|
Novel : Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia? #akan menemui anda dalam versi cetak
[Copy link]
|
|
BAB 10
Dayanayang sedang menguli tepung untuk dibuat kulit karipap,berhenti seketika. Matanya memandang wajah emak yang sedang bebraring dihadapannya yang sedang bersila itu. Bukan dia tidak nampak emaknya menyeka airmata dengan hujung jari tadi. Tengahari tadi, emak tiba-tiba mengadu tidaksedap badan. Badannya juga tiba-tiba sahaja membahang. Dayana sedikit resahdengan kesihatan emaknya.
“Kenapa mak? Panas sangat ke badan mak tu?” soal Dayana.
“Tak ada apalah dik. Ko buatajelah keje ko tu.” Balas Zakiah.
Dayana tidak terkata apa-apa. Dia meneruskan sahaja kerjanya itu,bimbang lambat pula siap. Setelah hampir tiga jam akhirnya karipap pusing Dayanatelah siap. Tugas menggoreng diserahkan kepada Liana yang memang pakar dalamhal goreng-menggoreng. Lenguh terasa pinggangnya itu. Setelah semuanya telahdia bersih dan kemaskan, dia mahu membersihkan diri kerana sebentar lagi dia perlumenghantar kuih karipap itu ke surau. Mujurlah mamat ulat bulu itu sedang tidur dengan begitu nyenyak sekalisemasa dia sibuk dengan kerjanya tadi. Sepupunya itu kalau tidur, bom meletupsebelah dia pun tidak akan sedar. Silap haribulan, hanya membuka sedikitsebelah matanya kemudian pejam kembali.
Dayana menyarungkan tudung ke kepalanya. Setelah membelek dirinya dihadapan cermin, dia melangkah keluar dari bilik. Tangannya kini mengangkatbakul berisi kuih karipap yang telah siap digoreng oleh Liana lalu melangkahmenuju ke pintu. Baru sahaja dia mahu melangkah, terasa belakang tudungnyaditarik lembut. Dayana berpaling.
‘Ish dia ni lagi. Bila pula dia bangun? Siap pakai baju melayu lagi.’Gumamnya dalam hati. Sebaik muka lelaki itu dipandang, kedua keningnyadiangkat. Iman sedikit terleka memandang wajah Dayana.
‘Ayunya dia bila pakai baju kurung,’ puji Iman di dalam hati.
“Ya, ada apa Abang Iman?” soal Lily Dayana. Apa masalah lelaki ituhingga menghalang langkahnya?
“Nak ke mana tu? Dah masuk. Ni, mak ngahsuruh abang yang hantar. Hari dah nak senja, tak elok anak dara macam awak tukeluar.” Kata Iman. Terus sahaja dia mengambil bekas itu dari tangan Dayana. Janganharap dia akan membenarkan pujaan hatinya itu yang pergi. Kelam kabut diabersiap tadi apabila mengetahui Dayana yang akan ke suarau.
“Terima kasih banyak ya AbangImanku sayang. Bawak elok-elok ya karipap tu. Jangan sampai hancur pula.” Sempatlagi Lily Dayana memberi pesanan khidmat masyarakat kepada Iman. Bukan dia tidakperasan bagaimana Iman asyik memandang wajahnya tadi. Gugup seketika jadinya LilyDayana dan mujurlah dia dapat menutup kegugupan itu dengan baik.
“Aduh dik. Rasa macam mimpi pula bila kau panggil abang ‘sayang’. Ulangsekali lagi dik?” pinta Iman. Berbunga-bunga rasa dalam hatinya. Rasa sepertidi awang-awangan pula.
“Sudah Encik Amzar Shahiman. Rasanyalebih baik encik pergi sekarang sebab waktu Maghrib dah nak masuk ni. Maaf ya,tiada siaran ulangan okey.” Balas Lily Dayana kembali. Bergegas masuk ke dalamrumah. Malas dia mahu bertentang mata dengan mamat senget itu. Iman pun tanpa banyak songeh terus sahaja berlalu pergi dengan senyuman manis terhias dibibirnya.
“Yang pasti, lamalah kau duduk kat surau tu nanti. Silap-silap, pukul sepuluhbaru balik. Fuh lega aku. Jadilah, dalam beberapa jam ni, aku boleh buat apayang aku suka. Tak payah nak mengadap muka mamatulat bulu tu. Dahlah tu, dia pun tidur kat sini juga malam ni. Menyemakbetullah mamat ulat bulu tu.”Bebelnya sendiri.
Dia sedang mengintai Iman yang sedang mengatur langkah dari celahanpintu. Memang dia tidak nafikan, kekacakan lelaki itu sangat terserlah namun iabelum cukup untuk menggetarkan hati kerana Dayana memang tiada apa-apa perasaanistimewa padanya. Hanya perasaan seorang adik kepada abang sahaja. Itu yangDayana rasakan selama ini kerana mereka membesar bersama-sama.
Demam emaknya semakin teruk pula. Setelah memberi emak dua biji panadoluntuk ditelan, Dayana memapah emaknya ke tempat tidur. Dia kemudiannya menyambungkembali menonton televisyen setelah memastikan emak sudah tidur. Liana dan atukpula sedang rancak bersembang di atas. Terasa berat pula mata Dayana untukdiangkat. Habis semua saluran televisyen yang ada ditukar namun tiada satu punrancangan menarik yang boleh menghilangkan rasa mengantuknya itu. Akhirnya, diaterlena di situ.
Dayana terjaga di tengah malam kerana terkejut apabila terdengar satusuara sedang mengerang. Agak kuat juga bunyinya. Dalam hatinya kuat mengatakan,emak. Dia bingkas duduk. Rupa-rupanya dia tertidur di situ. Dayana memerhatikansekelilingnya dan dia terkejut! Rupa-rupanya, mamat sengal itu terlena di atas sofa di hujung kepalanya.
“Macam dah tak ada tempat lain ke dia nak tidur? Ikutkan hati, ada jugaaku angkat mamat ni tidur kat luar.Nasib baik tak larat je” Rungut Dayana. Dia bingkas berdiri lalu mengatur langkahmenaiki tangga ke ruang tengah tempat yang sepatutnya menjadi medan peraduannya. Di satu sudut, dia melihatatuk dan Liana sedang tidur bersebelahan. Dayana terus sahaja menapak menuju ketilam emaknya.
“Ya Allah mak! Kenapa ni?” soal Dayana.Terkejut dia sebaik melihat emak sedangmenggigil kesejukan. Demam ‘kura-kura’ emak kembali menyerang. Sangat kasihan Dayanamelihat emak mengerekotkan tubuhnya. Entah sudah berapa lama agaknya emakbegitu? Bergegas dia mencari selimut sebanyak mungkin untuk menyelimutkan emak.Beberapa biji bantal diambil dan disusun di sekeliling emak. Itulah yang akandilakukan oleh Dayana dan Liana setiap kali emaknya diserang demam itu. Dayanamenggosok tubuh emaknya yang sudah berbalut itu untuk menghasilkan haba. Kira-kirasepuluh minit kemudian, gigilan emaknya kian berkurangan. Dia masih setiamenunggu di sisi emak sambil tersengguk-sengguk kepalanya, menahan kantuk.
“Dah, ko pegilah tido dik. Mak dah tak apa-apa ni. Dahokey sikit.” Zakiah akhirnya bersuara.
Dayana tersentak! Terpinga-pinga dia seketika. Bagaimana dia bolehterlelap dalam keadaan bersila? Dia menggaru kepalanya. Berkelip-kelip matanyayang terasa seperti dilekat gam yang kuat pula. Setelah matanya berjayadicelikkan, dia memandang wajah pucat emak. Tidak sanggup pula dia mahu meniinggalkanemaknya dalam keadaan begitu. Takut demam itu menyerang lagi.
“Tak apalah mak, biar adik tunggu mak kat sini. Kalau mak nak apa-apa panggilje, adik ada kat sebelah mak ni.” Balas Dayana. Kedengaran emaknya mengehemkan sahaja.
Sebiji bantal diambil kemudian tubuhnya direbahkan di sebelah emak.Sempat lagi Dayana mengerling ke arah Liana dan atuknya yang sedang tidur bersebelahannun di hujung sudut bilik yang besar itu. Liana sudah belayar entah ke mana? Kadang-kadangdia tertanya-tanya sendiri, mengapa atuknya tidak sayangkan dia seperti Liana?Banyak kekurangankah dirinya? Dia akui, Liana lebih cantik darinya. Lumrahmanusia, lebih menyukai yang cantik sahaja. Dayana terkenangkan cerita emaksaat mahu melahirkan mereka.
Kata emak, semasa mahu melahirkan mereka berdua, disangkakan hanya Lianaseorang sahaja. Sejak dari awal mengandung, doktor langsung tidak mengesyakiemaknya mengandungkan bayi kembar. Kehadiran Dayana di dalam rahim emak tidakdapat dikesan dari awal lagi. Selepas sahaja Liana dilahirkan, kakitangan dihospital yang bertugas ketika itu ingat semuanya sudah selesai. Namun, merekahairan kerana emaknya masih berasa sakit lagi. Selang lima minit kemudian, Dayana pula dilahirkan. Semuaterkejut! Benar-benar tidak menyangka bahawa emaknya mengandungkan bayi kembar.Kuasa Allah S.W.T tiada siapa dapatmenyangkal.
Tetapi fizikal Dayana berlainan dari Liana. Senang cerita, tubuhnya sepertiterpenyek sedikit sewaktu dia dilahirkan. Mungkin kerana itu, doktor sukarmengesan kehadirannya di dalam rahim emak. Emak benar-benar sedih apabila melihatkeadaannya. Tetapi para doktor telah memberi jaminan bahawa keadaannya akanbertambah baik setelah terdedah dengan udara dan keadaan di sekeliling. Alhamdulillah, berkat usaha gigih emaknyayang tidak pernah berputus asa mengubati Dayana secara tradisional iaitu dengansedikit teknik urutan, dia kembali pulih. Tetapi, Dayana sahaja yang berkulitgelap dalam keluarganya. Akhirnya, Dayana kembali terlena di sisi emak.
Fajar telah lama menyinsing kini terpacak kedudukannya di kaki langit. Menandakanwaktu sudah tengahari sekarang. Selesai mengemas rumah atuk, Dayana duduk diberanda rumah atuknya. Melihat ke arah jalan raya di hadapan dengan pandanganyang kosong. Kesihatan emak, benar-benar menganggu fikirannya. Hari ini, emaksudah tidak larat untuk bangun seolah-olah badannya tersangatlah berat untukdiangkat.
Sebentar tadi, emak mengatakan yang dia teringin makan buah lai. Terus sahajaLiana dan abang sepupu mereka ke pekan membelinya. Pada mulanya Iman mengajak Dayana.Nasib baiklah Dayana pandai mengelak. Dengan susah-payah dia cuba menciptaalasan tadi. Mujurlah, Liana menawarkan diri untuk mengikuti sepupu bertuahmereka itu dan disokong oleh atuk. Lega rasahati Dayana. Sedang begitu, kelihatan kereta milik sepupunya memasuki halaman rumahatuk lalu memarkir keretanya di bangsal milik atuk. Bangsal peninggalan tok akimereka.
Iman menghulurkan seplastik besar buah lai ke arah Dayana sebaik kakinyaterhenti di tangga terakhir beranda rumah atuk itu. Dayana terus sahaja menyambutnyalalu bingkas bangun menuju ke dapur tanpa sepatah kata. Mahu bersembang pun diasudah tiada mood. Laju saja langkanyadiatur ke dapur untuk memotong buah tersebut. Tangannya kini sedang menatangsepinggan buah lai yang siap dipotong. Tubuh lesu emak dirapati.
“Mak, nah buah lai. Adik dahpotong nipis-nipis, senang mak nak kunyah nanti.” Kata Dayana sebaikmendaratkan duduk di sebelah emak.
Dia meletakkan pinggan itu di sebelah, membantu emaknya bangun dengansedaya upaya. Alhamdulillah, emak berjaya duduk juga. Emak mengambil sepotongbuah lai itu. Dayana melihat emaknya mengunyah dengan perlahan sekali. Nampakseperti emaknya sedang menggagahi diri untuk menghabiskan sepotong buah laiitu. Dengan begitu payah, emak cuba menelan buah itu. Tiba-tiba sahaja dada Dayanaterasa sebak melihat keadaan emaknya begitu, namun ditahankan sahaja. hangatterasa kedua matanya saat ini. “Dahlah dik, mak tak ada selera nak makan. Cukuplah sepotong ni. Makteringin nak makan nestumlah dik. Ko pergibeli kat mak ya,” pinta Zakiah. Dayana terbesarkan mata memandang emak. Sedikit terperanjat denganpermintaan emaknya. Buah lai yang dibeli oleh Abang Iman yang hampir seplastikbesar itu hanya dijamah sepotong sahaja. Sekarang emak minta nestum pula.
“Yalah mak. Mak tunggu kejap ya, adik pegi belikan.” Balasnya. Tanpamenunggu lama dia bangun untuk ke kedaiAh Chew. Harap-harap Ah Chew belum tutup kedai lagi kerana waktu sekarang sudahhampir pukul tujuh. Selalu kedai itu akan ditutup waktu begini. Dayanakesuntukan masa, dia bergegas.
Segelas nestum yang dibancuh agak cair disuakan kepada emaknya. Nasibbaik dia sempat sampai tadi, itu pun Ah Chew sudah mula menyusun papan untuk menutuppintu depan kedainya. Bersusah payah dia melihat emak mahu mengangkat tubuh,dia membantu emak. Dayana meletakkan sebatang penyedut minuman di dalam gelas itubagi memudahkan emak untuk minum. Hanya dua sedutan sahaja yang mampu ditelanoleh mak. Emaknya kemudian menolak gelas yang berisi nestum itu ke tepi.
“Mak dah kenyang dik.” Ringkas dari Zakiah. Terasa tawar tekaknyasehari dua ini hendak menelan makanan. Terus sahaja Zakiah merebahkan kembalibadannya ke tilam.
“Yalah mak. Mak rehatlah. Apa-apa, mak panggil adik.” Balasnya kemudianberlalu. Selera makan emaknya seolah-olah tiada langsung beberapa hari ini. Rasarisau terhadap emak, tertanam jauh ke lubuk hati. Dua tiga hari ini, hatinyaresah. Mata kirinya pula asyik sahaja bergerak. Petanda apakah ini?
Last edited by wipers81 on 29-4-2014 09:08 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 11
Malam itu, rumah Zainab agak riuh. Tanpa disangka Zaleha datang melawatZakiah. Sedari dulu, hubungan dua beradik itu renggang. Zakaria juga turutkelihatan. Sebaik anaknya Iman menelefon mengatakan keadaan kesihatan kakaknyaZakiah semakin buruk, bergegas dia dan isterinya Salmah ke mari tadi.
“Hah, ko Yah! Sampai bila ko nakmacam ni? Ni, aku tengok teruk sangat dah sakit ko. Kalau jadi apa-apa kat ko,sape yang nak jaga anak-anak ko ni nanti. Jangan kata nak suruh aku pulak. Janganlah kedekut sangat duit ko tuh. Pergilah klinik. Kalau takmampu, cakap je. Aku boleh dulukan duit aku tapi jangan lupa bayar balik.” UjarZaleha. Sungguh berbisa kata-kata yang ditujukan kepada Zakiah. Sudahlah mimikmuka yang ditunjukkannya, tidak tahu hendak digambarkan bagaimana.
‘Apalah mak long ni! Patut ke dia cakap macam tu kat mak?’ gerutu Dayana.
Bakri menjegilkan mata kepada isterinya. Zaleha hanya mencebik mulutnyalalu dia bangun dan menuju ke dapur. Dayana yang kebetulan berada di hadapan,dijeling. Tajam sungguh jelingannya terhadap gadis hitam manis itu. Entah apalahyang terkandung dalam jelingan tajamnya itu?
