CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: harizs

Punca Penceraian sbb wanita tak tau mrk kena taat suami mcm anak taat Mak dia

[Copy link]
Post time 5-3-2014 04:43 PM | Show all posts
So sad to read people commenting about how the article is such a long winded article...come on..it contains just 2529 words;including the title...itupun panjang sangat ke nak baca...haih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2014 04:55 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 5-3-2014 04:43 PM
So sad to read people commenting about how the article is such a long winded article...come on..it c ...

Masalahnya Elle....artikel tu "kurang baik" dan membawa imej buruk terhadap Islam..


Uncle bagi contoh....dlm tu...

Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?

Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..






Sedangkan....cuba rujuk Surah At Tahrim Ayat 11..





And Allah presents an example of those who believed: the wife of Pharaoh, when she said, "My Lord, build for me near You a house in Paradise and save me from Pharaoh and his deeds and save me from the wrongdoing people."



Nampak tak.....?  Asiah Isteri Firaun tak ada menunjukkan taat pada kekafiran Firaun....Malahan, dgn kekuasaan firaun yg melampau, Asiah hanya mampu mengandu pada Allah swt & Aduan Asiah dirakam dalam Al Quraan Surah At Tahrim Ayat 11 !


Dia sebut.. "WA NAJINNI MIN FIRAUN!....


Uncle cukup tak faham kenapa org menimbulkan kisah Asiah supaya Isteri taat membabi buta kpd Suami...Padahal terang terang dalam Al Quraan meyatakan yg sebaliknya!


p/s : Uncle TIDAK MENAFSIR...hanya membawa maksud ayat...harap maklum..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 05:14 PM | Show all posts

Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?




Kita baca jawaban Ustaz Zaharuddin..


Jika suami TIDAK mendirikan solat fardhu, itu adalah virus utama pencetus masalah rumahtangga & agama. Inilah suami 'keladak' yang tidak membawa kepada isteri dan keluarga KECUALI kemudaratan dan masalah bermula di dunia hinggalah ke akhirat.


Dua jalan perlu dipertimbang, usaha agar dia TAUBAT segera atau tuntut FASAKH





YA.....ISLAM BENARKAN UTK CERAIKAN (FASAKH ) LELAKI YG TAK SOLAT (atau lain lain ketaatan) !
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 05:18 PM | Show all posts
burungantu posted on 5-3-2014 04:55 PM
Masalahnya Elle....artikel tu "kurang baik" dan membawa imej buruk terhadap Islam..

Salam uncle Owl...

hehe..janganlah marah kat kita uncle...*hidang kopi latte utk uncle Owl..*

I didn;t say the article is good or bad..eventhough I enjoy reading it cuz the writer is kind of funny... kalkulator...lol...
cuma sedih people commenting that it is too long...kalau tak baca habis macam mana nak analyze the article good or bad kan....macam contoh uncle bagi tu..perlu baca atleast 950 words to get to that point..kalau malas nak baca sampai kat situ macam mana nak value the statement is true or not kan.....

Nampak tak.....?  Asiah Isteri Firaun tak ada menunjukkan taat pada kekafiran Firaun....Malahan, dgn kekuasaan firaun yg melampau, Asiah hanya mampu mengandu pada Allah swt & Aduan Asiah dirakam dalam Al Quraan Surah At Tahrim Ayat 11 !
this is new to me...sebab selalunya orang akan kaitkan ketaatan pada suami sebagaimana Asiah taat pada suami beliau,Firaun...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 05:22 PM | Show all posts
NorAddin posted on 5-3-2014 04:30 PM
salam

seperti saya stated kat atas ..

In Sya Allah..Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 06:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2014 06:20 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 5-3-2014 05:18 PM
Salam uncle Owl...

hehe..janganlah marah kat kita uncle...*hidang kopi latte utk uncle Owl..* { ...

walaikumussalam warahmatullah Elle..

  uncle marah bukan apa....
takkan kopi je...biskutnya mana?...
(tak ada biskut..cheese kek pun jadi laaa....)

nah bunga...



Elle....baca le yg Uncle kopi pulak kat sinun...

Jelas Rasullullah s.a.w sangat baik terhadap isteri.....


Ayat "Wa najjini min "..tu maksudnya ...dan selamatkan aku dari"...kan Isteri Firaun minta Allah selamatkan dia dari Firaun!....


Kalau snowwhite kata kat prince Charming....."selamatkan aku dari Naga".....adakah Price Carming akan faham yg snow white redho duduk dengan naga?

Huraian simple Uncel gitu...

(sekali lagi...Uncle bukan menafsir...ilmu Tafsir merujuk Ilmu yg amat tinggi....just buat cth ayat je..)


elle rajin membaca...tu yg nak buat menatu tu..ops..




