View: 3486|Reply: 32
|
[Tempatan]
Pemilikan hartanah bumiputera masih ketinggalan berbanding bukan Bumiputra..
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 6 April - Pemilikan hartanah bumiputera masih ketinggalan berbanding bukan bumiputera pada tahun lalu dengan nisbah transaksi pembelian sebanyak 39.5 peratus, manakala bukan bumiputera ialah 53.4 peratus dan baki 7.1 peratus ialah daripada syarikat.
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia menunjukkan rekod transaksi hartanah kediaman bagi bumiputera pada tahun lalu adalah sebanyak 97,722 unit manakala bukan bumiputera sebanyak 132,091 unit.
Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) JPPH, Khuzaimah Abdullah berkata, pihaknya mendapati berlaku peningkatan transaksi pembelian hartanah bumiputera dalam tempoh lima tahun lalu, tetapi peningkatan tersebut masih tidak dapat menyaingi pembelian daripada bukan bumiputera.
Katanya, peningkatan transaksi hartanah dalam kalangan bumiputera hanya satu peratus setiap tahun sejak lima tahun lalu yang menunjukkan satu peningkatan yang sederhana berbanding dengan peningkatan populasi Malaysia sekitar 2.3 peratus setahun.
“Sepatutnya, peningkatan transaksi pembelian hartanah bumiputera yang sihat adalah sekitar dua peratus hingga tiga peratus setahun.
“Transaksi pembelian 97,722 unit bumiputera berbanding 132,091 unit bukan bumiputera menunjukkan ketidakseimbangan dari segi populasi negara ini yang 60 peratus dihuni oleh bumiputera.
“Nisbah transaksi 50:50 boleh dicapai tetapi mengambil sedikit masa,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Ditanya mengapa Bumiputera mencatatkan kurang transaksi pembelian hartanah berbanding bukan bumiputera, Khuzaimah berkata, hal ini mungkin disebabkan oleh tujuan pembelian hartanah oleh bumiputera adalah untuk didiami manakala bukan bumiputera adalah untuk tujuan pelaburan.
Katanya, bumiputera mungkin tidak mempunyai minda perniagaan dalam hartanah berbanding bukan bumiputera.
“Dari segi statistik, bumiputera mungkin masih lagi banyak dalam pemilikan hartanah menerusi harta pusaka yang diwarisi oleh nenek moyang dan belum dipindahkan nama yang mana data itu boleh diperoleh di pejabat-pejabat tanah seluruh negara,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari segi bilangan saja bumi kalah.Dari segi nilai keseluruhan kaum apa pula yg kalah ? |
|
|
|
|
|
|
|
china tongkang terpaksa bunuh diri kat tongsan sbb sudah kerja 30 tahun tak mampu miliki rumah......
dan terima kasih pd BN, org tua aku dpt tanah free kat kampung
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke kurang? Apesal everytime ada pameran, lot bumi semua sold out? |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 7-4-2015 05:36 AM
Ye ke kurang? Apesal everytime ada pameran, lot bumi semua sold out?
Kene main la ape lagi. Sume sold out awal2, buat laporan banyak rumah bumi xjual. Developer apply isi quota non-bumi.
Lulus. Benefit. |
|
|
|
|
|
|
|
kakitangan kerajaan tu bodoh kaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
bodoh la sgt melayu asyik diperkudakan melayu sendiri (golongan atasan ameno) |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 7-4-2015 05:36 AM
Ye ke kurang? Apesal everytime ada pameran, lot bumi semua sold out?
Lot wajib jual kpd bumi sikit je % nya... Katakan 20%... Lagi 80% up for grab antara cina melayu dan india, tp mostly cina la yg grab.... |
|
|
|
|
|
|
|
melayu ramai duduk kat flat PPRT... itu juga satu kebanggaan... |
|
|
|
|
|
|
|
salahkan diri sendiri jer..ramai je aku tgk yg sewa umah kecik tapi keta mahal2..bila ditanya nape x beli umah kata nak retired kat kampung..mentaliti jumud sebijik cam macai
kalo gomen kasi diskaun 25% pun tp dah mentaliti camtu mmg x kemana laaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
pergi la pprt tgo, rumah lbih mahal ke keta lagi mahal
astro pun byk |
|
|
|
|
|
|
|
pergi la pprt tgo, rumah lbih mahal ke keta lagi mahal
astro pun byk |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju dengna ko....ddk flet pprt yg rega 70K, tp keta rega 100K. camana tu? kete impot penting ooo....lambang status kaedahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BotakChinPeng at 7-4-2015 09:23 AM
jiran flat pprt engkau paling ramai bukan melayu lu lagi mau pokpek ngokngek
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli apartmen murah buat pelaburan ni kaum tak tau berniaga saja suka buat. Padan la tak maju. Di KL mereka jaguh merempat |
|
|
|
|
|
|
|
primemova replied at 7-4-2015 08:12 AM
Lot wajib jual kpd bumi sikit je % nya... Katakan 20%... Lagi 80% up for grab antara cina melayu d ...
Ooo... Ai nak beli rumah tp confuse. |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 7-4-2015 06:18 AM
Kene main la ape lagi. Sume sold out awal2, buat laporan banyak rumah bumi xjual. Developer apply ...
Tahi kan mereka ini. |
|
|
|
|
|
|
|
bumiputra lebih suka beli kete mewah, melancong dan membazir...sbb tu xde duit nk beli rumah..mungkin mgharap harta pusaka family...makanya selesa menyewa sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
Pembeli dari negara lain dikira sebagai bukan bumi gak.
Kalo dikira berasingan bukan saja hartanah yg dibeli kaum bukan bumi lebih sedikit dari bumiputera.Malah harga purata seunit juga jauh lebih rendah. Wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak pun, flet pprt tu memang kepunyaan melayu tapi sewa kat indon...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|