CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Proton

[Copy link]
Post time 21-5-2014 01:37 AM | Show all posts
Teringat aku akan jasa Che Det kepada bangsa Melayu sewaktu mula-mula menjadi PM...
Berikut adalah cerita mengenai Hero Melayu ini...



SEJARAH “DAWN RAID” - Serang Hendap KL Ke Atas London 1981
- Oleh: Lela Iskandar Suhaimi

[KISAH BENAR]

Kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain, London.

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris. Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang-orang China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

DASAR BAGI MEMBANTU ORANG MELAYU

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

PEMERINTAH ANTI-PENJAJAH, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

DATO ISMAIL ALI SEBAGAI PEMIMPIN SERANGAN

Beliau telah tandatangan Ipada wang kertas 50 ringgit
Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

KERJASAMA PELBAGAI PIHAK

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

*MENGAPA "GUTHRIE" ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

OPERASI SERANGAN SUBUH ATAU "DAWN RAID"

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

MAHATHIR TERUS MENEKAN BRITISH

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981 (gambar yang kami muatnaik sebagai 'cover' untuk artikel ini)

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

HASIL BESAR DARI SERANGAN

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 01:42 AM | Show all posts
Pada zaman kegemilangannya, Proton yang mengeluarkan lebih 3.5 juta kenderaan di kilangnya di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak, menguasai sehingga 85 peratus pasaran kereta domestik


wow
gemilang ye
ke kena tipu lol

setelah rakyat sadar akan kekancingan proton yg power window rosak door handle patah
murika tidak lagi memprotonkan diri murika
tiada ada lagi gumilang nya proton

tapi takpa la
merasa la melayu kerja kilang hitech n robotic
kalo merdeka buleh la dpt baju kasut percuma utk perarakan di dataran
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 02:09 AM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 21-5-2014 01:37 AM
Teringat aku akan jasa Che Det kepada bangsa Melayu sewaktu mula-mula menjadi PM...
Berikut adalah  ...



lol bapak maksum anak minum arak isap rokok.

ada dokumentasi ke sejarah guthrie tu???

ke rekaan ahli blog?

atau artikel sampah??




Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 02:13 AM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 21-5-2014 01:37 AM
Teringat aku akan jasa Che Det kepada bangsa Melayu sewaktu mula-mula menjadi PM...
Berikut adalah  ...

sembang dentam dentum.

tp jual kereta proton peringkat global pun tak mampu.

alahai duk puji maksum mamak kerala.

at the end  tiada prestasi dapat dibanggakan.

orang lain hidup MAJU KE HADAPAN.

macai hidup MAJU KE BELAKANG.

buktikanlah proton boleh buat kereta sales global.

tak perlu BAIL OUT.

kesian tengok rakyat malaysia kena tipu.

kereta korea pun dah maju setanding kereta jepun.

sampai @peYno jealous
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 02:15 AM | Show all posts
AdsMsia posted on 21-5-2014 01:42 AM
wow
gemilang ye
ke kena tipu lol

malaysia jd pengeluar tenaga buruh je.

alasaan bagi peluang pekerjaan.

minda rakyat di asah peluang pekerjaan.

dengan wujud proton dapat beri peluang pekerjaan.

dengan wujud MAS dpt beri kerja.

hakikatnye corruption bail out berlaku.

tengok kereta honda? syarikat air asia? kenapa untung?

sebab bukan  MAHATHIR pegang. kalau MAHATHIR pegang mmg PASTI RUGI
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Muaknya baca posting pnjg2 jasa madey..apa ko pk idea dia sorg ke? Klu takde supportive grup yg kerjasama...boleh madey buat sendiri? Nk angkat nmpk credible hanya madey jek...puihh!!

Jd advisor proton tkde improvement..sales pun merudum ..lg angkat jd pengerusi..makin jahanam la..

Duk kat petronas pun hampeh!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2014 02:20 AM | Show all posts
adidas2010 posted on 21-5-2014 02:16 AM
Muaknya baca posting pnjg2 jasa madey..apa ko pk idea dia sorg ke? Klu takde supportive grup yg kerj ...

petronas tu wayang je.

tengok san miguel dapat kontrak supply minyak pada MAS.

san miguel nama lain petron beli share exxon mobil di malaysia dan rebranding stesyen exxon mobil.

dia conquer nak jatuhkan pasaran petronas.

orang cmtu ke nak percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 07:43 AM | Show all posts
site moktar ..kena jago god pahther dio ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 07:44 AM | Show all posts
tak cukup melingkup lagi ka proton ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 07:54 AM | Show all posts
Akan semakin maju kah proton nanti. Atau semakin hancus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 07:56 AM | Show all posts
miss_rose posted on 21-5-2014 07:54 AM
Akan semakin maju kah proton nanti. Atau semakin hancus.

InsyaAllah Proton akan terus bertahan dan semakin maju..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 07:57 AM | Show all posts
Dr M confirms appointment as Proton chairman

File pix of Dr M at a Proton launch. - AFP


   


Email








Facebook


15








KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has confirmed that he will be appointed Chairman of Proton Holdings Bhd.
The official announcement is expected to be made on Wednesday.
"My plan is to work with Proton, and make it (Proton) a success," he told reporters before the Asian Banker Annual Leadership Achievement Awards Dinner 2014 here on Tuesday night.
A news report on Tuesday said that Dr Mahathir will be appointed Proton Chairman, which was seen as DRB-Hicom Bhd's boldest move in its effort to transform Proton's sliding fortunes since it took the company private in 2012.

