|
[Tempatan]
Kerajaan sahkan kos RM400 juta Netbook 1Malaysia
[Copy link]
|
|
Tak payah la netbook bagai... baik guna utk bina sekolah baru... lagi afdal... |
|
|
|
|
|
|
|
melia_star posted on 20-6-2014 12:03 PM
samsung ada netbook kaa??
dlu semo brand jual netbook
dari dell smpaila ke msi..
skrg dh tarak jual .
kecuali cap ayam dri china aja..= sama level quality dgn netbook 1malaysia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Setahu aku netbook sudah mati ditelan oleh tablet. Sekarang pengeluar komputer beralih kepada ultrabook. Tapi ultrabook adalah produk premium, lebih mahal daripada 'normal' notebook. Sekarang ni tujuan bagi komputer ni untuk apa sebenarnya? Untuk buat kerja ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
"Antara jenama netbook yang akan diagihkan kepada guru ialah Lenovo, Samsung, Asus, Acer dan juga HP," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Gomen beli netbook old stock yg tak habis dijual ke ?? Meraunglah kalau netbook tu pakai Atom processor yg lama tu |
|
|
|
|
|
|
|
400juta bahagi dgn 400,000 guru = RM1,000/netbook.
Diorang ni tak reti minta diskaun ke kalau beli banyak2. |
|
|
|
|
|
|
|
400 juta byk weiii..terdengar keluhan member aku seorang pendidik..x tergamak rasanya dia nk terima notebook tu sebb aper..sedih tgk keadaan sekolah nk baiki lubang tahi melimpah2 pun xder duit..mintk dana dari jpn n ppd pun tak dapt2 unk keselesaan budak2...pastu ade hati nk bg laptop..duit 400 juta tu baik bagi kt bhgn infrastruktur baik pulih sekolh.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Ada yang berkata bahawa kalau kita bagi pada murid-murid sahaja siapa yang akan mengajar murid-murid tersebut, maka ada pandangan yang guru-guru juga perlu dibekalkan.
Siapa yang kata tu? Tengin betuii,.
Budak dpt netbook tu tahun 2011 dulu kan.. dah jahanam netbook tu baru nak bagi cikgu pulak kata nak guna untuk mengajar.
Konar baringgggg
|
|
|
|
|
|
|
|
Shah2f8081 posted on 21-6-2014 04:25 PM
400 juta byk weiii..terdengar keluhan member aku seorang pendidik..x tergamak rasanya dia nk terima ...
Kenapa x panggil Indahwater? |
|
|
|
|
|
|
|
aritu bukan ke kata 400k lappy utk pelajar sekolah? da kenapa utk guru pula? guru patut dibekalkan jenama apple. lenovo hp tu suma cap ayam. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik..persatuan guru2 kan tak mao...
Gunala peruntukan tu unyuk tambah infrastruktur sekolah..
Tak pun buat tabungan untuk anak2 kurang mampu
Ramai j budak2 tak ke sekolah sebab tolong mak pak koje |
|
|
|
|
|
|
|
padahal netbook x smp seribu pun ada nak2 kalo lu beli sampai 400 ribu xknla xde diskaun dah la jenama lenovo je aku igt cikai2 dpt gak acer sebijik.. kalo la hrg belian rm750-800 lbh tu untung atas angin jela.. tapi aku pcaya kerajaan kita tak buat lagu tu kan... yakini bn ye kawan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
keputusan yg bodo. tak paham bahasa.
SHAH ALAM - Cadangan kerajaan bagi membekalkan netbook kepada 400,000 guru perlu dikaji keberkesannya terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad dibuat.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pemberian tersebut sama sekali tidak dapat membantu pendidik malah merugikan negara.
“Pertanyaan saya, untuk apa dibekalkan komputer tersebut?
“Bagi saya ia projek membazir yang boleh merugikan duit negara.
“Alasannya mudah, bagi saya, sudah ramai guru yang mempunyai laptop peribadi, laptop guru lebih ‘canggih’ daripada netbook yang hendak dibekalkan kerajaan.
“Netbook sudah ketinggalan zaman kerana spesifikasi yang terhad. Ultrabook adalah lebih sesuai.
“Oleh itu, saya tidak melihat penggunaan netbook sebagai keutamaan pada guru sekarang malah ianya bukan satu kriteria untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara,” katanya yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.
Mengulas lanjut , Agus berpandangan adalah lebih baik guru diberi peruntukan untuk menyelenggarakan komputer mereka seperti lesen untuk antivirus dan langganan internet.
“Oleh itu, semoga rancangan kerajaan membekalkan netbook kepada para guru ini dapat dinilai semula,” katanya.
Pemberian netbook kepada guru adalah cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi menghargai jasa pendidik.
Shabery dalam kenyataanya berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.
Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
theotherfriend posted on 21-6-2014 04:36 PM
Kenapa x panggil Indahwater?
Pangggil indah water ker..indah aper ker..perlukn bayaran bang..bukn leh dapt free..sumer kos tu kebanyakan skrg sek perlu bayar guna duit pibg sendiri atau sumbangan lain2..mintk dgn ppd n jpn sekadar isi borg jer la dulu..sek member aku jenuh mintk kipas n pintu bilik darjah baru..tahun lepas baru dapt sebb sek dia kena jadi pusat mengundi pru 13..kalu tak ntah la dapt bila...sek kt luar bndar nak baiki susah ..tup2 kuar 400 juta nk bg laptop kt cikgu watper..cikgu2 pun tak hingin kalu nk baiki sistem tahi kt sek pun susah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|