CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Padha

Guwa punya kisah hantu yang light light

[Copy link]
 Author| Post time 10-7-2014 10:04 AM | Show all posts
Kalau tengahari ke senja ke malam ke, mulalah kitorang dengar ada yang bagi salamlah, panggil namalah.

“Assalamualaikum~~ (sayup)”

“Walaikumsalam(aku jawab)” Eh bila buka pintu takde orang pulak. Sebab kecik lagi aku pun “ah, lantaklah. aku nak sambung tengok tibi”.

“Padha~~ (sayup)” orang panggil kat dapur.

“iye mak (aku jawab)” bila sampai dapur, ok fine mak mana ada ..pergi kerja. Terus aku lari pergi depan balik. aku lupa nak cakap yang rumah pusaka tu agak besar dan panjang ke belakang. Time tu rumah tu ada beranda, lepas tu, ruang tamu, ruang tengah, ruang dapur, ruang mandi (tempat basuh baju, bilik air, jamban)

Perkara ni tak terjadi kat aku je, tapi semua orang kat rumah. Baik mak, ayah, abang, kakak, aku, adik  malahan kucing aku sendiri. Tapi aku baca kat forum ni kita tak boleh sebarangan jawab salam sebab takut bukan manusia yang beri salam. Betul tak? aku lupa nak cakap belakang rumah kami rumpun buluh dan semak semak, tapi dah dekat last last pindah tu dah kemas belakang tu, ayah buat kebun pisang.

Ada aku story kawasan semak belakang rumah pusaka tu sebenarnya tempat pembuangan ancak(tempat pemberian makanan hantu)? Ya, memang belakang tu tempat ancak.

Ada aku story dua rumah bersebelahan rumah aku rumah yang lama tak berpenghuni? Ya, yang sebelah rumah tu sejak aku datang tak berpenghuni dan yang sebelah lagi satu tu dah 10 tahun takde penghuni.

Masa aku duduk situ, hari hari aku mimpi hantu beb. Aku tak berani kalau pergi jamban malam malam. Bukan aku je, adik beradik aku pun. Semua ajak berteman. Dia punya feeling macam orang dok perati aku jalan. Masa aku kencing ke aku mandi ke, memang terasa ada orang perati dalam bilik air. Jarang aku berak sampai habis sebab aku berdebar debar ye masuk jamban siap naik meremang bulu roma aku. Tapi aku tahu bilik air memang tempat jin ye dok? Tapi Alhamdullilah, tak pernah jumpa, cuma feeling seriau tu yang ada.

Ketika duduk rumah tu yang aku kerap kali demam dan sering dengar suara orang berbisik kat telinga aku. Bahasa yang aku tak faham. Nak cakap Jawa bukan bahasa Jawa juga yang aku dengar. Aku dengar suara orang borak-borak lepas tu gelak sinis dekat telinga aku tapi time tu aku duk rumah sorang je dengan mak sebab yang lain sekolah. Satu butir apa pun aku tak paham kecuali bilamana aku dengar ada orang bisik nama aku. Lu orang tahu cemana orang sebut Yusof Taiyob kan? Macam tu aku dengar benda  panggil nama aku. Padha~~~~~~ Mula-mula mendayu macam dalam iklan Yusof Taiyob, lepas tu jadi laju pulak sambil berdengung-dengung bunyinya. Padha~~~ Padha~~ Padha. Berkali kali nama aku dipanggil sampai aku rasa nak pitam sebab panggilan tu berdengung dengung kat telinga aku. Bila mak aku datang, terus hilang. Dan mak aku cerita balik time tu aku punya rambut yang mak aku ikat baik baik dah serabut sebab aku time tu tengah tarik tarik rambut aku. Jadah apakah suara itu?


Last edited by Padha on 12-7-2014 11:10 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 10:09 AM | Show all posts
padha mana? padha??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 10:36 AM | Show all posts
hest posted on 10-7-2014 10:09 AM
padha mana? padha??

Gapo panggil nama guwa? Janganlah marah guwa kalau post guwa tak best, guwa ni beginner. heh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 10:37 AM | Show all posts
Sweetnye posted on 10-7-2014 10:02 AM
Cer tukar kata ganti diri tu dgn Aku ke..
Rasa mcm bosan baca guwa guwa

Oklah, nanti aku tukar guwa ke "aku" untuk next next post.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:39 AM | Show all posts
pastu, apa jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:39 AM | Show all posts
ko xde bau2 bacang dgn gita gutawa kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2014 10:52 AM | Show all posts
teruskan menulisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 10:57 AM | Show all posts
lepas ni guwa tukar  "guwa" ke "aku" sebab ada cadangan yang suruh begitu. Kalau ada yang suka guwa tukar dari "aku" ke "guwa" balik, habaq mai na. With pleasure guwa buat.

<sambung>

Lepas tu mak aku pun bagi air yasin dan suruh aku hafal ayat kursi. Kes yang aku asyik dengar orang panggil nama  berlansung sampai umur 10 ke 11 tahun. Mak aku takdela bawak berubat ke apa sebab aku cerita sekali je walaupun ia sering berlaku. Time tu pun rasa macam takpe je kot sebab dengar suara je bukan jumpa live.

