|
burungantu posted on 23-10-2013 04:04 PM ![](static/image/common/back.gif)
Immuniti?
Ape tu uncle? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
reddots posted on 23-10-2013 02:20 PM ![](static/image/common/back.gif)
seperti yg aku kata awal td, untuk dalil belum jumpa,
Salam Tuan Reddots yang dihormati.... nampaknya macam ada perkara yang saya perlu jelaskan di sini, harap dapat baca sampai habis kupasan saya di sini.... jika ada salah dan silap tuan boleh tegur saya dan betulkan saya...
seperti yg aku kata awal td, untuk dalil belum jumpa, TETAPI semuanya berdasarkan dari penerangan dan penjelasan pehin mufti sendiri.. dan penjelasan serta penerangan mengenai hukum hudud itu bukan sekali dua,malah sudah kerap disiarkan di radio dan tv brunei..
Reddots, saya bukan pertikai tuan mufti Brunei, saya minta dalil yang reddots kata SYARAT PALING PENTING.... Jika betul dah banyak kali mufti kata 'SYARAT PALING PENTING' pasal perlaksanaan hukum hudud bukan ke atas bukan Islam, saya nak tahu jugak lah dari mana dalilnya? Tentu ada dalil disampaikan oleh mufti apabila cakap pasal SYARAT PALING PENTING! Ini atas tanggungan reddots untuk sampaikan di sini sebab reddots yang membawa kenyataan tersebut.... harap reddots selidik adakah benar mufti Brunei kata SYARAT PALING PENTING perlaksanaan hukum hudud adalah dilaksanakan ke atas Muslim sahaja BUKAN kepada Non-Muslim...
Harap jangan salah faham maksud saya, apabila perlaksanaan hudud ke atas Muslim dibuat di Brunei, saya bukan menentang perlaksanaan tersebut, bahkan saya juga ucap TAHNIAH. Persoalan saya, betulkah mufti Brunei kata SYARAT PALING PENTING adalah perlaksaan ke atas MUSLIM sahaja? Ataupun perlaksaan hudud terhadap Muslim itu merupakan satu usaha ke arah menjalankan hukum hudud, dan tidak dilaksanakan terhadap bukan Islam atas sebab-sebab tertentu (sila nyatakan dalilnya dari Al-Quran dan Sunnah)
dan sekiranya penjelasan pada para 2 menjadi keraguan, penjelasan aku pada contoh hukum hudud bagi org bukan islam sudah pun ada, sebagai misal, contoh hukum hudud bagi peminum arak.. menurut penjelasan Pehin Mufti, klu yang minum itu bukan org islam, hukum hudud tidak akan jatuh padanya..
begitu juga sekiranya yang minum arak tersebut adalah kanak2 islam yang belum baligh.. hukum hudud tidak akan jatuh padanya..
jadi, mungkin contoh tersebut pun sudah boleh menjelaskan, hukum hudud hanya untuk org islam sahaja..
Penjelasan pada para 2 tu menjadi PERCANGGAHAN pula, bukannya pada tahap keraguan lagi. Sila baca ayat ni:
Undang-undang-Nya adalah untuk semua, menyeluruh bagi keadilan dan kesejahteraan untuk semua sama ada seseorang itu Islam atau bukan Islam
Tidakkah ayat di atas itu jelas, hukum hudud itu sebenarnya untuk SEMUA termasuk yang bukan Islam?
Contoh yang saudara berikan itu, pada saya contoh yang terlalu LONGGAR dan tak menjelaskan dalil SYARAT PALING PENTING yang saudara bawakan. Boleh saudara jelaskan bagaimana perlaksanaan hukum terhadap:
-seorang Islam yang berzina dengan seorang kafir, kedua-duanya dah berkahwin
-orang Islam yang mencuri barang orang kafir
-orang kafir yang mencuri barang orang Islam
-orang Islam yang merogol orang kafir
-orang kafir yang merogol orang Islam
kalau pun penjelasan aku ini tetap tidak menepati piawaian mod, namun apa yang ingin aku sampaikan dan kongsikan disini, hukum hudud itu bukan sembarang hukum... kena perlu penelitian dan ketelitian dalam membuat siasatan..
Saya ingin nyatakan di sini....Tolong.... tolong sangat-sangat lah jangan libatkan mod sebagai meletakkan piawaian siapa betul siapa salah, apabila mod bertindak sebagai forumer yang turut serta berforum. Apabila mod join discussion, anggap mod bukan lagi moderator yang tentukan siapa betul siapa salah. Buat biasa saja, macam mod tu forumer biasa. Moderator hanya menjalankan fungsi yang ditetapkan oleh forum Admin supaya forumer berbincang dalam suasana yang baik dengan tidak menyusahkan forumer lain
seperti contoh hukum rejam bagi penzina.
bukan setakat menyediakan saksi 4 org, namun kesemua saksi tersebut mestilah yang mempunyai sifat2 seorang muslim sejati, sekiranya salah seorang saksi tersebut tidak melakukan solat, maka, ianya dikira batal sebagai saksi..
begitu juga sekiranya, ke 4-4 saksi tersebut mencukupi syarat sebagai saksi, adakah mereka menyaksikan perbuatan zina tersebut? dengan melihat keluar masuk nya hasyafah kedalam faraj wanita? sekiranya tidak, hukum hudud rejam tidak akan dilaksana waima penzina beragama islam.
