafatan nabi sehingga kini ialah 1383 tahun (sebuah tempoh yg agak lama w'pun nabi pernah bersabda jarak antara kiamat semakin dekat)
Sebabnya:
1. Syariat Agama dah lengkap. Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW membawa seruan syariat yang sesuai ikut zaman masing-masing, dan Nabi Muhammad SAW bawa seruan syariat yang praktikal sehingga akhir zaman.
2. Tugas kenabian dari segi menyampaikan risalah diteruskan oleh umat Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana syariat dah lengkap, tiada perubahan kepada amalan agama, tiada wahyu baru diturunkan, tiada keperluan kepada rasul untuk menerima wahyu baru.
Sedangkan pd sesetengah zaman, terdapat sehingga 3 nabi serentak diutuskan hanya utk 1 bangsa sahaja...
Cth:
Nabi Musa (rasul yg bertaraf Ulul Azmi) dan Nabi Harun (juga seorg rasul dari kalangan 25 org yg wajib kita beriman), beserta dgn Nabi Yusha' hanya diutuskan kpd bangsa Israel demi memerangi Firaun Ramases II sahaja.. ketiga2nya serentak dlm waktu yg sama... bukan seorg demi seorg...
Bukan itu shj, malah Allah telah menemukan Nabi Khidhir yg memiliki ilmu paling luas itu untuk membimbing Nabi Musa dan juga bangsa Israel.
Secara teknikalnya, dlm 1 sela masa yg pendek dan hanya utk 1 bangsa sahaje, 4 org nabi yg diutuskan hanye utk mereka jer..
Zaman Nabi Muhammad, ada para sahabat yang SETIA seperti Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, yang juga melakukan TUGAS KENABIAN. Bahkan bukan setakat mereka sahaja, ada lagi sahabat-sahabat lain juga. Walaupun bukan Nabi, mereka disebut dengan kelebihan-kelebihan. Contohnya, jika ada Nabi selepas Nabi Muhammad, tentunya Umar. Nabi Muhammad dan Saydina Ali umpama Nabi Musa dan Nabi Harun (Nabi yang bersaudara dalam berdakwah).
Sedangkan Nabi Muhammad diutuskan utk membimbing seluruh bangsa didunia dan merentasi beberapa zaman..
Bayangkan berapa billion umat manusia dan berapa rentas zaman serta bermcm2 perubahan dunia... semuanya diamanahkan diatas bahu Rasullulah...
Itulah kelebihan Nabi Muhammad, dan juga kelebihan umat Nabi Muhammad.... sehingga ada nabi-nabi yang ingin jadi nabi kepada umat akhir zaman, dan kalau tak boleh jadi nabi pun masih ingin jadi umat pun tak mengapa. Hanya Nabi Isa yang diperkenankan untuk turun semula ke bumi sebagai umat, bukannya sebagai nabi.
W'pun Al-Quran dikatakan rujukan lengkap dan releven sehingga akhir zaman tetapi dlm sesetengah perkara ianya memerlukan penafsiran oleh para ulama yg memiliki ilmu yg tinggi.. baru la kita yg lemah ini faham akan maksudnya...
Itupun dikalangan ulama pun tak sependapat dan membuat penafsiran yg berbeza...
Dari situ berlakunya bibit perpecahan dan lahirnya fahaman2 berlainan a.k.a mazhab.
Ulama pewaris Nabi. Perpecahan tidak dapat dielakkan selagi ada orang yang mahukan perpecahan atas sebab-sebab tertentu selain dari kerana Allah. Bila ada perpecahan, jalan terbaik ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Selagi ada yang suka berbalah, selagi itu perpecahan tidak dapat dielakkan.
Dari kalangan orang Islam, seburuk-buruk makhluk ialah Ulama Suu (Ulama jahat). Dari mereka timbul fitnah yang besar. Orang Islam yang JAHIL tetapi disanjung-sanjung, juga berperanan pecah belah umat sekiranya mereka suka bercakap hal hukum hakam agama.
Golongan munafiq (zahir mengaku Islam tetapi hakikatnya kafir) juga berperanan menjahanamkan agama Islam. Mereka akan ada di neraka yang paling bawah sekali sekiranya tidak bertaubat. Sebahagian orang kafir juga berperanan memusuhi Islam. Sebahagian orang kafir tidak suka memburukkan Islam, bahkan melihat dan mengkaji Islam. Ada yang tunggu masa untuk masuk Islam. Ada yang tahu kebenaran Islam tetapi atas sebab-sebab tertentu tidak dapat peluk Islam.
