CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
Post time 27-10-2014 08:15 PM | Show all posts
esok kan kpstn nya?

mohon @Muntz , @naen , @NIXAR highlight thread
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2014 08:22 PM | Show all posts


Pintu utama Universiti Malaya telah ditutup pada jam 7 petang tadi. Malam ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberikan ucapan sempena program '40 tahun dari UM ke Penjara' anjuran Persatuan Mahasiswa UM di Dataran Dewan Tunku Canselor. - Foto Sinar Harian oleh SHAMSUL ABDUL GHANI
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:25 PM | Show all posts
so , apa update?

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun knp baru mlm ni nak buat nuart oit..ini semua poyo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 08:32 PM | Show all posts
'Pidato Anwar diteruskan walau di luar pagar UM'


Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol berkata pihaknya tetap akan meneruskan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim sekalipun pun beliau tidak berjaya masuk ke kampus itu.

Mahasiswa itu berkata jika hal demikian berlaku, pemimpin pembangkang itu akan menyampaikan pidatonya bertajuk '40 Tahun Dari UM Ke Penjara, Signal Kebangkitan Mahasiswa' di luar pintu pagar utama Kuala Lumpur.

“Di peringkat kami sekiranya tidak boleh, kami tidak akan mengambil tindakan yang radikal. Kita mahasiswa kita bijak menilai.

“Kita akan buat di luar pintu pagar Kuala Lumpur untuk beliau memberi pidato," katanya dalam sidang medianya pagi ini.

Presiden PMUM itu turut menambah, beliau sudah menghantar emel dan mesej kepada Naib Canselor UM, Prof Dr Mohd Amin Jalaludin bagi meminta kebenaran menjalankan program malam ini namun masih belum menerima maklum balas.

PMUM akan bertemu sendiri dengan Prof Dr Mohd Amin Jalaludin petang ini di pejabatnya bagi meminta kebenaran.

“Kami akan memastikan perjalanan malam ini berjalan dengan baik, kita akan cuba berunding dengan pihak pengurusan universiti petang ini, Insya-Allah.

“Kita akan jumpa dengan Naib Canselor untuk berbincang dan meminta kebenaran beliau demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

“Beliau masih belum respons mesej dan emel saya, tapi kita cuba ke pejabat Prof Amin sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, program itu akan tetap diteruskan walaupun pihak Universiti tidak memberi kebenaran kepada PMUM.

Fahmi turut menjelaskan dengan tegas bahawa beliau sedia berdepan dengan apa juga tindakan tatatertib oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya ( TNC HEP UM), Datuk Rohana Yusof.

Cemar UM

Beliau mengulas kenyataan Datuk Rohana yamg mengisytiharkan program malam ini sebagai haram.

“Ini bukan kali pertama TNC HEP UM mempamerkan sikap tersebut (mengharamkan program PMUM), maka kami pulangkan kepada TNC HEP UM untuk mengambil apa saja tindakan ke atas kami.

“TNC HEP UM boleh mengeluarkan seberapa banyak surat tunjuk sebab yang beliau inginkan.

"Beliau juga boleh mengenakan apa saja tindakan disiplin ke atas kami kerana beliau sememangnya mempunyai kuasa untuk berbuat demikian,” ujar Fahmi dalam sidang media yang sama.

Beliau turut menegaskan bahawa kedatangan Anwar itu bukan dari kapasiti sebagai seorang pemimpin pembangkang tetapi sebagai Alumni UM.

PMUM selaku penganjur utama memberi jaminan program ini akan berlangsung secara aman kerana objektif asalnya untuk memberi ruang kepada DSAI untuk menjelaskan kepada masyarakat khusunya mahasiswa UM mengenai pertuduhan yang sedang dihadapi beliau, tambahnya.

“Kami percaya DSAI juga perlu diberi ruang untuk bersuara secara lansung kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Fahmi lagi, tidak ada sebab program itu dianggap sebagai satu ancaman kepada universiti.

Katanya, tuduhan yang mengatakan program itu akan mencemarkan nama UM kerana menjadikan UM medan politik murahan, tidak akan timbul sekiranya semua pihak mampu menghormati kebebasan akademik.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan bahawa hasil perbincangan beliau dengan Mohd Amin menemi kegagalan apabila naib canselor itu tidak bersetuju program malam ini.

"Kita tetap teruskan program ini. Diminta semua mahasiswa dan masyarakat Malaysia hadir di hadapan pintu utama Universiti Malaya jam 8," katanya petang ini.

Bagaimanapun, katanya, jika pihaknya dibenarkan masuk, mereka akan berjalan kaki ke Dataran Tuanku Canselor untuk mengadakan program itu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 08:34 PM | Show all posts
Siswa, penyokong mula himpun di pintu pagar UM




Kira-kira 200 mahasiswa, penyokong PKR dan pengamal media mula berhimpun depan pintu masuk Universiti Malaya menunggu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidatonya malam ini.

Dalam keadaan bergerimis, mereka berkumpul di situ memandangkan pihak keselamatan kampus menutup pintu masuk ke kampus perdana untuk sebarang lalu lintas.

Pentadbiran kampus itu tidak membenarkan pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya itu kerana tiada permohonan dibuat.

Antara pemimpin yang dilihat hadir MP Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sean bersama beberapa penyokong PKR menaiki sebuah kereta dan  sedang memasang sistem audio.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-10-2014 08:38 PM | Show all posts
PMUM: Pidato Anwar dijamin aman

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Oktober 2014



Himpunan Anwar


SHAH ALAM - Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menegaskan pihaknya akan tetap meneruskan penganjuran ‘40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara’.