“Menyampah aku! Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis menyusahkanaku. Anak-beranak sama je. Ei meluatbetullah.” Bentak Zaleha sambil kakinya melangkah menuju ke ruangan dapur.
Dayana memandangnya dengan dahi yang berlipat-lipat akibat kerutan. Dalamsungguh kebencian wanita itu terhadap keluarganya. Tidak tahu mengapa dari dululagi mak long membenci mereka sekeluarga. Kata-katanya, tidak pernah manisdengan keluarga Dayana.
“Aku risaulah tengok ko ni Yah. Pagi esok, jom aku bawa pergiklinik. Lusa ko dah nak balik JB. Takutnanti melarat sakit ko tuh. Bukan adasape kat sana nak jaga ko. Anak-anak ko pun dahnak masuk sekolah balik.” Ujar Zakaria. Tergambar jelas riak resah di wajahnyadengan keadaan kakaknya itu. Minggu lepas, Iman ada mengatakan yang diabermimpi bahawa gigi gerahamnya patah. Apabila mendengar sahaja Zakiah jatuhsakit, terdetik kerisauan melampau di dalam hatinya. Apa yang Zakaria tahu jikabermimpi berkaitan dengan gigi adalah satu petanda yang tidak elok. Namun ajaldan maut adalah di tangan Allah S.W.T. dan sebagai manusia biasa dia tidak pernahputus berdoa semoga semuanya dalam keadaan yang baik.
“Tak apalah Karia. Aku boleh pergi sendiri. Ko tolong telefonkan apekni. Cakap kat dia, datang pagi esok. Biarlah aku pergi dengan anak aku je. Kotu kan keje, aku tak naklah menyusahkan ko pulak.”Balas Zakiah lalu dihulurkan sekeping kad nama kepada Zakaria.
Zakaria mendiamkan diri. Dia tahu kalau hitam, maka hitamlah katakakaknya, Zakiah. Dia akur, kakaknya memang tidak akan menyusahkan orang lain. Susah senang, semua kakaknya hadapi sendiri. Sebelumberkahwin dengan Abang Hamid, kakaknya merupakan seorang janda. Mereka tidakdikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suaminya itu. Hermannama bekas suaminya. Lelaki yang dianggap sebagai manusia yang tidak bergunaoleh Zakaria. Lelaki yang tidak tahu bersyukur kerana mendapat isteri sebaikkakaknya Zakiah. Lelaki yang tidak sedar dek untung!
Zakaria masih ingat lagi, bagaimana layanan keluarga Herman terhadap Zakiah.Zakiah dicaci, dihina oleh mertuanya dengan mengatakan dia mandul. Malah, bekasabang iparnya sendiri juga sering mengasari kakaknya sepanjang kehidupan merekasebagai suami isteri dulu. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.Itupun kerana, suami kakaknya telah menghilangkan diri tanpa memberi sebarangnafkah selama hampir dua tahun. Setelah puas dipujuk, baharulah kakaknyabersetuju untuk menuntut cerai secara fasakh. Sudah terang dan nyata, bekas abangiparnya itu yang bersalah. Keluarga mertua Zakiah masih tidak berpuas hatidengan keputusan tersebut. Macam-macam perkara yang tidak elok cuba mereka lakukankepada Zakiah.
Pernah suatu hari, ketika Zakiah sedang mengayuh basikal untuk pergimenoreh getah, bapa saudara Herman cuba melanggarnya. Umur Zakiah masihpanjang, bak kata orang, berpantang maut sebelum ajal. Zakiah hanya mengalamikecederaan ringan sahaja. Zakiah seorang yang berhati mulia kerana dia tidakpernah berdendam dengan bekas keluarga mertuanya itu. Hanya doa yang dikirim, semogamereka berubah. Apa yang Zakaria tahu beberapa bulan selepas kejadian itu,dikhabarkan bahawa bapa saudara bekas suami kakaknya itu telah meninggal duniaakibat kemalangan jalan raya.
Mungkin, itulah balasan terhadap apa yang pernah lelaki itu buat padakakaknya dulu. Manakala bekas suami kakaknya pula, dikatakan berada di dalampenjara kerana kes peras ugut dan mencuri. Sejak dari peristiwa itu, gangguandari pihak sana tidak lagi dihadapi oleh Zakiah. Semoga dosa mereka diampunkanoleh Allah S.W.T dan siapalah kita untuk menghukum mereka. Hanya Dia yang layakuntuk itu.
“Yalah Yah. Nanti aku telefon. Kau rehatlah, aku nak ke dapur kejap.” Zakariamelangkah pergi meninggalkan kakaknya dengan hati yang berat. Kesihatan Zakiahsedikit menganggu fikirannya. Tidak terbayang olehnya bagaimana dengankehidupan kembar itu jika kakaknya sudah tiada nanti? Teksi yang akan membawa Zakiah ke klinik sudah sedia menanti di laman. Agaklonglai langkahnya semasa menuruni tangga. Satu-persatu langkah diatur sedangdi kedua sisi, diapit oleh kedua kembarnya.
“Boleh ke Yah?” soal Zainab. Kasihan melihat keadaan anaknya itu yangterpaksa dipapah oleh kedua cucunya.
“Insya Allah boleh mak. Yah pergi dulu.” Jawab Zakiah dengan nada yanglemah.
Dayana dan Liana memaut bahu emaknya sehinggalah tubuh lesu itu berjayadidudukkan di kusyen bahagian belakang teksi tersebut. Kedua-duanya duduk disisi kiri dan kanan emak mereka. Teksi itu kemudiannya meluncur perlahanmeninggalkan perkarangan halaman rumah. Setengah jam perjalanan, mereka sampaike destinasi. Sekali lagi emak mereka dipapah masuk ke klinik.
“Maaf puan. Saya rasa puan terpaksa ditahan di wad. Keadaan puan tidakstabil sekarang. Tekanan darah puan tersangatlah rendah. Saya khuatir, sesuatuyang lebih buruk akan terjadi kalau puan tidak mendapat rawatan di sana.” Kata DoktorFuad sebaik selesai memeriksa Zakiah. Nampak benar doktor itu risau dengankeadaan Zakiah, jelas tergambar raut kerisauan di wajahnya.
“Tak apalah doktor, saya rasa tak perlulah. Lagipun esok, saya dah nak balikJB. Anak-anak saya ni nak ambil keputusanperiksa PMR diorang. Saya dah biasa demam macam ni doktor. Esok lusa, baiklahdemam saya ni.” balas Zakiah yang enggan dimasukkan ke hospital. Diamenyerahkan semuanya kepada takdir.
“Kalau dah macam tu kata puan, saya tak boleh nak buat apa lagi. Adik,nanti bagi mak kamu makan ubat yang doktor bagi ikut masa yang ditetapkan. Jagamak elok-elok ya.” Pesan Doktor Fuad kepada gadis berkulit hitam manis itu. Mengalahdia dengan kedegilan pesakitnya itu yang tidak mahu mendapat rawatan hospital.
Dayana hanya menganggukan kepala. Debaran di hati Dayana menantikeputusan peperiksaanya tidaklah sehebat debaran sebaik mendengar kata-kata DoktorFuad tentang tahap kesihatan emak. Selepas selesai urursan pembayaran dikaunter klinik tersebut mereka berdua kembali memapah emak dan kini merekatelah berada di dalam perut teksi itu yang setia menanti. Tubuh lemah Zakiah kini terdampar di atas sebuah tilam di ruang tamu ataspermintaannya. Zakiah memandang wajah anak-anaknya, silih berganti. Sayupandangannya yang tertala ke arah mereka yang sedang berteleku di sisi.
Dayana merasa hiba. Pandangan emaknya menyayukan hatinya. Dia masihmerenung wajah pucat emak. Masih terngiang-ngiang di telinga, kata-kata DoktorFuad tadi. Dadanya kian dihimpit rasa sebak. Air matanya kini mulai bergenanghanya menunggu masa untuk tumpah sahaja. Diseka dengan pantas. Dia tidak mahumenitiskan air matanya di situ. Dia menggenggam tangan emaknya. Putih melepaktelapak tangan emak. Sejuk benar tapak tangannya saat itu. Dibawakan ke pipi,dicium tangan emak sepuas-puasnya. Mata emak mula kelayuan. Penangan ubatagaknya.
Hari kini sudah menginjak ke waktu malam. Selesai menunaikan kewajipansebagai seorang muslim, Dayana menemani emaknya yang terbaring lesu. Liana danatuknya pula sedang menonton televisyen, slot cerekarama di TV3 yang menyiarkandrama hebat lakonan Norish Karman, Syurga Di Pintu Neraka. Entah mengapa, hati Dayanalangsung tidak teringin untuk menontonnya sedangkan drama itulah yang dianantikan. Apa yang dia mahu, sentiasa berada di sisi emak.
“Yah, bawak mengucap. Adik, ko jangan leka. Selalu ajar mak ko mengucap. Atuk nak ke bawah, temankankakak tengok tv. Ape-ape hal, ko panggil atuk.”Arah Zainab kepada cucunya yang sejak dari kecil kurang mendapat perhatiandarinya. Hingga kini Zainab tidak tahu mengapa dia berperangai begitu,membeza-bezakan cucu-cucunya itu.
Dayana merasa sedikit aneh pula dengan permintaan atuknya itu. Dia hanyamengangguk lemah sahaja. Matanya menyoroti ke arah atuknya yang sedang berjalanperlahan meninggalkannya. Dada Dayana berdebar-debar sekarang, tidak tahu geloraapa yang membadai hatinya kala ini.
“Mak, kalau letih pejam je mata mak tu. Lama-lama nanti, mak tidurterus,” Entah mengapa laju sahaja mulut Dayana menuturkan ayat itu. Mulut emak terkumat-kamit,kedengaran nama Yang Maha Esa (Allah) meniti di bibir pucatnya itu. Beberapahari ini, hanya itu yang terbit dari mulut Zakiah.
“Diamlah ko dik! Kalau naktengok tv, pegi jelah.” Tengking Zakiah. Walaupun sebenarnya dia tidakbermaksud demikian.
Bagai mahu menitis air mata Dayana apabila dijerkah sebegitu oleh emaknya.Walaupun nadanya tidak keras, tapi hatinya agak tersentuh. Namun Dayana cubauntuk memahami mungkin kerana keadaan emak yang kurang sihat itu menjadikan diabegitu sensitif. Tanpa mengendahkan arahan emaknya, Dayana mengambil sebijibantal, lalu merebahkan diri di sisi emak.
Last edited by wipers81 on 29-4-2014 09:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
blacksheep in the family... sentiasa tak bertuah... huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 29-4-2014 09:48 AM
blacksheep in the family... sentiasa tak bertuah... huhuhuhu
MAcam hidup saya masa dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 12
Dayana tidak tahu sudah berapa lama dia terlelap di sisi emak. Dia terjaga pabilatangannya tersentuh sesuatu yang sejuk. Sejuknya ibarat seketul ais. Dayanamembuka mata, melihat tangannya di atas tangan emak yang sedang mengiringmenghadapnya. Dia bingkas bangun, bersila menghadap emak. Cahaya samar-samarmenerangi kamar tidur itu. Dari kesamaran itu, dia melihat mata emak terbukasedikit.
“Kenapa sejuk sangat tangan mak ni?” soal Dayana sendirian.
“Mak..mak, bangunlah. Mak nak air tak?” bergerak-gerak tubuh emaknyaapabila digoyang oleh Dayana. Emak langsung tidak menyahut. Dayana menggosokmatanya yang agak kabur itu. Sebaik boleh dicelikkan matanya sekali lagi diamencuba.
“Mak, bangunlah. Janganlah takutkan adik. Bangunlah mak,” ujar Dayana sekalilagi menggoyang tubuh kaku emaknya itu. Dia berhenti menggoyang tubuh emak, dadaemaknya diperhatikan, lama. Dia tersentak!
“Kenapa dada mak tak turun naik ni?” soalnya sendiri. Sekali lagi diamenggosok matanya, emak dipandang. Dia benar-benar tergamam! Sah, dada emak memangtidak berombak langsung, mendatar sahaja.
“Takkan emak dah...” tidak sanggup Dayana mahu menghabiskan ayat itu. Terussahaja dia berdiri dan dengan pantas berlari menuju ke tiang di manaterletaknya suis lampu. Dia memetik suis lampu itu dan cahaya terang mulamenyinari kamar yang agak luas itu.
Zainab dan Liana kelihatan terkejut. Terpinga-pinga mereka berdua.
“Kenapa ni dik? Buat orang terkejut je kau ni!” Sedikit marah nada Lianakerana merasakan tidurnya terganggu. Dia bingkas bangun dan duduk bersila.Dayana tidak menghiraukan pertanyaan Liana.
“Atuk, mak..mak. Dari tadi adik gerak mak, tak bangun-bangun pun. Atukcepatlah tengok mak!” teramatlah cemas nada Dayana saat itu. Dia mendekati danlaju sahaja tangannya menarik lengan atuk.
Zainab menuruti kehendak cucunya. Kerana rasa cemas yang menghambatnya,hampir sahaja dia jatuh tergolek tadi. Dia mendekati tubuh anaknya, Zakiah. Diaduduk berteleku di sisi anaknya itu. Terketar-ketar tangannya saat menyentuhhidung Zakiah. Jelas kelihatan dia sedikit tersentak. Dia memalingkan wajah kearah cucunya Dayana. Muka Zainab kini pucat lesi.
“Dik, ko pergi panggil tok wan.Atuk tak tahu kenapa dengan mak ko ni?Cepat dik. Pergi panggil tok wan!” arah Zainab. Cemas nada suaranya.
Terus sahaja Dayana mencapai lampu suluh di tepi bantal atuk. Langkahnyadihayun ke pintu depan. Suis lampu yang terletak di tiang ruang tamu itu dipetik.Dia mendekati pintu, sebaik terkuaknya daun pintu itu, Dayana terkedu denganhamparan suasana malam di hadapannya. Gelapnya suasana di laman atuk. Gelapyang sangat kelam. Selalunya dia amat takut dengan suasana malam di rumah atuknyaitu tetapi tidak malam ini. Tidak tahu dari mana keberanian mengisi dirinya tanpamelangkah menuruni tangga, terus sahaja dia melompat ke bawah. Kasutnya disarungdengan pantas dan terus dia berlari menuju ke rumah tok wan yang terletak disebelah rumah atuknya itu. Bagai mahu pecah pintu belakang rumah tok wandiketuk Dayana dengan bertalu-talu.
“Assalamua’laikum. Tok wan..oo tok wan! Cepatlah buka pintu ni. Mak..mak…tok wan! Cepatlah tok wan,” begitu mendesak nada suara Dayana. Ikutkan hatinyamahu sahaja dia merempuh daun pintu rumah tok wan itu. Sayup-sayup dari dalamrumah, kedengaran satu suara menyahut salamnya.
“Ya, tok wan datang ni. Kejap ya.” Sahut suara itu. Daun pintu dapurrumah itu terkuak. Wanita itu menjengukkan kepala melihat ke luar.
“Lah, budak adik rupanya. Kenapa ni?” soalnya sebaik melihat susuktubuh cucu jirannya. Dia mengerutkan keningnya melihat gadis hitan manis itu.
“Tok Wan, cepatlah! Jom tengok mak.” Kata Dayana lagi dan tanpa mahuberlengah, dia menyambar terus lengan wanita itu.
“Eh, nanti kejap, tok wan tak pakai kasut lagi ni.” Kata Azizah. Langkahgadis muda itu terhenti.
Terkial-kial Azizah mahu menyarungkan seliparnya. Dayana yang melihatkesukaran itu menolong dengan membongkokkan sedikit tubuhnya lalu mengambilselipar itu dan diletakkan betul-betul di hadapan kaki tok wan. Selepas berjayamenyarung seliparnya, Azizah kemudiannya menuruti langkah gadis hitam manis itu.
