|
[Tempatan]
Tun M Juga Tidak Keseorangan Lagi
[Copy link]
|
|
AKU BERSAMA RAKYAT!![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tun tak sorang, tun. ramai ni belakang tun ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Jaman Sekarang Ni
Ramai di belakang mungkin membawa maksud laen.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Program Jelajah Mahathir Sudah Bermula, Apakah Najib Bakal Dibalun Lagi?
Setelah melakukan pelbagai serangan dan kritikan terhadap Najib Razak melalui media dan banyak tulisan di blognya, buat pertama kalinya Tun Mahathir Mohamad akan "turun padang" menemui kelompok sasarnya.
Beliau akan hadir dalam program Bicara Negarawan untuk memperkatakan isu-isu semasa pada Sabtu, 25 April ini jam 9.30 pagi di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Ini adalah program pertamanya turun ke bawah untuk bercakap secara langsung mengenai isu-isu semasa yang mana sebelum ini kebanyakan persoalan mengenai Najib hanya disentuhnya melalui tulisan atau ketika sidang akhbar saja.
Hakikat ini segera mengingatkan kepada apa yang dilakukannya ketika menekan Tun Abdullah dulu di mana beliau turut mengadakan program jelajahnya ke seluruh negara bagi tujuan itu.
Apakah dengan program Bicara Negarawan ini bermakna program jelajah Tun Mahathir versi menyingkirkan Najib sudah bermula?
Program anjuran Gabungan NGO Prihatin ini terbuka kepada sesiapa saja dan dijangka akan dihadiri oleh ribuan ahli orang Melayu dan ahli UMNO peringkat akar umbi untuk mereka mendengar sendiri apa yang bakal diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Bercakap tentang isu-isu semasa dalam program tersebut, Tun Mahathir tentunya akan menjadikan Najib yang dibelenggu dengan isu 1MDB, Sirul, Rosmah, GST, hutang negara, 1Malaysia dan lain-lain sebagai subjek utamanya.
Selepas melakukan banyak serangan dan pembalunan, yang ditunggu-tunggu ialah apakah esok Najib terus dibalun lagi?
Apakah Tun Mahathir juga akan tampil dengan pendedahan dan maklumat baru untuk terus menekan Najib?
Dengan bermulanya beliau turun padang di Taman Melawati ini, ia tentu saja akan memancing keinginan pihak lain untuk terus menjemputnya ke tempat atau negeri lain pula.
Walaupun Najib berkata beliau tidak rasa keseorangan kerana ramai yang menyokongnya, bermulanya program turun padang Tun Mahathir ini setidak-tidaknya akan membuatkannya terus kehilangan sokongan daripada akar umbi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by r1122 at 24-4-2015 09:13 PM
Najib boleh saja nak tangkap mahdir tuh..saja masih hormat..jgn sampai hilang kesabaran..nanti duduk kat cell sebelah ketum...bergasak plak tun dgn ketum..tun pun tak bersaorangan lah..duduk sebelah ketum |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau najib tangkap tun..semua terdiam..semuanya dap, pas pkr..takut macam tikus masuk labu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa lah mahdir dan najib nih..kena buat perjumpaan semula..mana tau kot mahdir ni nak jadi pm semula..bincang elok2, mungkin boleh tubuh satu jawatan khusus untuk mahdir ni..penasihat kpd pm |
|
|
|
|
|
|
|
I'm behind Tun M. He's reasonable in his questioning. Bukan membuta tuli. Tun M dah buktikan kejujuran/kebijaksanaan dia masa 20 tahun pemerintahan. He's not perfect but we can see his sincerity. Tun M macam Putin. |
|
|
|
|
|
|
|
Pening dah Kittie dgn negara Kittie nan tercinta ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Berani ke Najib tangkap Tun?
Ingat Tun tak dak loyer hebat ka?
Beside tang mana Tun menghasut? Tun tanya soalan yang perlukan jawapan. bagi jer lah jawapan apa susah kata ada British penasihat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je rakyat d blkng Tun.....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|