Sumber: Malaysian Digest
Amy (Search) Pendam Hasrat Sambung Belajar di UiTM
.Selepas tamat sekolah menengah, lagenda rock tanah air, Amy Search pernah menyimpan hasrat mahu menyambung pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Namun disebabkan keadaan keewangan yang dihadapi pada ketika itu, keinginan itu terpaksa dipendam hingga sekarang. "Dulu masa zaman saya, bila dengar kawan-kawan dapat masuk UiTM, kira macam stail lah. Iyalah, UiTM tempat belajar yang glamour. Satu kebanggaan bila dapat belajar di UiTM. Tapi saya tak punya kesempatan walaupun saya sebenarnya teringin nak belajar di pusat pengajian itu. Masa tu keadaan keewangan tak mengizinkan. "Tapi kalau saya ada peluang masa tu, saya nak ambil jurusan arkitek atau jurusan seni lukis. Saya memang minat melukis. Dulu rajin melukis. Tapi sekarang ni dah kurang, skill pun dah tumpul", kata Amy ketika ditemui pada sidang media konsert Destini, baru-baru ini. Tambah bapa kepada aktres popular Nabila Huda ini, beliau tidak menolak untuk belajar di pusat pengajian tersebut sekiranya ada tawaran, kelak. Sementara itu, mengenai Konsert Destini, kata Amy, dia cukup berbesar hati apabila dilamar pihak penganjur untuk sama-sama menjayakan konsert amal tersebut. "Saya turut terpanggil untuk sama-sama menjayakan konsert ini kera ini juga sebagai satu bentuk sokongan dan sumbangan saya kepada generasi anak muda. "Sekarang ini saya bantu anak-anak orang lain. Mana tahu kalau satu hari nanti giliran anak saya dapat masuk UiTM tapi ada masalah keewangan, mungkin ada juga pihak yang sudi membantu. Saya rasa semua orang patut menyokong usaha ini demi masa depan anak-anak kita", katanya yang akan mendedangkan tiga buah lagu pada malam itu termasuk lagu wajib, Isabella................................................................
Baca Artikel Penuh: http://www.malaysiandigest.com/hiburan/479856-amy-search-pendam-hasrat-sambung-belajar-di-uitm.html
|