Azizah menghampiri tubuh Zakiah lalu duduk di sisi sebelah kanan wanitaitu. Dia memandang wajah ibu tunggal itu. Bagi Azizah, Zakiah adalah wanitayang sangat tabah dan baik orangnya. Azizah menyentuh muka Zakiah, dada, leher,hidung dan mana-mana bahagian yang dia boleh rasakan nadi wanita itu. Dia kemudianmenggelengkan kepalanya. Air matanya mula kelihatan bergenang saat itu. Diasebak mengenangkan nasib kedua-dua anak Zakiah selepas ini. Zainab pula sudahtersandar di tepi dinding rumahnya.
Dayana sudah merasa kecut perut dengan gelengan dari tok wan itu.Tambah menggusarkan hatinya apabila melihat mata tok wan berair. Air matanyamula terbit. Dayana bungkam! Sedang di hatinya kini berdebar menantikan apayang akan keluar dari mulut tok wan. Sudah bersediakah menerima kenyataan ini?
“Dah, sabor adik, akak. Makkorang dah tak ada. Saborbanyak-banyak ya cu.” Ujar Azizah. Sedikit sebak dia rasakan sebaik melihatkedua kembar itu seperti tercengang, termanggu-manggu seolah-olah tidakmengerti apa sebenarnya yang sedang berlaku.
‘Kesian, muda-muda lagi dah jadi yatim piatu budak berdua ni.’ bisikAzizah dalam hati. Mengalir air matanya namun dengan cepat diseka.
Akhirnya, apa yang Dayana takuti kini benar-benar telah menjadi kenyataan.Ya, walau hatinya menidakkan emak sudah tiada namun semua itu bukan lagirealiti kerana hakikinya adalah emak telah pergi buat selama-lamanya. Dayanaterduduk, memandang ke arah jasad emaknya yang terbujur kaku itu. Dia sempatmenjeling ke arah jam di dinding rumah atuknya. Sudah pukul 12.30 malam rupanyasekarang. Dayana tidak tahu, sudah berapa lama emak menghembuskan nafasterakhirnya.
“Adik, kakak. Tak baik menangismacam ni. Mari, tolong tok wan uruskan mak koni. Subuh nanti, tok wan panggil orang kampung. Jangan tinggalkan mak korang ni,ya. Duduk sebelah dia, baca Yassin banyak-banyak.” Pesan Azizah kepada budakberdua itu.
‘Mak…’ panggilnya dalam hati. Dayanahampir pitam. Patutlah kebelakangan ini emak banyak berpesan padanya. Dia menyangkakanemak sengaja berkata begitu, yalah berpesan-pesan sahaja. Rupa-rupanya emaksudah tahu yang ajalnya sudah hampir.
‘Apa yang aku nak buat sekarang? Macam mana aku nak teruskan hiduptanpa emak?’ rintih Dayana sendirian. Fikirannya kini benar-benar kosong,kosong dan sekosong-kosongnya. Statusnya telah berubah dan kini gelaran yatimpiatu telah disandang mereka.
“Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku. Amat hebat dugaanMu ini, YaAllah. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaanku padaMu. Kurniakanlah kesabarandan ketabahan hati yang tinggi padaku dalam mengharungi liku-liku kehidupan dihari yang mendatang. Hanya kepadaMu aku berserah. Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahuiakan segalanya. Aku redha dan pasrah dengan segala ketentuanMu ini, Ya Allah.Tempatkanlah roh ayah dan emakku dikalangan mereka yang beriman. Ampunilahsegala dosa-dosa mereka. Kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengasihi ku. Amin.”Dayana meraup mukanya.
Dayana menangis sepuas-puasnya di sisi emak. Liana sedang memeluk emakdan menangis tersedu-sedan di atas jasad kaku itu. Dayana bingkas bangunapabila menyedari hakikat bahawa tidak elok jika terlalu menangisi pemergianorang tersayang. Dia mendekati tok wan yang sedang menatang sebuah besen kecilberisi air. Dia mengambil besen itu lalu diletakkan di sisi emak. Denganbantuan tok wan, Dayana menyalinkan pakaian emak. Dia mengambil sehelai tualabersih lalu mencelupnya ke dalam besen itu. Dia membuka baju yang dipakai oleh emakdengan cermat. Dayana memerah tuala itu, lalu mengelap tubuh emaknyaperlahan-lahan.
Setelah selesai mengelap emak, Dayana mengambil baju yang dihulurkan olehatuk. Sempat dia mengerling ke arah Liana yang duduk berteleku di sebelah emakmereka. Dayana hanya membiarkan sahaja kembarnya begitu. Dia menyarungkan denganbaju baru itu ke tubuh emak dengan bantuan tok wan. Setelah siap dia menyalinpakain dan membersihkan tubuh emak, tok wan mengoyak sedikit kain putih yang dihulurkanoleh atuk. Azizah lantas mengarahkan Dayana supaya memegang tangan emaknya.Dikiamkan tangan Zakiah lalu diikat dengan tali putih itu. Setelah selesaimengikat kedua ibu jari kaki dan kepala Zakiah, dia mengambil sehelai kainbatik lepas kepunyaan Zainab yang dihulurkan kepadanya lalu menyelimuti tubuhkaku Zakiah.
Dayana baru perasan bahawa mata emaknya terbuka sedikit. Dia berselawatke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. lalu meraupkan wajah emaknya dari dahiturun ke bawah. Alhamdulillah, akhirnyamata emak tertutup rapat. Kemudian sehelai selendang putih diambil lalu diabentangkan menutupi wajah emak yang kelihatan seperti sedang tidur. Usai, Dayanaberjalan menuju ke bilik air. Dia mahu mengambil wudhuk.
“Bismillahirahmanirrahim.Yaassinn…” dia mengaji bersamaLiana. Dayana duduk di sisi emaknya, membaca surah Yassin. Dia mahu menemani emaknya, membaca Yassin di sisinya untuk kaliterakhir. Ya bacaan Yassin terakhir disisi emaknya dan bacaan Yassin di kemudian hari tidak lagi begini dan yangpastinya wajah tenang yang sedang terbujur kaku di hadapannya itu akan sentiasadirindui untuk selama-lamanya.
Last edited by wipers81 on 29-4-2014 01:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 29-4-2014 01:40 PM
sedihnya...
Hidup, apalah erti kehidupan kita kalau hanya sellau dihiasi kegembiraan, kekayaan dan kesempurnaan. Perancangan kita selalunya bagus namun Allah S.W.T jualah yang akan menentukannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
berat sungguh dugaan yg diterima dayana... sgt tabah jgk orangnya... kuatkan semangatmu wahai insan... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 13
Dayana sedang berjalan menuju ke rumah Tok Wahil, gelaran yang arwah emak berikan kepada isteri bekas guru mengajinya itu. Tok Mail, yang dahulunya juga merupakan penghulu kampung itu kini telah bersara kerana keuzuran. Dia memberi salam sebaik berdiri di depan pintu rumah Tok Wahil itu. Dari dalam rumah dia mendengar satu suara menyahut salamnya.
“Eh, ni bukan ke cucu Nab? Anak Yah kan? Kenapa ni? Atuk ko sihat ke?” soalnya bertalu-talu. Terkejut dia apabila yang menyedari wajah keruh gadis hitam manis itu. Hairan dia dengan kehadiran gadis itu pada waktu awal pagi begini. Dayana hanya mampu menganggukan kepalanya sahaja.
“Mak ko sihat ke?” Soalnya lagi.
Mendengar sahaja nama emaknya disebut laju sahaja air mata Dayana mengalir. Wahil tergamam dengan reaksi gadis muda yang berkulit hitam manis itu. Dia mengerutkan keningnya.
“Kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke kat rumah atuk ko tu?” soal wanita itu. Kini dia benar-benar sudah tidak sabar lagi mahu mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi kepada gadis itu.
“Mak dah tak ada tok. Mak dah meninggal malam tadi. Saya datang ni nak tumpang guna telefon. Atuk yang suruh. Saya nak telefon kawan-kawan mak kat JB tu. Boleh tak Tok Wahil?” soal Dayana dengan nada tersekat-sekat. Air matanya tidak henti-henti mengalir sejak dari malam tadi. Tangki air matanya masih belum surut lagi. Memang saat ini, air mata Dayana tersangatlah murah harganya. Mencurah-curah tanpa perlu dipaksa.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sabor banyak-banyak ya cu. Tak sangka, dua hari lepas masa singgah kat rumah atuk ko, atuk ada sembang dengan mak ko. Macam tak percaya pula mak ko dah tak ada. Tak apalah, pergilah guna telefon tu. Nanti Tok Wahil minta anak tok beritahu kat orang kampung.” Kata Wahil. Terkejut dia dengan berita itu. pandangannya mnenyoroti tubuh gadis muda itu.
‘Kesian, tak sangka cepat benar Yah pergi. Anak-anak dia pun kecil lagi.’ desis ok Wahil. Dia mengesat air mata yang mahu meleleh dengan hujung bajunya.
Setelah selesai membuat panggilan telefon, Dayana meminta diri. Sebaik dia sampai di perkarangan laman rumah atuknya, kelihatan sebuah teksi di situ. Baru dia teringat, semalam emaknya ada menyuruh uncle itu datang untuk mengambil mereka pulang ke JB. Ya, sepatutnya hari ini mereka sekeluarga akan pulang ke JB. Laju Dayana menghayunkan langkah menuju ke arah teksi itu.
“Uncle. Saya minta maaflah sama uncle. Itu orang yang semalam booking teksi uncle tak boleh balik hari nilah.” Kata Dayana.
Lelaki berusia itu tersentak lalu memandang tepat ke wajahnya.
“Apa pasai...” soal uncle itu ringkas.
“Macam ni uncle, emak saya tu dah meninggal malam tadi.” Balas Dayana yang mendatar sahaja nadanya. Jelas di mata Dayana melihat uncle itu terkejut dengan berita yang baru didengari olehnya.
“Aiiya! Simalam hidup lagi, ini hali sulah mati ka! Manyak kesian wo. Tadak jadi pigi itu JB ini hali la. Tak apalah, saya pigi lulu wo.” Balas uncle itu. Pekat sungguh pelat Cinanya.
Dayana hanya terdiam, tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Dia hanya memandang sepi ke arah teksi yang sedang bergerak keluar dari laman rumah atuknya.
Di dalam rumah Dayana melihat Liana bersama mak uda dan beberapa wanita lain sedang duduk di sisi jenazah emak, membaca surah Yassin. Mak longnya pula hanya duduk di dapur sedang bersembang rancak dengan beberapa lagi tetamu di sana. Dayana menghulurkan tangan kepada tetamu yang ada. Ketika sampai giliran mak longnya, cepat-cepat dia menarik kembali tangannya tanpa sempat dia mahu mencium tangan mak longnya itu. Dayana sedikit terasa hati dengan tindakan mak long terhadapnya. Laju sahaja langkahnya dihayun menuju ke arah Liana untuk turut sama menyertai mereka membaca surah Yassin.
Selang sejam kemudian, orang-orang kampung sudah mula memenuhi rumah Zainab. Kaum wanita mula berkumpul di dalam rumah manakala kaum lelaki di laman rumahnya. Dayana bergerak ke arah kaum wanita yang berada di dapur. Mereka agak sibuk dengan tugas masing-masing untuk menyediakan barang-barang yang akan digunakan untuk memandikan jenazah Zakiah. Salah seorang dari kalangan mereka, mengarahkan Dayana supaya menadah air ke dalam bekas sebanyak yang mungkin untuk proses memandikan jenazah. Tanpa berlengah, Dayana menuju ke bilik air, membuat apa yang telah diarahkan kepadanya.
“Ish, cubalah jangan guna air paip tu banyak sangat. Jimat-jimatlah sikit. Teruklah aku nak membayar bil air lepas ni!” kata suara itu dengan nada yang agak keras.
Suara amat dikenali hingga membuatkan Dayana tergamam! Dayana tidak tahu, sama ada wanita itu sedar atau tidak yang dia berada di situ? Mengalir air matanya. Benar-benar terhiris hatinya dengan ungkapan berbisa dari mak longnya itu. Kata-kata wanita itu seperti terkandung berjuta bilah pisau di dalamnya hingga mampu menghiris hati Dayana. Pedih, hiba, pilu... semuanya hadir bersatu. Sampainya hati mak long berkata begitu. Bukankah jenazah yang berada di atas itu adalah jenazah adiknya sendiri, darah dagingnya? Tergamaknya wanita itu.
Dia sebak. Mengapa seorang kakak tergamak melakukan sedemikian kepada adiknya? Apa salah emak pada mak long? Hati Dayana benar-benar luluh. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia melawan kata-kata mak longnya itu. Namun emak tidak pernah mengajar dia dan Liana untuk bersikap kurang ajar dengan sesiapa pun. Dayana cuba juga menyabarkan hati. Usai melaksanakan tugas itu dia terus sahaja melangkah keluar dari bilik air itu. Sebaik dia melintas di hadapan mak longnya, dengan jelas dia melihat mak long mencebik mulut kepadanya. Dayana membalas dengan menjeling dan terus sahaja berlalu.
Dalam hati Dayana terlintas ‘Ya Allah, berdosakah tindakan aku itu?’.
Kira-kira jam 10.00 pagi, jenazah Zakiah mula dimandikan. Dayana dan Liana turut mengambil peluang ini untuk membantu. Ya, inilah mandian terakhir emaknya di dunia nan fana ini. Kolam air mata Dayana pecah lagi. Dadanya benar-benar sebak. Perutnya yang lapar langsung tidak dihiraukan. Dia mengusap lembut kepala emaknya yang sedang disiram dengan air.
“Mak… sampai hati mak tinggalkan kami,” rintih Liana.
“Kakak, janganlah macam ni sayang. Tak baik meratapi pemergian orang yang kita sayang. Ikhlaskan pemergian mak ko kak. Redha dengan ketentuan Illahi. Pak uda dan mak uda berjanji akan jaga korang berdua.” Kedengaran Salmah cuba memujuk Liana, anak saudara sebelah suaminya yang memang dia sayangi sejak dari kecil berbanding yang seorang lagi. Liana memeluk tubuh Salmah.
Dayana hanya memandang adegan itu dengan pandangan yang sayu. Liana memang beruntung kerana disayangi oleh atuk dan mak udanya. Hanya emak yang menyayangi Dayana lebih dari mereka. Dayana memandang wajah emaknya dengan juraian air mata.
‘Mak…!’ Jerit Dayana di dalam hati.
Selesai jenazah Zakiah dikafankan, ahli keluarga terdekat diberi peluang untuk mengucup jenazahnya sebelum disembahyangkan. Apabila sampai ke giliran Dayana, dia bertindak menyeka air matanya yang sejak dari malam tadi tidak henti-henti mengalir. Dia menundukan wajahnya lalu bibir menyentuh dahi emak. Sejuk Dayana rasakan.
‘Mak…’ rintihnya lagi.
Betapa sayangnya hati Dayana mahu berpisah dengan emak. Hatinya meronta-ronta, tidak merelakan mereka membawa pergi jenazah emak. Namun, dia harus berfikiran waras demi Liana. Jika Dayana jatuh bagaimana nanti dengan Liana?
Jenazah Zakiah akhirnya telah selamat dikebumikan. Pusaranya terletak di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah emaknya, Zainab. Dengan berat hati Dayana melangkah meninggalkan emaknya keseorangan di tanah perkuburan yang sunyi itu. Dayana melihat mak uda memapah Liana dalam dakapannya. Dayana kemudiannya menoleh kembali, hatinya merintih sebaik pusara emak dipandang.
‘Mak, adik akan kembali tengok mak nanti. Bersemadilah dengan aman mak.’ Dia meneruskan langkahnya dan yang pasti hari esok, seluruh hidup Dayana dan Liana akan berubah sepenuhnya.
