CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

Sharnaaz Ahmad Lulus Pemeriksaan Otak

[Copy link]
Post time 24-2-2014 02:14 AM | Show all posts
damian_lee posted on 24-2-2014 02:12 AM
Kan?? Xnmpk plak sms tu ... klo x mestilah dpt tngkap apa yg tjadi ... sbb mcm karangan sms tu

Tulah pasal. Berlakon sama dgn lisa dalam drama jebat ntah apa tu. last2 gaduh lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
       
HIBURAN
Jumaat Ogos 18, 2006
Lisdawati yang lebih-lebih: Pengarah
Oleh Salhan K. Ahmad

PETALING JAYA: "Dia yang lebih-lebih dan tidak profesional," kata pengarah drama Rashid Sibir mengenai Lisdawati yang semalam mendakwa diserang rakan artis Rita Rudaini Mokhtar.

Katanya memang benar kedua-dua pelakon itu bergaduh, tetapi di dalam babak dan bukannya di luar dan beliau sendiri mengawasi sepanjang adegan itu berlangsung di tepi kolam mandi sebuah hotel di Pulau Pinang pada Selasa lalu.


Foto The Star

Apa yang berlaku, katanya, menepati skrip drama yang penggambarannya tamat hari ini.
"Tidak ada lakonan yang dilebih-lebihkan. Semuanya masih mengikut skrip.

"Tetapi saya sendiri sebenarnya tidak kisah kalau mereka bergaduh betul-betul pun, kerana sebagai pengarah kami mahu adegan nampak paling realistik," kata pengarah drama Kau Yang Kusayang yang banyak memasukkan unsur-unsur Hindustan ke dalam drama-drama arahannya.

Lisdawati yang nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, katanya, sengaja membesar-besarkan kejadian itu yang disaksikan oleh lebih 20 krew penggambaran.

Sambil mempersoalkan tahap profesionalisme Lisdawati, Rashid mempersoalkan mengapa pelakon itu hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian sekiranya dia benar-benar berasa dirinya menjadi mangsa serangan Rita Rudaini.

"Kenapa dia tunggu dua hari baru buat laporan polis. Kenapa dia tidak buat laporan sebaik saja kejadian itu berlaku? Memang kita ada dengar mereka berdua ada masalah, tapi kenapa Lisdawati tidak tarik diri sebelum penggambaran, sedangkan dia hanya pelakon undangan," soalnya.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Lisdawati bahawa Rita Rudaini berniat memukul dan mencederakannya sebagai tidak wajar dan tidak profesional kerana mencampur-adukkan isu peribadi dan lakonan.

"Dalam drama televisyen Pelakon Popular yang membabitkan adegan pergaduhan antara Erma Fatima dan Ogy Ahmad Daud misalnya, siap dengan babak maki hamun lagi. Tapi mereka profesional. Saya tidak pernah dengar pula dua orang pelakon popular tu cakap 'aku nak buat laporan polis'," katanya.

Beliau menerangkan, skrip drama Kau Yang Kusayang terbitan Keris Motion Sdn Bhd itu sebenarnya memerlukan Lisdawati mengelak apabila ditampar oleh Rita tetapi Lisdawati gagal mengelak lalu tamparan tersebut terkena pipinya.

Berikutan itu, katanya, Lisdawati bertindak menyerang Rita Rudaini dan berlaku pergelutan kecil antara mereka.

Jelasnya lagi, beliau mengetahui hubungan di antara kedua-dua pelakon itu kurang baik tetapi tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku kerana kedua-dua pelakon menerima tawaran berlakon drama tersebut.

"Tetapi apabila cut (tamat rakaman) adegan tersebut, kedua-duanya saya tengok tenang sahaja dan kemudian kita buat close-up shot, tidak ada masalah."

"Saya tengok matanya tidak lebam atau terkoyak. Dia ada mengadu sakit tengkuk, tapi sesiapa pun boleh sakit tengkuk, mugkin kerana tersalah posisi tidur, bukannya sebab babak itu," katanya yang tidak menolak kemungkinan Lisdawati bertindak membuat laporan polis atas desakan pihak tertentu.

Rashid berkata, beliau akan menggunakan rakaman tersebut walaupun tidak menepati skrip asal memerlukan seorang lagi pelakon drama itu Zed Zaidi terjun ke kolam untuk meleraikan pergelutan.

Last edited by mommymonster82 on 24-2-2014 02:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Karpal Singh Menangkan Lisdawati Kes Fitnah.. Nadia Mustafar Kena Bayar RM Suku Juta

Lisdawati menunjukkan surat mahkamah berhubung kemenangannya dalam saman fitnah terhadap Nadia Mustafar
KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun “menderita” akibat fitnah yangdilemparkan oleh pelakon Nadia Mustafar, tahun ini pelakon Lisdawati telah mampu menarik nafas lega selepas dia menang dalam saman fitnah terhadap pelakon itu.

Antara yang paling pedih dan sukar dilupakan oleh Lisdawati apabila kes tersebut mengaibkan dirinya sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin.

Tanggal 15 Disember tahun lalu, yang juga jatuh pada ulang tahun hari lahirnya,dia berjaya menangkis saman fitnah terhadap pelakon tersebut.

Maruah yang tercalar bagaikan berbayar dan kini dia sudah mampu tersenyum lebar. Dia bukan sahaja memenangi saman tersebut malahdiperintahkan mahkamah agar Nadia membayar wang ganti rugi sebanyak RM250,000.