Syarat ni merupakan syarat kepada menuduh zina. Bagaimana pula apabila ada 4 saksi yang diterima pakai, mereka menyaksikan perbuatan zina seorang Muslim dengan seorang bukan Muslim? Adakah patut seorang penzina sahaja dihukum dengan hudud, seorang lagi dikenakan denda murah dan bebas melakukan zina lagi dengan hukuman yang ringan?
kalau jawaban aku ni tetap out of topik bagi mod, aku mohon maaf, sebab apa yg aku sampaikan ni adalah penjelasan dari pehin mufti sendiri..
Bukan out off topik, tapi saya tak dapat lihat di manakah dalil Al-Quran dan Sunnah, dan di manakah rasional menghukum orang Islam sahaja bahkan orang bukan Islam tidak dikenakan hudud.
Tak perlu minta maaf, sebenarnya saya amat berterima kasih kerana saudara sudi meluangkan masa menjelaskan, cuma dalilnya saja yang belum sampai.... berkaitan SYARAT PALING PENTING dalam perlaksanaan hukum hudud
dan aku masih belajar untuk memahami tentang hukum hudud tersebut.
Alhamdulillah... kita sama-sama belajar... dan jika kita betul-betul masih belajar, kita kena hindarkan diri kita dari menghukum orang lain tak faham atau kurang faham pasal perlaksanaan hukum hudud, sehingga kita PASTI akan dalil tentang SYARAT PALING PENTING tentang perlaksanaan hukum hudud itu sendiri...
Saya akan kongsikan sedikit dari kitab Sahih Muslim selepas ini.... untuk kita sama-sama renungkan....
Last edited by mnm77 on 24-10-2013 12:57 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Himpunan Sahih Muslim, terdapat Kitab Hudud. Saudara boleh semak sendiri....
Dan yang lebih menarik, ada bab khusus berkaitan hukum rejam terhadap Ahli Zimmah (Zimmi)
صحيح مسلم
كتاب الحدود
باب رجم اليهود أهل الذمة في الزنى
Sahih Muslim
Kitab Al-Hudud
Bab Rejam Orang Yahudi, Ahli Zimmah (Zimmi) yang melakukan Zina
Tambahan:
“Bahawa Rasulullah SAW telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”.
(Bukhari dan Muslim)
Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 23-10-2013 03:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
p/s: Kalo nk compare dgn Kelantan ok je...
Boleh tolong terangkan apa yang dimaksudkan?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 24-10-2013 12:08 PM ![](static/image/common/back.gif)
Boleh tolong terangkan apa yang dimaksudkan?
Kalo ikut model state-soverignty sama mcm Kelantan
- undang² utama masih common law
- mahkamah civil lbh tinggi
- policy² asal masih ada
- sek 84B: Sultan ada kekebalan drpd sebarang undang² dan perbicaraan
- etc.
Pendek kata, masih kabur dlm perlaksanaan hukum
dan ada kekhuatiran akan konflik dlm perlaksanaan hukuman (descretion), etc.
Mata dunia tertumpu di sana terutama HRW:
respect for basic civil and political rights is near zero in Brunei - bbc.co.uk
Meaning, sbg ketua umat Islam dlm darul Islam
yg lbh utama tu berlaku adil dlm pemerintahannya
- kita harap semuanya akan berjalan dgn adil, insya Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tau @burungantu buka gerai hudud sini. saya buka kat isu semasa.
sebenarnya, semua org islam yg telah baligh telah bersedia utk hudud di mana saja berada hatta di negara non-muslim.
ni kata saya jer lah, tadak value. |
|
|
|
|
|
|
|
baru tau @burungantu buka gerai hudud sini. saya buka kat isu semasa.
sebenarnya, semua org islam yg telah baligh telah bersedia utk hudud di mana saja berada hatta di negara non-muslim.
ni kata saya jer lah, tadak value. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
"Pada zaman jahiliyah sebelum Islam saya menyaksikan seekor monyet betina dikelilingi oleh sejumlah monyet-monyet lain. Mereka semua melemparinya dengan batu, kerana monyet betina itu telah melakukan perzinahan. Saya pun ikut melempari batu bersama mereka". Hadith Sahih Bukhari Jilid 5, Kitab 58, Nombor 188
Hadis Sahih yang menyatakan Rasulullah mengambil hukum rejam sampai mati sempena hadis ini pada pendapat saya adalah tidak benar. hadis ini adalah hadis palsu. Mana mungkin seorang Nabi yang dihormati mengambil contoh dari monyet. Agak-agaklah. Ini semua hadis palsu yang direka oleh penipu yang mengguna pakai nama Imam Bukhari setelah Imam Bukhari telah kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus siot...dengki akuuuuuuuuuuuuu..
