|
[Tempatan]
Hari Kekasih-Perkasa Selangor Gesa Tony Pua Dikenakan Tindakan Kenyataan Di FB
[Copy link]
|
|
Buat abes kertas report je |
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 19-2-2014 05:54 AM
Hahaha.... Ustazah yg buta sejarah ckp pasal sejarah.
pun nak tumpang ketawa gak lah
|
|
|
|
|
|
|
|
btw valentine pun dah lepas masih ada issue lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 19-2-2014 05:54 AM
Hahaha.... Ustazah yg buta sejarah ckp pasal sejarah.
ustazah pun dah termasuk dlm golongan mrk yg ingat semua benda yg dibuat oleh org kafir adalah utk menyesatkan umah islam samata-mata
|
|
|
|
|
|
|
|
perkasa ni kalo org UMNO dia wat pekak jer..kalo DAP terus meloncat cam monyet...x paham aku spesis manusia camni...seolah2 ada perasaan prasangka kat bangsa lain...kalo org ckp cam Klu Klux Klan x terima tp pangai dah lebih kurang |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido posted on 19-2-2014 08:47 AM
ustazah pun dah termasuk dlm golongan mrk yg ingat semua benda yg dibuat oleh org kafir adalah utk ...
ataupun dlm golongan yg ingat org Islam 24 jam diserang secara fizikal dan psikologi oleh org kapir walaupun sebenarnya kapir sebab berusaha memajukan diri sendiri dan langsung takde masa nak layan benda2 remeh ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pemimpin BN yang jahil agama masih wujud dalam dunia politik?
jawapannya kerana wujudnya macai...
kenapa pemimpin PR yang jahil agama masih wujud dalam dunia politik?
jawapannya pun kerana wujudnya macai...
so... nak cantas pemimpin politik bangang ni... kita kena kasi cantas macai dulu... ekekeke... |
|
|
|
|
|
|
|
Tony Pua perlu minta maaf, tarik balik kenyataan berkaitan Islam dan Hari Kekasih
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua diminta menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan kepada umat Islam menyambut Hari Kekasih.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga perlu memohon kepada seluruh umat Islam kerana beliau tidak berhak untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga boleh mengundang suasana tidak harmoni di negara ini.
Jelas beliau, sebagai seorang wakil rakyat, beliau sepatutnya tahu mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sekali gus agama lain boleh diamalkan secara harmoni di negara ini.
"Pembahagian Mahkamah Syariah juga tidak dikuatkuasakan terhadap bukan Islam, bermakna amalan-amalan atau pandangan yang dikeluarkan Majlis Fatwa tentunya untuk umat Islam sahaja.
"Jadi, apa pula masalah orang lain nak campur tangan mempertikaikan fatwa yang hanya dikhususkan untuk amalan orang Islam?.
"Negara ini sudah memberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing, maka beramallah secara harmoni, janganlah keharmonian ini diganggu gugat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Majlis Fatwa Kebangsaan membidas tindakan Tony yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu melalui laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini dengan memuat naik satu kenyataan yang didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.
Dalam pada itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, orang bukan Islam tidak ada kena mengena dengan setiap fatwa yang dikeluarkan yang hanya dikhususkan untuk umat Islam.
Oleh sebab itu, jelas beliau, mereka tidak ada sebab untuk berasa terancam dengan setiap larangan yang telah digariskan dalam agama Islam.
Kata beliau, sekiranya orang bukan Islam tidak memahami berhubung perkara berkaitan agama Islam, mereka sepatutnya meminta pandangan atau merujuk dengan mereka yang arif tentang Islam.
"Fatwa yang dikeluarkan memang hanya untuk umat Islam supaya mereka tidak terikut dengan budaya masyarakat bukan Islam.
"Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu berasa bimbang kerana mereka tidak ada halangan untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak faham minta pandangan mereka yang tahu tentang Islam," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... kasih#ixzz2tqk9pxzb
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
| |
|