CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

[Tempatan] Selangor tables biggest ever budget of RM1.8 billion

[Copy link]
Post time 19-11-2013 07:58 PM | Show all posts
Ucapan Pembentangan Belanjawan 2014 Selangor Darul Ehsan

Yang Berhormat Tuan Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan,

Dengan lafaz Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim, segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah, Nabi Muhammad Sallallahu’Alaihi Wassalam, keluarga dan para sahabat Baginda, saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang bertajuk “Suatu Enakmen bagi penggunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2014, dan peruntukan wang tersebut bagi perkhidmatan pada tahun yang sama” dibacakan bagi kali kedua.

Terima kasih.

__________________________________________________________

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Bismillahirrahmannirrahim. Segala puji bagi ALLAH Subhanahuwataala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam, keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Sidang Dewan yang dihormati,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

1)      Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan rasa syukur yang setulusnya ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya bersama rakan-rakan Yang Berhormat sekalian dapat hadir di Dewan Negeri yang mulia bagi negeri Selangor Darul Ehsan.

2)      Pertama sekali, bagi pihak Pakatan Rakyat negeri Selangor, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua rakyat negeri Selangor atas keyakinan tidak berbelah bahagi untuk sekali lagi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memikul tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus aset dan sumber bagi negeri yang termaju di Malaysia ini.

3)      Kemenangan besar 44 kerusi, melebihi 2/3 atau lebih tepat lagi mencecah 80% daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Negeri merupakan bukti ampuh bahawa pelbagai tawaran yang bertujuan menjamin kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran seperti yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor bagi Pilihanraya Umum Ketiga Belas (PRU13) dengan tema "Meneruskan Kecemerlangan" telah mendapat kepercayaan rakyat. Kejayaan demi kejayaan ditempa sejak meneraju negeri. Pakatan Rakyat membuktikan keupayaan sebagai pentadbir dan peneraju kepimpinan meskipun menerima pelbagai tekanan dan rintangan daripada pihak lawan. Semua itu adalah dugaan malah kami jadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti jemu dan lelah demi menjadikan Selangor sebagai negeri pilihan utama di Malaysia untuk didiami, bekerja, melabur, beriadah dan membina keluarga.

Putera Raja duduk termenung,
Menyesal tutur dan laku nan salah
Budimu rakyat setinggi gunung
Bakal dibalas, dibantu seizin Allah.

4)      Menerusi kesinambungan agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ atau MES, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan sekali-kali mensia-siakan mandat lebih dua pertiga ini dengan mengembalikan semula hak dan kepentingan milik lebih 5.65 juta rakyat Selangor. Sesungguhnya mandat yang diberikan rakyat merupakan satu amanah yang tidak boleh diambil lewa dan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi atau parti politik kerana rakyat merupakan keutamaan kita semua.

5)      Kedua, mewakili pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh rakyat jelata yang bernaung di bawah dirgahayu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, saya menjunjung kasih merafak sembah kepada Tuanku Sultan dengan janji taat-setia dan perkenan, selari dengan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi amalan di Malaysia semenjak Merdeka.

6)      Sukacita saya ingatkan rakan-rakan pilihan rakyat di Dewan yang mulia ini dan saya sendiri mengenai ‘Aku Janji’ yang dimeterai di antara Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dengan Tuanku Sultan. ‘Aku Janji’ ini merangkumi ikrar menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negeri, mempertahankan kedaulatan institusi beraja dan melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, bebas gejala rasuah, intelektualisme, amanah, jujur dan ikhlas.

7)      Saya sebagai Dato’ Menteri Besar juga telah berikrar untuk memelihara hak dan keistimewaan masyarakat Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959; mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibbah dan kerjasama etnik yang erat.

8)      Dengan penuh rasa takzim, bagi pihak seluruh rakyat jelata negeri yang bertuah ini, saya akan terus mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa selamat sejahtera bersemayam dalam lindungan dan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala dengan limpahan taufik dan inayah-Nya.

TINJAUAN EKONOMI DUNIA, SERANTAU DAN MALAYSIA

9)      Ekonomi dunia telah berkembang sangat sederhana dalam tempoh separuh pertama 2013 iaitu pada kadar purata 2.5%. Walau bagaimanapun, ekonomi global dijangka meraih momentum dalam tempoh separuh kedua 2013 dan keseluruhan tahun 2014, disokong oleh pengukuhan ekonomi berterusan di kalangan negara maju terutamanya Amerika Syarikat (AS) dan Jepun. Begitu juga tanda-tanda lebih jelas pemulihan ekonomi di Kesatuan Eropah dijangka akan banyak membantu memperteguh pertumbuhan ekonomi negara membangun secara keseluruhan dengan unjuran 5.1% bagi 2014.

10)    Namun, kita tidak boleh leka kerana masih terdapat pelbagai risiko yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dalam jangkamasa terdekat dan sederhana termasuk kemungkinan “defisit berkembar” iaitu pada kedudukan fiskal dan akaun semasa (imbangan pembayaran) secara serentak bagi banyak negara sekiranya pelonggaran kuantitatif atau quantitative easing (QE) di AS berakhir dan kemudiannya menyusul dasar monetari global lebih ketat. Ini mungkin mengakibatkan:

kenaikan kos khidmat bayar hutang khususnya bagi negara-negara yang mempunyai hutang awam yang tinggi;
penyusutan permintaan domestik;
ketidaktentuan bajet Amerika Syarikat dan kemungkinan siling hutang awam dinaikkan;
kelemahan sistem kewangan di kawasan Euro masih belum diatasi;
kadar pertumbuhan lebih rendah bagi ekonomi global khususnya di kalangan penyerap import utama seperti China dan beberapa negara Asia yang lain; serta
ketidaktentuan geopolitik yang berlarutan terutamanya di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.
11)    Sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, tidak menghairankan jika eksport kasar Malaysia menguncup 3.8% dalam separuh pertama 2013, sekaligus mengakibatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kurang bertenaga pada kadar purata 4.2% dalam tempoh yang sama. Namun, berdasarkan penunjuk ekonomi utama terkini bagi suku ketiga 2013, berbanding 5.6% pada 2012, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang di antara;

4.5% dan 5.0% pada tahun 2013, dan
5.0% dan 5.5% pada tahun 2014.

TINJAUAN EKONOMI NEGERI SELANGOR

12)      Menyumbang hampir 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara Malaysia, ekonomi negeri Selangor dijangka berkembang pada kadar 6.2% pada tahun 2013, lebih perlahan berbanding 7.1% yang dicapai pada tahun 2012. Unjuran pertumbuhan perlahan ini adalah berdasarkan kelesuan beberapa petunjuk makro utama dan prestasi sederhana bagi statistik beberapa sektor ekonomi di sepanjang tiga suku tahun yang pertama pada 2013. Walaubagaimanapun, momentum ekonomi negeri Selangor dijangka tidak banyak berubah pada tahun 2014 berbanding tahun 2013 dengan unjuran pertumbuhan KDNK pada kadar 6.1%.

13)    Sektor pertanian diunjurkan tumbuh lebih perlahan pada tahun 2013 pada kadar 5.2% berbanding 5.5% pada tahun sebelumnya. Namun, sub-sektor seperti ternakan, kelapa sawit, perikanan dan pertanian lain dijangka akan terus menyumbang kepada sektor pertanian secara keseluruhan, lantas mendorong unjuran pertumbuhan pada kadar 5.1% bagi tahun 2014.

14)    Sektor perlombongan dan pengkuarian pula dijangka kekal sebagai peneraju pertumbuhan di kalangan semua sektor ekonomi dengan kadar unjuran 18% bagi tahun 2013 dan 12.5% bagi tahun 2014 berbanding 16.7% bagi tahun 2012, dirangsang kerancakan aktiviti pembinaan.

15)    Sub-sektor perumahan terutamanya kos rendah dan pertengahan serta projek infrastruktur dijangka akan terus menjana pertumbuhan dwi-digit bagi sektor ketiga terbesar negeri Selangor, sektor pembinaan dengan unjuran 10.3% bagi tahun 2013 tetapi sedikit perlahan pada kadar 9.3% bagi tahun 2014.