ini lah raja manusia yang boleh bertenang depan tuhan besok..
di mana hari penglihatan dan hati menjadi goncang. |
|
|
|
|
|
|
|
NasrullahHaq posted on 24-10-2013 09:52 PM ![](static/image/common/back.gif)
"Pada zaman jahiliyah sebelum Islam saya menyaksikan seekor monyet betina dikelilingi oleh sejumlah monyet-monyet lain. Mereka semua melemparinya dengan batu, kerana monyet betina itu telah melakukan perzinahan. Saya pun ikut melempari batu bersama mereka". Hadith Sahih Bukhari Jilid 5, Kitab 58, Nombor 188
Hadis Sahih yang menyatakan Rasulullah mengambil hukum rejam sampai mati sempena hadis ini pada pendapat saya adalah tidak benar. hadis ini adalah hadis palsu. Mana mungkin seorang Nabi yang dihormati mengambil contoh dari monyet. Agak-agaklah. Ini semua hadis palsu yang direka oleh penipu yang mengguna pakai nama Imam Bukhari setelah Imam Bukhari telah kembali.
Salam...
Saya terpanggil untuk menjelaskan SALAH FAHAM yang ditimbulkan dari kenyataan di atas YANG ADA UNSUR FITNAH.
Fitnah yang dibuat dari kenyataan di atas:
1. Menuduh Rasulullah mengambil hukum rejam sempena kejadian kisah monyet merejam monyet yang berzina, maka hadith itu dikatakan hadith palsu kerana tak masuk akal. Hakikatnya hukuman rejam bukan diambil dari kisah monyet rejam tersebut, walaupun kisah itu terbukti sahih.
2. Hadith (riwayat) yang dikatakan palsu itu dikatakan direka oleh penipu, dan dengan senangnya penipu guna pakai nama Imam Bukhari maka secara tak langsung memburukkan tokoh ilmuan Islam kononnya mereka sangat jahil terima bulat-bulat apa saja atas nama Imam Bukhari tanpa selidik. Hakikatnya, setiap hadith yang sahih ADA SYARAT-SYARAT YANG KETAT, yang tidak dibahaskan kepada orang awam, kerana perbincangan ini TERLALU MENDALAM. Sebaris hadith boleh jadi berhelai-helai perbincangan pasal sanad hadith, setiap perawi ada biodata, dikenali, ada saksi, wujud pada zaman dan bertemu dengan periwayat berikutnya, terpecaya, dan bermacam-macam lagi syarat.... kalau sesiapa cipta hadith, setakat letak nama hadith dari Imam Bukhari, nescaya TERTOLAK mentah-mentah, senang sangat nak kesan penipuan apabila memahami ilmu hadith.
Saya dah terbiasa dengan golongan yang mempersenda hadith, memburukkan hadith, memfitnah Imam-Imam hadith, dan caranya selalu begini. Cara mereka bentangkan permasalahan nampak macam ilmiah dari kaca mata awam, tetapi ada perkara PENTING yang mereka tak sampaikan dari riwayat tersebut.
Berikut adalah riwayat hadith tersebut:
حَدَّثَنَا نُعَيْمٍ بْنُ حَمَّادُ حَدَّثَنَا هُشَيْمٍ عَنْ حَصَيْنٍ عَنْ عَمْرٍو بْنِ مَيْمُوْنَ قَالَ رَأَيْتُ فِيْ الجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمَعَ عَلَيْهَا قِرَدَةً قَدْ زَنَتْ فَرَجَمُوْهَا فَرَجَمْتُهَا مَعَهُمْ
Dari ‘Amru bin Maimun ( عَمْرُو بْنُ مَيْمُوْنَ ) katanya,
“Aku melihat pada zaman Jahiliyyah seekor kera betina, berhimpun kepadanya kera-kera lain, dia (kera betina itu) telah berzina, maka mereka pun merejamnya, dan aku turut merejamnya bersama mereka”.
Riwayat di atas sampai kepada Imam Bukhari dengan sanad حَدَّثَنَا نُعَيْمٍ بْنُ حَمَّادُ حَدَّثَنَا هُشَيْمٍ عَنْ حَصَيْنٍ عَنْ عَمْرٍو بْنِ مَيْمُوْنَ
Perkara penting yang kita kena tahu:
1. Riwayat di atas bukannya dari Rasulullah SAW, ia adalah athar sahabat (juga dikenali hadith mauquf), dan pengalaman sahabat menyaksikan hukuman rejam yang dijalankan SELAIN dari golongan manusia (Bani Adam).