Dayana tidak tahu sudah berapa lama perutnya langsung tidak diisi walau dengan secubit makanan. Seingatnya, sejak dari malam semasa mendapat tahu ketiadaan emak hinggalah hari merangkak malam seterusnya sebutir nasi pun langsung tidak jamah. Malam itu, ramai orang di rumah atuk. Jiran-jiran sekampung, sibuk menyediakan sedikit hidangan secara bergotong-royong untuk kenduri tahlil yang direncanakan akan bermula selepas Isyak nanti.
Dari jauh Dayana melihat sepupunya, Iman berjalan menuju ke arahnya yang ketika itu sedang bersandar ditepi katil. Di tangan lelaki itu satu cawan ditatangnya. Dayana mengalihkan pandangan ke kanan, Liana kelihatan sangat lemah dan terbaring lesu di atas katil itu.
“Dik, jom makan. Dari pagi tadi abang tengok kau tak makan apa-apa pun. Jomlah, ajak kakak sekali. Karang korang sakit susah nanti. Sudahlah, mak ngah dah pun pergi, kita yang hidup ni kenalah teruskan hidup. Mesti roh dia sedih tengok korang macam ni.” Pujuk Iman.
Mendengar sahaja nama emak mereka disebut, laju sahaja air mata mereka menuruni, membasahi pipi mereka. Dayana tahu sepupunya itu ikhlas memujuk tetapi nak buat macam mana memang dia benar-benar tiada selera buat masa ini. Bayangkanlah, bagaimana dia mahu menelan makanan dalam keadaan yang dijerut kesedihan seperti ini. Ingatan pada emak semakin kuat menyesak benaknya.
“Tak apalah Abang Iman. Adik tak ada selera nak makan. Adik rasa elok kalau abang ajak kakak je. Kalau adik lapar nanti, adik makanlah.” Balas Dayana acuh tidak acuh sahaja. Bukanlah niat dihatinya mahu berkelakuan begitu tetapi dia benar-benar tidak tidak tahu apas ebenarnya yang dia rasakan sekarang ini. Terasa hambar hidupnya sekarang. Seleranya benar-benar mati, terasa seperti selera makannya telah di bawa pergi entah ke mana. Kepalanya pula, terasa berdenyut-denyut. Dia mengurut dahinya bagi mengurangkan rasa sakit. Matanya juga terasa pedih dan bengkak kerana banyak menangis hari ini.
“Aku pergi makan dululah dik. Perut aku dah sebu sangat ni. Jomlah bang, kita pergi makan. Tahulah adik kalau dia lapar nanti. Jomlah,” ujar Liana lalu menarik lengan Iman. Mereka berdua berlalu. Sempat lagi Iman menoleh ke arah Dayana namun gadis itu hanya memandang sepi ke arahnya.
Sebaik Iman dan Liana berlalu, Dayana menoleh ke sebelah kanan lalu terpandang olehnya sepinggan kek span pandan terhidang di dalam dulang bersama lauk-pauk yang lain. Untuk orang masjid yang datang membaca tahlil barangkali. Lantas, Dayana mengambil sepotong kek lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Dia kemudiannya meneguk secawan air teh yang telah di bawa oleh sepupunya tadi. Cukuplah dia rasakan kerana ketat tekaknya mahu menelan makanan itu. Dengan sedaya upaya, dicuba juga menelan makanan itu.
Dayana merasakan kepalanya sangatlah berat saat itu. Terasa seperti dihempap oleh seketul batu yang sangat besar. Macam-macam hal yang perlu dia fikirkan. Bagai mahu meletup sahaja kepalanya itu. Dia buntu! Buntu memikirkan apakah nasibnya dan Liana selepas ini. Kepada siapa mereka akan bergantung? Walau apa pun, Dayana perlu juga hadapi hari esok. Hari esok yang tidak tahu bagaimana perjalanannya?
Kepalanya direbahkan ke atas sebiji bantal. Dia benar-benar kepenatan. Baru sahaja dia mahu terlelap, terasa bahu kirinya di sentuh lembut. Dayana terjaga. Dengan bersusah payah dia cuba membuka matanya yang melekat kuat seperti diletakkan gam cap UHU pula. Dayana memandang sesusuk tubuh yang melutut di hadapannya itu. Dayana langsung tidak perasan siapakah dia kerana cahaya yang agak samar-samar di dalam bilik itu. Pandangan matanya juga agak kabur, mungkin kerana terlalu banyak menangis sepanjang hari ini. Tiba-tiba sahaja empunya tubuh itu memeluknya. Dalam keadaan yang masih mamai, Dayana hanya membiarkan sahaja.
“Kesian kau Liana. Kau kena kuatkan semangat kak. Aku ada untuk jaga kau,” Dayana mengatakannya. Dia menyambung kembali lenanya sebaik melihat ‘Liana’ itu melangkah keluar.
Last edited by wipers81 on 30-4-2014 09:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 14
Para tetamu yang datang untuk majlis tahlil di rumah Zainab sudah lama pulang dan kini yang tinggal sekarang hanyalah keluarga terdekat yang sedang berkumpul di ruang tamu rumahnya. Dayana dan Liana saling duduk berdekatan satu samalain. Kedua-dua mereka kelihatan sangat lesu, lemah dan tidak berdaya.
“Hah, sekarang macam mana dengan budak berdua ni! Aku tak nak jaga anak-anak Yah ni.” Zaleha memulakan bicara. Digolek-golekkan tangannya memberi isyarat yang dia memang tidak sudi menjaga kedua kembar itu. Bagi Zaleha, jika emak mereka pun dia tidak suka apatah lagi anak-anaknya.
‘Apalah mak long ni? Macamlah aku nak sangat tinggal dengan dia. Kalau dia pelawa aku sekalipun, tak hingin aku.’ Desus hati Dayana.
“Apa ni Leha? Tak baik cakap macam tu. Kesian kat budak berdua ni. Diorang dah jadi yatim piatu sekarang ni Leha. Hanya kita je yang diorang ada. Setakat nak jaga diorang berdua ni, abang masih mampu lagi.” Bakri bersuara. Dia tidak berpuas hati dengan kelakuan isterinya itu yang terang-terngan menunjukan rasa benci kepada anak-anak Zakiah. Tidak habis-habis dengan dendamnya itu. Bakri sudah tidak tahu bagaimana lagi cara untuk dia memadamkan api dendam dalam diri isterinya itu.
“Eh..eh awak ni. Jangan nak memandai pula. Macam nilah, kalau ko tak kisah Karia, ko ajelah yang jaga diorang ni. Lagipun bukan apa, aku tak nak nanti huru-hara pula rumahtangga aku. Yalah, manalah tahu pisang berbuah dua kali. Cukup-cukuplah kalau dulu mak diorang buat angkara kat aku.” Balas Zaleha sambil menjeling ke arah anak-anak Zakiah yang sedang duduk bersila tidak jauh darinya.
Mendengar sahaja ungkapan itu, Dayana sedikit terkejut namun cuba dikawal dengan sepenuh hati. Apa semua ni? Apa maksud kata-kata mak long itu? Huru-hara apa pula ni? Berkerut keningnya.
“Kak Leha ni, tak habis-habis nak mengungkit hal lama. Kan semuanya salah faham je. Perkara lama kak. Akak pun bahagia dengan Abang Bakri kan, apa lagi yang akak tak puas hati ni? Abang Bakri pun dah jelaskan yang dia anggap Yah tu macam adik dia. Sudah-sudahlah Kak Leha. Yah dah tak ada sekarang. Sepatutnya kita yang masih hidup ni, tambahkan amal ibadat. Banyak-banyaklah bertaubat. Biarlah Yah pergi dengan aman kak. Amanah dia ni, kita kena jaga.” Lantas jari telunjuk Zakaria dihalakan tepat ke arah kembar itu.
“Leha..Leha. Sampai bila Leha nak berdendam dengan Yah. Abang dah lama buang perasaan abang pada Yah. Bukan salah Yah pun. Berapa kali abang nak terangkan pada Leha yang abang hanya anggap dia macam adik abang. Dua puluh lapan tahun kita kahwin Leha, takkanlah itu pun masih tak cukup untuk abang buktikan cinta abang pada Leha? Tak baik berdendam Leha. Takut lama-lama nanti dendam tu akan makan diri Leha.” sampuk Bakri. Dia betul-betul hairan dengan isterinya itu yang terlalu berdendam dengan Zakiah sedangkan telah lama hal itu berlalu. Masing-masing sudah ada keluarga dan bahagia dengan pilihan mereka sekarang. Bakri menggelengkan kepalanya.
“Ah, Leha tak kira! Abang jangan memandai tawar diri nak jaga budak berdua tu. Biar Karia aje yang uruskan. Yang mak pun, jangan nak sibuk suruh diorang duduk dengan mak pula. Ingat mak, makan pakai mak Leha yang tanggung.” Sempat lagi Zaleha mengungkit dan mengugut emaknya.
Zainab menundukkan wajah, hatinya terasa sebak dengan kata-kata Zaleha itu. Dia hanya menggeleng perlahan kepalanya. Dayana nampak, bagaimana atuknya menyeka air mata yang mula tumpah dari kolam mata tuanya dengan hujung lengan baju. Sampai hati mak longnya. Kalau tidak sudi mahu menjaga mereka sekalipun, janganlah sesekali mengecilkan hati atuk. Lagipun bukannya Dayana dan Liana mahu sangat tinggal dengan mak long apatah lagi dengan pak uda dan atuknya. Mak longnya pula yang perasan lebih.
“Tak apalah Kak Leha. Arwah Yah memang ada pesan pada saya. Dia memang suruh saya tengok-tengokan budak berdua ni kalau dia dah tak ada nanti. Hari tu, saya ingat dia bergurau, tak sangka memang dia tinggalkan kita untuk selamanya.” Sedikit sebak nada Zakaria itu.
Sebaik sahaja Zakaria menghabiskan ayatnya itu, kedua beradik kembar itu terus sahaja kembali menangis. Zuraidi, Iman dan Zulaikha turut sama bergenang air mata mereka. Salmah mendekati Liana, mendakapnya. Dayana memandang dengan menggunung perasaan sedih. Terasa keseorangan dia di saat ini. Dia rindukan dakapan emaknya. Dayana sebenarnya perasan bagaimana mak long menghalang anaknya Zulaikha dengan memegang tangan gadis itu sambil menggelengkan kepala kepada Zulaikha yang cuba mendekati dirinya.
‘Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku supaya aku dapat membuat keputusan yang terbaik untuk kami berdua.’ Rintih Dayana dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan emak.
‘Mak… kenapa tinggalkan kami?’ Dia meraung dalam hati.
“Baguslah kalau dah macam tu.Kau kan adik kesayangan dia, jadi memang ko lah yang layak untuk menjaga diorang ni. Belakang hari, pandai-pandai ko lah ya.” Tegas Zaleha. Sempat lagi Zaleha menghadiahkan satu lagi jelingan yang tajam ke arah anak-anak Zakiah itu.
Dayana yang perasan akan jelingan tajam itu menarik nafas yang agak dalam, mengumpul sedikit kekuatan. Nampaknya, dia perlu bersuara. Sampai bila dia harus berdiam diri apabila dirinya diperli dan dihina oleh mak longnya itu? Sampai bila dia harus biarkan keluarganya diperkotak-katikan?
“Adik minta maaflah sebab mencelah. Macam nilah pak uda. Kalau betul pak uda sayangkan kami, pak uda janganlah susahkan diri. Mak pernah kata, sesusah mana pun kita, jangan sesekali menyusahkan orang. Pak uda, adik rasa baik hanta rkami kat rumah anak-anak yatim je. Susah senang, biarlah kami hadapi sendiri.” Entah bagaimana, tiba-tiba datang satu keberanian di dalam hati Dayana untuk berkata begitu. Dia kasihankan pak udanya itu. Kerjanya hanyalah sebagai seorang posmen sahaja. Manalah pak udanya mampu hendak menanggung dia dan Liana sedangkan Abang Iman pun masih belajar lagi.
“Janganlah cakap macam tu dik. Pak uda ikhlas nak jaga korang. Lagipun, arwah mak korang dah amanahkan pada pak uda supaya tengok-tengokkan korang.” Dia cuba memujuk anak saudaranya itu. Baginya Liana seorang yang akan menurut sahaja tetapi gadis hitam manis ini agak tegas orangnya dan pandai memberi pendapat yang memang jarang sekali boleh disangkal walaupun nampak sahaja seorang yang pendiam.
“Macam yang pak uda kata tadi, arwah mak cuma suruh tengok-tengokkan kami bukannya suruh jaga. Maaf, adik bukan nak loyar buruk tapi adik tahu mak macam mana orangnya. Pak uda bayangkanlah kalau pak uda gagal jaga kami dengan baik, macam mana agaknya? Mesti mak sedih bila roh dia balik tengok keadaan kami tak macam yang dia harapkan. Bukanlah adik nak kata kalau duduk kat rumah anak yatim tu semuanya sempurna. Sekurang-kurangnya, nasib orang yang yatim piatu macam kami ni terbela. Janganlah pak uda terasa hati pula. Pak uda memang seorang yang baik pada kami berbanding yang lain. Tak terbalas rasanya jasa pak uda sekeluarga. Banyak sangat pertolongan yang pak uda hulurkan pada kami selama ini.” Balas Dayana dan dia berharap semoga pak uda dapat memahami maksudnya itu.
“Hah, Karia! Dengar tu. Dah dia kata nak tinggal kat rumah anak yatim, bagi ajelah. Yang ko nak susahkan diri tu kenapa?” Zaleha mengeluarkan lagi kata-katanya yang berbisa itu. Berdesing telinganya apabila diperli sedemikian oleh gadis hitam manis itu. Kecil-kecil sudah pandai perli-perli orang. Boleh tahan biadap juga budak ini.
Zakaria hanya menundukkan mukanya. Salmah pula tersandar di kerusi sambil memicit kepalanya manakala Iman memandang ke arah gadis hitam manis itu dengan mata yang tidak berkelip. Terkejut dia dengan jawapan Dayana yang tidak disangka-sangka itu. Sangka Iman, dia akan menerima pelawaan abahnya untuk tinggal bersama mereka.
Masing-masing terdiam. Air mata Zainab meleleh ke pipinya yang berkedut itu. Dia sebak, mengenangkan nasib cucu-cucunya lebih-lebih lagi, Liana.
“Pak uda, keputusan adik muktamad. Rasanya kakak pun akan setuju, kan kak?” Dayana langsung menoleh ke arah Liana yang sedang dalam dakapan makudanya itu. Lambat-lambat Liana mengangguk.
“Satu je adik nak minta tolong. Harap pak uda dapat carikan rumah anak yatim untuk kami. Adik harap, pak uda faham dengan niat adik ni. Tolonglah pak uda,ya.” Tegas Dayana. Memang dia tidak sanggup tinggal dengan pak udanya. Dia segan benar dengan anak lelaki tunggal pakciknya itu. Dayana nampak bagaimana pak udanya mengeluh panjang.
Zakaria termenung seketika, memikirkan cadangan anak saudaranya itu. Berat rasa hatinya hendak mengikut cadangan anak saudaranya yang seorang itu. Namun setelah dia menimbangkan beberapa aspek, dia terpaksa juga bersetuju.
“Yalah adik, kakak. Kalau dah itu yang ko nak, pak uda akan cari rumah anak yatim untuk korang. Pak uda harap korang dapat sesuaikan diri nanti kat sana. Pintu rumah pak uda sentiasa terbuka untuk korang.” Kata Zakaria dan sekali lagi mempelawa anak saudaranya itu ke rumahnya. Manalah tahu, gadis hitam manis itu akan betukar fikiran.
“Terima kasih pak uda. Kami pun bukan selamanya di sana, cuti je kami baliklah sini. Pak uda pun boleh pergi jenguk kami kat sana juga, kan? Keputusan adik muktamad pak uda, kami akan tinggal kat sana.” Sekali lagi Dayana menegaskan pendiriannya itu.