16)    Prestasi sektor kedua terbesar bagi negeri Selangor, sektor pembuatan dijangka memuaskan dengan unjuran pertumbuhan 5.5% dan 5.1%, masing-masing bagi tahun 2013 dan 2014. Ini mencerminkan unjuran sumbangan lebih tinggi sub-sektor kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain di samping unjuran pertumbuhan sub-sektor produk mineral dan produk logam yang direka, konsisten dengan kepesatan pertumbuhan sektor pembinaan.

17)    Manakala bagi sektor ekonomi terbesar negeri Selangor iaitu sektor perkhidmatan pula, pertumbuhan diunjurkan pada kadar 6.0% dan 6.1% masing-masing bagi tahun 2013 dan 2014, yang dijangka akan dipacu oleh hampir kesemua sub-sektor iaitu:

perkhidmatan kerajaan (8.1% dan 7.9%);
kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (7.0% dan 7.1%);
perdagangan borong dan runcit, kediaman dan restoran (5.0% dan 5.1%), dan
utiliti, pengangkutan dan komunikasi (5.7% dan 5.9%).

IMBASAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

18)    Pada awal bulan Oktober 2013, Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah dibentangkan di Parlimen. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan sekalung tahniah kepada Jabatan Audit Negara atas ketekunan, kegigihan dan kesabaran mereka yang bertungkus-lumus menyiapkan satu laporan lengkap yang memberi gambaran sebenar mengenai pentadbiran secara umum, pengurusan kewangan, pematuhan peraturan dan undang-undang, prestasi keseluruhan berbanding objektif atau matlamat, penyelenggaraan aset awam serta aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) baik di peringkat Kerajaan Persekutuan mahu pun negeri tanpa rasa takut atau memihak.

19)    Saya yakin rakyat Malaysia khususnya di Selangor bijak menilai perbandingan keutamaan dan nilai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Tatkala pelbagai kepincangan dan amalan berunsur korup yang menyebabkan ketirisan dan pembaziran dianggarkan bernilai di antara RM28 billion dan RM40 billion masih menjadi mercu tanda Laporan Audit bagi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor memandang serius mana-mana teguran dan syor penambahbaikan dan mengambil tindakan yang sewajarnya pada kadar segera. Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat berpendapat ketirisan dan pembaziran seumpama ini adalah satu bentuk pengkhianatan dan kecurangan di mana rakyat Malaysia perlu bangkit dan tentang.

20)    Sebagai contoh, dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi negeri Selangor ada menyentuh kelemahan pentadbiran kewangan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha mengambilalih semua kos prasarana kolej dan universiti milik negeri Selangor agar pentadbiran universiti dan kolej tidak dibebankan dengan kos infrastruktur tetapi hanya perlu mengurus kos operasi harian supaya institusi terbabit dapat menumpukan perhatian kepada penambaikan mutu pendidikan dan pembelajaran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 07:59 PM | Show all posts
STRATEGI BELANJAWAN

(a)                        SOROTAN PERBANDINGAN RINGKAS BELANJAWAN ALTERNATIF 2014 DAN BAJET NASIONAL 2014

21)  Sebagai sebuah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, sudah pasti Selangor sentiasa mendokong agenda perubahan bersandarkan reformasi ekonomi, struktural, institusi, politik, sosial dan undang-undang yang diperjuangkan Pakatan Rakyat selama ini untuk meningkatkan daya saing dan merungkai potensi sebenar Malaysia ke arah negara maju, berpendapatan tinggi dalam erti kata sebenar. Belanjawan Alternatif yang ditawarkan Pakatan Rakyat di peringkat nasional merupakan salah satu daripada dokumen kerangka dasar bersama yang mencerminkan agenda refomasi ini.

22)    Belanjawan Alternatif 2014 menekankan prinsip asas belanjawan dengan cuba mengenengahkan konsep percukaian yang lebih progresif, lebih mudah dan bertanggungjawab serta pelbagai mekanisme yang boleh menjamin disiplin fiskal. Sebaliknya, Belanjawan Barisan Nasional 2014 terlalu fokus terhadap Goods and Services Tax (GST) untuk mempelbagaikan pendapatan kerajaan walhal terdapat kaedah penjanaan pendapatan lain masih tidak cuba diterokai.

23)   Pakatan Rakyat yakin jika cadangan langkah-langkah konsolidasi fiskalnya dilaksanakan bermula 2014, Malaysia mampu mencapai belanjawan berimbang menjelang 2017 atau selewat-lewatnya pada 2018. Barisan Nasional pula menyasarkan belanjawan berimbang menjelang 2020 meskipun dengan pelaksanaan GST.

24)    Ia demikian kerana prinsip asas Belanjawan Barisan Nasional tidak cuba menangani masalah kos apabila hanya subsidi dan perbelanjaan pembangunan yang menjadi mangsa pengurangan sedangkan komponen lain dalam perbelanjaan mengurus diunjurkan terus melonjak. Jauh sekali mengambil iktibar dari Laporan Ketua Audit Negara yang dengan terperinci memberi butiran ketirisan dan pembaziran.

b)          SOROTAN BELANJAWAN NEGERI SELANGOR 2014 DAN IMBASAN PENCAPAIAN PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

25)    Sepanjang lebih lima tahun kita mentadbir, banyak yang telah kita perhatikan, menilai dan mempelajari. Antaranya adalah kelebihan amalan berbelanja dengan penuh berdisiplin dan berhemah yang membolehkan kita menabung untuk perbelanjaan masa hadapan. Budaya menabung ini sangat penting lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri tiada sebarang justifikasi membentangkan belanjawan defisit tanpa kapasiti untuk meminjam dari mana-mana institusi kewangan. Jauh sekali untuk mengemis dan meminta sedekah daripada Kerajaan Persekutuan untuk menampung perbelanjaan mentadbir negeri sendiri. Inilah di antara sebab utama mengapa saya amat tekankan betapa perlunya kita menyimpan rizab pada paras yang selesa secara lestari.

Biar luntur baju di badan
Usah tuan merasa gundah
Demi rakyat ikrar kuberikan
Membujur lalu melintang patah.

26)    Saya amat berharap agar anjakan paradigma dalam pengurusan kewangan dan fiskal yang dipelopori oleh Selangor ini dapat menjadi teladan bukan sahaja bagi negeri-negeri lain malah Kerajaan Persekutuan. Apatah lagi pada awalan bicara tadi saya gariskan betapa ekonomi dunia masih dihambat pelbagai ketidaktentuan dan risiko momentum pertumbuhan perlahan.

27)    Dalam usaha kita memperkenalkan amalan menyemak belanjawan negeri setiap enam bulan, Kerajaan Negeri sebenarnya telahpun memulakan konsep semakan berkala ini apabila Perbendaharaan Negeri digesa membuat imbangan pada penyata kewangan pada setiap hujung bulan. Dengan cara ini, kita dapat memantau keseimbangan di antara perbelanjaan dan pendapatan negeri agar kita tidak berbelanja di luar kemampuan sehingga mengakibatkan defisit.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

28)    Pada pendapat saya, belanjawan berpaksi pada tiga tunjang utama yakni:

(a) Pendapatan atau hasil;

(b) Perbelanjaan; dan

(c) Rizab atau simpanan.

Secara asasnya, pendapatan negeri diperolehi dari Hasil Kutipan Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Perbelanjaan pula terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan. Manakala rizab adalah simpanan samada dalam bentuk Tunai mahupun Aset Pelaburan.

29)    Izinkan saya tegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa prinsip yang mendasari pengurusan fiskal negeri Selangor adalah Belanjawan Berimbang iaitu setiap perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh kutipan hasil. Selain daripada itu, kita akan pastikan nisbah perbelanjaan pembangunan tidak melebihi 30% daripada perbelanjaan keseluruhan.

30)    Unjuran Hasil Keseluruhan Negeri Selangor bagi 2014 bernilai RM1.85 billion iaitu RM587.6 juta atau 31.76% dalam bentuk Hasil Cukai; RM1,066,592,873.00 atau 57.65% dari Hasil Bukan Cukai dan selebihnya berjumlah RM195,807,127.00 atau 10.58% dalam bentuk Terimaan Bukan Hasil.