Seperti yg dah sedia maklum, Quran tidak dpt ditokok tambah dan kandungannya dipeliharakan Allah.. jadi, pd pemahaman aku, quran adalah sebuah kod etika dan panduan kpd umat manusia.. dan ianya memerlukan ilmu yg amat tinggi utk didekodkan.. jika salah maka tersesat jlnlah...
SETUJU
Sebagai manusia yg tak lari dari membuat kesilapan, bagaimana kita nak mengoptimumkan manfaat 'kata2 Allah' itu tanpa ada perantara antara kita dgn penutur Qalam itu sendiri?...
Sedangkan para nabi sendiri pun ada yg membuat kesilapan... misalnya Nabi Nuh yg lari mengingkari perintah Allah utk menyampaikan ajaran tauhid kpd umatnya.. Baginda didenda dgn ditelan oleh ikan besar sehinggalah baginda tersedar akan kesilapannya lalu bertaubat.
Bagaimana pula dgn para ulama 'buta' yg saling gaduh bergaduh bagi menegakkan masing2 punya pendirian?
Seperti yang disebut, Ulama Suu ialah seburuk-buruk makhluk. Kita tak boleh melabel seseorang itu Ulama Suu, cuma hal ini disebut dalam hadith supaya kita berhati-hati tidak terpengaruh dengan mereka dan fitnah-fitnah yang terjadi akibat dari perbuatan mereka.
Ada Ulama yang mempertahankan kebenaran dengan dalil-dalil yang benar dari Al-Quran dan Sunnah, tanpa mendahulukan kepentingan-kepentingan lain seperti harta dan kedudukan. Mereka ini sepatutnya dijadikan contoh. Oleh kerana bukan semua Ulama Haq (Ulama yang benar) di ketengahkan dalam media, yang mana mereka ini tidak popular dalam arus media massa, maka kita kena ambil ikhtiar untuk mencari mereka. Yang popular dalam media, kita kena lebih berhati-hati kerana mereka juga dikelilingi oleh orang-orang yang berkepentingan, sekalipun mereka orang yang baik.
-Ketika rasullulah ditanya tentang sesuatu soalan, kadang2 dtg wahyu direct kpdnya sebagai jawapan balas kpd pertanyaan itu.
-Dlm sesetengah perkara seperti difardukan solat, rasullulah telah meminta untuk dikurangkan jumlah solat kpd 5 fardu shj...
- benar, ada waktunya wahyu turun menjelaskan jawapan tertentu
- permohonan untuk meringankan sesuatu amalan itu adalah dari sifat Rasulullah yang kasihkan umatnya.
Jadi apa yg aku dpt kat sini ialah, Rasullullah juga seorg manusia yg memerlukan bantuan dan penerangan lebih lengkap didalam sesuatu perkara..
Malah sesuatu ketetapan yg telah ditetapkan oleh Allah itu juga masih boleh diminta2 untuk dipermudahkan... - benar, Rasulullah dibantu oleh Allah, bahkan sesiapa yang memperjuangkan agama Allah juga dibantu oleh Allah.
- benar, kita boleh minta untuk dipermudahkan urusan, termasuk urusan keduniaan apatah lagi urusan akhirat.
Maka aku sbg insan yg lemah, kadang2 terfikir sesuatu yg aku tak berani luahkan disini...
Semoga Allah Merahmati saudara.... sifat manusia memang ada kalanya terfikir sesuatu yang memerlukan jawapan....
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zamkumis at 22-7-2015 04:07 PM
Selepas sahaja saidina abu bakar memeluk islam, dia bertanya kepada rasulullah, apakah kerja aku? jawab rasulullah, kerja aku adalah kerja kamu(lebih kurang dialog tersebut). Pertanyaan saidina Abu bakar mewakili soalan seluruh umat muhammad dan jawapan rasulullah adalah untuk seluruh umatnya. Maka, pada hari yang sama saidina Abu bakar telah membawa beberapa orang sahabatnya untuk diislamkan. Maksudnya, umat nabi muhammad adalah umat dakwah.
Berbalik kepada soalah T.tanah diatas, kenapa tidak ada lagi NABI selepas nabi SAW? jawapannya, pintu kenabian telah ditutup, tidak ada lagi nabi yang akan diutus. Tugas dakwah persis nabi-nabi dipertanggungjawabkan/diserahkan/di amkan/ diamanahkan kepada ummat nabi Muhammad saw. Siapa sahaja yang islam boleh berdakwah seperti nabi-nabi walaupun dia bukan nabi.
Siapa yang ambil tanggungjawab ini maka dia telah buat kerja yang telah dibuat oleh nabi-nabi. Nampak tak? betapa hebatnya umat nabi muhammad saw, mereka boleh buat tugas nabi-nabi iaitu berdakwah. Namun kesedaran tentang tanggungjawab ini hanya segelintir sahaja yang sedar. Kebanyakan dari kita tak tahu dan tak faham pun yang kita ini ummat dakwah.