Zakaria tahu, gadis hitam manis itu seperti arwah kakaknya, Zakiah yang keras kepala. Dia tahu memang tidak boleh lagi memujuk Dayana untuk berubah fikiran, dia terpaksa juga akur dengan keputusan gadis itu. Betul juga seperti kata anak saudaranya itu. Isterinya kurang senang dengan Dayana dan terlalu melebih-lebihkan Liana. Pasti suatu hari nanti akan ada masalah yang timbul kelak. Kasihan pula Zakaria pada gadis berkulit hitam manis itu.
“Betul ke pak uda, kalau kakak tak serasi tinggal kat sana nanti bolehlah kakak duduk dengan pak uda?” Tiba-tiba sahaja Liana bersuara.
Dayana terus sahaja memandang ke arah kembarnya itu. Matanya dibesarkan. Liana dengan pantas memalingkan muka, takut dengan jegilan Dayana. Walaupun dia kakak namun dia tidak berani melawan kata-kata Dayana kerana bagi Liana, Dayana seorang yang tegas tidak seperti dirinya yang mudah terikut-ikut.
“Ya kakak, mak uda sangat mengalu-alukan kedatangan kakak ke rumah. Ingat, beritahu mak uda kalau kakak tak serasi kat sana. Jaga diri bila dah ke sana nanti. Insya Allah, mak uda akan selalu telefon kakak kat sana ya.” Ujar Salmah lalu mengusap lembut belakang badan Liana sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada anak saudara yang amat dia sayangi itu.
Zainab yang hanya menjadi pemerhati dari tadi lagi hanya duduk berdiam diri sahaja. Hatinya sebak, dia sedih apabila mengenagkan nasib cucu-cucunya itu. Andai dia punyai kuasa dan kudrat, mahu sahaja dia yang menjaga mereka berdua. Walaupun dia membeza-bezakan kasih antara kedua cucunya itu namun dia sayangkan mereka berdua. Bukanlah dia membenci terus cucunya yang berkulit hitam manis itu tetapi entahlah mungkin lumrah manusia biasa sepertinya hanya sukakan yang cantik sahaja.
Suasana sepi seketika di mana masing-masing sedang melayan perasaan. Dayana hanya memandang ke arah Liana dan mak udanya. Sumpah, saat ini perasaan cemburu dan iri hati dengan layanan berat sebelah oleh mak udanya itu sudah mula terbit. Kadang-kadang pernah dia mempersoalkan takdir, mengapa harus ada perbezaan antara dia dan Liana? Menyedari berdosanya diri apabila bersikap begitu dengan pantas Dayana beristighfar, cuba menjauhkan segala hasutan syaitan yang suka menyesatkan manusia. Satu sahaja yang Dayana pegang iaitu Allah S.W.T ada bersamanya.
“Kalau dah tak ada apa-apa, aku nak balik. Pandai-pandai engkolah Karia nak uruskan budak berdua ni. Leha balik dululah mak. Ingat pesan Leha tadi.” Sempat lagi Zaleha mengingatkan emaknya. Sambil berjalan ke muka pintu, dia mencebik lagi mulutnya ke arah dua beradik kembar itu.
“Mak, saya balik dulu ya. Maafkanlah Leha ya mak. Bakri harap mak tak ambil hati dengan apa yang dia kata tadi.” Lembut nada Bakri lantas diraih tangan emak mertuanya itu lalu menundukkan kepala, mencium tangan wanita tua yang banyak berjasa itu. Zuraidi dan Zulaikha turut sama mengikut perlakuan ayah mereka.
Mereka kemudiannya memandang Dayana yang dari tadi hanya memerhatikan tingkah laku mereka. Pandangan mereka kemudian bersatu. Zuraidi tersenyum pada Dayana lalu dia mengangkat ibu jarinya. Dayana dapat memahami gerak bibir abang sepupunya itu yang mengucapkan ‘semoga berjaya’ kepadanya. Kakak sepupunya pula melambai sambil mengukir sebuah senyuman manis pada Dayana. Mereka sebenarnya sangat baik tetapi faham-faham sahajalah dengan perangai mak long Dayana itu.
Last edited by wipers81 on 30-4-2014 09:13 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 15
Hampir dua jam Dayana berbaring. Kepalanya ditoleh ke arah atuk, mak uda dan Liana yang tidur besama-sama di sudut lain. Telah lama mereka tidur. Perlahan-lahan hadir perasaan sayu di dalam hatinya melihat panorama itu. Kini, hanya dia sahaja yang masih segar mata dan sudah puas dia memaksa matanya supaya tidur namun gagal. Mungkin kerana dia sudah terlelap selepas waktu Maghrib tadi maka menyukarkan lagi keadaannya sekarang. Sekejap dia mengiring ke kiri dan sekejap ke kanan. Doa tidur yang sudah berpuluh-puluh kali dibacanya, itu belum lagi dicampur dengan ayatul Kursi tetap sahaja dia masih berjaga.
Peristiwa yang berlalu tadi masih kuat menyesak ke benak Dayana. Dia juga merasa serba salah dengan pak udanya itu. Dia benar-benar tidak mampu untuk memenuhi pelawaan bapa saudaranya itu atas alasan yang benar-benar kukuh. Dia sayangkan hubungan kekeluargaan yang masih sempurna itu, terbina antara dia dengan keluarga pak udanya. Apabila memikirkan ranjau yang akan dia hadapi kelak antara dia dengan anak lelaki pak udanya itu, lebih baik dia menolaknya sekarang. Dia risau dengan perubahan laku sepupunya itu sejak akhir-akhir ini.
Lalu, dia mengambil keputusan untuk bangun. Dayana mula mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke dapur, ingin membasahkan tekak yang dirasakan sangat kering ketika itu. Mungkin kerana perutnya yang kosong menyebabkan dirinya sukar untuk lena. Pedih terasa kelopak matanya saat itu. Selera makannya tetap tiada. Sebutir nasi langsung tidak dijamahnya hari ini. Selepas mencapai gelas yang berada di rak pinggan, dia melangkah pula menuju ke meja makan.
Dengan perlahan Dayana menarik kerusi kayu yang agak berat itu supaya tidakmenghasilkan sebarang bunyi bising kerana bimbang akan terganggu lena mereka yang lain lalu melabuhkan punggung di atasnya. Sebotol air masak berada dalam genggamannya disengetkan lalu terjunlah air masak di dalam botol itu ke dalam gelas yang dipegangnya. Dia meneguk sedikit demi sedikit hingga habis segelas air itu. Terasa sebu perutnya yang sedang kosong. Berbunyi-bunyi, menghasilkan pelbagai rentak. Dayana sendawa kecil. Dia menutup mulutnya dan tergelak sendirian. Lucu dengan gelagatnya itu. Bagaimana dengan hanya meminum segelas air kosong boleh sendawa pula?
Tiba-tiba wajah emak mula memenuhi ruangan memori kepalanya. Wajah yang akan dirinduinya. Air matanya kembali mengalir lagi. Tidak kering lagikah tangki air matanya itu? Hatinya diruntun pilu, terbayang-bayang wajah emak sewaktu dia menolong makcik-makcik tadi memandikan jenazahnya. Kini dia melentokkan kepalanya di atas meja itu. Dayana teresak-esak, terhinggut-hinggut bahunya mengikut rentak esakan halusnya itu.
“Adik, janganlah macam ni. Jangan buat abang susah hati, sayang.” Tiba-tiba suara itu berbunyi memecah kesunyian malam.
Dayana tersentak lalu mengangkat kepalanya memandang ke empunya suara itu. Terbuntang matanya ketika ini. Mujurlah dia telah menelan air masak yang diminumnya tadi kalau tidak, pasti sudah tersembur air itu ke muka lelaki yang sedang berdiri begitu dekat dengannya. Hanya beberapa inci sahaja jarak antara mereka terpisah. Kali ini, dia benar-benar tidak menyangka sama sekali bahawa lelaki itu sudah berani memegang tangannya pula. Apabila Dayana yang tersedar akan perbuatan kurang manis lelaki itu dengan pantas dia menarik semula tangannya.
“Ya Allah, lindungilah hambaMu ini dari segala perbuatan yang mungkar.” Dayana memanjatkan doa. Hatinya berdebar-debar, kurang enak rasanya.
“Eh tak tidur lagi ke bang? Terkejut adik. Kalau tak ada apa-apa, adik masuk tidur dululah ya. Assalamua’laikum, selamat malam,” selesai mengucapkannya terus sahaja Dayana bangun.
Baru sahaja dia mahu menapak lelaki itu lantas menarik lengannya. Disebabkan tarikan tiba-tiba itu, imbangan badannya goyah lalu dia jatuh terduduk di atas riba Iman. Tanpa sempat Dayana mahu berbuat apa-apa, lelaki itu memeluknya. Dia tergamam seketika! Setelah menyedari kelakuan kurang sopan lelaki itu dengan kasar Dayana menolak tubuhnya, terus sahaja dia bangun.
“Abang minta maaf dik. Abang tak sengaja. Ingatkan kau dah boleh terima abang, rupanya masih keras hati kau dik. Janganlah macam ni, terimalah abang dik. Abang akan jaga adik selagi hayat dikandung badan. Abang sayangkan kau dik. Abang tak sanggup berjauhan dengan kau. Perlu ke kau tinggal kat rumah anak yatim tu?” Kata Iman dan tanpa menunggu lama dia bangun dan melangkah menuju kearah gadis yang dia sayangi itu.
Iman berjaya memintas, menyebabkan Dayana berundur sedikit. Langkahnya terhenti kerana belakang tubuh sudah pun menyentuh dinding. Hati Dayana sudah berasa cuak dengan tindak-tanduk sepupunya yang semakin berani sekarang. Nampaknya Iman telah melampaui batasan. Hati Dayana sudah kepanasan.
“Jangan buat macam ni bang. Tak malu ke kalau orang nampak.” Tegur Dayana.
“Kenapa nak malu? Tadi, elok je adik bagi abang peluk.” Ujar Iman.
Terbeliak mata Dayana sebaik mendengar kata-katanya.
“Hah. Bila?” soal Dayana.
“Masa adik terlena tadi. Abang tahu, kau memang sayangkan abang,” tidak sempat dia menghabiskan ayatnya,
“Apa! Ya Allah Abang Iman. Nama aje Iman tapi perangai macam orang tak beriman je. Ingatlah sikit dosa pahala. Abang tak kesian ke kat adik? Mak baru je meninggal. Kalau orang nampak apa yang abang buat tadi, tak ke jadi isu hangat? Apa kata orang nanti bang? Abang suka ke orang mengata adik?” Dayana mula menangis. Terasa seperti dirinya sudah tercemar. Dia tidak dapat menerima semua itu. Iman meraup mukanya dan beristighfar.
“Ya Allah, apa aku dah buat ni? Maafkan abang dik. Abang..abang tak dapat kawal perasaan tadi. Abang terlalu sayangkan kau, dik. Biar abang beritahu abah, minta abah kahwinkan kita sekarang juga. Abang nak jaga kau. Abang tak sanggup tengok adik tinggal kat rumah anak yatim tu. Abang nak adik sentiasa di sisi. Adik tahu tak betapa terseksanya hati abang tengok kesedihan kau sejak mak ngah meninggal ni? Kenapa tak terima pelawaan abah tinggal dengan kami? Kenapa sayang?” semuanya dihamburkan. Iman benar-benar mendambakan cinta dari gadis mulus itu.
“Abang Iman dah gila ke! Jangan nak buat kerja bodoh, boleh tak? Adik masih sekolah lagi. Adik sayangkan Abang Iman hanya sebagai seorang abang, tak lebih dari itu. Jadi, tolong jangan paksa adik! Kepala adik ni tengah serabut sekarang.” Bentak Dayana lagi.
“Abang sayangkan kau dik.” Rayu lelaki itu yang semakin merapatinya.
“Jangan nak tambah beban kat bahu adik. Apa yang adik fikir sekarang ni masa depan kakak. Adik tak boleh pentingkan diri sendiri. Kenapa adik tak nak terima pelawaan abah abang tu, Abang Iman fikirkanlah sendiri jawapannya.” Tingkah Dayana, sedaya upaya cuba mengawal nada suaranya. Kecoh pula nanti kalau dia terpekik-pekik malam-malam buta begini.
“Lily Dayana, tolonglah jangan seksa abang sayang. Kau cuma kata ‘ya’ je, yang lain abang akan uruskan. Tolonglah sayang,” rayu lelaki itu lagi dan kali ini dia sudah melutut pula.
“Gila! Abang memang dah gila.” Hambur Dayana yang geram dengan kelakuan sepupunya itu.
“Adik..” panggil Iman sebaik melihat Dayana semakin menjauh.
Dayana yang enggan melayan kerenah lelaki itu terus sahaja berlari menaiki tangga menuju ke tempat tidurnya. Langsung dia tidak hiraukan mamat ulat bulu yang sedang melutut itu.
“Apa, dia ingat aku ni patung berhala ke sampai kena melutut macam tu?” gumamnya lagi. Dayana menyelimuti seluruh tubuhnya dengan selimut dan menangis sepuas-puasnya dengan nada perlahan. Dia tidak mahu esakannya itu menganggu yanglain lebih-lebih lagi mak udanya itu. Apa yang akan dia jawab nanti kalau makciknya itu menanyakan soalan ‘kenapa kau menangis?’.
Sampai hati Iman memperlakukan Dayana begitu. Sudahlah emaknya baru sahaja pergi meninggalkan dunia nan fana ini. Dayana tidak faham dengan abang sepupunya itu. Mengapa harus dirinya yang dikejar sedangkan dia langsung tiada hati terhadap lelaki itu. Bukanlah Dayana seorang yang terlalu memilih atau cerewet malah dia sedar diri yang dia bukanlah secantik mana. Masih banyak lagi wanita yang lebih layak untuk lelaki itu di luar sana.
Mujur dia menolak pelawaan pak udanya tadi. Kalau dia menerima, entah apa lagi yang akan lelaki itu buat. Terasa ingin sahaja dia menjerit sekuat-kuat hati bagi melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya saat itu tetapi dia tidak mampu. Dia sudah tidak tahu lagi kepada siapa mahu dia adukan nasib? Kalau dahulu emak selalu mendengar rintihan hatinya dan sekarang? Dayana memejam mata serapat-rapatnya. Dia perlu tidur sebentar dan dia berharap agar apabila dia bangun pagi nanti, semua ini akan lenyap. Biarlah semua yang terjadi tadi berlalu umpama mimpi buruk.
Last edited by wipers81 on 1-5-2014 11:58 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Apalah iman ni... Langsung tak kesiankan adik... Nak menambahkan bala pd adik jer... Haishh... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 16
Lima hari selepas pemergian emaknya, Dayana terpaksa pulang ke Johor Bahru dengan menaiki kereta Iman untuk menguruskan rumah yang mereka sewa di sana. Dayana yang pada mulanya menolak untuk pergi bersama lelaki itu akhirnya terpaksa juga mengalah. Tidak tahulah apa yang lelaki itu ‘gula-gulakan’ abahnya hingga dengan senang pak uda memberi izin. Nampaknya, keadaan tidak memihak pada Dayana.
Liana pula katanya mahu menaiki kereta bersama pak uda setelah puas dipujuk oleh mak uda. Seboleh-bolehnya, Dayana cuba menahan rasa marahnya terhadap Iman yang boleh berlagak selamba sedangkan di dalam hati Dayana perasaan geram telah muncul. Bertambah sakit hatinya apabila melihat senyuman nakal yang terbit dari bibir lelaki itu tadi. Peristiwa beberapa malam yang lalu masih segar dalam ingatannya. Sejak hari itu, Dayana cuba menjauhkan diri dari sepupu lelakinya itu.
“Kenapa dari tadi senyap je kau ni dik? Kau marah lagi ke dengan abang? Maafkan abang, ya sayang. Tolonglah, jangan buat abang macam ni. Selagi abang tak dengar suara adik, abang tak tenang. Abang sanggup buat apa je, asalkan kemaafan adik abang dapat. Tolonglah cakap dengan abang?” luah Iman setelah agak lama keadaan sepi.