2. Ada Ulama menjelaskan, boleh jadi monyet yang menjalankan hukuman rejam itu monyet yang asalnya manusia, setelah ditukarkan jadi monyet, maka ada di kalangan monyet2 itu menjalankan hukuman ikut syariat Nabi terdahulu. Hukuman rejam perintah Allah kepada Bani Israel, terkandung dalam Kitab Taurat. Ataupun boleh jadi keturunan monyet itu pernah bergaul dengan monyet yang asalnya manusia yang pernah menjalankan hukuman rejam. Maka monyet itupun turut serta lakukan amalan itu sebagai hukuman kepada yang berzina
Dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah terdapat ayat berikut:
Sesungguhnya kamu telah mengetahui bagaimana balasan Tuhan ke atas orang-orang yang melanggar perintahNya pada hari Sabtu, lantas Kami katakan kepada mereka, jadilah mereka kera (monyet) yang hina. (65)
Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa (66)
Mereka (asalnya manusia) dah jadi monyet sebab langgar perintah Allah, dan ada kemungkinan keturunan monyet inilah yang disaksikan oleh sahabat tersebut.
3. Riwayat tersebut menepati syarat-syarat sahih mengikut piawaian Imam Bukhari, bukannya ntah sesiapa pun boleh cipta riwayat tu, lepas tu sebarkan kononnya dari Imam Bukhari. Imam Bukhari ada ribuan murid yang menghafal hadith-hadith berserta jalan periwayatannya, jika orang yang terkemudian cipta satu hadith atas nama Imam Bukhari, nescaya sangat mudah dikesan oleh murid2 nya. Itu pun belum masuk bab sanad lagi, kalau cipta hadith palsu, mana sanadnya? Setiap perawi (orang yang meriwayat) dalam sanad akan DITELITI SEHABIS MUNGKIN sebelum suatu hadith diterima kesahihannya. Siapakah perawi itu, adakah dikenali pada zamannya, adakah perawi itu terpecaya,.... banyak lagi....
4. Kisah tu berlaku sebelum zaman Nabi Muhammad SAW, melalui pemerhatian seorang sahabat Nabi. Ia tiada kena mengena dengan hukuman rejam diambil sempena dari kisah tersebut, cuma perkhabaran oleh sahabat yang menyaksikan suatu perkara aneh yang berlaku pada zaman Jahiliah.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 25-10-2013 10:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
maklumat tambahan
http://sunnahalquran.wordpress.c ... etina-yang-berzina/
1. Hadis ini dari bukhari dan memang sahih.
2. Tetapi ia bersifat mauquf (terhenti) pada sahabat iaitu ‘Amru bin Maimun. Jadi berkemungkinan besar ini adalah athar (kata-kata sahabt) dan bukannya hadis nabi. Kalau org anti hadis belajar hadis lebih sikit, dia kan faham bahawa dalam hadis terdapat juga athar para sahabat.
3. Ia berlaku sebelum kedatangan Islam dan ini hanyalah satu pengalaman seorang sahabat. Jadi ia tidak membawa sebarnag kotnradiksi dalam syariat Islam dan juga tidak ada ulama menjadikan hadis ini sebagai sandaran kepada hukum.
4. saya tak nampak masalah akan hadis ini.
Oleh: Ahmad Dailami
Hadis tentang kera-kera merejam kera betina ini adalah hadis yang menjadi sasaran kepada bantahan dan penjelasan dari berbagai-bagai sudut oleh ulama-ulama Islam. Antara bantahan yang paling ketara sekali terhadapnya adalah hadis ini BUKAN hadis Rasulullah. Ia adalah perkataan seorang sahabat yang tidak ada kena mengenanya dengan perkataan Rasulullah sendiri. Jadi, ia digolongkan dalam bab ATHAR (آثَارُ) (perkataan sahabat-sahabat atau tabi’in), bukan HADIS Rasulullah. Berikut saya kemukakan pembahasan yang panjang tentangnya, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan penjelasan.
Kisah ini (bukan hadis Rasulullah) telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari (3849) dan Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari (penjelasan terhadap hadis-hadis Sahih al-Bukhar) (3636).
حَدَّثَنَا نُعَيْمٍ بْنُ حَمَّادُ حَدَّثَنَا هُشَيْمٍ عَنْ حَصَيْنٍ عَنْ عَمْرٍو بْنِ مَيْمُوْنَ قَالَ رَأَيْتُ فِيْ الجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمَعَ عَلَيْهَا قِرَدَةً قَدْ زَنَتْ فَرَجَمُوْهَا فَرَجَمْتُهَا مَعَهُمْ
daripada ‘Amru bin Maimun ( عَمْرُو بْنُ مَيْمُوْنَ ) katanya,
“Aku melihat di kala zaman Jahiliyyah seekor kera betina, berhimpun kepadanya kera-kera lain, dia (kera betina itu) telah berzina, maka mereka pun merejamnya, dan aku turut merejamnya bersama mereka”.
