si_wawa posted on 2-1-2014 03:05 PM
Nazar ni perkara ibadah sunat je kan?? Macam puasa sekian-sekian hari, buat kenduri, solat berapa ra ...
Syarat nazar ada 2 syarat iaitu : 1)Perkara yang dinazar itu merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Tidak boleh bernazar kepada perkara yang diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Cth: seperti makan, minum, tidur. Dalilnya hadis riwayat imam Bukhari daripada Ibnu Abbas : Adalah nabi S.A.W ketika berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang bangkit dan bertanya tentang dirinya. Maka mereka(para sahabat) bertanya : Abu Israel telah bernazar untuk sentiasa bangun, tidak duduk, tidak berteduh, tidak bercakap dan berpuasa. Maka jawab baginda S.A.W yang bermaksud : Biarkan maka bercakaplah, berteduhlah, duduklah dan tunaikan puasanya. Hadis ini menunjukkan kepada kita bagaimana Rasulullah S.A.W menyuruh orang yang bernazar tadi untuk hanya berpuasa kerana puasa merupakan perkara ibadat dan taat. Maka menunaikan nazar berpuasa itu adalah wajib. Abu Daud meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Bukan nazar melainkan pada apa yang mengharapkan penerimaan Allah. 2) Perkara yang dinazar itu bukan daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan dari mulanya lagi... sumber: http://hikmatun.wordpress.com/2007/07/17/nazar-dan-hukumnya/
PS: takder orang bagitau pokcik ni ke..... nak buat apa pun buat lah...cuma jangan panggil itu nazar, sebab ia bukan.
|