Menunggu gadis itu mulakan bicara rasanya hingga sampai ke Johor Bahru dia tidak akan membuka mulutnya. Tidak tenang hidup Iman beberapa hari ini di atas keengganan gadis itu bercakap dengannya. Tambah membuat hidupnya tidak tentu arah apabila setiap kali gadis itu cuba mengelak sebaik mereka bertembung. Iman benar-benar menyesali atas apa yang berlaku. Semua kerana sayangnya terhadap gadis itu hingga memaksa dia bertindak di luar batasan. Berat rasa hati Iman mahu melepaskan gadis itu juah darinya. Dia tahu, gadis itu menolak pelawaan abahnya adalah kerana diri dia sendiri.
Dayana masih lagi mendiamkan diri sedangkan otaknya pula sedang bekerja keras memikirkan apa yang perlu dia katakan untuk membalas hujah lelaki itu. Ternyata lelaki itu langsung tidak menunjukan yang dia akan mengalah. Dayana terasa sungguh penat mahu melayan kerenah sepupunya tambahan pula dalam keadaan dia sedang kesedihan sekarang. Lelaki ini pula jika dibiarkan akan semakin melampau pula nanti. Rimas dia dengan segala pujuk rayu dari Iman yang mendambakan cinta darinya. Apalah yang ada pada diri Dayana hingga begitu sekali lelaki itu mengejarnya?
“Macam nilah bang. Adik akan maafkan kalau abang berjanji takkan buat lagi macam malam tu. Dan adik juga nak abang berjanji yang abang takkan ungkit lagi soal sayang ke, cinta ke... pada adik. Geli tau tak! Boleh tak anggap je adik ni macam adik abang sendiri? Adik rimaslah.” Balas Dayana dengan nada yang sedikit geram. Dia menjeling lelaki yang sedang memandu. Bukan menyampah atau meluat tetapi entahlah, buat masa sekarang dia tiada jawapan tentang apa perasaannya kepada lelaki itu. Dia memalingkan wajah ke cermin kereta di sebelah kirinya. Lebih baik jika dia melihat ke arah jalan raya di luar sana lagi bagus dari melihat muka sepupunya itu.
“Yalah, yang mula-mula tu abang boleh janji. Insya Allah abang akan cuba sayang. Tapi yang nombor dua tu macamberat sikitlah. Hati dan perasaan abang tak boleh dipaksa dik untuk tidak menyintai kau. Kalau kita dah sayangkan seseorang, mustahil untuk kita buang perasaan tu dengan mudah kecuali jika abang pergi dulu, abang akan bawa bersama perasaan tu dik.” Balas Iman kembali. Agak sedih nada suaranya ketika itu.
‘Aduh, dialog romantiklah pula. Bangkit pula bab-bab kematian ni.’ Desus Dayana. Pantas air matanya kembali mengalir.
‘Mak…’ dia teringatkan emaknya.
“Alamak, abang minta maaf sayang. Abang bukan sengaja abang nak cakap macam tu. Abang cuma nak gambarkan bagaimana perasaan abang pada ko dik. Janganlah menangis,” pujuknya. Iman cuba memujuk lalu tangan kirinya cuba memegang tangan kanan gadis itu. Dengan segera Dayana menarik kembali tangannya. Iman tersentak sedikit dengan tindak balas gadis itu.
“Abang Iman, adik dah tak tahu nak cakap apa lagi. Macam nilah, adik dah malas nak bertekak dengan abang jadi biarlah waktu yang menentukan semuanya. Andai ada jodoh antara kita, adik terima dengan hati yang terbuka tapi kalau sebaliknya, adik doakan semoga abang bahagia walau dengan siapa pun abang bersama. Tolong jangan terlalu mengharap pada adik dan satu lagi, tolong berhenti panggil adik sayang.” Terus sahaja Dayana melentokkan kepalanya ke kerusi kereta lelaki itu dan buat-buat tidur. Dia tidak mahu memikirkan hal itu lagi. Masih banyak lagi perkara yang perlu dia fikirkan.
“Okey, kalau tu yang adik nak. Abang turutkan je tapi ingat, abang tak akan sesekali berputus asa mendapatkan cintamu. Abang akan berusaha untuk menjadikan adik permaisuri di hati abang. Abang takkan tukar perasaan abang terhadap adik. Semuanya hanya untuk Lily Dayana. Tak ada perempuan lain!” Tegas Iman lagi, meneruskan pemanduannya. Sebagai menghormati permintaan gadis itu, dia hanya mendiamkan diri sahaja.
Dayana tergamam sebaik lelaki itu selesai berkata-kata. Dia hanya membiarkan sahaja suasana kembali sepi. Biarlah masing-masing melayani perasaan. Sepanjang perjalanan, hanya suara DJ di radio kereta yang menemani mereka.
“Dah sampai,” kata Iman.
Dayana tersentak. Panjang lamunannya hingga tidak menyedari mereka kini sudah berada di hadapan rumah sewanya. Sayu rasa hati Dayana sebaik melihat rumah sewanya tersergam di depan mata. Terlalu banyak kenangan terpahat di rumah itu bersama arwah emaknya. Di situlah suka duka, pahit manis yang mereka kecapi. Dia merapati rumah itu. Tangannya kini membuka mangga di pintu. Sebaik sahaja daun pintu rumahnya terkuak, dia melangkah masuk. Iman masih lagi di luar,mungkin menantikan abahnya.
Tiba-tiba, hatinya diruntun pilu. Bergunung rasa hiba yang bertapak di hatinya. Laju sahaja air matanya menuruni lalu membasahi pipi. Dia sudah terduduk di lantai. Seolah-olah ternampak bayangan emak yang sedang duduk di mesin jahit. Dayana bingkas bangun, mendakap tubuh emak tetapi tiada. Dia kemudian tersedar bahawa semua itu hanyalah bayangannya sahaja.
“Adik, sabarlah. Abang tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Biarlah mak ngah pergi dengan tenang. Kita yang masih bernafas ni, kenalah teruskan hidup. Abang akan sentiasa di sisimu sayang.” Lembut ucapan lelaki itu menyapa hakwa telinganya.
Tanpa disedari, Dayana melentokkan kepalanya ke bahu Iman. Iman pula mengangkat tangan kanan lantas memaut bahu Dayana. Kemudian Dayana tersentak!
“Eh, apa yang korang berdua buat ni hah! Kan ke tak manis, kalau orang nampak.” Sergah suara itu. Pantas kedua mereka menoleh, mata masing-masing sudah membesar sebaik mengenali empunya suara.
“Hish, kau ni pun Iman. Harapkan besar je, cubalah guna akal tu sikit.” Bebel Salmah. Berbulu mata apabila terpandang adegan yang memang kurang menyenangkan hatinya itu.
‘Alamak, bila pula mak uda aku sampai? Ya Allah, apa aku dah buat ni?’ gumamnya. Gulp, laju sahaja dia menelan air liurnya. Baru tersedar khilafnya. Begitu menyesal Dayana kerana terlalu megikut hati yang luka hingga tidak menyedari kesilapan telah diciptanya. Jika waktu boleh diputar kembali...
“Mak, jangan ingat bukan-bukan pula. Kami bukan buat apa-apa pun. Abah mana?” Balas Iman dengan muka selamba bingkas dia bangun meninggalkan tempat itu.
“Ma..maaf mak uda.” Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Dayana. Dia juga bingkas bangun, laju jalan yang diatur menuju ke biliknya. Salmah hanya menggelengkan kepala.
Dayana mendekati pak udanya yang sedang duduk berehat di bangku di halaman rumahnya. Barangkali melepaskan lelah barang sebentar kerana masing-masing baru sahaja sampai. Seperti sedang termenung panjang dia melihat bapa saudaranya itu. Entah apa yang dilamunkan agaknya?
“Pak uda, esok kami ingat nak ke sekolah. Banyak urusan kat sana tak selesai lagi” Ujar Dayana.
Zakaria berpaling menghadap anak buanhya itu.
“Yalah. Esok pak uda hantarkan.” Jawabnya ringkas.
“Kalau macam tu, adik masuk dulu. Banyak lagi barang yang nak dikemas.” Ujar Dayana meminta diri.
Zakaria memandang anak saudaranya yang sedang melangkah pergi itu. Sedikit keluhan terhasil darinya. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan rumah anak yatim yang akan dihuni oleh anak saudaranya itu. Apa yang dia tahu, rumah anak yatim itu baru sahaja di buka. Apabila mengenangkan mereka berdua akan berpindah ke sana, berdebar pula rasa hatinya. Rasa bersalah terhadap Zakiah menjerut dirinya kerana tidak dapat menjaga pasangan kembar itu. Ternyata, apa yang dirancang tidak menjadi. Benarlah kata orang ‘kita hanya merancang tetapi Allah S.W.T sahaja yang menentukan. Dia terpaksa juga menelan dan kini cuba menghadam kata-kata anak saudaranya yang enggan tinggal bersamanya. Panjang helaan nafas Zakaria, dia kembali termenung.
Last edited by wipers81 on 2-5-2014 05:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 17
Sejak bermulanya sesi persekolahan kali ini, Fahim resah. Hidupnya menjadi tidak keruan. Wajah yang sering menjadi igauannya sepanjang cuti sekolah yang lalu masih tidak muncul. Dia mendapat tahu dari Sofia bahawa emak Dayana telah kembali ke rahmatullah kira-kira enam hari lepas. Terkejut dia dengan berita yang disampaikan oleh Sofia tadi. Tumpah rasa kasihan terhadap gadis itu yang kini sudah menjadi yatim piatu dalam usia yang begitu muda. Bagaimana agaknya dengan keadaan Dayana?
“Fahim, kau nak derma tak untuk Yana?” tanya Fara yang sedang memegang sebuah kotak, bertebuk di atasnya. Dia melihat Fahim menyeluk saku lalu memasukkan sekeping not berwarna hijau ke dalam kotak tersebut.
“Fara, bila Yana nak balik sini?” soal Fahim.
“Eh, aku lupa nak bagitahu kau Fahim. Masa rehat tadi aku telefon mak aku. Yana dah ada kat rumah dia, tengah berkemas. Katanya, Yana nak pindah.” Balas Fara. Mata Fahim, membeliak. Terkejut dengan apa yang didengarinya.
“Betul ke Fara?” bagai tidak percaya dia dan Dayana akan berpisah tapi bila pula mereka berpasangan?
“Kau rasa, tak apa ke kalau aku nak ziarah dia?” sambungnya pula. Dia teringin sangat mahu berjumpa dengan Dayana. Melihat sejauh mana ketabahan gadis itu dan yang paling utama, dia rindu mahu menatap wajah Dayana.
“Eh apa pulak yang tak boleh Fahim. Macam nilah, balik karang kita berkumpul kat pondok di pagar sekolah sana. Kami memang nak pergi melawat dia nanti.” Balas Fara kemudian dia berlalu pergi.
“Sabarlah Fahim. Aku pun sedih juga. Yalah, dua tahun kami duduk bersama, alih-alih tahun ni dia tak ada pula,” ujar Sofia meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya dengan nada sebak. Fahim menghela nafas. Terpukul dengan kata-kata Sofia.
Azreena juga turut merasakan kehilangan. Dia menundukkan wajahnya yang kelihatan sugul itu. Kehilangan ibu tercinta masih berbekas dalam hati, kini sahabat baik pula akan meninggalkannya. Masing-masing kehilangan kata-kata.
Iman mempamer senyuman saat melihat gadis yang bertakhta di dalam hatinya sedang bermenung. Sedang di tangannya pula memegang sehelai baju untuk dilipat. Iman melangkah perlahan. Gadis hitam manis yang digilainya, didekati.
“Dah habis ke kau kemas baju dik?” Iman menegur gadis itu yang sedang dilihatnya termenung.
“Opocot mak kau!” latah Dayana. Dia berpaling mengahadap Iman yang sedang menyengih, membariskan giginya yang tersusun rapi itu.
“Ei, apalah abang ni! Kalau ya pun cubalah bagi salam dulu. Ni tak, main sergah je. Lama-lama kalau macam ni boleh kena sakit jantung tau tak. Abang nak adik mati cepat ke? Huh.” Lily Dayana mengurut dada. Terasa laju degupan jantungnya hingga mahu tertanggal rasanya.
“Tak baik cakap macam tu tau.” Balas Iman. Muka monyok Dayana menjadi tatapannya. Iman gelak mengekek-ngekek. Terasa lucu pula melihat telatah gadis genit itu. Macam-macamlah sayang dia ni. Comel, apabila melihat Dayana begitu.
“Amboi, sejak bila pulak pandai melatah ni?” soal Iman dan menyambung kembali tawanya.
“Sejak besok!” jawab Dayana lalu menjelirkan lidahnya ke arah lelaki itu.
“Orang serius, dia memain pula,” rungut Dayana lagi yang sudah tidak kuasa mahu melayan sepupunya itu. Sudahlah tiada siapa di rumah hanya mereka berdua sahaja. Dari tadi lagi Liana, mak uda dan bapa saudaranya itu keluar. Agaknya adalah mereka ke mana-mana? Seram juga Dayana dengan mamat ulat bulu tu. Bulu romanya mula terasa meremang sekarang. Minta dijauhkanlah segala perkara yang tidak baik darinya.
“Amboi jawapan kau dik tepat, padat dan menyengat lagi.” Jawab Iman. Pantas jarinya mencuit hidung mancung Dayana.
“Ini dah lebih! Main cuit-cuit hidung orang pula.” Bentak Dayana dan tanpa menunggu lebih lama dia bingkas bangun lalu beredar ke laman rumahnya. Dia duduk di bangku yang arwah emaknya sediakan di luar rumah mereka itu. Selalunya pada waktu petang, ada sahaja jiran yang akan datang bersembang dengan emak. Dayana mengalihkan pandangan ke pintu di sebelah kirinya. Di ambang pintu itulah, emak selalu duduk bersandar sambil menjahit. Emak akan melayan jiran-jirannya yang singgah untuk bersembang. Air matanya menitis lagi. Rindu terhadap emak semakin menggunung di dalam hatinya.
“Sayang, sudahlah. Jangan macam ni. Abang kan ada,” pujuk Iman. Dia tidak mampu melihat kesedihan Dayana kerana terasa terpalit pada dirinya juga. Iman mengambil tempat di sebelah Dayana. Tangan kanannya kini memaut bahu gadis hitam manis itu.
‘Ah sudah, dia buat lagi.’ desis Dayana. Dia menolak lembut tangan lelaki itu namun semakin kemas pautannya. Dayana jadi bungkam dan hanya membiarkan sahaja sedang dalam hatinya berharap agar lelaki itu tidak melampaui batasan. Dayana kurang selesa sebenarnya dengan keadaan itu.
“Assalamua’laikum,” ucap satu suara.
‘Siapa pula yang beri salam?’ desisnya. Dayana menoleh ke kanan. Wah, ramainya. Sudah macam rombongan sekolah pula.
“Cikgu. Korang pun ada sama. Ya Allah, rindunya aku kat korang.” Dia bingkas bangun dan menuju ke arah rombongan tersebut yang terselit wajah-wajah yang amat dirinduinya. Terus sahaja Dayana memeluk sahabat-sahabatnya itu. Mata Dayana bertembung dengan Fahim yang hanya tersenyum tawar memandangnya. Jantungnya berdegup pantas.
Fahim terpaksa menyembunyikan riak cemburu di wajahnya. Siapa jejaka itu? Apa hubungan dia dengan gadis pujaannya sehingga berani memeluk Dayana? Persoalan yang hanya mampu dilontarkan di dalam hatinya sahaja. Dia memandang Zaki di sebelah. Bahu Zaki dijongket.
“Lupa nak kenalkan abang sepupu Yana, Amzar Shahiman. Anak pak uda Yana yang banyak membantu. Jomlah, jemput masuk semua. Jemputlah ke rumah Yana yang tak seberapa ni cikgu,” pelawanya sambil bibir menyengih.