Uncle nak tambah komen tentang "leter" kat artikel TT.....


Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!

Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..





Cuba bandingkan dengan Kisah Saidina Umar Al Faruq....seorang yg terkenal amat garang!

Hingga sewaktu Hijrah...tak ada siapa yg berani halang Syaidina Umar berhijrah dgn penuh bergaya!

sewaktu dah jadi AmirulMukminin!..Empayar Islam...!



seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umaral-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya.

Maka dia berhenti dihadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar.

Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja.

Melihat yang demikian pulanglahlelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri:

“jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.”

Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut:

“wahai Amirulmukminin aku datang ke rumah mu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin.



Maka Umar al-Khattabmenjawab:

“wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteri ku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku,
dialah yang memasak kan untuk ku,
membuat roti untukku,
membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku,
sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya.
Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku."



Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”.

Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”






Bukankah Sahabat Rasullullah ...Iaitu Syaidina Umar R.A patut sekali menjadi tauladan pada para lelaki!

Pahlawan hebat, tapi....dengan Isteri.....lembutt je..



"tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah?"
Syaidina Umar R.A berdiam diri juga!

Dayus ke????

Last edited by burungantu on 5-3-2014 06:26 PM

Comments

yeahhhh.....bravo .....  Post time 5-3-2014 07:24 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 06:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2014 06:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 06:39 PM | Show all posts




Last edited by minahrock on 5-3-2014 06:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 07:21 PM | Show all posts
well , kalau nak dikritik penulis artikel di atas memacam saya boleh kritik tapi seklai pandang lebih banyak bauran emosi

yang : apa  kaum Hawa boleh buat kat suami ereka , ya?

instead of him trying to give  amore balance  comments
tentang apakah sebenarnya buat isteri memarah atu melenting atau mendengus letih penat

basic psychology Penulis  ni mmg well... quite poor.

Penulis sedia maklum akan tugas tugas seorang isteri di rumah tetapi tidak memberi satu kefahaman yg kukuh  di mana  penulis faham akan tanggungjawab seorag suami - tugas memasak, membasuh tu semua kalau isteri itu momohon bantuan  pembantu rumah maka wajib dia bagi dan tugas mengemas, memasak tu sebenarnya tugas suami laaa...

aiyoo kat sini hmm...his level of understanding tentang akhlak  Rasulullah SAW dan cara melayan isteri  , kemaskan katil sama - sama ? did he say that? tak nampak kan yang beliau boleh mencerna secara  seimbang dan menilai sexcra komprehensif - nak ke pemikiran macam ni  ?
so I guess his views gaya tulisan tu chauvinistic sikit

dan  tang dalil dalil yg  Penulis cakap ? ada ke dalil ? atau just mengambil secara umum konteks saranan syarak tu?

belia tak kupaskan in secara detail dan dalam konteks macam mana ...cer tengok Uncle Owl highlight akhlak Rasullullah SAW?
baginda pun beriadah  dengan isteri baginda , ada sense of companionship yg baginda tunjukkan , sense or togetherness - kebersamaan  in anything , ini tanda seorang lelaki yg family man , yg sayang dan cinta isteri u know...a martured gentlean would be like this. Akhlak Al Quran...


sekadar menulis  yeah Si isteri  semua pandai itu ini  BUT .....- nampaknya he is having the idea ( ni based on content arikel tu ya )   that yeah mmg dia tahu si isteri pandai memasak , mengemas etc etc ...pada saya JANGAN take things for granted bila bantuan macam ni diberikan dengan menggunakan gaya bahasa yg 'dismissive'  atau tidak appreaciative effort isteri tu ..

ni taking for granted type of man ni - and lelaki macam ni kurang matang so lebih baik married lelaki macam penulis yg menulis seperti ini   when they are 43 not 34  hahaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 07:22 PM | Show all posts
too  many : whay you wives should do...not that how can we work this thing together

well...banyak ke mentality macam  penulis  ni ???
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 10:08 PM | Show all posts
Assallamualaikum

Sekarang Uncle nak masuk bab yg agak sukar bagi Uncle...bab berat....& harap bantuan @mnm77   @PitMie
Uncle petik...
Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.

Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.

Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.

Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.

Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..

Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)




1.Adakah ini Hadith? atau Ayat..???
Kalau Ya , harap sumber & ulasan.


2. Kalau bukan Hadith...dari mana dapat berita ghaib........."pahala 7 ketul emas" , masuk syurga 500 tahun awal etc?????

3. Uncle megaku jahil & melihat penyebarannya yg bayak...rata rata menyatakan sumbernya drp "BAYAN MASTURAT , ...Bayan Syed Ahmed Khan, Pakistan....( Januari 1991 ).....tanpa mengatakan samada Syed Ahmed Khan membawakan Hadith...atau kata kata Syed Ahmed Khan sendiri?