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa semua fitnah yang dilemparkan kepada saya di media sebelum ini adalah tidak benar.


Lisdawati bahagia bersama suami dan anak-anak.
"Cerita-cerita buruk yang dikeluarkan oleh Nadia itu telah menjatuhkan maruah danmenggugat karier saya.

"Disebabkan cerita itu, pihak syarikat yang mahu menawarkan saya sebagai duta produk sukar mengambil saya bekerja kerana mempertikaikan diri saya," kata Lisda dalam satu sidang media di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Jumaat.

Tujuannya mengadakan sidang media tersebut bukan untuk membalas dendam atau mahu mencari gaduh dengan Nadia sebaliknya mahu membersihkan namanya dan menutup kes ini secara adil.

Menyelak kes yang berlaku pada tahun 2003 itu, selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank.

Disebabkan tidak tahan dengan penderitaan tersebut, Lisda telah memfailkan saman pada awal 2005 di Mahkamah Sesyen di sini dengan diwakili oleh peguam Karpal Singh.

"Saya tidak mahu dilabel kaki gaduh, jadi sebab itu saya memberikan penjelasan ini.

"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur setelah penantian ini berakhir dan kebenaran berpihak kepada saya.

"Biarpun masalah ini telah selesai, hubungan saya dengan Nadia tiada masalah dan saya menganggap ia sebagai hubungan kemanusiaan," kata duta Slim World dan tuala penyayang She itu.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua anak ini sedang menyelesaikanpenggambaran drama Dia Bukan Maryam yang sedang disiarkan di TV9.

Selepas ini, dia dijadualkan terbang ke Mekah selama 14 hari di samping pengarah Erma Fatima, pelakon Fouziah Gous, Fazura, Fahrin Ahmad, Khatijah Tan dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Selain itu, pada Januari lalu dia dan suaminya, Fauzi Nawawi turut dilantik sebagai duta kopi kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 02:43 AM | Show all posts
skang ni aq xtahu sapa yg bermasalah sbenanye..
nanas ngan kisah baran x sudah,
nisda ni lak ngan kisah asik gaduh ngan artis je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 03:13 AM | Show all posts
juliez posted on 24-2-2014 01:02 AM
Kaka nisda sila masuk mencemar duli @Orange1

Akak Lis tak nak komen banyak, kes pun dah jadi kes polis, biar masa menghuraikan segalanya. Biarlah org nak burukkan akak dgn tepek article lama2 psl kes2 yg melibatkan akak sebelum ni, akak dah blh agak. Akak tak perlu beriya2 utk buat penjelasan sgt skrg ni krn akak yakin kebenaran pasti akan muncul sama spt kes kolam renang dulu, walaupun dinafikan oleh mereka2 yg terlibat ttp kebenaran terbukti bila video berkenaan tersebar. The truth speaks for itself!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:06 AM | Show all posts
‘Kenapa serang saya?

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan

Kuala Lumpur: “Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”

Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta.

Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.


Nisdawati ketika ditemuramah. Gambar kecil (kiri), Sharnaaz dan Fauzi Nawawi.

Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2014 07:10 AM | Show all posts
ala aku x dpt baca artikel full kat hmetro.. ada ke sesapa leh tolong tepek sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:13 AM | Show all posts
Orange1 posted on 24-2-2014 03:13 AM
Akak Lis tak nak komen banyak, kes pun dah jadi kes polis, biar masa menghuraikan segalanya. Biarl ...

u ni Lisdawati? oooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 07:21 AM | Show all posts
sekejap nisdawati..sekejap lisdawati..mana satu yg betul nama kamu ni wahai polis trapit
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:22 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 24-2-2014 07:21 AM
sekejap nisdawati..sekejap lisdawati..mana satu yg betul nama kamu ni wahai polis trapit

nama sebenar dia Nisdawati Nazarudin.


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:23 AM | Show all posts
Shernaaz ni gila ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:30 AM | Show all posts
Alaa aku rse lisda ni mesti ade wat prangai,xkn la ttbe shanaz nk mengamuk kt pompan ngndung
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
X habis2 makcik kertu ni buat perangai... lepas ni nak bergaduh dgn siapa pula.....

ni lah padahnye suke mengutuk sesama artis...kan dah kene kat muke balek...mmg ppuan dasar busuk hati...berulat... bernanah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:37 AM | Show all posts
sharnaz langsi woo...silap lha nisda nk cari gaduh ngan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicole posted on 24-2-2014 07:36 AM
X habis2 makcik kertu ni buat perangai...  lepas ni nak bergaduh dgn siapa pula.....

ni la ...

Alahaiiii..... Kaki gaduh ni lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:40 AM | Show all posts
pasai pa lak kali nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasni boleh lah nesda melepak kat benang ni......backup diri sendiri.... xyah nk menyibuk kat benang rr n edel ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:48 AM | Show all posts
sabo2...tgu cite yang sebenarnya ..kang speku y bukan2 buat tambah dosa je
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:53 AM | Show all posts
Orange1 posted on 24-2-2014 03:13 AM
Akak Lis tak nak komen banyak, kes pun dah jadi kes polis, biar masa menghuraikan segalanya. Biarl ...

kem salam lana nodin...



tetiba optopik
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:56 AM | Show all posts
ape kes plak nih...???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.085613 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list