“Ada-ada aje kamu ni Dayana..” balas Saparman dan kata-katanya itu menyebabkan mereka semua tertawa.
Riuh rendah suasana di rumah Dayana ketika itu.
“Yana, kau tetap ke dengan keputusan nak pindah tu? Tak boleh ke kalau kau tinggal je kat sini. Mak aku kan ada, kami semua boleh tengok-tengokkan kau.” Soal Fara kepada Dayana sebaik sahaja sahabatnya itu melabuhkan duduknya kembali setelah menghantar Cikgu Saparman pulang.
“Fara, bukan aku tak nak ikut cadangan kau tu. Aku tak mampu. Keadaan sekarang tak memihak pada aku. Arwah mak mesti tak suka kalau aku terlalu bergantung harap pada orang. Selagi aku mampu bertahan, aku akan cuba Fara. Korang janganlah risau, doakan kejayaan aku.” Dayana mula terasa sebak. Dia juga kalau boleh tidak mahu berpisah dengan rakan-rakannya itu. Apa yang boleh dia lakukan lagi? Hidupnya perlukan perhatian yang lebih dewasa.
“Lah, ramai rupanya dalam rumah. Dah lama ke sampai?” sapa Zakaria. Patutlah bersepah kasut berwarna putih di luar rumah tadi. Masing-masing bangun mendapatkannya lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Zakaria kemudiannya duduk di kerusi yang ada di hadapan anak saudaranya itu. Kemudian, muncul pula anaknya Iman yang dari tadi hanya menjadi pemerhati dari luar sana dan mengambil tempat di sebelah Dayana yang kebetulan kosong.
‘Hish sibuk je Abang Iman ni,’ gerutu Dayana dalam hati sambil menjeling.
“Pakcik, tak boleh ke Yana tinggal terus kat sini? Sayang nak berpisah dengan dia. Kami ni dah macam adik beradik pakcik.” Ujar Azreena.
Zakaria menghelakan nafasnya.
“Susah pakcik nak benarkan nak. Siapa yang nak jaga mereka nanti? Siapa pula yang menanggung mereka? Lagipun, Yana dah buat keputusan nak tinggal kat rumah anak yatim. Sedangkan tawaran pakcik nak jaga mereka pun ditolak inikan pula permintaan kamu, nak.” Terang Zakaria.
“Percayalah kalau keadaan mengizinkan, aku sesekali takkan berpisah dengan korang tapi aku tak mampu. Mengertilah, berat keputusan yang aku ambil ni.” Luah Dayana kepada mereka. Bergenang air mata Dayana.
Suasana sepi seketika.
“Tak apa adik-adik semua, janganlah risau. Abang akan jaga kawan korang ni ibarat menjaga nyawa abang sendiri. Kalau korang nak tahu, abang sayangkan kawan korang ni lebih dari diri abang sendiri tau,” Tiba-tiba mamat sengal itu bersuara. Sempat lagi dia mengenyitkan mata kepada Dayana.
‘Ei, sabar je aku dengan perangai kurang semenggah dia ni. Ada ke patut dia kata macam tu pada kawan-kawan aku?’ Dayana merengus sendirian. Matanya dijulingkan ke atas. Bibir bawahnya sudah digigit, menahan geram.
Fahim tergamam dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Hatinya benar-benar dipaut rasa cemburu. Takkanlah seorang abang sepupu sanggup melayan adik sepupunya sampai macam itu sekali? Ah, mungkin mereka rapat sejak dari kecil agaknya. Fahim memujuk dirinya sendiri, cuba membuang pemikiran songsang yang sudah mahu menerjah benaknya itu. Lantas dia memberi isyarat pada Sofia.
“Er, Yana. Jom, kita ke luar kejap. Ada benda aku nak beritahu kaulah. Jomlah,” Lantas ditariknya tangan Dayana agar bangun dari kerusi. Tanpa banyak soal, Dayana bingkas bangkit dan mengikut Sofia ke luar.
Dari luar rumah, kedengaran riuh suara Fara dan yang lain bertanyakan itu dan ini kepada sepupunya itu. Memang dia akui bahawa sepupunya itu adalah seorang lelaki yang sangat peramah. Sebab itulah dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja kerana sikap ramahnya itu. Dengan Dayana pula, ramah-tamah dia lain macam, sudah jadi terlebih ramah pula hingga lemas Dayana dengan perangainya. Sudahlah tu, tidak makan saman pula walaupun telah berkali-kali diingatkan supaya tidak keterlaluan.
“Ada apa Sofia kau ajak aku ke luar ni? Penting sangat ke hal kau tu?” soalnya. Dayana melabuhkan duduk di sebelah Sofia. Berdebar-debar pula hatinya. Apalah agaknya perkara penting yang mahu Sofia sampaikan?
“Macam ni Yana. Esok, kau nak pergi sekolah, kan? Lepas selesai urusan kau, jangan balik lagi. Kau tunggu kat pondok dekat pagar sekolah tu. Ada hal sikit aku nak sembang dengan kau kat sana. Nanti kita balik sama-sama.” Terang Sofia.
Dayana mengerutkan keningnya dan kini sedang memandang Sofia atas, bawah. Pandangan yang menunjukan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan Sofia yangmasih tergantung itu.
“Apa yang rahsia sangat ni Sofia? Tak boleh ke kau beritahu kat sini je.Kau ni kan, suka buat aku jantung aku dug..dag,” kata Dayana yang tidak berpuas hati.
“Kau ni Yana, cubalah belajar sabarsikit. Esok okey aku beritahu kau. Sabar, jangan lekas merajuk.” Pujuk Sofia. Sengaja dia mahu mendera hati Dayana. Bukan dia tidak nampak reaksi Dayana yang tidak berpuas hati tiu. Sofia tersengih.
“Dah macam kerang busuk kau sengih macam tu. Aku cubit juga pipi kau tu nanti, baru kau tahu macam mana sakitnya. Yalah, aku tunggu kau esok. Kalau cerita kau tak buat aku berdebar, siap kau.” Dayana sengaja mengeraskan nada suaranya. Macamlah keras sangat amarannya itu.
Sofia mengangkat tangan kanannya seperti orang sedang berikrar pula. Mereka tergelak bersama-sama. Pastinya Dayana akan merindui semua kenangan ini kelak. Akan dia bawa kenangan bersama semua temannya di sini.
Last edited by wipers81 on 2-5-2014 05:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
iman ni betul mianglah... nak bg masalah pd dayana lg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 18
Saat Dayana terpandang kain pasang yang baru dibeli oleh emak, hatinya sebak. Beria-ia emak mahu mereka semua memakainya di pagi hari raya nanti. Keinginan yang tinggal kenangan kerana hasrat emak tidak kesampaian. Kain-kain itu dibelek-beleknya. Baru hari ini dia berkesempatan menjengah kawasan yang dulunya sering menjadi tempat larangan untuknya. Arwah emak selalu berpesan kepada mereka berdua, ‘jangan pergi kat situ nanti terpijak jarum’.
“Dik, kau kenapa?” tanya Liana yang kebetulan melalui ruangan itu. Dia mendekati adik kembarnya yang sedang duduk bersila sedang di depannya terdapat selonggok kain.
“Kak, cuba kau tengok baju raya kita ni. Tengok, mak cuma sempat potong baju dia dengan kau je kak,” kata Dayana dengan penuh nada sebak. Dia menunjukkan kain itu kepada Liana yang sudah bersila di sebelahnya. Liana menyambutnya, membawa kain itu ke pipi. Matanya kelihatan berair.
“Habis tu, baju kau macam mana dik? Aku bukan reti nak potong baju ni.” Balasnya. Selama ini, dia memang tidak pernah menunjukan sebarang minat dengan apa yang emak dan Dayana buat. Bukan arwah emaknya tidak pernah suruh dia belajar, dia sahaja yang selalu pekakkan telinga enggan mempelajari semuanya. Baginya, memadai jika Dayana sahaja yang pandai. Dia meletakkan kembali kain itu ke ribanya dan memandang ke arah Dayana.
“Aku cuba kak. Aku rasa, aku boleh potong kalau aku ikut contoh yang mak buat kat baju kau. Lagipun, aku kan selalu tengok arwah mak potong baju orang. Insya Allah, aku akan cuba kak..” balas Dayana, agak bersemangat.
“Kalau kau yakin, tak apa dik. Sempat ke? Bulan puasa lagi seminggu je ni? Kita pun, lusa dah nak pindah.” ujar Liana.
“Ya tak ya juga kak. Macam mana aku boleh lupa bulan puasa dah makin dekat. Aku cuba kak, malam ni,” ikrar Dayana.
“Aku yakin kau boleh dik. Tak apalah, aku pergi depan kejap. Nak tolong mak uda kemas kat sana. Aku pergi dulu.” Liana bangun lalu meninggalkan Dayana keseorangan di situ.
Ternyata, ketiadaan emak masih belum cukup untuk merapatkan hubungan mereka. Terasa kekok untuk Liana menjadikan adik kembarnya sebagai tempat mengadu. Selama beberapa hari ini, mak udalah yang menjadi pendengar setia setiap luahan hatinya.
Dayana merenung ke arah kain-kain itu. Dia akan cuba sedaya upaya melaksanakan misinya itu. Dia perlu berusaha untuk menjadikan impian emaknya menjadi kenyataan. Niat yang dipasang oleh emak untuk memakai baju raya sedondon tahun ini akan dia laksanakan. Dayana mahu mereka berdua memakai baju itu apabila menziarahi pusara emak di pagi hari raya nanti. Itu adalah azamnya.
Dayana sedikit kepenatan hari ini. Terasa seperti mahu tertanggal sahaja segala sendi tulangnya kerana seharian mengemas rumah tanpa henti. Seharian mereka membanting tulang. Hampir separuh barang di dalam rumahnya sudah dikemas. Dayana berjalan perlahan menuju ke ruang menjahit emak. Hanya ruangan itu yang masih belum diusik. Dia akan memulakan misi memotong bajunya. Bertungkus lumus dia memerah otak, mengingati langkah demi langkah yang emaknya lakukan dulu.
Dayana langsung tidak menyedari, rupa-rupanya ada pemerhati setia yang sedang berdiri di sebalik tiang sambil memeluk tubuh. Lama juga pemerhati itu berdiri di sana, memerhatikan gelagat Dayana sehingga tersungging senyuman di bibir yang berkumis nipis di atasnya. Ketampanannya semakin terserlah sekarang dilengkapkan lagi dengan tubuhnya yang sasa. Bukan tiada perempuan di luar sana yang menggilainya tetapi hatinya benar-benar sudah tertawan dengan gadis hitam manis itu. Dia mendekati gadis itu..
“Ehem! Amboi..amboi, pandainya buah hati abang ni potong baju.” Tegurannya itu mengundang,
“Opocot kau hantu sengal!” latah Dayana. Pantas dia berpaling menghadap Iman. Mujur baik gunting di tangannya tidak dibaling ke arah lelaki itu. Tak ke naya akan jadi kes pembunuhan pula nanti? Tak pasal-pasal usia mudanya akan dihabiskan di dalam penjara pula.
“Hesy, apa ni Abang Iman? Nasib baik gunting ni tak terpacak kat dahi abang tu. Kalau tak... Tak paham bahasa kebangsaan ke? Dah tak reti nak bagi salam ke hah!” Sedikit tinggi nada suaranya.
‘Kenapalah lelaki ni suka sangat buat aku terkejut. Dia ni memang nak sangat aku mati kena serangan jantung agaknya.” Monolog Dayana. Kembang kempis hidung mancungnya itu menarik dan menghembus nafas. Rasa terkejut, masih bersisa lagi. Degup jantungnya, bagai tidak mahu memperlahankan rentak. Dayana mengurut dada, sedikit ketenangan cuba diresap.
“Oh, kena bagi salam ya. Okeylah, Assalamualaikum. Okey tak kalau macam tu?” balas Iman pula. Gerun juga sebenarnya jika apa yang dikata oleh Dayana itu menjadi kenyataan tapi tak ada apa-apa pun yang berlaku.
“Ei...” Dayana mengetap giginya. Dia memandang wajah lelaki itu dengan pandangan yang sarat dengan rasa geram. Tawa Iman terhambur.
“Cubalah serius sikit. Benda tak jadi kalau boleh jangan bagi jadi kenyataan. Masa tu, menyesal pun tak guna dah.” Dayana meleteri abang sepupunya itu. Serius mimik mukanya. Lelaki itu suka bergurau tetapi kadangkala tidak kena pada tempatnya. Pesanan perlu diberi, bimbang jika gurauan membawa padah buruk.
“Janganlah marah. Okey, abang minta maaf tapi abang sukalah tengok muka adik kalau marah. Comel je. Ei geram abang tengok, rasa macam nak cubit-cubit je pipi yang ada lesung pipit tu,” gurau Iman tanpa menghiraukan Dayana yang sedang menahan marah.
Kedengaran Dayana merengus, lelaki ini memang tidak faham bahasa atau sengaja buat-buat tidak faham?
“Memang abang ni tak pergi sekolah ke? Nama aje belajar tinggi, seiring dengan bebal abang yang bertingkat-tingkat tu.” Hambur Dayana lagi. Kan sudah terkasar bahasanya. Dikecilkan mata yang sedang memandang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu atas, bawah.
“Amboi, garangnya dia,” usik Iman. Muka Dayana sudah semakin mencuka. Monyok usah dikatalah, makin bertambah-tambah.
“Wahai cik abang yang gagal bahasa kebangsaan, itu namanya bukan garang tapi itu namanya ‘encik dah buat saya marah, faham!’ Dah berapa lama abang jadi pengawal kat tiang tu?” soal Dayana.
“Lamalah juga. Sampai ada masa orang tu menyanyi pun sempat abang dengar.” Seloroh Iman.
“Hmm..” rengus Dayana sambil matanya sekejap-sekejap dilarikan ke arah lelaki itu. Sebenarnya, terdetik juga bimbang di hatinya, manalah tahu perangai ulat bulu yang tak cukup bulu lelaki itu datang semula. Meremang bulu romanya tiba-tiba. Hesy seram!
“Wah ayat kau tadi dik, pergh macam power rangers. Hai sejak bila pandai marah-marah ni, sayang?” usiknya lagi. Semakin seronok pula Iman menyakat gadis itu dan semakin comel pula wajah Dayana pada pandangannya.
‘Hah, power rangers dikatanya aku. Apa, ingat aku ni budak-budak tadika ke? Dah tua bangka macam ni pun masih tengok rancangan power rangers tu ke? Alamak! Dia dah makin dekat dengan akulah. Hah sudah, mana kau pergi kak? Macam mana dia boleh terlepas pula ni? Ya, Allah, selamatkanlah hambaMu ini,’ doa Dayana dalam hati.
Lelaki itu kelihatan semakin mendekatinya. Dayana menelan air liur yang terasa kelat itu. Di dalam kepala, sibuk memikirkan cara bagaimana mahu melepaskan diri dari lelaki yang digelar mamat ulat bulu olehnya itu. Akhirnya, mentol di kepala Dayana menyala, tanda dia sudah mendapat satu akal.
“Ya mak uda! Kejap ya, adik datang ni,” laung gadis itu tiba-tiba.
Sedikit tersentak Iman padahal tidak pula kedengaran suara emaknya memanggil gadis itu. Iman perasan bagaimana tindak-tanduk Dayana yang mahu meloloskan diri darinya. Sebaik sahaja gadis itu mulai mendekati, laju sahaja Iman menyuakan tangan dengan tujuan mahu menarik lengan gadis itu tetapi dia gagal kerana gadis itu dapat membaca taktiknya. Iman sedikit mengeluh dan kemudian tersengih apabila melihat telatah lucu gadis itu. Gigih gadis hitam manis itu mahu melepaskan diri darinya.
“Padan muka,” kata Dayana. Dia menjelirkan lidahnya kepada Iman yang sedang menyengih itu.