31)    Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa setakat 31 Oktober 2013, Kumpulan Wang Disatukan Selangor dalam bentuk wang tunai dan pelaburan adalah RM2,712.85 juta. Jumlah ini menandakan rizab negeri berada pada paras tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah negeri Selangor sejak tahun 1998.

32)    Mungkin kerana kurang arif mengenai selok-belok pengurusan kewangan dan fiskal, maka wujud suara-suara yang mengecam atau paling tidak, merungut tentang kecenderungan Kerajaan Negeri mengumpul rizab. Ingin saya tegaskan di sini bahawa pembinaan rizab beserta perbelanjaan berhemah mengikut konsep keutamaan yang betul merupakan paksi disiplin fiskal dan sebahagian daripada rangka pengurusan kewangan dan fiskal jangka panjang.

33)    Saya dengan ini amat berbesar hati membentangkan Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2014 dengan tema “Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat”.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Belanjawan Negeri Selangor 2014 berpaksikan kepada lima (5) teras utama iaitu:

1-   Memperkasa Pengurusan Fiskal yang Pragmatik, Berhemat dan Berdaya Maju;

2-   Memperkukuh Keberkesanan dan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Swasta;

3-   Memperteguh Dasar Pro-Pertumbuhan Pesat;

4-   Mempertingkatkan Kesejahteraan Rakyat dan Memastikan Mutu Kehidupan Bertaraf Dunia; dan

5-   Memastikan Pembangunan yang Mampan dan Inklusif.

34)    Sebelum saya kupas kelima-lima Teras di atas, saya ingin mengumumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Negeri Selangor yang diperuntukkan bagi tahun 2014 adalah RM1.85 billion, iaitu perbelanjaan terbesar dalam sejarah negeri Selangor.  RM1,225,080,210.00 atau 66.2% telah disediakan bagi Perbelanjaan Mengurus yang terdiri dari Perbelanjaan Bekalan sebanyak RM1,107,046,687.00 dan Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM118,033,523.00.

35)    Agihan lebih terperinci bagi unjuran Perbelanjaan Mengurus adalah seperti berikut: Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM421,748,946.00 atau 34.43%; Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak RM411,801,227.00 atau 33.61%; Emolumen sebanyak RM370,522,216.00 atau 30.24%; Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain sebanyak RM14,591,101.00 atau 1.19% dan Aset sebanyak RM6,416,720.00 atau 0.52%.

36)    Perbelanjaan Pembangunan pula dijangka menerima peruntukan sebanyak RM624,919,790.00 atau 33.78% daripada Perbelanjaan Keseluruhan. Berdasarkan sektor, Infrastruktur merupakan komponen terbesar dengan peruntukan RM388,728,030.00 atau 62.20% , diikuti oleh Sosial sebanyak RM143,182,140.00 atau 22.91%, Ekonomi sebanyak RM90,401,601.00 atau 14.47% dan Perbandaran sebanyak RM2,608,010.00 atau 0.42%.

37)    Peruntukan bagi sektor Infrastruktur diterajui oleh Kemudahan Awam sebanyak RM357,272,280.00 atau 91.91%, diikuti oleh Sains, Teknologi dan Inovasi sebanyak RM22,956,420.00 atau 5.91% dan Perumahan sebanyak RM8,499,330.00 atau 2.19%.

38)    Benefisiari utama bagi peruntukan sektor Sosial  adalah Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor sebanyak RM77,850,030.00, Pendidikan sebanyak RM26,300,050.00, Modal Insan sebanyak RM8,682,020.00, Sukan sebanyak RM8 juta, Kampung Baru sebanyak RM5 juta dan Belia sebanyak RM3.5 juta.

39)    Bagi sektor Ekonomi pula, Kewangan akan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM51,620,000.000, diikuti oleh Pertanian sebanyak RM17,481,600.00, Pembangunan Usahawan sebanyak RM7,850,010.00, Pelancongan sebanyak RM5.4 juta, Sumber Alam sebanyak RM3.65 juta, Kajian dan Penyelidikan sebanyak RM2.8 juta dan Pelaburan sebanyak RM1.6 juta.

40)    Sejumlah 84.36% atau RM2.2 juta daripada peruntukan sektor Perbandaran akan dinikmati oleh Kerajaan Tempatan manakala yang selebihnya bernilai RM408,000 akan dibelanjakan untuk Pengurusan Sisa Pepejal Pulau Ketam. Di sini, sukacita saya ingatkan juga bahawa pendapatan kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor mencecah RM1.72 billion pada tahun 2012, lebih daripada cukup untuk menampung perbelanjan keseluruhan berjumlah RM1.53 billion iaitu bersamaan dengan lebihan operasi sebanyak RM183.2 juta.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:00 PM | Show all posts
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang berhormat sekalian,

41)    Bagi Belanjawan 2014 juga, saya dengan sukacitanya mengumumkan rancangan penggunaan Rizab Negeri berjumlah RM430 juta bagi membiayai pembangunan enam inisiatif berikut:

(a)  RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Kelang

(b)  RM100 juta bagi pembinaan rumah mampu milik

(c) RM50 juta bagi pembinaan beberapa bangunan sekolah

(d) RM50 juta bagi pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia

(e) RM50 juta bagi pembangunan desa

(f)  RM30 juta bagi pemberdayaan wanita

42)    Dengan penggunaan rizab bagi perbelanjaan pembangunan, maka Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk membelanjakan sebanyak RM2.28 billion dalam pada tahun 2014. Dari RM2.28 billion ini, sejumlah RM1.225 billion adalah peruntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus iaitu sebanyak 53.7% manakala selebihnya RM1.055 billion adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan yakni 46.3% dari jumlah keseluruhan yang akan dibelanjakan.

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian,

Izinkan saya jelaskan lima teras utama yang menjadi paksi kepada Belanjawan 2014 yang saya nyatakan sebentar tadi.

TERAS I: MEMPERKASA PENGURUSAN FISKAL YANG PRAGMATIK, BERHEMAT DAN BERDAYA MAJU

43)    Kerajaan Negeri mengambil pendekatan Belanjawan Berasaskan Hasil atau Outcome-Based Budgeting (OBB) dan Belanjawan Berasaskan Pencapaian atau Performance-Based Budgeting (PBB) bagi memperkukuh penyediaan, pembangunan dan pengurusan belanjawan. Pendekatan ini adalah untuk memastikan peruntukan yang disediakan berasaskan kepada jangkaan keputusan atau perbelanjaan yang diselaraskan dengan satu set keutamaan dan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) yang mengambil kira pulangan atau manfaat kepada rakyat.

44)    Dengan metodologi belanjawan ini, seluruh proses dan kitaran belanjawan dijangka lebih berorientasikan dasar, lengkap dengan objektif dasar dan hasil yang ingin dicapai serta kos yang ditanggung untuk melaksanakan dasar tersebut. Contohnya, program atau projek jangka panjang yang mengambil masa yang lama untuk disempurnakan dapat dilanjutkan menerusi belanjawan tahunan ‘rolling’ yang merangkumi modal, inisiatif dan aktiviti yang diperlukan bagi mencapai hasil atau objektif  program seperti  yang ditentukan.

45)    Kerajaan Negeri akan melaksanakan penilaian atau semakan perbelanjaan pertengahan tahun, sejajar dengan standard dan amalan terbaik global serta prinsip-prinsip Belanjawan Berasaskan Hasil dan Belanjawan Berasaskan Pencapaian. Sememangnya, semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri pada tahun 2008, akaun pengurusan dibentangkan kepada Dato’ Menteri Besar setiap empat (4) bulan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan. Sesungguhnya, penilaian pertengahan tahun ini akan mengukuhkan lagi ketelusan dan kredibiliti pentadbir awam, lantas menandakan suatu anjakan paradigma dalam budaya dan struktur belanjawan yang jelas berbeza di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

46)    Apabila budaya berasaskan prinsip-prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti dapat disemai dengan jayanya, ianya akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dasar-dasar dan sistem pentadbiran kerajaan dalam semua bentuk. Idea pokoknya adalah untuk membolehkan segala perkara diambilkira dan dihitung bagi mengurangkan risiko amalan rasuah atau sogokan.

