CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: enchikfitz

DELETED

[Copy link]
Post time 24-11-2014 11:08 PM | Show all posts
buzzin_urban posted on 24-11-2014 12:02 PM
so rumusannya, memang betul lah dia merajuk tak dapat jadi pengacara AF 2014.... sekian wassalam...

yg aku paham maksudnya time orang tuduh dia merajuk dulu tu sebenarnya org salah info. Yg dia terima adalah tawaran Mentor tapi ada sumber cakap yg dia terima adalah tawaran AF tapi last last ditarik balik dan dapat kat zizan. Tapi dia tak boleh bela diri sebab tak boleh reveal lagi tawaran Mentor tu, so kena makan hati ajelah org mengata dia merajuk AF. So skrg ni dia legalah sebab dah boleh berkata kata... giteww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 11:09 PM | Show all posts
Blueberri posted on 24-11-2014 04:34 PM
bini mengacara muzik2, suami mengacara mentor...elok sangatlah tuh...

biarlah dah rezeki dia laki binik kalau tak kang Lara Alana nak makan apaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:10 PM | Show all posts
Suchi posted on 24-11-2014 10:39 PM
knp ally dah xjd pengacara mentor

ally skrg dah concentrate banyak kerja penerbitan. Eloklah jugak kot, asyik asyik dia aje tinggal rancangan sukan dengan memasak aje I tengok dia belum anchor
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh gosip tu dia eh.. Semua speku aznil dulu kan. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MissLibra posted on 24-11-2014 11:10 PM
ally skrg dah concentrate banyak kerja penerbitan. Eloklah jugak kot, asyik asyik dia aje  ti ...

Memasak n sukan mcm pernah je ada muka ally ni... tp sbg undangan la kot..meols prnh tgk dulu.. zmn2 lps heols buat sinaran.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MissLibra posted on 24-11-2014 11:09 PM
biarlah dah rezeki dia laki binik kalau tak kang Lara Alana nak makan apaa

Alah...mintaklah seringgit sorg dr follower ig n fb lara tu... bulan2 dh berapa ribu dpt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
balik2 awal.. malaysia ni sendu sgt dgn pengacara ke?? punye la dulu wat rancangan pengacaraan yg tv3 wat tu.. mane derang tu semua?? koser aku tgk mamat ni.. kt melodi pun dia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:22 AM | Show all posts
xde org lain ke ???????

bosanla nnti kna tgk si awal gedik2 mengacara... urrgghhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 08:57 AM | Show all posts
MissLibra posted on 24-11-2014 11:08 PM
yg aku paham maksudnya time orang tuduh dia merajuk dulu tu sebenarnya org salah info. Yg dia teri ...

ohhh gittiewwww.....

thank youu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:16 PM | Show all posts
Dah2 la tu mrajuk awal oi. Dulu pn dh jdk host utk the band, kalau asik tgk muka sama je, penonton pn bleh naik bosan tau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tv3 kekurangan pengacara ke? Balik2 muka sama je mengacara...bosan...kalau x awal, fafau, fbi, ally, scha, a.g...pusing2 muka nie jugak yg mengacara...bosan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:13 AM | Show all posts
MissLibra posted on 24-11-2014 11:08 PM
yg aku paham maksudnya time orang tuduh dia merajuk dulu tu sebenarnya org salah info. Yg dia teri ...

Dalam kontrak kata takleh bgtau awal awal sbb nak tungu release date tuh yg kena diam kan je tu h

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:36 AM | Show all posts
tv3 dah xde pgcra lain ke????

balik2 fbi awal ag scha n suku sakat tu jer

kalau aastro lak balik2 ac awal zizan...ni fbi dah mula selit2

huhu bosan okehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:12 AM | Show all posts
Asal bukan Fafau & Fbi....muak aku dah dengan dorang berdua tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 05:10 PM | Show all posts
Mencetak
E-mel

Facebook

Awal Ashaari Kesal Stesen TV Utamakan Pelawak Jadi Pengacara
Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 12:49 PM
Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]

Awal minta agar stesen televisyen berlaku adil pilih pengacara.
   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Awal Ashaari kesal apabila stesen televisyen di negara ini dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara dengan menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua.

Awal, 33, berkata, stesen televisyen seharusnya faham peranan pelawak dan pengacara serius sepertinya sebelum menawarkan peluang mengendalikan sesebuah program.

"Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

"Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

"Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal,” ujarnya kepada mStar Online.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan pengacara-pengacara baharu daripada golongan pelawak yang sering mendapat peluang mengacarakan acara-acara besar dan berprestij di stesen televisyen.

Secara tidak langsung kata Awal, perkara tersebut bakal membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Awal juga mengakui skop kerjayanya semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan pelawak-pelawak baharu yang diangkat menjadi pengacara.

"Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

"Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah," katanya.

Dalam pada itu, Awal berkata, kebanyakan pelawak mempunyai pakej tertentu membuatkan mereka lebih mendapat pilihan dalam mengendalikan sebuah majlis.

Katanya, perkara tersebut juga membuatkan dia sering ditanya sama ada mempunyai pakej yang sama seperti yang diberi oleh pelawak.

"Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

"Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis," keluhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dh bosan dgn muke2 yg sama tp awal mmg not bad mengacara rancangan2 mcm ni. Dlu dia handle oiam pun ok..jauh lebih bagus la kalau nak banding dengan zizan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066029 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list