CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: berun

GILA BABY [Official Trailer]

[Copy link]
Post time 7-12-2014 10:57 PM | Show all posts
Misi terdesak Gila Baby
                                                                    AQMAR MUSTAZA
                                                        6 Disember 2014

APABILA anda terdesak untuk mendapatkan wang, adakah anda sanggup mendapatkannya dari saluran yang salah, biarpun anda sedar ia menjadi satu kesalahan?
       
        Begitulah kisah mengenai filem terbaharu arahan Kabir Bhatia yang diinspirasikan oleh Elmy Khalim.
       
        Cerita ini berdasarkan kisah atau kehidupan seharian kita yang keluar dari zon selesa. Ia mengisahkan bagaimana seorang lelaki biasa yang mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang berbeza daripada orang lain.
       
        Hasilnya dia terjebak dengan pengalaman yang sememangnya gila dan lain daripada yang lain. Selepas terjebak, dia merasakan perkara yang terjadi tidak boleh diulang semula.
        Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk terus berdepan dengan dugaan dan cabaran yang dihadapinya.
       
        Secara ringkasnya, filem yang diterajui oleh Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa’, Sharnaaz Ahmad, Chew Chew Kin Wah, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid, Lan Pet Pet, Fimie Don dan Chelsia Ng bersama pelakon tambahan lain mengisahkan kehidupan Bob (Beto) yang terdesak memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital.
       
        Dengan mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz), bekas teman sekelasnya di sekolah yang selalu membulinya dahulu untuk melakukan jenayah mencuri kereta.
       
        Walaupun percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah tersebut berjaya tetapi ada seorang bayi di tempat duduk belakang kereta yang dicurinya itu.
       
        Bob kini mendapati dirinya diburu oleh beberapa pihak yang tidak akan berhenti selagi Bob dan bayi tersebut tidak ditangkap. Untuk mengeruhkan lagi keadaan, dalam perjalanan menyelamatkan diri, Bob bertemu Jaja (Nadiya) yang mengugut Bob untuk membawanya sekali kerana ingin lari dari masalahnya sendiri.
       
        Penuh pengajaran
       
        Secara keseluruhannya, apa yang boleh penulis simpulkan, filem Gila Baby adalah sebuah filem yang simple dengan jalan cerita yang mudah difahami.
       
        Namun filem ini tersirat pelbagai pengajaran penting untuk diteladani bersama. Ia memperlihatkan bagaimana kita perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu dengan cara yang baik.
       
        Fokus dengan apa yang kita buat dan paling penting bersikap jujur. Selain itu filem ini juga sarat dengan nilai kemanusiaan yang wujud secara nyata di dalam filem ini.
       
        Gandingan bersahaja
       
        Sementara itu, dari segi lakonan pula, pemilihan Sharnaaz sebagai gangster merupakan pemilihan yang tepat. Walaupun kerap membawa watak antagonis, namun dia tetap berjaya memberi kelainan kepada karakter Roy.
       
        Manakala lakonan Beto seperti biasa tidak menghampakan, di mana watak Bob yang nekad dalam kehidupannya tapi dalam masa yang sama mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.
       
        Kehadiran Nadiya pula penulis lihat sekadar pelengkap kepada filem ini. Namun yang menariknya adalah sedutan babak filem lain yang dipaparkan pada penghujung filem menunjukkan Nadiya atau Jaja mempunyai kesinambungan dengan sebuah filem lain bersama Beto dan Que Haidar.
       
        Namun secara keseluruhannya, filem ini agak menarik untuk ditonton dan bagi yang ingin mengetahui nasib Bob dan dapatkah Bob menyelamatkan dirinya daripada pihak berkuasa dan dalam masa yang sama menyelesaikan pembiayaan pembedahan ayahnya?  
       
  Sinar Harian


            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2014 11:04 PM | Show all posts
Watch this if you liked: “Cinta”, “Sepi” and “Nur Kasih The Movie”

The Good, the Bad and The Lost Baby:
After making films for almost 20 years, veteran director Kabir Bhatia moved on to another piece titled "Gila Baby", starring experienced actors and stuntman which include Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Sharnaaz Ahmad, Anuar Chew Abdullah, Adlin Aman Ramli and Lan Pet Pet. The action comedy film tells the story of a man who is in need of a large amount of money in order to pay the medical fees for his dad's surgery. Because of that, he had no choice but to work with his friend by stealing a car. Unfortunately, he finds a baby at the back seat of the car and the baby is actually the granddaughter of a Triad leader in Kuala Lumpur. According to the director, this film shows the reality of the world where villains are always merciless. Comedians such as Adlin Aman Ramli and Lan Pet Pet truly outshine the other cast for their hilarious performance. Overall, this film is unique piece of work. With the baby onboard, this film is not easy to shoot, nevertheless, the cast and crew managed to deliver it wonderfully.