Uncle cukup cukup tak suka...Bilamana perkara perkara sebegini disebar luaskan dlm FB, Blog dsbnya.....KUATIR NANTI MENJADI PEGANGAN!
Sedangkan kesahihannya dlm Islam amat diragui!

Kali ni serius......!



Comments

Memang berat... kalau berkesempatan saya akan cuba join sebagai forumer...Insya-Allah  Post time 5-3-2014 11:44 PM
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 10:56 PM | Show all posts
burungantu posted on 5-3-2014 10:08 PM
Assallamualaikum

Sekarang Uncle nak masuk bab yg agak sukar bagi Uncle...bab berat....& harap ban ...


[size=85%]Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah


RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi. Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.

“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji? Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.

Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu. Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam.

Laman-Seri : Bagaimana pula mereka ini tahu tentang hal ini dan cara layanan pelacur kelas pertama, ya? Hemmm.... musykil sungguh.... “masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat”.... mengapa begitu TERUK sekali kenyataan yang dibuat oleh seorang wanita, iaitu isteri PUNCA kerosakan masyarakat?!

Agaknya mereka ini lupa firman Allah SWT yang bermaksud,Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita...” (Surah an-Nisa' ayat 34) dan “Dan orang yg beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat jahat....” (Surah at-Taubah ayat 71).
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 11:04 PM | Show all posts
Telah berpulang ke rahmatullah, rekan kami  Dr. Ing. Riesdam Effendi, pada hari Rabu, 5 Februari 2014, pukul  09.55 WIB pagi, di ruang ICU Rumah Sakit PMI Bogor, di usia 50 tahun.  Ustaz yang lebih dikenali oleh kerabatnya dengan nama lain Abdurrahman atau sering dipanggil Dr. Rahman itu wafat meninggalkan 3 orang istri yang masih hidup dan 4 orang anak (salah satu istrinya telah lebih dulu wafat).

Setelah disemayamkan sejenak di rumah duka, di kawasan Sentul, Bogor, pada hari itu juga jenazah almarhum dibawa oleh sanak keluarganya ke daerah Gunung Batin, Lampung Tengah, untuk dimakamkan di sana. Konon kabarnya, Riesdam sendiri yang memilih tempat peristirahatannya yang terakhir itu, di sisi makam ayahnya, melalui wasiat kepada keluarga ketika almarhum masih dirawat di rumah sakit.

Kepergian Riesdam bagi saya bukan saja kepergian seorang sahabat yang baik, tapi juga kepergian seorang figur pencari kebenaran sejati. Kewafatannya tepat waktu ketika baru saja dia membuat keputusan besar yang mengubah perjalanan hidupnya secara totalitas.

Sebagai manusia, pastilah tidak semua yang ada pada dirinya sempurna. Justru karena karena tidak sepenuhnya sempurna itu, kisah perjalanan hidup Riesdam menjadi menarik diceritakan untuk dijadikan iktibar. Saya mempunyai sedikit catatan yang merekam turun naiknya hubungan kami.



Sumber: Foto keluarga Riesdam bersama empat istri (deretan depan) dan empat anak (deretan belakang). Yang paling kanan adalah Salwa, istri ketiga, yang telah wafat terlebih dulu setahun yang lalu. (sumber foto: akun FB ybs)
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 02:03 PM | Show all posts
burungantu posted on 5-3-2014 06:20 PM
walaikumussalam warahmatullah Elle..

  uncle marah bukan apa....
takkan kopi je...biskutnya mana?...
(tak ada biskut..cheese kek pun jadi laaa....)
eh eh mcm mana uncle tahu pasal cheesecake ni...Uncle pun suka cheese cake ye...

here;s choco moo cheesecake for uncle..^^


Elle....baca le yg Uncle kopi pulak kat sinun...

saya dah baca... ya betul apa Uncle cakap tu...sememangnya Rasulullah SAW memiliki ciri-ciri keistimewaan dgn sifat kesempurnaan pada budi pekerti dan akhlak Baginda..

Pada pandangan saya, penulis artikel ni berniat baik ingin menasihati para isteri pada zaman ini yang semakin berani meninggi suara pada suami mereka.Hanya kerana mereka berpendapat mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka terhadap suami dgn baik,gaji lebih besar,mereka ada kuasa utk meninggi suara dan memarahi suami apabila berbuat sesuatu yg tidak disukai mereka....