Sebab itulah tidak ada lagi nabi yang akan diutus. Al-Quran adalah manual lengkap mengajar cara-cara berdakwah, kalau anda nak berdakwah joinlah mana-mana kumpulan dakwah samada jakim, perkim, ikram dan lain-lain. Kalau nak PURE punya join jamaah tabligh, anda akan dibimbing bagamnana cara nak berdakwah dengan cara yang hikmah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Umat nabi-nabi dahulu apabila masuk islam mereka diperintahkan untuk beribadah dan hidup mengikut syariat, tugas dakwah adalah tugas rasul-rasul(special). Sebagai perumpamaan supaya senang faham, "di malaysia ada seorang sahaja perdana menteri, tetapi pada tahun 2030 jawatan perdana menteri dilupuskan. Tugas perdana menteri dibuat oleh semua rakyat malaysia, setiap warga negara malaysia menjalankan tugas perdana menteri" boleh faham?. Walaupun perumpamaan diatas tak berapa sesuai untuk disamakan dengan nabi, tetapi mesej yang nak disampaikan supaya T.T faham.
Apakah kelebihan menjalankan tugas dakwah? ok, umat terdahulu tidak disuruh untuk berdakwah, bagaimanapun terdapat beberapa individu yang bukan nabi tetapi dia telah cuba untuk berdakwah maka mereka ini mendapat kemuliaan disisi Allah swt, sebagai contoh Lokman hakim berdakwah kepada anaknya, pembantu-pembantu nabi Isa as, Iskandar Zulkarnain, seorang anak muda dalam kisah ashabulukhdud (http://rumaysho.com/teladan/kisa ... lam-parit-3427.html ), Habib al-najar yang diceritakan dalamn surah yaasin, burung hud-hud dizaman nabi sulaiman, dan ramai lagi yang saya pun dah tak ingat. Insan-insan mulia diatas adalah dari umat nabi-nabi dahulu tetapi atas inisiatif sendiri mereka berdakwah, maka mereka mendapat kemuliaan disisi Allah swt.
Apatah lagi kita, yang sememangnya dipertanggungjawabkan untuk berdakwah, sudah tentu akan dimuliakan oleh Allah swt jika kita berdakwah. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya boleh bagi sumber yg memberikan anda tanggapan bahwa ISLAM = ARAB
islam = hukum islam tu hanya terpakai pada tanah ARAB
sile berikan SUMBER bertulis atau audio
DIHARAP pegawai JAKIM atau orang perseorangan akan memantau thread ini
sebab elemen elemen liberalisme humanisme mula meresap pada pemikiran holongan muda yg terpengaruh dengan HUJAH RELIGIO ETHICS
hujah religio ethics ni yg dok tekankan bahawa hukum dan syarak sesuatu kena lihat pada konteks sejarah dan masyarakat
TAPI depa LUPA
yg rasul dan especially nabi muhammad SAW
dituskan untuk
GOLONGAN JIN dan manusia
- so dalil NAQLi berlambak padasal Nabi terakhir ni - ayat quran carilah yg siapa status Nabi Muhammad SAW itu - rahmat ke seluruh alam , pendakwah jin dan manusia
ada dah dalil dalam quran
sooooooo...dekat sini hujah al quran ditolak jadi no 100 tapi PEMIKIRAN REIGIO ETHICS diberi status no 1
nampak dak KESALAHAN ATAU BENTUK PESONGAN PEMIKIRAn bagi mereka yg lemah fundamentals
SO para ibu bapa sekalian dinasihati supaya tegakkan pemahaman teras itu yg dok jadi terpedaya bila basics amat goyah
|
|
|
|
|
|
|
|
rasul dan nabi ada beza
rasul - dakwah itu wajib
nabi - dakwah tu tak wajib untuk ummat tapi nak sebarkan boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry...sy tanya je...yelah dh bace quran terjemahan...mesti la nak penjelasan...xde niat ape-ape pon
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Tanggapan anda itu merupakan pendapat peribadi anda, dan jika anda ada sumber untuk menguatkan pendapat anda eloklah diketengahkan untuk kita sama-sama lihat samada tanggapan anda itu asasnya kukuh atau tidak.
dalam satu ayat (maaf sy x igt)...allah ada cakap pada nabi yusuf yang dia adalah nabi terakhir...
tp ada satu ayat yg lain allah juga ckp muhammad adalah nabi terakhir...
ada penjelasan tak?