47)    Saya yakin sekiranya pendekatan ini diterimapakai dalam pengurusan fiskal sejak dahulu, nescaya rakyat Selangor hari ini akan mempunyai maklumat mengenai hasil jualan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan atau perincian lain, keupayaan memantau keseluruhan proses jualan dan ke mana hasil ini telah dibelanjakan. Dengan penguatkuasaan konsep pengurusan fiskal seumpama ini dalam sistem pentadbiran negeri, rakyat tidak perlu lagi merasa khuatir dan gusar mengenai keputusan pilihanraya kerana sesiapa sahaja yang diberi mandat untuk mentadbir akan mewarisi suatu kerangka dan infrastruktur pengurusan kewangan dan fiskal yang sihat dan berdaya tahan.

Tempe, puding, rojak dan putu,
Makanan rakyat negeri harmoni,
Masyarakat berdisiplin perpaduan jitu,
Penanda aras Selangorku kini.

48)    Memandangkan rakyat Selangor merupakan penyumbang terbesar dari segi kutipan cukai negara, saya mengambil kesempatan ini menyeru agar Kerajaan Persekutuan bersikap profesional, telus dan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan fiskal negara. Agihan kutipan hasil cukai hendaklah dilakukan secara adil dan setimpal dengan sumbangan negeri. Sejak Mac 2008 Selangor tidak mendapat agihan peruntukan secara terus yang setimpal dengan sumbangan rakyat negeri ini.L ebih malang lagi apabila sejumlah dana awam tidak disalurkan kepada kepimpinan negeri tetapi diperuntukkan melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) kepada mereka yang tiada mandat mentadbir negeri antaranya, calon-calon pilihanraya Barisan Nasional yang kalah hatta  Ketua-ketua Bahagian UMNO Selangor. Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa tindakan sebegini bukan sahaja satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor malah ianya akan merugikan semua pihak termasuk Barisan Nasional sendiri di mana rakyat Selangor semakin nekad untuk menghukum UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

49)    Analisa terhadap tiga aspek utama belanjawan iaitu pendapatan, perbelanjaan dan rizab atau simpanan terkumpul adalah asas dalam menentukan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan dan fiskal Kerajaan Negeri. Bahkan, memastikan belanjawan berimbang dan kemudiannya, pengumpulan rizab bukan sahaja amat sukar untuk dilakukan malah ianya sangat penting dan satu keperluan mendesak memandangkan beberapa kekangan yang ditempuh oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usahanya untuk meraih dan mengumpul dana.

50)    Oleh itu, apabila sahaja rizab negeri mencapai tahap lebih dari mencukupi atau lebih baik, melebihi perbelanjaan mengurus beberapa kali ganda, baharulah kita dapat memastikan rizab ini digunakan dengan menyalurkannya kepada program-program produktif  tertentu (terutamanya perbelanjaan pembangunan) yang mempunyai kesan gandaan tinggi untuk tempoh yang lama dan impak positif langsung ke atas rakyat.

51)    Sejajar dengan amalan disiplin pengurusan kewangan, semua perincian mengenai penggunaan rizab atau perbelanjaan yang menggunakan rizab mestilah dibentangkan dan mendapat perhatian Dewan Negeri. Dalam usaha menyemai tradisi dan budaya pengurusan kewangan dan fiskal yang unggul di negeri ini, maka saya mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bebas, dianggotai golongan professional dalam bidang berkaitan untuk mengelakkan percanggahan kepentingan serta diberi kuasa dan keistimewaan dengan matlamat:

(a)  mengkaji kos perolehan, perbekalan dan perkhidmatan;

(b)  mencari mekanisme untuk mengawal dan mungkin juga akhirnya memotong perbelanjaan tidak perlu atau bertindih termasuk kaedah mengelak kemungkinan berlaku perbelanjaan berlebihan; dan

(c)  menyelesaikan karenah birokrasi dan pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan kos dan perbelanjaan.

52)    Saya ingin mencadangkan konsep belanjawan berpenyertaan atau ‘participatory budgeting’ diperhebatkan lagi pelaksanaannya. Tumpuan khusus adalah kepada syor bagi peruntukan dana awam dan cara ianya dibelanjakan. Ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada rakyat untuk mengenalpasti keutamaan perbelanjaan dan bersama-sama memperhalusi cadangan-cadangan perbelanjaan yang memanfaatkan rakyat dan negeri ini.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:01 PM | Show all posts
kecimpret posted on 19-11-2013 04:37 PM

tak ada budget untuk R & D? Aku lebih suka Selangor jadi hub R & D supaya nilai tambah lagi nampak lagi.....dan boleh jadi sesuatu yg membanggakan bagi PR....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:02 PM | Show all posts
TERAS II: MEMPERKUKUH KEBERKESANAN DAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM DAN SWASTA

53)    Sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, rukun mengenai ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti merupakan antara nilai sejagat utama yang ingin diterapkan dalam sistem pentadbiran negeri. Iltizam ini telah terbukti apabila Rang Undang-undang Pindaan Kebebasan Maklumat diluluskan oleh Dewan Negeri dengan matlamat memberi orang awam akses kepada maklumat berkaitan Kerajaan Negeri, pengisytiharan harta oleh Menteri Besar dan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

54)    Dalam Manifesto bertemakan "Meneruskan Kecemerlangan" bagi PRU13, Pakatan Rakyat Selangor turut mengulangi ikrar untuk menawarkan sebuah pentadbiran yang bersih, cekap dan bertanggungjawab. Justeru itu, bermula dengan Belanjawan 2014 ini, Kerajaan Negeri komited untuk memberi penekanan terhadap prinsip keberkesanan dan kecekapan dalam segala aspek demi meneruskan agenda kecemerlangan bagi maslahat umum.

55)    Sebagai langkah permulaan, Kerajaan Negeri bercadang memberi tumpuan kepada segala aspek berkaitan pentadbiran awam negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri demi mengekang karenah birokrasi, mengurangkan ketirisan dan pembaziran dana awam, membasmi rasuah, meningkatkan pulangan kepada negeri serta menjamin penyampaian perkhidmatan awam dan swasta yang innovatif, proaktif, berpaksikan keperluan pelanggan dan selaras dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa.

Pentadbiran Awam

56)    Sejak mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Selangor pada tahun 2008, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu budaya kerja baharu- dengan kerjasama penjawat awam dan seluruh kepemimpinan lain di peringkat daerah, mukim, kampung dan bagan dalam usaha mengurus secara proaktif aspirasi dan keperluan rakyat agar perkhidmatan yang menepati kehendak ramai dapat diberikan pada kos yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti.

57)    Kerajaan Negeri telah menganjurkan Program Dialog Belanjawan dan Dialog Manifesto setiap tahun, baik di peringkat negeri mahu pun PBT dengan tujuan mendengar serta mendapat input dan maklumbalas secara langsung daripada akar umbi bertepatan dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dengan cara ini, kita dapat pastikan segala keputusan pentadbiran termasuk peruntukan dan prinsip yang mendasari belanjawan negeri mengambil kira aspirasi dan kepentingan semua warga di negeri ini.

58)    Selain itu, satu lagi usaha yang sedang dilaksanakan ialah membawa ‘Pejabat kepada Rakyat’ di mana menjadi impian Kerajaan Negeri agar tidak akan ada lagi barisan panjang di kaunter-kaunter jabatan kerajaan dan agensi negeri. Dengan inisiatif ini, rakyat Selangor boleh memilih samada hendak berurusan secara ‘online’ atau menghadiri program ‘Hari Bertemu Pelanggan’ yang diatur berhampiran kejiranan mereka.

59)    Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah mendigitalkan segala dokumentasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) agar ia dapat diakses secara ‘online’ dengan pantas. Langkah seterusnya ialah memperluaskan usaha tersebut ke Pejabat Daerah masing-masing di samping membina satu jaringan pusat menghubungkan Pejabat Tanah Daerah (PTD), Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan dan pejabat syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar maklumat 'real-time' dapat dikongsi secara ‘online’ supaya keputusan strategik dapat dibuat dengan lebih baik.

60)     Kerajaan Negeri juga akan terus berusaha untuk memastikan penjawat awam di Selangor bersikap profesional, telus, bertanggungjawab dan berintegriti pada setiap masa. Adalah menjadi hasrat jangka panjang Kerajaan Negeri agar penjawat awam secara beransur-ansur dapat menerima konsep kenaikan gaji dan pemberian bonus berdasarkan kecemerlangan prestasi, berasaskan kecekapan dan keberkesanan, selari dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa.

