Seorang senator hari ini menggelar pihak yang terus menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, walaupun telah dijawab, sebagai mempunyai dendam peribadi terhadap perdana menteri.
“Walaupun kita ada banyak masalah, perdana menteri dan kabinetnya berjaya selesaikan masalah […] rakyat tidak menderita,” kata Senator Datuk Jaspal Singh (bawah).
Beliau berkata demikian dalam sidang media anjuran Majlis Senator Malaysia untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi mereka pada Najib.
“Semua orang boleh berikan komen, tetapi (dalam kes Dr Mahathir Mohamad) jawapan telah diberikan.
"Tetapi perkara ini (serangan) diteruskan, hampir-hampir jadi macam dendam peribadi [..] perkara-perkara yang tidak perlu,” kata Jaspal, yang juga bendahari MIC.
Sementara itu, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman, presiden majlis itu, melihat pengkritik cuba mencemarkan imej Najib.
Mahathir sejak awal bulan ini menggiatkan asakan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir antaranya mahukan penjelasan berhubung pihak mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan isu sekitar pelaburan 1Malaysia Developement Bhd.
Dalam masa yang sama Mahathir meramalkan BN akan kecundang dalam pilihan raya akan datang jika Najib masih menerajui parti itu dan negara ini.
ANALISIS Pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompan - masing-masing merupakan kubu kuat PKR dan Umno - pada mulanya dijangka mungkin tidak begitu menarik.
Tetapi kini ia dilihat berkemungkinan boleh bertukar menjadi medan perang proksi antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Penyokong Najib tampil secara terbuka menyuarakan kesetiaan mereka terhadap kepimpinannya dalam mendepani kritikan Mahathir - daripada isu beban hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga kepada isu motif di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun, sekutu Mahathir - Tun Daim Zainuddin - berpandangan sokongan itu mungkin 'dibuat-buat' kerana katanya, memang perkara biasa bagi ahli Umno menyatakan sokongan terbuka kepada presiden mereka.
Dengan itu, pilihan raya kecil Parlimen Rompin dilihat akan menjadi kayu pengukur bagaimana tulennya sokongan untuk Najib itu.
Kerusi itu kosong selepas Datuk Jamaluddin - yang merupakan orang kuat Najib yang mewakili kawasan itu selama 25 tahun - terkorban dalam nahas helikopter awal bulan ini.
Walaupun berdepan dengan sentimen anti-establishment dalam pilihan raya umum lepas, namun Jamaluddin berjaya meningkatkan majoriti kemenangannya daripada 10,679 undi kepada 15,114 undi, di kawasan yang terletak bersebelahan dengan kawasan Parlimen Najib - Pekan.
Kritikan Mahathir boleh menjadi 'peluru' untuk PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Walaupun Umno dijangka mengekalkan kerusi tersebut, yang terletak di negeri kelahiran Najib, tetapi kemerosotan majoritinya, akan memboleh Mahathir menguatkan lagi dakwaannya bahawa kritikannya turut dikongsi rakyat.
Sekiranya Umno berjaya meningkatkan lagi jumlah majoritinya di Rompin, ia akan menjadi satu tamparan kepada Mahathir dan sebaliknya menunjukkan sokongan kepada Umno di bawah pimpinan Najib tetap utuh, walaupun di sebalik amaran Mahathir bahawa Umno akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Cubaan untuk memalukan Dr M
Penyokong Najib juga boleh mengambil kesempatan daripada pilihan raya kecil Parlimen Pauh Permatang di Pulau Pinang dengan memaksa anak Mahathir - Mukhriz - yang merupakan menteri besar Kedah - untuk berkempen di sana dan secara terbuka menyokong Najib.
Malah sekarang pun, penyokong setia Najib telah secara terbuka mendesak Mukhriz supaya mengisytiharkan sokongan kepada presiden Umno itu atau meletak jawatan menteri besar.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong ekoran pemanjaraan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Umno, yang akan bertanding kerusi itu, juga akan mahu mengambil kesempatan daripada kemelut yang melanda Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, Umno mungkin terpaksa berdepan dengan tugas menangkis kritikan Mahathir itu kerana PKR sudah pasti akan mengeksploitasi situasi dalam kempen pilihan raya kecil tersebut.
Walaupun kedua-dua pilihan raya kecil itu akan menjadi medan pertarungan antara BN dan Pakatan, namun pakatan pembangkang yang kini dalam keadaan kucar-kacir, merupakan ancaman yang lebih kecil kepada Najib, berbanding dengan Mahathir.
Di sebalik kempen pilihan raya kecil itu, Najib dan Mahathir tentunya akan mahu mengukuhkan lagi kedudukan mereka untuk berdepan dengan pertempuran sebenar yang bakal mendatang.
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan keperluan Datuk Seri Najib Abdul Razak menjelaskan soalan-soalan yang dilontarkannya di stesen televisyen jika benar menurut perdana menteri hanya beliau seorang yang menuntut jawapan berhubung kritikannya.
Dalam satu wawancara eksklusif yang disiarkan di Perak Today, katanya, jawapan yang diberikan oleh Najib hanya satu penafian tentang fakta yang diberikan serta sering berubah-ubah.
popcorn dah habis...tak da stock dah...
jumpa india jual kacang putih...
boleh la dari tak da....sambil layan drama swasta nie...
panjang jugak episode dia kan....
ye la..
tun dgn anak2 main perasaan....
yang najib dok mengutip sokongan dari yang berpengaruh....
nak sedapkan lagi tetiba tun dpt sokongan dari pihak artis....
aku rs klu hujung season nie najib dah bejaya kumpul orng ada pengaruh...
tetiba plk nanti satu geng mari bawak rakyat dok dpn dataran merdeka sokong tun...
ms nie lagi menarik... tp kn tunggu season depan la...
harapnya tak da la orng nak potong jln cerita dia....
kita tunggu ending cerita nie...
tp aku predic cerita nie ending dia mungkin pru14...
sama ada akan ada calon pm baru...
atau tun mengalah dan balik ke pangkuan umno...
tak pon klu tak setel jugak mungkin umno kalah pru...
Bijan kena jawab secara terperinci ni tak cakap ala kadar jew, dlm hal ni penulis skrip harus dpersalahkan. dah lar subsidi kena potong ditambah lak GST yg dicanang2kan cuma br1m. Apalah br1m tu dibandingkan dgn kemelesetan ekonomi negar yg kritikal. Berapa ramai yg dpt n dlm masa yg sama leh lak kata br1m terlebih byr, double payment tuk sesetengah org. Logik ker semua ni n macai2 bodo pemakan rasuah tetap menyokong tepuk tangan kesat airmata dgn semua tipu helah bijan n co ni. Buka lah mata rakyat mesia oiii