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani :
Dan sesungguhnya al-Ismaili (al-Imam as-Syaikhul Islam Abu Bakar Ahmad bin Ibrahim al-Jurjaani al-Ismaili) telah membawa kisah ini dengan satu bentuk lain yang lebih panjang. Kisah tersebut terbit daripada jalan ‘Isa bin Hatthan :
عن عمرو بن ميمون قال : كُنْتُ فِيْ اليَمْنِ فِيْ غَنَمٍ لِأَهْلِيْ وَأَنَا عَلَى شَرَفٍ ، فَجَاءَ قِرْدٌ مِنْ قِرَدَةٍ فَتَوَسَّدَ يَدَهَا ، فَجَاءَ قِرْدٌ أَصْغَرُ مِنْهُ فَغَمَزَهَا ، فَسَلَّتْ يَدَهَا مِنْ تَحْتِ رَأْسِ القِرْدِ الأَوَّلِ سَلًّا رَفِيْقًا وَتَبِعَتْهُ ، فَوَقَعَ عَلَيْهَا وَأَنَا أَنْظُرُ ، ثُمَّ رَجَعَتْ فَجَعَلَتْ تَدْخُلُ يَدَهَا تَحْتَ خَدِّ الأَوَّلِ بِرِفْقٍ ، فَاسْتَيْقَظَ فَزْعًا ، فَشَمَّهَا فَصَاحَ ، فَاجْتَمَعَتِ القُرُوْدُ ، فَجَعَلَ يَصِيْحُ وَيُوْمِئُ إِلَيْهَا بِيَدِهِ ، فَذَهَبَ القُرُوْدُ يُمْنَةً وَيُسْرَةً ، فَجَاءُوْا بِذَلِكَ الْقِرْدِ أَعْرِفُهُ ، فَحَفَّرُوْا لَهُمَا حَفْرَةً فَرَجَمُوْهُمَا ، فَلَقَدْ رَأَيْتُ الرَّجَمَ فِي غَيْرِ بَنِيْ آدم
Daripada ‘Amru bin Maimun, katanya:
“Aku berada di Yaman di dalam sekawan kambing milik keluargaku, sedangkan aku menjaganya. Maka di situ, ada seekor kera betina. Datang seekor kera jantan daripada sekumpulan kera, lalu tidur berbantalkan tangan kera betina itu. Datang pula seekor kera jantan yang kecil lalu memberi isyarat kepadanya. Kera betina tersebut menarik tangannya daripada kepada kera jantan yang pertama (yang tidur berbantalkan tangannya) dengan perlahan-lahan lalu mengikuti kera jantan yang kecil itu, lalu kera jantan menindih atasnya sedangkan aku melihat sahaja. Kemudian, kera betina itu kembali, maka mulalah ia memasukkan semula tangannya di bawah pipi kera pertama tadi dengan lemah lembut. Maka kera pertama itu terjaga secara mengejut, lalu menciumnya dan berteriak. Maka berhimpunlah kera-kera sekaliannya, maka kera jantan itu berteriak-teriak dan menunjukkan isyarat ke arah kera betina itu dengan tangannya. Berlarilah kera-kera itu semua ke kanan dan kiri, maka mereka membawa kera yang aku mengenalinya (kera jantan yang berzina), mereka menggali tanah bagi kedua-duanya (jantan dan betina yang berzina), dan mereka merejamnya kedua-duanya. Maka sesungguhnya, aku telah melihat rejam dilakukan pada makhluk selain dari Bani Adam.”
AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MENJELASKAN TENTANG KAUM BANI ISRAEL YANG DIUBAH RUPA PARASNYA.
“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”. – [ al-Baqarah: 2/65 ].
“Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.” – [ al-A'raaf: 7/163 ].
“Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata – tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka – Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.” – [ an-Nisaa': 4/47 ].
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani :
1. Berkata al-Imam Ibn at-Tiin: Boleh jadi mereka ini (kera-kera tersebut) adalah daripada keturunan yang telah diubah wajahnya (rujuk semua firman Allah di atas), maka kekal di kalangan mereka akan hukum ini. Kemudian dia berkata “Sesungguhnya kaum yang diubah rupa itu tidak membiak (beranak pinak)”. Dan inilah pendapat yang mu’tamad (yang menjadi pegangan), kerana ada satu hadis dalam Sahih Muslim “Kaum yang diubah rupa parasnya itu tidak ada keturunan”. Dan juga ada satu hadis daripada Ibn Mas’ud “Sesungguhnya Allah tidak membinasakan sesuatu kaum, maka setelah itu dia menjadikan keturunan bagi mereka”.