61)    Semua ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk menyediakan persekitaran kondusif sebagai pemboleh dan fasilitator ke arah pembentukkan ekonomi dan masyarakat yang dinamik, berdaya saing dan berdaya tahan tinggi.

Pihak Berkuasa Tempatan dan Ahli Majlis

62)    Pihak Berkuasa Tempatan sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah Kerajaan Negeri. Ini memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan adalah agensi yang berurusan secara langsung dengan masyarakat/rakyat. Masih terdapat banyak ruang untuk memperbaiki pengurusan dan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan melalui kemajuan teknologi terkini di samping pemahaman yang lebih baik terhadap aspirasi dan keperluan rakyat. Sebagai contoh, sekiranya disiplin pengurusan kewangan dan pentadbiran di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan diamalkan kita mensasarkan penjimatan perbelanjaan tahunan sebanyak 20%. Justeru itu, berdasarkan jumlah pendapatan kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2012 iaitu melebihi RM1.72 billion kita dapat menghasilkan penjimatan bernilai lebih RM300 juta. Berikut adalah antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PBT:

(a) Memperhebat operasi khidmat pelanggan yang profesional dengan penubuhan atau pemerkasaan ‘Call Center’ berpusat bagi menerima segala aduan untuk tindakan segera pihak berkenaan di samping mengukur tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan.

(b) Menjadi lebih proaktif dengan fokus kepada inisiatif pencegahan dalam kerja-kerja penyelengaraan agar kos tinggi membaikpulih atau gantian dapat dikurangkan dan tidak menunggu hingga berlakunya krisis. Ini melibatkan pengurusan efektif peralatan, bangunan, harta tanah, jalan raya dan sebagainya termasuk cerun bukit.

(c) Memanfaatkan faedah ‘economies of scale’ atau pembelian secara pukal di mana beberapa PBT boleh bergabung untuk mendapatkan bekalan dan perkhidmatan secara pukal pada harga yang lebih rendah.

(d) Menyemak semula kadar atau tarif lesen dan permit perniagaan agar nilainya sepadan dengan pulangan komersil yang dinikmati       pengusaha perniagaan.

(e) Mengurus dan merancang pembinaan dan penggunaan harta awam agar memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

(f) Mengurangkan dan seterusnya membatalkan segala bentuk acara pelancaran dan penganugerahan di hotel-hotel mewah serta lawatan sambil belajar yang ke luar negara. Sebaliknya, menggalakkan program dan aktiviti dianjurkan di premis milik PBT kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:02 PM | Show all posts
Agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri

63)    Berbagai usaha dilakukan untuk memastikan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri diurustadbir dengan telus, berhemat, cekap serta bebas dari rasuah dan salah guna kuasa, antaranya semua syarikat telah diarah melaksanakan program ‘Corporate Integrity Pledge’ di samping menandatangani ‘Integrity Pact’ dengan pihak Transparency International (TI) Malaysia.

64)    'Aku Janji' yang sama juga dipanjangkan kepada pihak pembekal dan kontraktor sebagai prasyarat sebelum dibenarkan menyertai sebarang proses tender yang ditawarkan oleh agensi dan syarikat negeri di mana pihak pembekal dan kontraktor bersetuju antara lain untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang, tidak akan memberi rasuah kepada kakitangan agensi dan syarikat negeri dalam apa jua bentuk, mematuhi segala terma-terma kontrak dan melaporkan kepada pihak berkuasa sebarang unsur rasuah, jika ada.

65)    Di samping itu, kerajaan negeri juga menyokong dasar melindungi pemberi maklumat bagi menggalakkan kakitangan kerajaan, agensi dan syarikat negeri melaporkan kepada pihak berkuasa sebarang salahlaku kewangan atau amalan berunsur rasuah.

66)    Sebagai lanjutan bagi penambahbaikan agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, mereka digalakkan mengambil langkah-langkah berikut:

(a) Menubuhkan 'unit pengurusan penambahbaikan' di peringkat agensi atau syarikat negeri untuk mempertimbangkan mekanisme terbaik menyusun semula organisasi dengan menyemak peranan masing-masing dalam pembangunan negeri.

(b) Menyemak semula struktur organisasi dengan memberi tumpuan kepada  pembahagian fungsi struktur, profil jawatan dan spesifikasi jawatan yang jelas.

(c) Membatalkan semua Power of Attorney kepada pihak ketiga untuk memastikan agar aset agensi dan Syarikat negeri tidak tergadai.

(d) Mengkaji semula sebarang perjanjian konsesi atau usahasama terutamanya yang merugikan agensi dan syarikat negeri, jika perlu membatalkannya.

(e) Menambahbaik proses perolehan termasuk berurusan terus dengan pembekal perkhidmatan atau pembuat barangan dan memperkenalkan konsep 'Perjanjian Harga' di mana tempahan dapat dibuat terus tanpa perlu mengulangi proses sebutharga memandangkan harga dikunci untuk tempoh tertentu.

(f) Menyemak semula dasar dan seterusnya mengurangkan khidmat perunding, agen atau sub-kontraktor sebaliknya berusaha membina kepakaran dalaman agar tidak bergantung dengan pihak luar.

67)    Satu jawatankuasa bertindak berkuasa tinggi, Jawatankuasa Penambahbaikan Pentadbiran, Agensi Negeri dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri yang akan diketuai oleh Dato’ Menteri Besar akan ditubuhkan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat, ahli akademik, tokoh masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang dipilih berdasarkan kriteria yang akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Sekretariat Jawatankuasa ini akan diletakkan di bawah seliaan Menteri Besar Incorporated (MBI), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbendaharaan Negeri Selangor. Untuk memberi cadangan penambahbaikan dan pemerkasaan, antara lain, Jawatankuasa ini akan:

(a) menyemak semula segala aspek berkaitan proses, prosedur, sistem dan modal insan jentera Pentadbiran Awam, Agensi dan Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC) agar boleh diselaraskan dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa;

(b) memantau segala aspek pelaksanaan dasar dan strategi seperti yang diputuskan demi memastikan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta; dan

(c) menggariskan mekanisme kerjasama di antara kerajaan pusat, kerajaan negeri (pentadbiran awam, agensi dan GLC negeri) dan pihak swasta demi meningkatkan daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi mampan bagi negeri Selangor.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2013 08:03 PM | Show all posts
TERAS III: MEMPERTEGUH DASAR PRO-PERTUMBUHAN PESAT

68)    Semenjak 2008 sehingga bulan Ogos 2013, pelaburan bernilai RM53.25 billion telah diluluskan bagi negeri Selangor, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Sarawak dengan RM46.35 billion, Johor dengan RM44.18 billion dan Pulau Pinang dengan RM38.19 billion. Justeru, Selangor menguasai hampir 20% daripada pelaburan modal di Malaysia. Menerusi 1,560 projek iaitu 33.1% daripada bilangan keseluruhan projek yang mendapat kelulusan di Malaysia, pelaburan di Selangor telah mencipta 133,275 pekerjaan atau 27.2% daripada peluang kerja keseluruhan. Dalam tempoh yang sama, pelaburan asing masih mendahului pelaburan domestik dengan nisbah 52.5 : 47.5 di Selangor.

69)    Meskipun dalam tempoh lapan bulan tahun 2013, Selangor jatuh ke tempat ketiga selepas Johor dan Sarawak dari segi jumlah pelaburan yang diluluskan, namun dari segi bilangan projek, Selangor masih unggul dengan 140 projek dengan menyumbang  10,208 peluang pekerjaan. Dalam tempoh tersebut, pelabur domestik seolah-olah mendapat suntikan semangat baharu apabila pelaburan domestik menguasai 67.2% daripada pelaburan modal keseluruhan bagi Selangor.

70)    Anak syarikat pelaburan Kerajaan Negeri Selangor, Selangor State Investment Centre (SSIC) Berhad, telah mengenalpasti beberapa industri fokus baharu dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian untuk diberi tumpuan dalam strategi menarik minat pelabur pada masa hadapan. Antaranya industri E&E berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan; industri makanan; bioteknologi; teknologi hijau; farmaseutikal; penjagaan kesihata; peranti dan alat kelengkapan perubatan; logistik; pelancongan dan automotif.

