CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Akak Tudung Tingkat Amboiii Bukan Main Lagi Beli Nombor 4D Yerrr

[Copy link]
Post time 23-4-2015 07:57 AM | Show all posts
dino replied at 23-4-2015 07:54 AM
makcik ni kata duit haram tu jgn beli makanan.... beli tudung ka.... beli brg letrik.... takle jd  ...

buat beli baju, buat beli kasut, boleh buat apa saje

tapi jgn guna tuk wat beli makan minum


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 08:01 AM | Show all posts
mana tau ... menang jack pot .... teruih tobat , pi haji .... wat amal jariah ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:03 AM | Show all posts
Syd replied at 23-4-2015 07:57 AM
buat beli baju, buat beli kasut, boleh buat apa saje

tapi jgn guna tuk wat beli makan minum

ade jiran rumah kat berek polis dulu2.... ajo ngaji..... tp ambik no ekor.... dpt duit beli dapur gas.... tak kira darah daging
btw org terdesak le buat apa saja.... mula2 try pastu ketagih....

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:04 AM | Show all posts
dino replied at 23-4-2015 08:03 AM
ade jiran rumah kat berek polis dulu2.... ajo ngaji..... tp ambik no ekor.... dpt duit beli dapur  ...

dulu ai penah share gambo bapak mentua mawi, ayah si ekin beli nomot ekor kat tenet


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:05 AM | Show all posts
Aku bersangka baik... Maybe macik tu beli tiket parking
Sesetengah tempat kena beli tiket parking kat kedai2 berdekatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:06 AM | Show all posts
ini di malaysia atau di singapore? org melayu malaysia mana ada beli nombol

mana pembela islam kerabat lava wa bukan apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2015 08:10 AM | Show all posts
MissNigga replied at 23-4-2015 08:01 AM
mana tau ... menang jack pot .... teruih tobat , pi haji .... wat amal jariah ...

orang kat taman ai..
selalu menang nomot ekor

ratus2 ribu

kali pertama, buat bisnes ternak lembu kambing etc kat kampung

kali kedua, buat kenduri kawen anak2

kali ketiga neh, dia renovate umah sebesar alam

senang ilmu nomot ekor masuk kepala dia

mengaji nomot ekor tuh pung, tak jauh..tok guru kat melaka.

jupe pung berapa minit jah

tak payah menurun2 mencangkung2 dalam semak memalam buta
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
haram melayu babi ngn anjing je. laen2 kite bleh pertimbangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 08:14 AM | Show all posts
HEran jugak ..tak rasa segan silu ka ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-4-2015 07:57 AM
buat beli baju, buat beli kasut, boleh buat apa saje

tapi jgn guna tuk wat beli makan minum

aritu mcm terbaca iklan kt banner tertulis kalo ade duit tak sah syarak ke apatah lebih kurang gitulah boleh sumbang tuk derma utk tahfiz ke apatah

mmg blh eh? ke iols salah baca, mohon aurawhite please..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:17 AM | Show all posts
dah biasa sekarang..orang masuk beli

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:18 AM | Show all posts
Suchi replied at 23-4-2015 08:16 AM
aritu mcm terbaca iklan kt banner tertulis kalo ade duit tak sah syarak ke apatah lebih kurang git ...

ai pung dedulu selalu terbacaduit2 mcm neh dok sedekah etc

buat jamban ka
buat jalan ka
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:19 AM | Show all posts
Syd replied at 23-4-2015 08:04 AM
dulu ai penah share gambo bapak mentua mawi, ayah si ekin beli nomot ekor kat tenet

tepek sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:19 AM | Show all posts
Edited by Syd at 23-4-2015 08:22 AM
Suchi replied at 23-4-2015 08:16 AM
aritu mcm terbaca iklan kt banner tertulis kalo ade duit tak sah syarak ke apatah lebih kurang git ...

Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram




Disiarkan pada October 1, 2010


Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA:

Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.

Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”  

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
[size=1em]“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
bazinga posted on 23-4-2015 07:36 AM
Selalu nampak org laki jek... First time nampak pompuan bertudung

Kalau lelaki takde viral pulak..... pemandangan biasa sebegitu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:21 AM | Show all posts
Syd replied at 23-4-2015 08:10 AM
orang kat taman ai..
selalu menang nomot ekor

aku ade tanya opismate cina psl nombor ekor ni.... die kata beli nombor tu... hadiah ikut brp byk kite beli utk nombor tuh.... camtu ka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 08:21 AM | Show all posts
dino replied at 23-4-2015 07:56 AM
dgn niat nak bantu fakir miskin... dah suci murni duit tuh


walaupun seringgit ja...sedekah juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:23 AM | Show all posts
dino replied at 23-4-2015 08:21 AM
aku ade tanya opismate cina psl nombor ekor ni.... die kata beli nombor tu... hadiah ikut brp byk  ...

yang tok guru kat melaka, orang taman ai selalu poie tuh

beli minyak masak je kasi sebotol

haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:24 AM | Show all posts

jaman tok kaduk punyo gambo
masa mawie kat AF lerrr


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-4-2015 08:19 AM
Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram



oh jd blh lah yea

sama tak ngn kita mewarisi harta pusaka yg dtg dr hasil yg harom
tp kita dpt atas dasar sbb itu hak kita mengikut faraid.. kira kita xde kene ngena gak kan ke guaner ye..
ni cth dpt duit simpanan  hasil mcm main saham2 tu lah..

teringat dulu2 tgk cite hindi, mak hero ke sapa tah nangis marah xmo terima duit dr hero  sbb fikir tu duit harom sekali hero tu pun campurkn duit dia ngn semua duit2 lain siap tnya skrg dpt beza tak mana satu duit haram tu.. huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.213185 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list