Look Out For: .
Fimie Don and Johariz Sani hilarious roles as two teenagers who just started to dabble in the world of gangsterism.

Trivia:
Beto Kusyairy injured his knee and forehead during the film shooting.

Best Watched With:
Anyone above 18-years-old as this film can be quite heavy and deep at times. Not for babies, despite its title.

Farizan Zainal
Cinema Online, 05 December 2014

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:12 PM | Show all posts
TEKNIKALITI

Mungkin benda ini yang dijual dalam filem ini dan sangat mahal. Kemahiran Kabir Bhatia barangkali. Sinematografi filem ini taraf filem aksi Hong Kong dan seakan filem Ong Bak Thailand. Kalau shot seperti tayar motosikal, babak motosikal masuk dalam bangunan dan sebagainya menjadi tunjang utama filem.Aku teringat seperti menonton Fast Furious bila berkejaran naik moto ! Shot yang paling aku teruja ketika pembunuh bertopeng bunuh seorang wanita dan lelaki Inggeris disulam dengan lagu slow mozart memang gambaran pembunuh bersiri seperti siri Sherlock Holmes. Cuma audio macam hampeh la sikit. Kualiti dubbing terlalu ketara sangat perlu diperbaiki.

LAKONAN

Superb marvellous lakonan oleh Shaarnaz Ahmad dan Beto Kusyairi. Bagi aku mereka berdua sahaja yang boleh menggerak filem ini kesuatu aras lain. Shaarnaz menjadi watak gangster yang lawak memang menjadi. Shaarnaaz tetap menjadi Shaarnaz. Beto pula seakan seorang lelaki naif yang tidak punyai pilihan dalam hidup dan meneruskan dengan apa saja yang datang dihadapannya. Aku suka dengan nasihat tentang takdir yang sering kali diucapkan oleh Beto.
Kecewa sedikit aku dengan Nadiya Nissa ini tak pasti aku dia konfius dengan wataknya atau skrip terlalu tidak memfokuskan wataknya dengan baik. Kenapa lakonan Nadiya keterlaluan dan memaksa.

http://www.skorbintang.com/filem/gila-baby/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 11:19 PM | Show all posts
dh layan dh citer ni..xpectation aku utk citer ni setinggi citer setem yg mana khabir gak yg direct... yes dia ada ala2 setem skit2 tp cara olahan citer ni bg aku kelam kabut n berterabur here n there..

bab yg aku xpaham adakah roy bersekongkol ngan james utk bwk lari ank james tu??? kt situ xclear sgt apa motif roy..xder plak diceritakan lebih lanjut sebagaimana dorg kembangkan citer psl james (xnk bg spoiler)

lakonan nadia nissa xterlalu mengujakan aku sebagaimana filem2 dia yg lain ..aku rs bingit sgt dgr suara dia...
lakonan beto sgt2 best ngan muka slumber poyo n innocent yg kena jd jahat tu sgt2 best..dia sgt2 menghidupkan citer ni..sharnaaz pn not bad gak..mmg kaki samseng la ammat dia..plg xleh blah ayat dia kt sorang awek ni.."abg pakai spender rimau..aummm"
n kalo sesaper perasan la "tiang bendera" tegak berdiri ms 1st itme dia jmpa bob (beto)

film ni cuba nk ikut acuan setem yg mana dia akn perkenalkan watak2 tu dlm flashback n cara olahan  yg akan tnjukkan kesudahan n then di flashback nya plak saat2 kesudahan tu terjadi..cam kes tom n jerry dpt tangkap roy n jaja n dibwk nya ke ayahanda..scene sebelum tu ms jaja nk tahan lori n the n tetiba dorg dh ditangkap..then bru la di ceritakan camner tom n erry tu dpt tangkap roy n jaja..