71)    Bagi tahun 2014, peruntukan perbelanjaan pembangunan bernilai RM1.6 juta disediakan khusus untuk Pelaburan manakala sejumlah RM2.5 juta lagi bagi Kajian dan Penyelidikan termasuk pelaksanaan pelan induk dan penyelidikan dan pembangunan ekonomi.

72)    Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum mengenai potensi dan sumbangan industri pelancongan. Justeru, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti beberapa kluster pelancongan yang akan diberi tumpuan khusus dalam usaha merungkai nilai dan memanfaatkan sepenuhnya potensi industri pelancongan antaranya perhotelan, penginapan bajet dan homestay; aktiviti membeli-belah; pelancongan perubatan dan penjagaan kesihatan; pelancongan pendidikan; pelancongan agro; pelancongan eko dan alam semulajadi.

73)    Tourism Malaysia menyasarkan ketibaan 28 juta pelancong asing di bumi Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 manakala Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) menjangkakan seramai 6.5 juta orang dan 6.8 juta orang pelawat asing dan tempatan akan mengunjungi Selangor masing-masing pada tahun 2014 dan 2105. Dari segi pendapatan, negeri Selangor diunjurkan akan menerima sebanyak RM4.56 billion dan RM4.77 billion masing-masing bagi tahun 2014 dan 2015.

74)    Bagi tahun 2014, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan bernilai RM5.2 juta khusus untuk Pelancongan termasuk promosi dan acara pelancongan, memajukan kraftangan dan menaiktaraf produk pelancongan. Ini tidak termasuk peruntukan bagi perkara-perkara lain seperti adat Melayu dan warisan, kesenian, kebudayaan, perbandaran, pembangunan luar bandar, pembangunan usahawan belia dan sukan, pertanian, perhutanan dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada pembangunan pelancongan.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:04 PM | Show all posts
TERAS IV: MEMPERTINGKATKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN MEMASTIKAN MUTU KEHIDUPAN BERTARAF DUNIA

75)    Belanjawan 2014 akan meneruskan pelaksanaan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Bermula dengan tujuh inisiatif, program Merakyatkan Ekonomi Selangor kemudiannya ditambah secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan agar prinsip ‘hasil negeri untuk rakyat’ dapat dioptimumkan sehinggalah mempunyai 17 inisiatif hari ini.

76)    Semenjak Mac 2008 sehingga 31 Ogos 2013, kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM954,807,698.08 untuk agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah memberi manfaat kepada 1,656,123 orang rakyat Selangor. Bagi tahun 2014, sejumlah RM77.85 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

77)    Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat juga mengambil peluang dengan memperuntukkan sejumlah RM269.5 juta dalam Belanjawan 2014 untuk mula melaksanakan pelbagai tawaran yang diumumkan dalam Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’ bagi Pilihanraya Umum ke-13. Teras ‘Ekonomi Rakyat’ merupakan benefisiari terbesar dengan peruntukan RM154.47 juta, diikuti oleh ‘Persaudaraan Rakyat’ dengan RM69.5 juta dan yang terakhir, ‘Kesejahteraan Rakyat’ dengan RM45.55 juta.

78)    Kerajaan Negeri ingin mengulangi peri pentingnya air sebagai salah satu aset paling utama milik rakyat Selangor yang telah diswastakan oleh Barisan Nasional demi kepentingan kroni. Secara peribadi, saya ingin merakamkan rasa kesal kerana Kerajaan Persekutuan tiada rasa rendah diri untuk mengakui hakikat bahawa penswastaan industri air dan penyerahan konsesi kepada empat syarikat terpilih semasa Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional merupakan suatu penganiayaan dan pengkhianatan terhadap pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya khususnya rakyat Selangor.

79)    Maka, penstrukturan semula industri air di Selangor, salah satu daripada tawaran yang terkandung dalam Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’ adalah sangat mustahak bagi membolehkan pemberian subsidi 20 meter padu air percuma selama paling kurang 10 tahun yang akan datang dan menjamin harga air berpatutan bagi volum yang seterusnya.

80)    Setakat ini, Kerajaan Negeri kekal dengan tawaran bernilai RM9.65 billion untuk mengambilalih dan mengurus sepenuhnya kesemua empat syarikat konsesi bekalan air iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH), anak syarikat Kumpulan Gamuda Bhd; dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) serta Konsortium Abass Sdn Bhd yang telah dibuat pada bulan Februari 2013.

81)    Surat rasmi daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebagai wakil Kerajaan Persekutuan bertarikh 9 September 2013 menunjukkan tanda-tanda kesepakatan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta komitmen untuk mencapai penyelesaian segera bagi isu bekalan air di Selangor demi kesejahteraan dan kesenangan rakyat serta selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

82)    Namun, sekalipun rundingan tentang nilai dan kaedah pembayaran dimuktamadkan selewat-lewatnya menjelang 31 Disember 2013, proses pengambilalihan mungkin memerlukan tiga hingga enam bulan lagi untuk selesai.

83)    Kerajaan Persekutuan akan kekal sebagai pemegang saham emas dalam ‘new company’ (newco) yang terbentuk selepas pergabungan syarikat-syarikat berkaitan air manakala para pekerja sedia ada tidak akan diberhentikan dan boleh bekerja di bawah pentadbiran korporat baharu.

84)    Kerajaan Negeri Selangor komited untuk terus berusaha sebaik mungkin memperbetulkan kepincangan pentadbiran, kesilapan pengurusan dan salahlaku kewangan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum ini serta dosa yang dilakukan ke atas rakyat Selangor.

85)    Meskipun Selangor boleh berbangga dengan infrastruktur dan kemudahan jaringan pengangkutan darat, air dan udara sebagai indikator sebuah negeri maju, Belanjawan 2014 memperuntukkan RM121 juta kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor bagi satu siri projek dan program termasuk pembinaan jalan baharu, penaiktarafan jalan, pembinaan jambatan dan pelbagai rancangan lain.

86)    Sebagaimana yang saya umumkan di dalam sidang Dewan yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor bercadang menggunakan dana daripada rizab  negeri untuk melaksanakan projek pembinaan Jambatan Ketiga Kelang sepanjang dua kilometer, termasuk jalan penghubung dengan enam lorong bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di jambatan sedia ada yang digunakan lebih 200,000 kenderaan sehari. Berbekalkan peruntukan bagi 2014 sebanyak RM150 juta dari rizab negeri, sukacita saya maklumkan bahawa proses awal pembinaan telah pun bermula dengan pembukaan tender kepada umum tidak lama lagi.

87)    Selanjutnya, dalam usaha berterusan mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas terutamanya di kawasan bandar, Kerajaan Negeri mengumumkan penubuhan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (Selangor Public Transport Council) agar pelan tindakan negeri boleh dilaksanakan tanpa banyak tentangan daripada Kerajaan Persekutuan.

88)    Sebagai langkah permulaan, Majlis Pengangkutan Awam Selangor baru-baru ini telah selesai menjalankan satu kaji selidik mengenai corak penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja di kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bangunan Darul Ehsan. Hasil kaji selidik ini, sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang memperhalusi cadangan memberi rebat atau sebarang insentif lain kepada kakitangan kerajaan yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke bangunan-bangunan tersebut.

89)    Saya ingin mengambil kesempatan ini menyeru agar agensi dan syarikat negeri serta syarikat-syarikat swasta lain juga mempertimbangkan memberi faedah yang sama kepada kakitangan masing-masing demi mengurangkan lagi penggunaan kenderaan persendirian sekaligus kesan karbon sejajar dengan matlamat memelihara alam sekitar.