Cakap pasal mimpi hantu. Aku dulu selalu mimpi yang satu kampong aku kena baham dengan hantu, dah la darah penuh dimana-mana. Time tu tinggal aku je yang kena survive. Habis berlari-lari sambil peluh jantan aku merembes (tapi memang bila aku bangun badan aku habis lencun dengan peluh). Last last dalam mimpi tu mesti aku ended up kat jalan paya belakang rumah. Pastu aku pun bangun.

Ada sekali tu aku mimpi aku tengah lari lari. Tiba-tiba aku terus terjatuh dalam satu lubang. Aku bangun nak keluar dari lubang tu. Terkejut aku beb, sebab aku jatuh dalam lubang kubur! Dan lagi terkejut aku sebab sekeliling aku adalah kubur dan ada makhluk berselubung hitam dok perati aku. Aku pun perati dia, lepas tu dia tuding jari dia kat aku. Gila betul aku rasa time tu, aku apalagi terus rasa nak lari tapi tak boleh lari pasal kaki aku macam tenggelam dalam kubur dan makhluk berselubung tu gelak kat aku. Ni kalau manusia yang gelak kat aku yang sedang dalam kesusahan masa tu mesti aku dah bagi kaki kat dia. aku tak ingat macam mana aku habiskan mimpi tu.

Ada juga time aku tidur aku mimpi ada cik pon tengah tenung muka aku. Jarak muka aku dengan muka cik pon tu aku rasa dalam 2cm la agaknya. Memang dekat. aku nak describe pun tak tahu camna tapi memang menakutkan pasal muka dia pucat pastu ada darah meleleh. Dia tenung je aku macam dia tengah jatuh cinta kat aku tapi dengan muka yang emotionless. Time ni badan aku tak boleh bergerak, rasa kejang dan kaku je. Esok aku bangun tangan aku lebam lebam manakala mak pulak tanya aku mengigau apa semalam. Kakak aku pun mengadu kat mak tangan dia lebam. Masa tu hampir setiap hari aku kalau tidur mimpi bukan-bukan dan bangun dengan badan basah lencun dek peluh. Kurus aku time tu, tak payah bersenam dah.

Nanti aku cerita adik aku punya mengigau yang hampir membunuh abang ngah aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 10:58 AM | Show all posts
aku lebih suke ko gune perkataan 'aku' lagi best nak bace...hekhek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 10:58 AM | Show all posts
hajimex posted on 10-7-2014 10:39 AM
ko xde bau2 bacang dgn gita gutawa kan?

Siapa Gita Gutawa bro? Aku nak tanya apa kelebihan kredit kredit yang aku dapat ni? Boleh kumpul buat reload topup ke? Seriusly tak tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 11:06 AM | Show all posts
khailya posted on 10-7-2014 10:58 AM
aku lebih suke ko gune perkataan 'aku' lagi best nak bace...hekhek

orait. aku tukar dah untuk next post. heh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 12:29 PM | Show all posts
Aku ada 6 adik-beradik, yang sulung dah meninggal. Tinggallah abang aku, kakak aku, aku, adik lelaki aku, dan adik lelaki bongsu. Time ni adik lelaki bongsu dah lahir.

Adik lelaki yang bawah aku ni, aku panggil bangteh dia ni ada satu masalah. Sejak umur dia 3 tahun, dia kerap mengigau. Kalau mengigau siap cakap bahasa lain okay, siap macam baca mantera lagi. Sekarang pun mengigau lagi tapi aku tengok macam igauan indah je, siap senyum senyum bagai. Geram je aku nak simbah air sebab aku jeles bahagia betul dia nampak dalam mimpi.

Ada beberapa kes mengigau dia yang aku ingat sampai sekarang.

Ada sekali tu, dia memang lena tidur. Aku dengan ayah aku time tu tengah tengok tibi dalam 11 lebih ke pukul 12. Tiba-tiba dia tegak je bangun. Mata tertutup tapi bercakap dalam bahasa yang tak aku pun tak tahu bahasa apa. Macam bunyi mantera jawa pun ada. Laju pulak tu dia cakap siap buat pergerakkan tangan lagi macam cakap dengan seseorang. Aku cuit ayah aku. Ayah aku pula pergi dapur amik air baca doa lepas tu renjis kat dia. Terkejut dia macam kena renjatan letrik pastu nangis. Ayah aku bagi minum dan tidurkan dia balik.Ayah aku ni cemana nak cakap eh, garang garang tapi dulu bekas budak sekolah agama jadi dia tahu la sikit sikit nak deal dengan benda macamni.