citer ni kalo dikemaskan n diolahkan ngan baik kompom akn setanding SETEM psl bg aku SETEM antara citer aksi komedi yg berotak n terbaik utk 5 tahun kebelakangan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 09:20 AM | Show all posts
Oleh Norhadiani Baharom

[email protected]                    
Jika anda pencinta filem tempatan, Gila Baby adalah sebuah filem yang wajar ditonton sebagai pelengkap seleksi tontonan anda pada tahun ini.
Genap 8 hari tayangan di pawagam, karya sutradara Kabir Bhatia ini bukan saja membabitkan pelakon hebat, malah menawarkan jalan cerita yang menarik disampaikan dalam bentuk komedi menghiburkan, lari daripada filem komedi sedia ada.
Percubaan ketiga Kabir dalam menggarap filem bercorak komedi, Gila Baby yang mengetengahkan konsep 'road movie', diakui pengarah itu salah satu filem paling mencabar sepanjang duduk di kerusi pengarah.
"Diam tak diam, saya sudah menghasilkan lapan filem. Di mana tiga daripadanya adalah genre komedi antaranya Setem. Dalam menghasilkan sesebuah filem pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran.
"Namun tidak keterlaluan saya katakan Gila Baby antara filem paling sukar untuk dihasilkan. Ini kerana subjek utamanya adalah bayi dan jalan ceritanya pula menceritakan kegiatan mencuri kereta yang dilakukan Bob kerana desakan hidup dan mahu membayar bil perubatan bapanya.
"Keadaan menjadi haru-biru apabila seorang bayi berada dalam kereta yang dicuri Bob. Apabila membuat penggambaran membabitkan bayi berusia 6 bulan yang terbabit hampir keseluruhan cerita, ada babak memerlukan kita merakam dia ketawa dan ia perlu dibuat ketika mood adik Chacha dalam keadaan baik.
"Pada waktu-waktu tertentu dia perlu tidur dan menyusu. Adik Chacha ketika di luar set, seorang bayi yang mesra dengan orang tetapi bila dalam set sebaik lampu dibuka, dia akan menangis.
"Sebagai pengarah, saya faham cuaca terik dan keadaan lampu yang panas membuatkan Chacha berasa rimas. Justeru, saya dan kru produksi terpaksa mencari jalan alternatif, mengubah pencahayaan dari sudut yang lain.