90)    Sebagai negeri termaju di Malaysia, sudah pasti proses urbanisasi akan terus mewarnai pembangunan negeri Selangor. Memandangkan lebih daripada 95% keluasan negeri Selangor dijangka menjadi kawasan bandar menjelang 2020, Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha menyediakan peruntukan yang secukupnya setiap tahun bagi menjayakan proses urbanisasi ini di samping memastikan mutu kehidupan yang sewajarnya bagi warga kota. Justeru, bagi tahun 2014, perbandaran diperuntukkan RM7.6 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

91)    Sehubungan dengan itu, untuk memastikan agar tiada rakyat Selangor yang ketinggalan dalam arus kemajuan pesat ini hingga terpaksa hidup merempat dan bergelandangan, Kerajaan Negeri sangat serius dalam usaha memastikan wujudnya tempat kediaman pada harga atau/dan kadar sewa yang berpatutan sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’. Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti di samping RM2 juta lagi untuk projek Perumahan Rakyat dan RM2.4 juta untuk penyelenggaraan atau pembaikpulihan Rumah Awam Kos Rendah. Ini tidak termasuk peruntukan khas RM100 juta untuk pembinaan Rumah Mampu Milik yang menggunakan dana rizab negeri.

92)    Kerajaan Negeri amat menitikberatkan soal pendidikan meskipun pendidikan sebenarnya merupakan salah satu perkara dalam senarai bidangkuasa Kerajaan Persekutuan. Justeru, bagi tahun 2014, sejumlah RM26 juta, RM7.8 juta dan RM200,010 diperuntukkan masing-masing kepada pembangunan Pendidikan, Modal Insan dan Pusat Latihan. Perbelanjaan pembangunan Pendidikan merangkumi RM16 juta sebagai bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama, Cina dan Tamil; RM5 juta bagi program pendidikan secara umum; RM2 juta bagi program Pendidikan Tinggi; RM2 juta bagi program Kemahiran Teknikal dan RM1 juta bagi Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang. Ini belum diambilkira sejumlah RM50 juta yang diperuntukkan daripada rizab negeri bagi tahun untuk membina beberapa buah bangunan sekolah seperti yang saya umumkan tadi.      

93)    Satu lagi perkara dalam senarai bidangkuasa dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri adalah kesihatan. Kerajaan Negeri mendengar dan memahami rintihan dan keluh-kesah golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan berkualiti terutama bagi rawatan penyakit kritikal. Justeru, kerajaan negeri berhasrat menubuhkan Tabung Perubatan Khas Penyakit Kritikal khusus bertujuan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah yang mengidap penyakit kritikal seperti yang digariskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penilaian kelayakan akan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Sosial (JPS) di hospital-hospital awam terpilih bagi mengelakkan pertindihan bantuan daripada agensi atau jabatan kerajaan lain dan memastikan hanya mereka yang layak sahaja menerima bantuan. Bantuan kewangan akan disalurkan terus kepada pihak hospital melalui JPS masing-masing untuk mengelakkan ketirisan dana awam bagi perbelanjaan yang tidak menepati tujuan asal di samping membolehkan audit dijalankan dalam kerangka belanjawan berhemat, telus dan bertanggungjawab.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 08:05 PM | Show all posts
TERAS V: MEMASTIKAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN DAN INKLUSIF

94)    Terdapat 645,136 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia menurut Bancian SME 2011 di mana lebih 50% beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Perak. Memandangkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mewakili 97.3% daripada kesemua entiti perniagaan di Malaysia, Kerajaan Negeri sedar peri pentingnya menumpukan perhatian kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang semakin pantas berkembang menjadi sebuah segmen berdaya saing dan berdaya tahan tinggi dalam ekonomi Malaysia secara amnya dan negeri Selangor secara khususnya. Sebagai sokongan dan galakan kepada usahawan kecil dan sederhana di negeri Selangor, Belanjawan 2014 memperuntukkan sebanyak RM2.2 juta bagi mencapai pembangunan keusahawanan secara mampan khususnya  dalam bentuk Dana Industri Kampung, pembangunan usahawan secara am, program peningkatan pembungkusan produk, promosi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan latihan keusahawanan. Ini tidak termasuk sejumlah RM50 juta yang diperuntukkan khas daripada rizab negeri bagi tujuan Pembangunan Usahawan dan Pemerkasaan Belia.

95)   Selangor amat bertuah kerana ianya secara relatif merupakan negeri ‘muda’ dengan potensi produktiviti yang besar dari segi ekonomi dan tenaga kerja. Oleh itu, bagi memperhebatkan lagi peranan belia dalam pembangunan ekonomi negeri, Belanjawan 2014 memperuntukkan sebanyak RM11.5 juta bagi pembangunan belia dan sukan yang terdiri daripada RM3.5 juta bagi projek pembangunan belia, RM7.2 juta bagi pembangunan sukan secara am serta RM800,000 untuk menaiktaraf infrastruktur dan fasiliti sukan.      

96)    Sebagai penghargaan atas jasa wanita dalam pemantapan institusi kekeluargaan dan sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhan, Kerajaan Pakatan Rakyat memperuntukkan dalam Belanjawan 2014 sejumlah RM1.3 juta bagi Agenda Pemberdayaan Wanita dan Keluarga termasuk Pusat Wanita Berdaya, program kempen kesedaran mengenai keganasan rumahtangga, portal Wanita dan E-BU, kempen ‘Wanita Selangor Sihat’, program pemberdayaan ekonomi wanita, konvensyen kepimpinan wanita, kursus kemahiran jangka pendek dan sebagainya. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan dana rizab negeri sebanyak RM30 juta sebagai perbelanjaan pembangunan bagi 2014 khusus untuk melaksanakan program Menjana dan Meningkatkan Pendapatan Wanita sebagai kesinambungan bagi Agenda Pemberdayaan Wanita.

97)  Kerajaan Negeri tidak akan sekali-kali mengabaikan keperluan warga desa malah akan terus berusaha mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup di desa agar tidak ketinggalan berbanding arus kemajuan bandar. Justeru, Belanjawan 2014 memperuntukkan sejumlah RM23.7 juta bagi pembangunan luar bandar di mana RM14.5 juta khusus untuk pembangunan kampung seperti program pembangunan ekonomi nelayan, petani dan penternak, program Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi serta RM9 juta untuk Projek Ekonomi Kecil seperti kemudahan asas desa, aktiviti pembangunan kampung, pembangunan kampung baharu, penyelenggaraan jalan kampung dan infrastruktur luar bandar yang lain. Pada tahun 2014, pembangunan desa juga bakal menerima manfaat daripada peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta lagi daripada penggunaan rizab negeri, sekaligus melonjakkan perbelanjaan keseluruhan kepada RM73.5 juta.

98)    Sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat dan prihatin terutamanya dari segi memelihara kebajikan am rakyat serta bantuan kepada persatuan-persatuan komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain, sejumlah RM45.12 juta dan RM1.15 juta disediakan dalam Belanjawan 2014 masing-masing bagi agenda perkhidmatan masyarakat khususnya peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, ketua kampung, pengerusi JKKK dan ketua komuniti serta untuk program Kerajaan Prihatin.

99)    Sejajar dengan agenda masyarakat penyayang, Kerajaan Negeri prihatin terhadap kesejahteraan dan kebajikan Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Asal, penjawat awam berpendapatan rendah dan golongan minoriti lain dalam masyarakat. Justeru, Belanjawan 2014 memperuntukkan sejumlah RM7.8 juta bagi pembangunan insan, hal-ehwal kepenggunaan dan program kebajikan khusus untuk golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.

Rajin membaca kitab dan buku,
Ilmu dimanfaat juga dibahagi,
Warga emas, ibu tunggal dan OKU,
Sentiasa dibantu dan disayangi.

100) Bagi memastikan pembangunan mampan dan lestari yang tidak menjejaskan kestabilan ekosistem dan kepelbagaian biodiversiti negeri terutamanya untuk generasi akan datang, peruntukan sebanyak RM5.5 juta disediakan dalam Belanjawan 2014 untuk melaksanakan agenda pemuliharaan plam sekitar dan sumber alam termasuk peruntukan bagi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

101) Ini tidak termasuk peruntukan sebanyak RM45 juta secara keseluruhan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor di mana beberapa programnya boleh menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar seperti RM21.2 juta bagi pengurusan banjir, RM4.45 juta bagi pengurusan lembangan, RM2.49 juta bagi pengurusan saliran mesra alam, RM2.15 juta bagi pengurusan pantai serta RM1.4 juta bagi pengurusan sumber air dan hidrologi. Dengan ini, izinkan saya memetik kata-kata Mahatma Gandhi mengenai betapa pentingnya alam sekitar sebagai aset paling berharga yang perlu dipelihara setiap masa. “Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita. Sebaliknya, kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya”.  

