Tan Sri Muhammad Ali: BR1M tak selesai masalah inflasi, kos sara tinggi
SHAH ALAM 24 FEB: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan bantuan subsidi lain yang disalurkan Kerajaan Pusat tidak mampu menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup rakyat negara ini. Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata Kerajaan Pusat sepatutnya menyediakan strategi jangka panjang bagi meningkatkan pendapatan rakyat hingga membolehkan kesan kenaikan kos sara dan kadar inflasi semakin tinggi kini kurang memberi kesan kepada orang ramai. “Bagi BR1M hari ini tetapi esok dah habis. Kita kena tumpukan bagaimana meningkatkan pendapatan rakyat secara kekal. “Infasi ini bukan fenomena sementara tetapi akan kekal, jadi tidak cukup dengan memberi subsidi atau BR1M, tak cukup,”
kata Muhammad Ali. http://bm.selangorku.com/
mano yang betui ...sekor madah ...lain ..yang sekor lain ... |