Ada yang lain time tu semua tengah tidur kecuali abang aku. Abang ngah aku ni memang selalu juga tidur lambat sebab suka duduk tengok langit katanya. Tengah dia syok tengok langit, tiba tiba dia nampak susuk bangteh keluar perlahan-lahan lepas tu menyusup laju ke jalan belakang paya. Ingat tak aku pernah cakap yang belakang rumah aku ada rumpun buluh? Dia apalagi kejut ayah aku lepas tu dorang pergi belakang cari bangteh. Angah aku cerita time dia pergi belakang dengan ayah untuk cari bangteh, dorang jumpa bangteh tengah mencangkung dan macam bersedia nak masuk kat tengah rumpun buluh tu. Ayah aku apalagi, cepat-cepat tarik dan azan (kalau tak silap) kat telinga bangteh. Bangteh pun terjaga, macam baru sedar dan tak tahu apa-apa. Ayah dengan angah bawa balik bangteh dan suruh dia ambil air sembahyang. Tak tidur malam juga angah aku nak pastikan adik aku tu tak mengigau lagi.

Kes ke-3, time tu aku dengan angah aku yang nampak. Aku time tu baru lepas habis tengok movie hantu cina. Siapa ingat dulu tv3 selalu siarkan cerita hantu cina setiap hari Isnin pukul 10 malam? Abang aku pulak macam biasa, baring sambil merenung masa depan. Kecik-kecik dah pandai fikir masa depan. Bagus betul. Time aku nak bersiap tidur tu aku nampak bangteh bangun dari tidur bergerak ke ruang tengah lepas tu dia panjat dinding melompat turun keluar rumah. Masa tu ruang tengah ayah kopakkan separuh dinding belah atas untuk renovation. Terkesima juga aku tengok adik aku jadi spiderman panjat dinding tu dan melompat lepas tu berlari pergi jalanraya. Angah apa lagi, dia pun kejar bangteh, aku ikut dari belakang. Adik aku berlari ke jalan raya pastu dia lari pergi ke satu rumah kosong kat tepi jalan. Rumah tu memang dah lama kosong dan jarak rumah tu dari rumah aku adalah dalam 500meter. Nasib baik angah aku cepat tangkap dia sebelum dia masuk rumah tu dan bawa dia balik. Aku tengok adik aku meronta-ronta sambil mata terpejam minta lepas.

Sampai kat rumah, angah aku lepaskan dia tapi adik aku nak lari ikut pintu belakang belah dapur pula. Angah aku kejar balik, adik aku dalam mata terpejam tu entah macam mana dia ambil pisau dan hunus kat angah. Menjerit aku time tu, agaknya dengar bunyi bising bising ayah baru bangun. Yang pelik cemana adik aku dengan mata terpejam tahu kat mana nak amik pisau? Macam orang gila aku tengok adik aku hunus pisau sana sini. Nasib baiknya ialah angah aku ni belajar silat jadi reti la dia nak tepis tepis hunusan membabi buta tu. Bila dia dah kunci pergerakkan adik aku, ayah amik air renjis kat bangteh. Time ni macam biasa dia baru tersedar dan tak tahu apa yang berlaku. Ayah aku suruh dia amik air sembahyang dan both ayah dan angah tak tidur malam tu nak pastikan dia tak mengigau lagi. Tak silap aku ada sekali ayah pergi rumpun buluh tu cakap jangan kacau adik aku.
Ayah kata ada benda suka kat adik aku ni. Lepastu memang tiap tiap hari ayah aku beware dengan adik aku dan selalu baca Qursi kat telinga dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 01:55 PM | Show all posts
hhehehe check in!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 02:17 PM | Show all posts
Padha posted on 10-7-2014 10:37 AM
Oklah, nanti aku tukar guwa ke "aku" untuk next next post.

padha dok guna perkataan guwa ni teringat lak zaman2 rock kapak dulu2..gua/lu...lu/gua...
hehe..saje nak ngusik padha..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 02:25 PM | Show all posts
Lex la TT .. penceritaan yg ikhlas utk bekongsi.

Fhm dgn individu yg dibesarkan mcm TT.. walau luar nmpk keras.. independent.. tp dlm nye halus.. sensitif.. perasa.. pendendam..perajuk... mklmla.. masa kecil kurg perhatian, kurg belaian... normal.. just pandai2 kawal emosi tu spya org x fhm TT tidk menjauhi TT atas sebab emosi tu... heee (ni kira tip utk berpasangan tau) ..

dr penceritaan TT ni..nmpk daya survive tt adik beradik.. seronok baca.

Sila sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2. Aku layan citer2 ko nie Padha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 07:21 PM | Show all posts
kat sini gurau mmg cam kuang ajo
tapi semua baik2
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira extrem gak lah mimpi2 yng tt and adik alami
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Padha posted on 10-7-2014 12:29 PM
Aku ada 6 adik-beradik, yang sulung dah meninggal. Tinggallah abang aku, kakak aku, aku, adik lelaki ...

Bhaya btol...bedebar debar aku baca citer ni.. Huhuhu. Kalau la time ngigau tu x sempat nk d slamatkn, mcm mana la agak nya kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:16 AM | Show all posts
Padha posted on 10-7-2014 10:36 AM
Gapo panggil nama guwa? Janganlah marah guwa kalau post guwa tak best, guwa ni beginner. heh

bukan tak best.. cuma nak nasihat kan. tukar jelah pada ganti nama aku.. sebab banyak kali tengok ko tersasul... so itu melambangkan ko bukanlah pengguna tegar ganti nama guwa tu..

ganti aku je eak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.549909 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list