102) Untuk membina karektor dan memberi jiwa kepada negeri termaju di Malaysia dari segi pembangunan fizikal dan infrastruktur di samping memperkayakan aset negeri dengan sejarah dan warisan turun temurun, saya dengan ini berbesar hati mengumumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Belanjawan 2014 memperuntukkan sejumlah RM3.05 juta bagi program kebudayaan, kesenian dan warisan yang terdiri daripada RM500,000 untuk aktiviti dan acara kebudayaan dan kesenian serta RM2.55 juta bagi Adat Melayu dan Warisan semua kaum di Selangor.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:06 PM | Show all posts
PENUTUP

Tuan Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan,

103)  InsyaAllah, kesemua lima teras dalam belanjawan kali ini yang telah saya huraikan dengan terperinci dapat mengukuhkan lagi pembangunan ekonomi dan  dan menaikkan taraf hidup rakyat negeri Selangor. Setelah sekian lama negeri ini memacu pertumbuhan ekonomi negara, Selangor akan terus berusaha supaya kekal sebagai penanda aras untuk dicontohi oleh negeri-negeri lain.

104)  Dalam Belanjawan 2014 ini, Selangor meneruskan satu tradisi pengurusan kewangan dan fiskal yang pragmatik, berhemat, telus dan bertanggungjawab. Tradisi sebegini perlu sentiasa dipupuk dan dipelihara agar generasi akan datang dapat mewarisi satu sistem pengurusan dan pentadbiran yang merangkumi dan holistik untuk pembangunan ekonomi yang lebih mampan.

Pak Samad sasterawan keramat,
Hak asasi rakyat antara karyanya,
Amalan berhemat wajar disemat,
Pemimpin bijak rakyat bahagia.

105)  Dengan tradisi ini, setiap perbelanjaan boleh dipertanggungjawabkan dan sekaligus mengurangkan risiko berlakunya amalan rasuah atau sogokan. Rasuah melemahkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran, merencat pertumbuhan ekonomi, menafikan kesaksamaan peluang, mengancam keharmonian negara dan kesejahteraan rakyat serta memberi kesan negatif kepada proses demokrasi. Gejala rasuah yang berleluasa memasung keyakinan rakyat terhadap institusi awam, meningkatkan kos urus niaga secara umum serta melemahkan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta.

106)  Dalam pengurusan dana dan aset awam, gejala rasuah hanya akan mengurangkan hasil pendapatan dan mengakibatkan perbelanjaan yang kita lakukan tidak berkesan untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan jauh sekali untuk mewujudkan kemaslahatan sosial. Justeru itu, amat penting bagi Kerajaan Negeri Selangor sekarang untuk merangka pelan tindakan strategik dengan langkah-langkah yang sesuai dan berkesan bagi mencegah dan memerangi rasuah dalam pentadbiran dan sistem secara keseluruhan.

107) Dalam hubungan ini, setelah bermenung beberapa ketika dan lantas memahami serta mengakui bahawa tangga gaji yang tidak setara dengan beban dan tanggungjawab berat yang perlu dipikul oleh semua Ahli Dewan Negeri, apatah lagi Selangor mempunyai penduduk yang paling ramai di Malaysia; iaitu melebihi 5.65 juta orang, saya ingin mencadangkan agar satu kajian skim gaji, pencen, gratuiti dan elaun bagi Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Negeri Selangor dijalankan. Bagaimanapun, sebarang kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan hanya wajar dilaksanakan sekiranya kesemua Ahli Dewan yang mulia ini bersetuju terhadap usul tersebut DAN kuantum kenaikan hendaklah tidak melebihi 75% daripada apa yang dinikmati oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak bulan Mei lalu.

Tuan Speaker dan Ahli - Ahli Yang Berhormat,

108)    Demikianlah pembentangan Belanjawan 2014 Negeri Selangor Darul Ehsan.

Hanyasanya keikhlasan,

Kesungguhan dan amanah,

Dijadikan sandaran.

Dalam usaha menggalas amanah rakyat berbilang kaum dan agama di Selangor, sebagai sebuah “ Baldatun, tayyibatun, warrabbul ghaffur.

(surah Saba’ ayat 15, iaitu;
Negerimu adalah negeri yang baik dan nyaman
sedang Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun)

109)  Saya memohon kepada Allah Rabbul Jalil agar kita semua diberikan petunjuk dan pertolongan, kekuatan dan kesetiaan bagi memberikan dan melaksanakan keadilan kepada rakyat.

Saya dengan ini mohon mencadang.

Terima kasih.



YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

19 NOVEMBER 2013

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:25 PM | Show all posts
cayalah tan sri
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ada bonus x utk kakitangan awam selangor?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:54 PM | Show all posts
hulamak...macai2 UMNO menangis dah.....dana yg begitu besar tak dapat masuk pocket tuan2 depa...pi buat projek2 rakyat......sayang...$$$$ hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:38 PM | Show all posts
Acong posted on 19-11-2013 08:04 PM
TERAS IV: MEMPERTINGKATKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN MEMASTIKAN MUTU KEHIDUPAN BERTARAF DUNIA

75)  ...
86)    Sebagaimana yang saya umumkan di dalam sidang Dewan yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor bercadang menggunakan dana daripada rizab  negeri untuk melaksanakan projek pembinaan Jambatan Ketiga Kelang sepanjang dua kilometer, termasuk jalan penghubung dengan enam lorong bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di jambatan sedia ada yang digunakan lebih 200,000 kenderaan sehari. Berbekalkan peruntukan bagi 2014 sebanyak RM150 juta dari rizab negeri, sukacita saya maklumkan bahawa proses awal pembinaan telah pun bermula dengan pembukaan tender kepada umum tidak lama lagi.

org klang sure happy ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:39 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 19-11-2013 08:54 PM
hulamak...macai2 UMNO menangis dah.....dana yg begitu besar tak dapat masuk pocket tuan2 depa...pi b ...

apa plak menangisnya..

projek persekutuan banyak lagi... boleh sapu kiri kanan
kan ke ada kerajaan kedua di selangor...  noh omar MBnya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:41 PM | Show all posts
kecimpret posted on 19-11-2013 09:38 PM
org klang sure happy ni

mestilah happy
nak tunggu persekutuan buat ntah bila2
reben dah potong tapi habukkk... janji ntah ke mana
tipu punya kaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 09:46 PM | Show all posts
petola posted on 19-11-2013 09:39 PM
apa plak menangisnya..

projek persekutuan banyak lagi... boleh sapu kiri kanan

manalah cukup...beberapa ekor ikan jerung duduk di atas...macai2 bawah dah bosan dgn makan sisa makanan...tambahan sekarang kurang selangor dan penang...kek dah jadi kecil sini...macai2 dlm kebuluran dah...kini nampak kek besar selangor akan hilang...sakit hati macai2 BN ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:47 PM | Show all posts
petola posted on 19-11-2013 09:41 PM
mestilah happy
nak tunggu persekutuan buat ntah bila2
reben dah potong tapi habukkk... janji nta ...

tp macai2 org klang tak happy..xde can dorang nak perembat reta negeri lg pasni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:49 PM | Show all posts
please allocate some huge chunk of the budget utk menaiktaraf dan membetulkan semua jalan yg dh berlopak, berlubang tu....kalau macam ni lah kualiti jalanraya kat selangor, rosak ferarri aku.....hurrmmmm....pastu please take extra attention utk memperbaiki kerja2 mengutip sampah sarap kat kawasan perumahan, dan juga menaiktaraf keadaan tempat2 tinggal spt flat, apartment dll seperti mengecat semula bangunan2 dan memperbaiki taman2 permainan di sekitarnya....kadang aku tgk terukkk sgt rupa flat2 PKNS tu.....dan TOLONG segerakan pembinaan loji air di Selangor sebelum krisis air melanda pada tahun 2015 nanti.....ini penting!! aku tengok kualiti air kat selangor ni ya Allah....teruk betul!!! asyik keruh memanjang.....dah ada budget tu, kerjaaa laaahh.....sekian terima kasih... Last edited by adiwarna on 19-11-2013 10:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok le tu. Macai umno bongok sudah mari. Air tu syabas yg uruskan.kroni kroni umnongok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.266565 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list