"Untuk proses ini saja sudah mengambil masa yang banyak dan juga membazir tenaga. Bagaimanapun, pada babak terakhir membabitkan adik Chacha atau nama sebenarnya Nur Iman Khalisha, dia mengagumkan kami apabila akhirnya ketawa seolah-oleh tahu penggambaran sudah selesai," katanya.
Mengunjungi Balai Berita bersama penerbit filem itu, Tengku Iesta Tengku Alaudin, dari Grand Briliance Selasa lalu, cabaran terpaksa dilalui produksi di bawah pimpinannya apabila pelakon Beto Kusyairy, kemalangan sewaktu merakamkan lagak ngeri motosikal yang melanggar lalu lintas.
"Salah seorang pelagak ngeri kami hilang kawalan dan menyebabkan Beto terjatuh dan cedera. Kemalangan itu berlaku terlalu pantas dan kami tidak sempat berbuat apa-apa melainkan terpaku dan panik.
"Kami lihat seluar Beto bukan saja koyak tetapi berdarah dengan banyaknya kerana kulit bahagian atas hingga bawah lutut tersiat. Semasa penggambaran itu memang ada ambulans dan juga rawatan ringkas disediakan.
"Selepas lima minit Beto memaklumkan kepada saya dia ingin menyambung adegan seterusnya.
Saya tanya apakah dia yakin dan sekiranya tidak mampu dibenarkan pulang, namun dia menolak kerana katanya akan melambatkan lagi proses penggambaran.
"Saya tabik kepada Beto dalam kecederaan teruk seperti itu dia masih memberikan lakonan yang baik walaupun di wajahnya cuba menyembunyikan kesakitan.
"Tidak salah kami memilihnya dan dia pelakon lelaki terbaik yang pernah saya ambil berlakon di bawah arahan saya. Dia sememangnya salah seorang 'Director's Actor'.
"Beto memahami apa sahaja yang saya inginkan secara teknikalnya dan juga secara emosinya. Saya tidak akan meminta pelakon yang lebih baik daripada Beto untuk bekerjasama dengan saya," katanya.
Pada temu bual yang sama, Kabir turut memuji barisan pelakon yang lain seperti Sharnaaz yang memainkan watak Roy dan Nadiya Nissa sebagai Jaja.
"Roy adalah kaki buli di sekolah dan sering membuli Bob. Apabila dewasa berkecimpung dalam dunia gengster. Namun, dia menerima Bob sebagai sahabatnya dan bersetuju membantu Bob menyelesaikan masalah kewangan untuk menampung pembedahan bapanya.
"Sengaja melarikan imej gengster yang sinonim dengan jaket kulit, Sharnaaz sebagai Roy kami gambarkan sebagai lelaki metroseksual. Sharnaaz begitu menyerlah dan komited dengan watak yang diberikan. Dia sangat-sangat kelakar!
"Manakala Jaja lakonan Nadiya Nissa, dia seorang yang sukar dipercayai kerana kerap menceritakan kisah yang mungkin benar atau sebaliknya," katanya.
Bercakap mengenai babak kegemarannya, Kabir amat terkesan dengan watak Mongol (dilakonkan oleh Craig Fong) seorang pembunuh yang mempunyai sikap atau penyakit pelik.
Menerusi adegan itu dia diminta untuk membunuh seseorang, akan tetapi mempunyai sikap yang pelik menyebabkan dia mudah terganggu dengan sesuatu sehinggakan dia tidak fokus dengan tugasan diberi.
"Saya juga sukakan babak berlawan menggunakan durian sebagai senjata. Babak ini paling disukai penonton kanak-kanak," katanya.
Watak-watak lain yang meninggalkan impak menerusi filem ini antaranya Ayahanda-San dimainkan oleh Chew Chew Kin Wah, seorang gengster Cina yang menjalankan perniagaan restoran Jepun.
Pun begitu, paling diperkatakan adalah lakonan Mazlan Pet Pet dan Adlin Aman Ramlie yang membawakan watak Tom dan Jerry.
Gila Baby, mengisahkan seorang lelaki malang yang terdesak memerlukan sejumlah duit untuk pembedahan bapanya dan menerima nasihat kawan lamanya, seorang kaki buli di sekolah, untuk melakukan jenayah mencuri kereta.
Namun begitu, apabila kereta yang berjaya dicuri itu ada seorang bayi yang kebetulan adalah cucu seorang gengster paling digeruni dan mencetuskan aksi kejar mengejar, dia mesti cekalkan hati demi melindungi bayi itu dan seterusnya menghantar duit untuk pembedahan ayahnya sebelum terlambat!



   
          Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:13 AM Harian Metro



Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 09:36 AM | Show all posts

credit : Grand Brilliance Facebook
Last edited by washere2 on 13-12-2014 09:38 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr citer, filem ni x brp laku. Baca.bipop td
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 11:46 AM | Show all posts
enchikfitz posted on 14-12-2014 04:58 AM
Dgr citer, filem ni x brp laku. Baca.bipop td

pengarah kena amik tahu, xlaku bukan sebab filem x best, tapi trend org skng dah mls nk tgk wayang. kalau yang tengok pun stok2 kekasih. bdk sekolah. mat rempit ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 02:52 PM | Show all posts
graxier06 posted on 9-12-2014 11:19 PM
dh layan dh citer ni..xpectation aku utk citer ni setinggi citer setem yg mana khabir gak yg direct. ...

betul...setem tu filem hebat kan... tersusun dan memukau...gila baby agak mcm berterabur..pelakon2 jadi separa penyelamat bagi cerita ni... tapi tulah... watak nad nisa kelaut sedikittt
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols x tau nk explain camne.. sbb meols ada sejenis rasa yg meols x berapa suka tone suara n gaya lakonan nadiya nissa... mungkin bukan taste meols.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 07:30 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 15-12-2014 06:06 PM
Meols x tau nk explain camne.. sbb meols ada sejenis rasa yg meols x berapa suka tone suara n gaya l ...