Malah pihaknya menjamin program tersebut akan berlangsung dengan aman.

“Di sebalik pelbagai tekanan yang dikenakan ke atas kami, hari ini, kami nyatakan bahawa program ini akan tetap diteruskan seperti yang telah dirancang.

“Pihak PMUM selaku penganjur utama memberi jaminan program ini akan berlangsung dalam keadaan aman kerana objektif utama program ini hanyalah ingin memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kepada masyarakat khususnya mahasiswa UM mengenai pertuduhan yang sedang dihadapi beliau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terpulang UM benar atau tak Anwar hadir program]

Meskipun ditekan pelbagai pihak yang menentang penganjuran program tersebut, beliau yakin program itu tidak memberi sebarang ancaman kepada universiti.

“Tidak ada sebab untuk program ini dianggap sebagai satu ancaman kepada universiti. Terdapat tuduhan yang mengatakan program ini akan mencemarkan nama UM kerana menjadikan UM medan politik murahan. Ada juga pihak yang mendakwa program ini akan mencetuskan kekecohan dan menyemai budaya tidak sihat dalam UM.

“Bagi kami tuduhan-tuduhan ini tidak akan timbul sekiranya semua pihak mampu menghormati kebebasan akademik. Malah program seperti ini akan mampu memperlihatkan keterbukaan UM sebagai lapangan ilmu yang bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa, bahkan juga kepada masyarakat sekitar,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 08:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 08:47 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 27-10-2014 12:39 PM
besar kemungkinan tak sekiranya ketum didapati bersalah...hakim akan tambah lagi penjara dari 5 tahu ...

besar kemungkinan ankel AN akan di hencap bertalu2 di porem selepas 28 Oktober

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:49 PM | Show all posts
boyagombak posted on 27-10-2014 08:47 PM
besar kemungkinan ankel AN akan di hencap bertalu2 di porem selepas 28 Oktober

doa aje la boya woiii...






Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:49 PM | Show all posts
putr@polo posted on 27-10-2014 08:46 PM

baik sahaja tukar

KAKITANGAN UM DIBENARKAN PULANG AWAL KERANA PENTADBIRANNYA MENGALAMI GANGGUAN MENTEL

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:52 PM | Show all posts
susah jd naib canselor ni...

tgk dia tak balas mel persatuan pelajar tu pun dh nampak dia mcm nak tak nak bagi kebenaran...
tekanan kuat politician  mengatasi segala-galanya...


apapun sebenarnya kewujudan program ni & tindakan lambat pengurusan UM ni sedikit sebanyak mengganggu urusan kami nak kuar masuk UM...
ade yg dtg lambat sbb terpaksa beratur-atur jem kt luar pintu sbb pengawal nak check sticker masing2... Last edited by dauswq on 27-10-2014 08:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 27-10-2014 12:20 PM
Berapa harga semasa lubang si saiful nih? Perogol dah nk masuk jail senyap2 jer sis..

Lobang bukan sebarang lobang sis
Lobang kunyit idaman ketum...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Defcon2 posted on 27-10-2014 02:01 PM
Teringat video sumpah laknat si Saiful ni depan kaabah.

Video tu keluar 3 hari sebelum PRU ke-13 ...

Ketum mampoo bersumpah laknat dik?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 09:11 PM | Show all posts
putr@polo posted on 27-10-2014 08:22 PM
Pintu utama Universiti Malaya telah ditutup pada jam 7 petang tadi. Malam ini, Ketua Pembangkang ...

MU pulak dikaitkan dengan kes liwat ketum. Buat busuk je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 09:40 PM | Show all posts
Peserta Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya Ke Penjara rempuh masuk
  
KUALA LUMPUR: Peserta Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara masih berkumpul di hadapan pintu masuk UM walaupun sebentar tadi berjaya merempuh masuk.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka sampai sebentar lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2014 09:41 PM | Show all posts
Ahli Parlimen Sungai Petani cabar TNC Akademik UM buka pintu
  
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik Universiti Malaya, Prof Hamdi Shukor membuka pintu utama bagi memberi laluan kepada peserta Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara masuk.

Katanya, sebagai sebuah institusi pengajian UM perlu memberi kebebasan kepada pelajar dan bukannya mengurung mereka.

Beliau berkata, sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan membawa nama ahli akademik berkenaan pada sidang Parlimen esok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 09:41 PM | Show all posts
Anwar mahu pakatan teruskan perjuangan walaupun dirinya dipenjara
  
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pakatan meneruskan perjuangan walaupun beliau dipenjarakan.

Ketua Umum PKR itu juga meminta kepemimpinan parti itu supaya meneruskan perjuangan bersama dengan rakan sekutunya DAP dan PKR.

Walaupun terdapat sedikit masalah, namun ia adalah perkara biasa dan kerjasama yang terjalin itu perlu dipertahankan.

Anwar juga turut memuji isterinya, Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga yang sentiasa bersamanya dan memahami situasinya.


Katanya, orang ramai perlu terus berdoa semoga keputusan kehakiman esok akan memihak kepadanya.

Anwar turut menunaikan solat hajat bersama penyokong di kediamannya selepas solat Isyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 09:42 PM | Show all posts
1,000 hadir program bantah Akta Hasutan
  
PETALING JAYA: Kira-kira 1,000 hadir Majlis Makan Malam Bantah Akta Hasutan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba pada jam 9 malam bagi merasmikan majlis itu.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 09:44 PM | Show all posts







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.361664 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list