2. Sesungguhnya al-Imam Abu Ishaq az-Zajjaj dan al-Imam Abu Bakar Ibn Arabi telah membawa pendapat bahawa makhluk yang wujud daripada kera-kera itu berasal daripada keturunan yang diubah rupa parasnya, dan ianya merupakan pendapat yang syaaz (ganjil). Mereka yang berpegang kepada pendapat ini juga berhujjahkan hadis Sahih Muslim bahawa sesungguhnya Nabi, ketika di datangkan dengan “dhabb” (sejenis biawak padang pasir yang halal dimakan), Baginda bersabda “Barangkali ianya berasal dari qurun manusia yang diubah rupa parasnya”. Dan Baginda bersabda dalam hal tikus “Telah berlalu satu kaum daripada Bani Israel, aku tidak melihat mereka kecuali (dengan rupa) tikus”.
Dan jumhur (majoriti) ulama telah menjawab ketentuan ini dengan kenyataan, bahawa sesungguhnya Rasulullah mengatakan perkara itu sebelum diwahyukan ke atas diri Baginda hakikat sebenar perkara itu. Kerana itu, tidak datang satu keputusan yang jelas tentangnya. Ini berbeza dengan penafian, maka sesungguhnya penafian itu memutuskan dengan pasti keadaan hakikat sesuatu perkara itu seperti mana yang tersebut dalam hadis Ibn Mas’ud di atas (Allah tidak membinasakan sesebuah kaum …). Bermakna, penafian bahawa Allah tidak mengazab sesebuah kaum itu, kemudian menjadikan pula keturunan bagi mereka, ini adalah keputusan yang menjelaskan hakikat urusan ini sebenarnya.
3. Bukanlah ini menetapkan bahawa kera-kera tersebut memiliki keturunan. Boleh jadi, kaum yang diubah rupa bentuknya itu, ketika mereka menjadi kera-kera, kefahaman dan akal masih bersama-sama mereka, lalu kera-kera yang asal (yang memang semulajadinya kera) becampul gaul dengan mereka (kera-kera jadian daripada manusia itu) kerana mereka memiliki rupa bentuk yang sama, yakni rupa bentuk kera, maka kera-kera yang asal itu menerima daripada mereka sebahagian perlakuan yang mereka saksikan daripada kera-kera jadian itu (yang masih mengamalkan amalan manusia, yakni perzinaan dan rejam), lalu mereka mengingatinya, dan terjadilah perbuatan zina dan merejam itu dikalangan kera-kera semulajadi itu.
Saya (Ahmad Dailami) berkata: Maksudnya di sini, kera-kera yang memang secara asal semulajadinya kera itu, meraka bercampul gaul dengan kaum Bani Israel yang telah diubah rupa parasnya menjadi kera. Dan ketika rupa paras mereka diubah, akal mereka masih wujud, dan mereka melakukan perbuatan zina dan rejam, lalu kera-kera semulajadi yang bercampur gaul dengan mereka melihat perlakuan ini, mereka mempelajarinya dan menghafalnya, lalu terjadilah perbuatan tersebut kepada generasi dan keturunan kera-kera semulajadi yang lain, sampailah kepada peristiwa yang disaksikan dalam hadis ini.
Seterusnya, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata lagi:
Maka, kera-kera telah menjadi terkhusus dengan satu sifat yang ada pada mereka daripada kecerdikan yang melebihi daripada binatang-binatang yang lain, dan kemampuan untuk menerima pembelajaran pada setiap pekerjaan (yang mereka lihat), yang tidak ada bagi kebanyakan haiwan. Dan daripada sifat-sifatnya kera itu, mereka ketawa, riuh rendah bersuka cita, dan menceritakan apa yang mereka lihat, dan dalam diri mereka juga ada sesuatu daripada sifat cemburu yang menyerupai anak-anak Adam (manusia)”.
Saya (Ahmad Dailami) berkata: Maksudnya, kera-kera tersebut memiliki kercerdikan yang lebih daripada haiwan-haiwan lain, kerana mereka mampu belajar dari sebahagian kelakuan dan tindak tanduk manusia, sedangkan haiwan lain tidak mampu berbuat begitu. Wallahu a’lam.
3. Bahawa semua kera tersebut daripada kalangan jin. al-Imam al-Hafiz Ibn ‘Abdil Barr telah mengingkari kisah ‘Amru bin Maimun ini dan berkata: Di dalamnya terkandung satu perkaitan zina kepada makhluk yang tidak mukallaf (yang tidak menanggung apa-apa, pahala atau dosa), dan menegakkan had (hudud) ke atas binatang-binatang berkaki empat, dan ini adalah sesuatu yang munkar di sisi ahli ilmu. Beliau berkata: Sekiranya jalan kisah ini benar, maka berkemungkinan mereka ini daripada golongan jin kerana mereka (jin itu) daripada golongan mukallaf (yang menanggung tanggungjawab keagamaan, seperti pahala dan dosa). Dan yang demikian ini kerana beliau hanya meneliti kisah yang lebih panjang daripad jalan yang dibawa oleh Imam al-Ismaili itu, dan perkara ini dijawab dengan bahawa sesungguhnya tidak semestinya bentuk peristiwa yang terjadi dalam bentuk zina dan rejam ini benar-benar menetapkannya sebagai zina dan rejam yang hakiki, tapi hanyalah ia dinamakan sebagai zina dan rejam kerana keserupaaan dengan kedua-duanya, maka yang demikian ini tidaklah menetapkan berlakunya taklif ke atas para haiwan (haiwan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab pahala atau dosa, dan mereka tidak direjam kalau melakukan perhubungan, kerana mereka tidak perlu berkahwin, seperti yang dilakukan pada manusia).
