|
[Tempatan]
Gara-gara cemburu, suami pukul dan bakar isteri @ Kota Bharu
[Copy link]
|
|
persoalan sekarang dmana kekasih gelap saat bini kawan tu perlukannya?aku berani jamin xda sapa laki berani mai selamat kekasihnya isteri orang saat timpa musibah..
tp nak main bini orang..![](static/image/smiley/onion/love.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ni memang dah biasa buat keja pukul memukul...dan selama ni isteri hadap aje perangai suami yang haprak. Isteri yg berdepan perkara macam ni...pertahankan hsk anda dan bertindaklah sebelum terlewat |
|
|
|
|
|
|
|
daripada makan pil kuda tu pukul bini, kan lebih baik merantau cari rezeki kt negeri lain yg kaya kaya |
|
|
|
|
|
|
|
STONER posted on 3-3-2014 05:39 PM ![](static/image/common/back.gif)
aku pernah borak ngan sorang kawan cina... dia cakap pasal kawen la
"lalau ditakdirkan i berpis ...
Hang pun tumpang sekaki togok chivas lah ye.....
|
|
|
|
|
|
|
|
agak2 laki tu gemuk tak?ye lah mcm yg pukul org konon2 org tu pandang bini dia hari tu....cemburu bakar bini . |
|
|
|
|
|
|
|
PenjualAPAD posted on 3-3-2014 07:21 PM ![](static/image/common/back.gif)
wuiii macam2, kat kedai aku nie, kedai bawah tetak isteri, ganas dan sadis
bwh kedai bro ke??
ce cerita sikit ape terjadi sebenarnya ni..![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
chaintea posted on 3-3-2014 05:49 PM ![](static/image/common/back.gif)
nk teka
Somi penagih dadah
Somi malas keje...
perkara biasa bila jenayah berlaku kat Kelantan:pelaku ialah seorang penganggur,penagih dadah
|
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis posted on 3-3-2014 05:02 PM ![](static/image/common/back.gif)
kat mana berlaku nie...
....kat tempat kebangga @peYno ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah nyusahkan idop. Dudukla ko kat dalam jail tu |
|
|
|
|
|
|
|
Serambi Mekah lagi..
Tapi aku syak isteri dia jenis mulot longkang dan asyik berforum 24 jam. |
|
|
|
|
|
|
|
jantan dayus mcm nie mmg patut mati jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa giler ke bini tu...
betul ke bini tu curang..ntah2 cemburu buto jerk..
kalau bini curang ..cerai je la..buat apa nak buat benda2 pelik..menyusahkan hidup sendiri sudahnya Last edited by haryatie on 4-3-2014 10:16 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
gila ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
panggang terus ko nok..skeri yg amat... |
|
|
|
|
|
|
|
Simbah petrol, bakar isteri
Oleh JAZALY AMRY JAAFAR
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2014/0304/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_03.1.jpg)
Rohfadla Daud kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu. - Utusan/Rosni Masri
KOTA BHARU 3 Mac - Dipercayai akibat cemburu buta, seorang lelaki bertindak kejam menyimbah petrol dan membakar isterinya di hadapan rumah mereka di Jalan Sultan Yahya Petra di sini semalam.
Lebih menyayat hati, mangsa, Rohfadla Daud, 30, dibakar di hadapan adik dan tiga abangnya yang bergegas ke rumah pasangan itu selepas mangsa menghubungi mereka dan memaklumkan dipukul suaminya.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Rafar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa turut dipukul berkali-kali oleh suspek yang tiba-tiba naik angin.
Beliau berkata, ketika dipukul, mangsa sempat menelefon adiknya, Ahmad Syafiq Ismail, 21, yang berada di Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini untuk meminta pertolongan.
"Adiknya datang ke rumah bersama tiga lagi abangnya dan melihat suspek sedang memukul mangsa.
"Setelah menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak mencurahkan petrol ke atas mangsa dan membakar sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Idris berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana melecur bahagian muka dan kedua-dua tangannya.
Kata beliau, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan pihaknya memohon orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... steri#ixzz2uxbNJYWI
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
| |
|