ADVERTISEMENT





Since going private, DRB-Hicom has been trying to address its slide by focusing on radical transformation measures for Proton's management.
The appointment of Dr Mahathir is due to his deep knowledge and influence in the industry and government.
Dr Mahathir, who is also the current advisor to the country's pioneer carmaker since retiring as Prime Minister in 2003, however, did not comment on whether the current executive Chairman Tan Sri Mohd Khamil Jamil would withdraw from his post.
The news report also said that Dr Mahathir will also be appointed as Chairman of Proton's wholly-owned subsidiary, Lotus Plc, and was understood to have accepted both appointments.
At its peak, Proton, which had produced more than 3.5 million vehicles from its plants in Shah Alam, Selangor, and Tanjung Malim, Perak, held up to 85 per cent of the domestic car market.
However, a combination of factors including liberalisation of the domestic market with the influx of cheap foreign imports, competition from Perodua and the revised National Automotive Policy, among others, contributed towards Proton's slide.
Currently, Proton's domestic market share stands at about 22 per cent. - Bernama




TAGS / KEYWORDS:transport, Dr Mahathir Mohamad, Proton, Chairman


   


Email








Facebook


15







25%


7%


7%


7%


50%


4%




nak tunjuk emot thestar ni je ... 7% sad... 50% angry... 4% annoyed





Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 08:29 AM | Show all posts
ayya madey banyak jasa? oh puhlisssss la

tolong bezakan antara jasa dan tanggungjawab, hokeh?

mohon jangan bangang
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 08:36 AM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 21-5-2014 01:37 AM
Teringat aku akan jasa Che Det kepada bangsa Melayu sewaktu mula-mula menjadi PM...
Berikut adalah  ...

madey takde kaitan dgn 'dawn raid' pon.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.
patut ke kita sokong org 'anti kerajaan'?
waktu blom berkuasa lantang mengkritik PM pasal pendatang
bila dapat kuasa tross bagi i.c bumiputra pada pendatang

dengan mudah isytihar bangla, myanmar suma sbg 'rumpun melayu'.

i mmg meluat dgn mamak yg hapuskan kuasa raja2 melayu,
hapus tulisan jawi dan bahasa melayu kepada bahasa malaysia.

bencinya dia pada org melayu semata2 hal kecik
= kene reject kolej melayu sbb dia mamak.



Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ikan_kaghing posted on 21-5-2014 01:37 AM
Teringat aku akan jasa Che Det kepada bangsa Melayu sewaktu mula-mula menjadi PM...
Berikut adalah  ...

Idup tan sri khalid yg dikutuk oleh macai...

Unsung hero. ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 10:26 PM | Show all posts
Hari ini ada 2 kesedihan buat aku :

1) Kematian kaum kerabat Sultan Kedah

2) Meja makan malam bersama Che Det di Tokyo telah habis ditempah.

Tapi aku pasrah, begitulah gahnya nama Che Det di bumi Sakura ini. Kalau Anwaq, gamaknya hanya puak-puak bapok dan orang bodoh saja yang terhegeh-hegeh datang mengadap.

Apa-apa pun aku harap perbincangan Che Det dengan Honda nanti akan membuahkan hasil buat Proton.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2014 10:15 PM | Show all posts
PM: Pelantikan Dr M beri kekuatan baru pada Proton

Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Proton Holdings Bhd akan memberi kekuatan baru kepada syarikat kereta nasional itu, kata Datuk Seri Najib Razak.
   
Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-20 Mengenai Masa Depan Asia, di Tokyo.
   
"Saya percaya pelantikan Tun akan memberi kekuatan baru kepada Proton berdasarkan komitmen tinggi beliau untuk kereta nasional kita," kata Najib ketika diminta mengulas mengenai pelantikan bekas perdana menteri itu sebagai pengerusi Proton berkuatkuasa 16 Mei lalu.
   
"Walaupun ada banyak cabaran, namun dalam usaha meningkatkan daya saing Proton, saya percaya syarikat itu akan mendapat banyak manfaat daripada komitmen dan pengalaman beliau," kata Najib.
   
Ditanya mengenai pelantikan ini akan bermakna Mahathir mempunyai kuasa yang lebih luas dalam menentukan hala tuju Proton, beliau menjawab, "itu terpulang kepada Proton kerana Proton ialah syarikat senaraian awam".
   
Selain sebagai pengerusi Proton, Mahathir turut dilantik sebagai pengerusi Group Lotus plc (Lotus), iaitu anak syarikat Proton.
   
Dr Mahathir mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, namun kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.
   
Sebelum pelantikannya sebagai pengerusi, Dr Mahathir ialah penasihat Proton sejak 2003, selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 10:58 PM | Show all posts
masa umur cam ni baik bermunajat bekal saham akhirat tak yah pikir hal dunia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 01:19 AM | Show all posts
kalau tun sanggup terima jawatan tersebut...bermakna dia sanggup bertanggungjawap.

tahniah tun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 02:16 AM | Show all posts
Kalo nak meniaga dalam 'keistimewaan', mimpi jela proton mampu berdiri sendiri di masa depan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-8-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.077267 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list