Demikianlah penjelasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rah. dalam kitabnya, Fathul Baari Syarah Sahih al-Bukhari (penjelasan untuk Sahih al-Bukhari). Dan kami terpaksa membawakannya daripada kitab ini, walaupun kami mengerti sikap golongan anti-hadis yang tidak suka kepada buku-buku dan ulama-ulama, kerana ini adalah penjelasan yang terbaik yang pernah wujud di sisi kami.
PENJELASAN TERAKHIR
Oleh: Ahmad Dailami
Sebenarnya, sekiranya dikaji dari sudut “al-Qiaas” atau “perbandingan akal”, dalam hadis ini, memang tidak ada apa-apa masalah, dan ada satu perkara yang mampu kita perhatikan, antaranya :-
1. Athar (آثّارُ) ini membicarakan tentang monyet-monyet yang melakukan perbuatan zina. Apakah layak makhluk-makhluk Allah yang tergolong dalam kategori binatang seperti monyet, yang sama sekali tidak memiliki akal, layak dijadikan sebagai hujjah untuk merujuk kepada hukum rejam yang pada hakikatnya, dilakukan oleh manusia yang berakal, yakni penzina manusia yang berakal? Kalau sekiranya, monyet dijadikan sebab kepada berlakunya hukum rejam, yang dimaksudkan dalam hadis ini sebenarnya, hanyalah “qias” atau “penyerupaan” monyet-monyet kepada para penzina yang direjam, kerana melakukan perbuatan zina itu serupalah dengan menjadikan diri sendiri seperti binatang monyet yang tidak berakal. Dan qias atau penyerupaannya di sini hanya tertuju antara “monyet-monyet yang direjam” dengan “penzina-penzina berkahwin yang direjam”, melalui sifat “tidak menggunakan akal”. Sedangkan, orang-orang yang melakukan rejam itu sendiri tidaklah tergolong dalam qias ini. Jadi, secara tidak langsung, hadis ini telah terkandung di dalamnya satu pengajaran yang sangat berguna bagi kita.
2. Qias / penyerupaan itu terjadi melalui wajah / bentuk berikut: Monyet-monyet yang direjam diserupakan dengan penzina-penzina yang telah berkahwin yang direjam, kerana monyet adalah makhluk Allah yang berupa binatang yang tidak berakal, lalu Allah tidak mensyariatkan apa-apa kepada binatang yang tidak ada akal. Jadi, sekiranya penzina yang telah berkahwin sekali pun, masih lagi melakukan perbuatan zina, itu serupa keadaannya dengan monyet yang tidak berakal, yang mereka tidak membezakan mana satu perhubungan jenis yang halal, dan mana satu yang haram, kerana seperti yang maklum di sisi kita, monyet-monyet melakukan hubungan sejenis sesuka hati, tanpa perlu ada ikatan yang sah, kerana mereka tidak bertanggungjawab untuk menjadikan diri mereka terkawal oleh peraturan syariat Allah, seperti mana yang perlu dilakukan bagi diri manusia yang benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, yang perlu kepada perkahwinan melalui jalan yang baik. Binatang-binatang bukan makhluk yang mukallaf (yang diberatkan ke atas diri mereka tanggungjawab keagamaan). Demikianlah wajah (bentuk) qiasnya dalam hal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih diatas penjelasan saudara yang panjang lebar. Tetapi saya tetap berpandangan hadis ini hadis palsu. Mustahil nabi yang mulia mengambil hukum yang melibatkan nyawa manusia dari monyet sedangkan nabi mempunyai fikaran yang waras dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk. nabi juga boleh menerima wahyu dari Allah. kenapa contoh buruk dari binatang juga yang diambil oleh nabi muhammad.