‘Tak apa, kalau dia buat perangai macam tu lagi, aku suruh pak uda hantar anak lelaki dia tu kat sekolah agama semula,’ gumam Dayana sambil berlalu pergi. Puas hatinya kerana dapat meloloskan diri dari Iman.
Last edited by wipers81 on 2-5-2014 06:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 19
Puas hati Dayana pagi ini. Cadangan sepupunya yang mahu membawa mereka ke sekolah ditolak mentah-mentah oleh pak udanya. Dayana telah meminta pak uda yang membawa mereka dengan alasan Iman masih muda, manalah dia tahu bagaimana hendak menguruskan hal-hal berkaitan dengan pertukaran sekolah mereka itu. Nampak sangat lelaki itu kecewa dengan tindakannya. Hahaha… padan dengan muka hantu ulat bulu yang sengal itu.
Kini, slip keputusan sedang berada di tangan mereka berdua. Dengan lafaz kalimah Bismillah... mereka membukanya.
“Syukur, Alhamdulillah. Ya Allah, pak uda, adik lulus!” Dayana hampir sahaja melompat kerana terlalu gembira. Mana tidaknya, keputusan peperiksaannya sangat memberangsangkan.
“Mak, adik lulus mak. Adik lulus!” kata Dayana lagi. Air matanya mula mengalir di pipi.
“Alhamdulillah. Tahniah dik. Pak uda bangga dengan kau nak.” Dia memaut bahu Dayana.
Dayana menoleh ke arah bapa saudaranya itu. Agak janggal pula Dayana dengan respon pak udanya itu tetapi dia biarkan sahaja. Bukan sesiapa pun, bapa saudaranya juga.
“Aku tak sangka, aku pun lulus dik. Ingatkan, keputusanaku teruk,” kata Liana sambil tersenyum melihat slip keputusannya. Baginya, satu keputusan yang agak memberangsangkan kerana Liana sedar yang dia agak sederhana dalam pelajaran.
“Tahniah kak. Pak uda bangga dengan korang berdua.” Ucap Zakaria lagi. Kali ini Liana dalam pautannya pula.
Pantas sungguh masa yang berlalu umpama sebuah roket yang sedang naik ke angkasa. Kerana sibuk mengurus segala dokumen yang berkenaan, sedar-sedar sahaja jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Liana telah pulang bersama pak uda, mahu habiskan mengemas katanya. Seperti yang dijanjikan, Dayana menunggu di pondok yang dikatakan oleh Sofia. Dia melabuhkan duduknya ke atas kerusi batu yang ada di situ.
Serta-merta ingatannya terimbau semasa dia sedang sibuk menguruskan segala dokumen yang berkenaan di pejabat sekolah tadi. Dia ternampak rakan-rakannya sedang menikmati makanan di kantin. Sengaja Dayana tidak mahu mengganggu mereka. Hanya sekadar memerhatikan mereka dari jauh dengan linangan air mata. Alangkah bahagianya jika dia juga berada di dalam kelompok itu. Dayana menyeka air matanya yang tiba-tiba sahaja bergenang. Dia kembali mengelamun sambil menanti kehadiran sahabat-sahabatnya yang lain.
“Hai Yana!” sergah suara itu secara tiba-tiba. Dayana pun apa lagi,
“Opocot kau ulat bulu,” aksi lompatan terkejut dipamerkan olehnya ketika itu. Mana tidaknya kerana terkejut terus sahaja dia meloncat dari kerusi yang sedang didudukinya lalu dengan imbangan yang tidak stabil dia jatuh terduduk di atas rumput. Terasa kebas punggungnya itu. Auch, sengal rasa punggungnya sekarang. Kedengaran suara orang mentertawakannya. Dia memandang Sofia, geramnya dia.
“Yana, Yana. Sejak bila pula kau belajar melatah ni sampai macam tu sekali kau melompat. Macam-macam benda baru kau belajar sekarang. Esok-esok ni, entah apa pula yang kau belajar, Yana? Jangan belajar bersilat sudahlah. Karang tak pasal-pasal masuk hospital pula makhluk yang kena silat dengan kau.” Ujarnya. Sebaik habis berkata-kata, Sofia menyambung gelaknya yang mengekek-ngekek itu. Tetapi tidak lama. Apabila Sofia menyedari Dayana sedang terkial-kial mahu berdiri, tergesa-gesa dia menuju ke arah gadis itu untuk membantu.
Sebaik Dayana dapat berdiri dengan stabil barulah dia perasan, Fahim dan Zaki juga turut berada di situ dan sedang tersenyum sumbing. Alamak, malunya Dayana. Mana nak disorokkan mukanya itu. Senyuman yang terhias indah di bibir dua jejaka itu terasa seperti mengejeknya pula. Lirikan matanya dilarikan dari mereka berdua yang tidak langsung mengendurkan sengihan.
‘Diorang nampak tak aksi lompatan aku tadi. Malunya aku. Magik oh magik, mana kau menghilang ni? Patutnya aku yang hilang sekarang,’ gumam Dayana. Panas mukanya ketika ini. Dia memalingkan semula wajah ke arah Sofia.
“Aku cukup pantang kalau orang main sergah-sergah aku, tau tak! Kenapalah aku ditakdirkan bertemu dengan makhluk yang kureng macam kau ni? Dekat rumah aku pun ada satu. Ei menyampahnya aku,” gerutu Dayana dan Sofia hanya tersengih memandangnya sambil mejungkitkan bahu.
“Eh..eh, marahlah pulakawan aku ni. Yalah Lily Dayana, maafkan patik wahai tuan puteri. Ampunkan patik penunggu gua. Ampunkan patik penunggu gua,” gurau Sofia.
“Euw… perli aku ke kau ni Sofia? Ada ke muka aku ni macam muka penunggu gua? Buruk sangat ke muka aku ni? Agak-agaklah Sofia. Aku, kalau jadi penunggu gua yang pasti kau adalah orang pertama dijadikan tahanan dalam gua tu tau. Ni satu lagi, kenapa diorang berdua tu pun ada sama?” Dayana berbisik ke telinga Sofia sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah dua jejaka yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka itu.
“Tengok, seronok sangat gelakkan kau sampai aku lupa tujuan aku ke sini. Sebenarnya Yana, bukan aku yang nak jumpa kau. Adalah orang tu yang beria-ia minta tolong kat aku. Ada perkara yang dia nak cakap kat kau. Tu Fahim, dialah orangnya. Aku tunggu kau dekat sanalah ya. Tak naklah kacau daun.” Ujarnya lalu meninggalkan Dayana berdua dengan Fahim di pondok itu. Dayana terpinga-pinga.
‘Aduh, malunya aku. Dahlah masa balik sekarang ni. Banyak pula mata yang memandang.’ Bisik hati kecil Dayana, dia menundukkan wajah. Apa yang direnungnya pada meja batu itu, tidak tahulah?
“Emm, Lily Dayana. Saya minta maaf kalau permintaan saya ni buat awak tak selesa. Macam mana pun saya kena luahkan juga. Takut tak sempat nanti. Saya dah tak mampu memendam rasa hati saya ni. Sebenarnya, tujuan saya nak jumpa awak hari ni untuk dapatkan kepastian. Sudikah awak mendengar luahan hati saya ni, Yana?” Fahim memulakan bicara setelah beberapa minit suasana sepi. Terasa seperti sedang melontarkan apa yang ada di dalam skrip drama pula.
Hati Dayana berdebar-debar. Romantik gila suara jejaka itu.
“Bergantunglah pada apa yang awak nak luahkan Fahim. Insya Allah, saya akan cuba menjadi pendengar yang baik.” Balas Dayana juga macam di dalam skrip. Formal gila dia rasakan saat ini.
Fahim tersenyum. Sempat lagi dia menguntum senyum sudahlah Dayana sedang menahan gabranya sekarang.
“Sebenarnya Yana, saya sukakan awak dari dulu lagi. Hati saya terpaut dengan awak dan ia semakin menebal dari hari ke hari. Dah tentu saya akan terus melamar awak menjadi permaisuri saya kalau kita di alam dewasa. Saya..saya,” tergantung di situ ayatnya namun sudah cukup untuk membuat Dayana terkesima.
‘Eh biar betul dia ni? Ni sorang lagi macam Abang Iman tapi nasib baiklah aku minat kat kau. Kalaulah kita dah dewasa, nak aje aku kata ya. Rasa macam terlebih jiwang pula, macam tak sesuai je untuk umur macam aku yang muda belia ni.’ Soal balas yang berlaku dalam diri Dayana. Dia hampir tersenyum namun cepat-cepat membantutkannya.
“Fahim, terima kasih kerana akhirnya awak sudi juga meluahkan kata-kata keramat tu hari ini. Ternyata, selama ini saya tak bertepuk sebelah tangan. Sayangnya Fahim, bagi saya dah terlewat. Awak pun tahukan yang saya akan pergi tak lama lagi. Mana mungkin hubungan ni diteruskan. Kalau orang lain, tentu bahagia bila orang yang disukai turut sama memendam rasa. Apakan daya, saya tak mampu menerima cinta awak tu Fahim. Saya tak mampu.” Balas Dayana setelah berjaya meredakan sedikit gundah di hatinya itu.
“Yana, izinkan saya untuk terus menyayangi awak. Saya berjanji akan setia menanti awak selama mana pun. Dalam hati saya ni dah penuh dengan nama awak Yana, hingga melimpah ruah. Tolonglah berikan saya hak untuk menunggu awak.” Rayu Fahim.
‘Aduh, romantisnya madah dia ni. Tahulah penyajak tersohor di sekolah ni. Terasa macam dalam drama pula sekarang. Sesak pula otak aku nak fikirkan jawapannya.” Monolog Dayana. Hatinya sudah hampir cair sekarang.
“Fahim, siapalah saya untuk memberikan hak tu pada awak. Sedangkan, perjalanan hidup saya selepas ini sudah tentu banyak likunya. Saya tak tahu di mana akan saya berhenti dan sampai bila? Saya tak tahu Fahim, sampai bila saya mampu bertahan? Saya tak mahu terlalu meletakkan sebarang harapan dalam hubungan ini dan saya harap awak pun macam tu. Saya akui, saya juga sukakan awak tapi saya tak kuat untuk menyemarakkan rasa sayang saya pada awak sedangkan hidup saya terumbang-ambing sekarang.” Berjaya juga dia menyusun ayat. Kalau dibuat sajak, mesti laku ni. Tiba-tiba Dayana merasa sebak. Dia memejamkan mata, cuba menahan rasa sebak yang kian hebat melanda dirinya itu.
“Saya sanggup menunggu selama yang mungkin. Ambillah banyak mana masa yang awak perlukan Yana. Hati saya tetap padaawak. Tolonglah, jangan menidakkan hak saya ni atau awak sebenarnya sudah ada pilihan hati yang lain? Adakah dia lelaki tempoh hari?” Fahmi benar-benar inginkan kepastian.
Ah sudah. Masak Dayana macam ni. Dia tahu siapa yang Fahim maksudkan. Tidak pasal-pasal mamat ulat bulu itu mahu dipadankan dengannya. Minta simpanglah. Bukanlah dia nak mengada-ngada, mana mungkin dia boleh menerima lelaki itu untuk menjadi kekasih hatinya. Lainlah kalau Fahim.
“Hah. Maksud awak, Abang Iman? Oh, tak mungkin Fahim. Kalau awak nak tahu antara kami memang tak ada apa-apa hubungan selain sepupu, ya. Saya hanya anggap dia macam abang saya sendiri dan kami memang tak sesuai bersama begitu juga dengan awak. Saya tak sepadan dengan awak Fahim. Banyak kekurangan dan kelemahan saya. Tambahan pula dengan status saya sebagai seorang anak yatim piatu, mana mungkin bagi saya untuk memikirkan soal cinta. Masa depan saya dan kembar adalah yang utama sekarang. Kami perlu mencari hala tuju hidup kami. Saya akan belajar untuk membebaskan awak dari hati saya dan saya harap awak pun begitu juga. Berpijaklah di bumi yang nyata Fahim,” kemudian Fahim mencelah,
“Tapi Yana, saya...” Dayana mencelah kembali.
“Awak dan saya tak mungkin akan bersama Fahim. Janganlah awak menyeksa diri hanya kerana perempuan seperti saya yang masih kabur masa depan. Tolong jangan buat saya menyalahkan diri saya Fahim. Jangan buat saya tak dapat maafkan diri andai ada antara kita yang akan kecewa kelak. Saya takut, saya fobia. Seperti seorang demi seorang orang yang saya sayangi pergi meninggalkan saya. Awak tahu tak, saya rasa seolah-olah saya ni pembawa malang!” sedikit tinggi nada Dayana saat ini. Ya, itulah yang diarasakan. Air matanya terus sahaja merembes keluar dengan laju.
Fahim terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut Dayana. Dia meraup mukanya. Betapa banyak ujian dan dugaan menimpa gadis itu hingga begitu sekali dia menganggap dirinya. Fahim perlu tenang dan tidak mahu melatah. Dia juga perlu menasihati Dayana supaya tidak terus hanyut dengan perasaannya itu. Bimbang jika tidak diubati hati dan perasaan gadis itu akan tercalar imannya kelak. Dayana tidak bersalah, dalam usia semuda itu banyak dugaan yang dia tempuhi dan Fahim tidak dapat membayangkan jika dia yang berada di tempat gadis itu sekarang, apa akan dia lakukan?
Bagi Dayana pula ada sebab dia merasakan begitu kerana bapanya pergi meninggalkannya dan Liana kemudian selang sepuluh tahun emaknya pula menyusul. Dia takut kerana pada telahannya, sesiapa yang berdamping dengannya akan ditimpa nasib yang sama. Dayana tersedar kemudiannya.
‘Ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali aku fikirkan. Ya Allah, berdosanya aku. Ampunilah hambaMu ini, Ya Allah. Terlalu melayan perasaan hingga hampir-hampir mengikut telunjuk syaitan yang menyesatkan,’ rintih Dayana memohon keampunan. Kenapa dia perlu mempertikaikan takdir yang Allah S.W.T ciptakan untuknya? Dayana beristighfar di dalam hati apabila menyedari khilafnya sebentar tadi. Itulah padahnya jika terlalu mengikut telunjuk syaitan yang sering melalaikan manusia. Astaghfirulallahalazim, Dayana menutup muka dengan kedua tapak tangan.
“Janganlah macam ni Yana. Semua itu takdir yang tercipta untuk awak. Derita itu manis dan bahagia itu pahit. Percayalah, satu hari nanti awak akan faham ungkapan saya tu. Baiklah Yana, saya takkan paksa awak lagi. Saya akan terus berdoa semoga pintu hati awak akan terbuka untuk saya. Ingatlah, di sini ada seseorang yang menantikan awak. Andai terbukanya pintu hati awak untuk saya, di tempat inilah akan menjadi saksi. Saya yakin, awak akan kembali semula ke sini. Selamat tinggal saya ucapkan pada awak.” Balas Fahim lantas bangun meninggalkan gadis itu. Sedikit pun dia tidak menoleh melihat bagaimana reaksi Dayana. Dayana adalah jodohnya jika sudah tertulis dalam hamparan suratan dirinya sejak azali.
Dayana terkedu! Pantas sahaja air matanya mengalir lagi.
‘Kenapa harus saya Fahim? Kenapa awak terlalu yakin saya akan kembali ke sini Fahim?’ soalnya dalam hati. Air matanya mengalir dan terus mengalir lagi. Kalau diturutkan hatinya sudah tentu dia sudi menerima lelaki itu namun apakan dayanya. Apakah masih ada sinar yang menantinya? Biarlah masa yang menentukan segalanya. Cinta di usia muda memang tidak pernah menjanjikan kebahagian berpanjangan. Biarlah semuanya berlalu begitu sahaja. Segala ketentuan di masa hadapan, bukan di tangan mereka.
Last edited by wipers81 on 2-5-2014 06:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
iman2...tak habis2 nak buat adik sengsara... pegi jelah pd liana tu... jgn kacau adik boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|