Ya benar, semua isteri mahukan pasangan yg memahami,ringan tulang..buat tanpa disuruh....tapi kita ni kan manusia..lebih disini kurang di sana...mungkin suami seorang yg bertanggungjawab,nafkah tak pernah culas,romantik tapi sisi kurang beliau adalah tak pandai buat kerja rumah. Sebab boleh jadi memang dari kecil tak diajar pun nak buat semua itu....so penulis pun mencadangkan instead of membebel itu ini kat suami..mula2 isteri kena bersyukur suami ada di rumah instead of lepaking outside...ni namanya menukar perspective supaya kita dapat berfikir dari sudut berbeza....so bila dah tenang kita pun akan berkomunikasi dgn suami dgn cara yg tenang juga, instead of membebel......

Macam Uncle NorAddin cakap..hehe..cari persamaan,bukan perbezaan..nak cari persamaan ini mestilah dari komunikasi yang baik...dan nagging serta tengking-menengking semestinya bukan cara yg baik utk berkomunikasi antara suami isteri....

Cuba bandingkan dengan Kisah Saidina Umar Al Faruq.
Syaidina Umar R.A berdiam diri juga!
Dayus ke????


Tak dayus...
tapi penulis mengatakan dayus dlm situasi itu kerana suami diam sbb takut kat isteri......Saidina Umar R.A diam bukan kerana takut pada isteri beliau kan....begitu pemahaman saya....


elle rajin membaca...tu yg nak buat menatu tu..ops..
so funny...bukan anak Uncle kat Uni sekarang perempuan ke...mcm mana nak buat menantu...







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2014 12:47 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 6-3-2014 02:03 PM
eh eh mcm mana uncle tahu pasal cheesecake ni...Uncle pun suka cheese cake ye...

here;s choco ...





Assallamualaikum Elle...


Masyaallah.....semoga Alah swt memberikan segala kebaikkan buat Elle...& memberikan Elle suami terbaik....aminnn

Masyaallah....semoga lebih ramai isteri & bakal isteri yg diberi faham ilmu spt Elle..

Bagi Uncle...bukan sja kebaikkan tu spt yg dikatakan your other Uncle NorAddin (cuba cari persamaan)...(thanks Tuan@NorAddin   )


Tapi..yg lebih besar...adalah apabila si Suami mengetahui hak dirinya & memenuhi hak isteri...kemudian...membuat kompromi2...& sacrifice haknya sebagai suami ..& sentiasa mengingat dan memberatkan hak isteri & melupakan hak dirinya sebagai suami...

Sedang si Isteri pulak.....melupakan/sentiasa pula sedia mengorbankan  hak dirinya sebagai isteri & sentiasa pula mementingkan hak hak suami!




Suami : Lupakan Hak suami...hanya ingat hak isteri
Isteri   : Lupakan Hak Isteri....hanya ingat hak suami...


Insyaallah........Cantik.......Bahagia Rumahtangga...baru dapat Baiti Jannati!




Bayangkan... Rasullullah s.a.w tak pernah Bossy...terutama terhadap isteri...

Uncle ada dengar Youtube Habib Ali Al Jufri...kisah..Rasullullah s.a.w bermain main dgn Ummul Mukminin Sy Aisyah R.A & Sy Saudah R.A.....
Asalnya...Sy Saudah jelous & tak nak makan "Khabees " (manisan)...lalu...Sy Aisyah sapu Khabees ke muka Sy Saudah...
Rasullullah s.a.w lalu tangkap Sy Aisyah...peluk tangan Aisyah & bagi Sy Sawdah sapu pulak Khabees ke muka Aisyah R.A...
Lalu semua ketawa gembira....
Itulah cerianya keluarga Rasullullah s.a.w

Hahaa...siapa kata tak ada "kek fight" zaman Rasullullah !


Elle dengar sendirilah Habib Ali cerita....Uncle paste...









Apa pun....Cheeseeeeee Kek ni sedappppnyaaa..........siapa buat! Elee buat ke?   aiseyyyy....bagusnya kalau dpt menantu pandai buat kek ni!

p/s : hehe...alamak......aiseyman...macammanalah elle boleh tau anak uncle tu perempuan....




Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 06:47 AM | Show all posts
erm....sedapnyerrrrrr cheese cake tuuuuuuuuuuuuuu ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 10:22 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 6-3-2014 02:03 PM
eh eh mcm mana uncle tahu pasal cheesecake ni...Uncle pun suka cheese cake ye...

here;s choco ...

salam

Macam Uncle NorAddin cakap..hehe..cari persamaan,bukan perbezaan
iisshh .. yalah Mak Nenek .. hehe
kita cari persamaan bukan perbezaan untuk dapat persefahaman ..
lagu ni khas untuk Mak Nenek ..


wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 10:26 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 7-3-2014 06:47 AM
erm....sedapnyerrrrrr cheese cake tuuuuuuuuuuuuuu ....

salam

sedap ke .. ?
i suka Rainbow Kek Lapis .. hehe





wassalam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.081200 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list