So taste kakak Meols macam sapa kat malaysia ni?
saya pun kurang gemar dgn NN. #kenamengena
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 08:43 PM | Show all posts
afheyz posted on 15-12-2014 07:30 PM
So taste kakak Meols macam sapa kat malaysia ni?
saya pun kurang gemar dgn NN. #kenamengena

meols suka lakonan subtle...

dalam kalangan pelakon pompuan yg muda2 skrg, meols nampak kualiti lakonan ada kat umi nazeera...sheols jarang overdo. diana danielle jugak boleh diasah lagi sbb sheols ada intonation yg baik. siti saleha plak dia ada attention into details..so lakonan dia boleh dikembangkan lagi. other than these 3 names, meols nampak kualiti pada tizz, wawa zainal, nad zainal just to name a few.

mcm umi aida, noorkhiriah tu, nampak subtle lakonan dia. fazura pun subtle...x overdo. adik balqish tu pun subtle.

sharifah amani & ogy ada time over acting, tp range over dia tu x sampai ke tahap annoying. diorg punya kemahiran utk pelbagaikan intonations. overacting mcm yana samsuddin mmg xleh dimaafkan ler.

nadia nisa meols rasa kekurangan dia kat suara...vocal pelakon mainkan peranan jugak...dia xde vokal yg baik..meols pernah tgk sheols perform teater pun meols kesian sbb dia xleh lenggokkan dialog dia sbb struggle to voice out her voice. kes yg sama berlaku pada fasha or lisda

bukan kata fasha, lisda or nadia x boleh berlakon, tp klu dgn vokal yg senang tergelincir, diorg susah nk dpt watak2 yg variety...klu cuba jugak, akan nmpak intonasi diorg kacau bilau..

meols perhati, nadiya nisa mmg xde vokal yg lunak utk boleh carry pelbagai watak. takut soon dia jd streotype mcm mana vokal erma, erra, lisa or intan ladyana menstereotype lakonan diorng.

untuk record, vokal seorang pelakon yang paling baik setakat meols tgk filem melayu adalah Jeslina Hashim. vokal dia jelas, emosi, smooth & ada warna. dia bercakap sedap & dialog dia keluar cantik baik part nada baik or jahat, cepat or slow, kuat dsbg. kira dia paling okay selepas seniwati saadiah or tiara J.  fazura almost there.
Last edited by sepitsiput on 15-12-2014 08:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 10:11 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 15-12-2014 08:43 PM
meols suka lakonan subtle...

dalam kalangan pelakon pompuan yg muda2 skrg, meols nampak kualit ...

yg hero2 malaya pulak kaka sepit rasa sapa yg ada projection suara yg bagus? masalahnya ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 10:28 PM | Show all posts
arisa_imamura posted on 15-12-2014 10:11 PM
yg hero2 malaya pulak kaka sepit rasa sapa yg ada projection suara yg bagus? masalahnya ada ke? ...

jehan miskin , fahrin, asyraf muslim, fizo omar, antara pelakon lelaki yg ada tone suara yg x verstyle

meols suka tone suara beto, syazwan zulkifli & sharnaaz klu yg muda2. Last edited by sepitsiput on 15-12-2014 10:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:02 AM | Show all posts
Bipop BH 14 Dis
memperkatakan secara umum kutipan merudum filem2 melayu sejak akhir2 ini

Namun kutipannya (Gila Baby) boleh juga melegakan penerbit berbanding beberapa filem lain yang kutipan pada minggu pertama amat menyedihkan


Bagi aku walaupun lakonan Beto dan Sharnaz dipuji, kejayaan sesebuah filem bergantung pada jalan cerita, watak dan arahan yang kemas dan menarik. They have given their best dan mungkin itu yg menyelamatkan sedikit naskhah yg kelam-kabut ini. Nadiya juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kerana itu wataknya yang pengarah tonjolkan, may not be suitable for her

P/S : sedang tunggu karya TV arahan Sabri Yunus 'TigaNota' Beto & Nadiya Nissa   Last edited by washere2 on 16-12-2014 12:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:25 AM | Show all posts
dah terpampang kat finas
GILA BABY
PRIMEWORKS STUDIO SDN.BHD.       
AKSI / KOMEDI
RM 210,374.00       
Sedang Tayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Finas punya figure tu selepas 5 hari tayangan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 04:38 PM | Show all posts
aku yg minat Beto ni pun tak pi tgk kat panggung.. cam xde tarikan nak tgk cite ni.. trailer pun cam kelam kabut.. tunggu keluar kat astro je nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:32 AM | Show all posts
promo mmg byk laaa
tp still tak laku yaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2014 03:00 PM | Show all posts
cute pelakon baby tu..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.063709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list