Penjelasannya:
Tiada ayat yang menyatakan Nabi Yusuf ialah nabi terakhir. Jika anda ada bukti, sila beri rujukannya. Agak-agak tak boleh dijadikan hujjah, apatah lagi dah kata 'tak ingat', maka boleh disimpulkan banyak kesalahan boleh timbul.
Betul tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
baiklah...nnt sy check balik..mungkin saya silap..thanks...
|
|
|
|
|
|
|
|
bang..sebab tnya diri sendiri la jd macam ni...sebab tu jgak la sy tanya expert kat sini...xdpt kat sini nnt sy tanya kat lain plak..org cakap mencari kebenaran kekdahnya...
tapi bila tanya n mintak explain kne sound plak...tu la selalunye masalah sy bang..hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 24-7-2015 01:55 AM
jangan bagi alasan escapism nak tanya kena marah
kami minta sekiranya ada sumber yg anda jadikan ASAS PEMIKIRAN anda sebab anda dengan yakin sekali menyatakan bahawa islam = arab
dan wasiat tu hanya terpakai pada bangsa arab then islam tu dah jatuh so perlukah ada nabi???
seolah olah anda macam ingat islam tu tak sempurna setelah wafatnya baginda SAW dan islam 'jatuh' = tak sempurna
bukan sergah pun
dan itu sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
okay when you confuse , balik pada asas balik.
mengapa rasulullah bagi khutbah terakhir ?
|
|
|
|
|
|
|
|
haa?...alasan escapism..?? religio..?? err...ape tu
ok mcm ni...cara sy tanya salah kot...sorry la ni sy py observation...hasil pembacaan pon dari google n buku2(ni je sumbernye) kl sumber lain...xtau la sy.....islam tu sempurna...tp manusia(cth sy la) ni ngaku je islam tp xbuat pon, maknanya x islam lg la...dgr plak cakap2 org antra org jepun ngan malaysian, islam lg org jepun blablabla..so pada zaman nabi tu bukannnye islam tu trus sempurna kan? start dari jahiliyah....lame2 islam pon naik n sempurna...maksud belum sempurna tu bkn la teruk, cuma pelaksanaan die x sepenuhnya.....so kat situ sy tepikir kl ade nabi adakah lebih elok keadaannya?
sorry bang...khutbah terakhir tu yang sy paham ' rasul telah menyampaikan dan telah menyempurnakan islam utk sekelian'<<dari google jgak...
sy x maksudkan yang islam = arab, sy cakap nabi muhamad smpaikan kat umat arab...salah ke? kl salah tlg betulkn..
|
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ
Muhammad itu sekali² bukanlah
أَبَآ أَحَدٍ۬ مِّن رِّجَالِكُمۡ
bapak dari seorang laki² d'antara kamu
وَلَـٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ
tetapi dia adalah Rasulullah
وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَۗ
dan penutup nabi².
وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا
Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
d'wajibkan sebagai seorang islam mengetahui
25 nabi lagi rasul ..
dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad ..
d'peringatkan ..
- semua nabi bukan rasul ..
- tapi semua rasul adalah nabi ..
dari no. 1 hingga 24 ..
kesemua nabi rasul itu A.S عَلَيْهِ سَلَّمْ
kecuali hanya pada Nabi Muhammad S.A.W صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
kenapa ..?
kerana beliau خَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَۗ penutup nabi²
sebab beliau bersifat Mustafa terpilih yang jadi pesuruh Allah
yang dapat S.A.W صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
اِلَى حَضْرَةِ النَّبِيْ مُحَمَّدِ نِ الْمُصْطَفَى رسول الله صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
itu fasal apabila seorang yang ingin berdoa
pasti mereka berselawat ..
kerana d'atas perjanjian kalimah ..
Nabi Muhammad adalah perantaraan Allah ..
begitu juga d'firmankan oleh Allah ..
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ
Katakanlah: "Jika kamu (benar²) mencintai Allah,
فَٱتَّبِعُونِى
ikutilah aku,
يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ
niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa²mu."
وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
ya islam itu sudah sempurna ..
dan Allah sudah redai ..
justeru islam itu sudah ada ..
- awalnya
- akhirnya
- zahirnya
- batinnya
tapi masaalah untuk kita
bagaiman hendak menyempurnakan islam kita
maka nabi telah bersabda ..
إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ،
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi.
إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً
Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham.
إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ
Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu
فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”
(Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)
maka kita perlu mencari ulamak seperti ini ..
dengan mempelajari ilmu fardhu 'Ain ..
- Iman .. Usuluddin
- Islam .. Fiqh
- Ihsan .. Tasauf
Demi untuk meyempurnakan Islam pada diri kita ..
insyAllah
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|