AceHand posted on 27-3-2014 01:34 AM
Citer tu aku suka gak tu... Tapi dia dari novel ke...?
kembara seniman jalan bkn dari novel, komik. skrip dari m nasir.
lari topik sikit bos...
Kembara Seniman Jalanan adalah sebuah filem Malaysia yang diarahkan oleh Nasir Jani dan M.Nasir selaku penulis skrip. Filem yang ditayangkan kepada umum pada Februari 1986 ini telah dibintangi oleh M.Nasir sendiri dan artis-artis seperti:- Filem ini diterbitkan oleh Zarul Al-Bakri melalui ZSA Holdings Sdn Bhd. Filem ini dimulai dengan paparan warna-warna lukisan pelukis tempatan seperti S Amin Shahab, M Nasir, Mohd Din dan dibayangi dengan imej watak utama iaitu M Nasir sendiri sebagai Jebat atau Bujang.
SinopsisBujang yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman.
Hal ini hanya disedari setelah Bujang ke gerai burger milik Imuda (Brader Joe) untuk mengalas perut sebelum meneruskan tujuan ke Studio rakaman milik En Johan, seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang terlibat dengan cetak rompak. Akibatnya Bujang terpaksa makan burger tidak berbayar.
Sesampai di studio rakaman , Bujang terpaksa menunggu lama dan disuruh pulang dan datang semula esok harinya oleh En Johan kerana alasan sibuk dan tidak mahu melayan Bujang. Bujang berjumpa semula dengan Osman selepas itu di gerai Brader Joe. Bujang nampak Osman ada disitu dan terus menyerang Osman tetapi berjaya di halang oleh Brader Joe dan Siso. Kemudian Osman memohon maaf dan mengajak Bujang tinggal bersama di rumah "tinggal" di ibu kota. Keesokan harinya Bujang kembali ke studio rakaman dan apabila tiba giliran ujibakat, dia dipersendakan dan diperlekehkan oleh En Johan kerana penampilan yang "rugged". Bujang mendendangkan lagu "Rupa Tanpa Wajah" secara akustik dan dalam diam-diam En Johan, telah merakam dan menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar bernama Fareez.Disitu juga Bujang bertemu dengan Khaty , seorang wartawan hiburan.
Bujang yang tiada mendapat peluang menjadi artis rakaman telah didorong oleh Brader Joe supaya membuat persembahan secara terbuka "basking" di kaki lima bangunan-bangunan. Biasanya dia ditemani oleh Osman yang turut mengambil kesempatan menyeluk saku.Mereka adakalanya dihalau oleh Pihak Berkuasa kerana dituduh mengemis.dR Sam dan Neeruam , juga pengusaha syarikat rakaman turut mencari-cari bakat baru untuk diketengahkan.
Suatu hari Khaty telah dipanggil oleh En Johan untuk mendengar lagu dari album terbaru Fareez. En Johan cuba merasuah Khaty dengan wang suapan supaya mempromosikan album itu. Khaty terserempak dengan Bujang yang menyanyi di tepi jalan, dan bertanyakan lagu yang dinyanyikan serupa dengan lagu Fareez. Barulah Bujang sedar yang karya beliau telah dirakam rompak dan diciplak. Beliau dan Osman telah mengamuk dalam satu majlis promosi dan pradengar album Fareez di sebuah hotel terkemuka di ibukota. Mereka berdua kemudiannya telah ditahan dan dipenjarakan.
Neeruam telah mengikat jamin Bujang dan Osman . Kemudian mereka menjadi artis syarikat rakaman dR Sam bersama artis lain seperti Search, Blues Gang dan Sweet Charity.
copy paste kembara seniman jalanan
|