Firman Allah dalam surah Al Baqarah: “Sesungguhnya kamu telah mengetahui bagaimana balasan Tuhan ke atas orang-orang yang melanggar perintahNya pada hari Sabtu, lantas Kami katakan kepada mereka, jadilah mereka kera yang hina.” Al-Baqarah ayat 65. Dalam Al-Qur'an memang ada sebut pasal beruk tetapi hadis ini tidak boleh dikaitkan langsung dengan ayat tersebut.Dalam Al-Qur'an juga tiada menyebut tentang hukum rejam dari beruk. Hadis ini tidak boleh dikaitkan langsung dengan Al-Qur'an. saya tetap berpendapat hadis ini hadis palsu yang direka oleh orang yang tidak bertanggung jawab menggunakan nama Imam Bukhari setelah imam Bukhari meninggal dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Analogi dlm kamar hakim.
H: Bos, bnyk org berzina, awak tidak tegakkan hukumkah?
B: Sudah Hakim. Akta bla bla denda $$ & penjara.
H: Dlm checklist ORG2 BERIMAN PENUH, namamu tiada. Oooh, tiada HUDUD. Kenapa?
B: Errr, tn blog, tn utube, tn google kata.... |
|
|
|
|
|
|
|
Analogi dlm kamar hakim.
H: Bos, bnyk org berzina, awak tidak tegakkan hukumkah?
B: Sudah Hakim. Akta bla bla denda $$ & penjara.
H: Dlm checklist ORG2 BERIMAN PENUH, namamu tiada. Oooh, tiada HUDUD. Kenapa?
B: Errr, tn blog, tn utube, tn google kata.... |
|
|
|
|
|
|
|
NasrullahHaq posted on 25-10-2013 12:30 PM ![](static/image/common/back.gif)
Terima kasih diatas penjelasan saudara yang panjang lebar. Tetapi saya tetap berpandangan hadis ini hadis palsu.
Tidak mengapa, itu pandangan kamu. Pada pandangan saya, elok belajar dulu bagaimana hadith sahih dikelaskan, baru kita nilai adakah penilaian yang dibuat itu patut atau tak patut. Itu lebih adil dari terus tuduh hadith palsu berdasarkan maklumat yang salah pula.
Sama juga kesnya kalau ahli astronomi kata jarak matahari dan bumi dianggarkan 150 juta km, kita terus kata palsu tanpa mempelajari ilmu astronomi, itu jahil namanya.
Mustahil nabi yang mulia mengambil hukum yang melibatkan nyawa manusia dari monyet sedangkan nabi mempunyai fikaran yang waras dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk. nabi juga boleh menerima wahyu dari Allah. kenapa contoh buruk dari binatang juga yang diambil oleh nabi muhammad.
Sebenarnya saudara membuat andaian mustahil atas tuduhan palsu (fitnah). Saya rasa saudara tak baca penjelasan saya di atas. Boleh buktikan tuduhan saudara bahawa Nabi ambil hukum rejam dari kisah monyet?
Tidakkah saudara baca penjelasan bahawa kisah itu kisah pemerhatian seorang sahabat? Dan tidak Nabi, tidak juga mana-mana Ulama Islam terdahulu ambil kisah tersebut sebagai dasar merejam. Dari mana saudara dapat maklumat tentang tuduhan terhadap Nabi?
Apabila tuduhan tersebut tak masuk akal saudara, saudara menyalahkan hadith tu hadith palsu pula. Ini tuduhan kedua, disebabkan oleh saudara dapat maklumat palsu berdasarkan tuduhan pertama. Jika saudara dapat maklumat yang betul awal-awal lagi, tak timbul isu Nabi ambil hukum rejam dari kisah monyet, dan tak timbul hadith palsu pun!
Firman Allah dalam surah Al Baqarah: “Sesungguhnya kamu telah mengetahui bagaimana balasan Tuhan ke atas orang-orang yang melanggar perintahNya pada hari Sabtu, lantas Kami katakan kepada mereka, jadilah mereka kera yang hina.” Al-Baqarah ayat 65. Dalam Al-Qur'an memang ada sebut pasal beruk tetapi hadis ini tidak boleh dikaitkan langsung dengan ayat tersebut.Dalam Al-Qur'an juga tiada menyebut tentang hukum rejam dari beruk. Hadis ini tidak boleh dikaitkan langsung dengan Al-Qur'an. saya tetap berpendapat hadis ini hadis palsu yang direka oleh orang yang tidak bertanggung jawab menggunakan nama Imam Bukhari setelah imam Bukhari meninggal dunia.
Memang la dalam Al-Quran tak ada pun disebut hukum rejam dari beruk. Tetapi dalam Al-Quran itu sendiri ada kisah MANUSIA DITUKAR JADI BERUK sebab langgar perintah Allah.
Sesiapa sahaja yang guna nama Imam Bukhari, dakwa hadith sahih, dia kena nyatakan sanad hadith. Tak semudah yang disangka, kalau nak guna nama Imam Bukhari cipta hadith palsu. Senang-senang saja dikesan!
Last edited by mnm77 on 25-10-2013 04:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis tentang kera-kera merejam kera betina ini adalah hadis yang menjadi sasaran kepada bantahan dan penjelasan dari berbagai-bagai sudut oleh ulama-ulama Islam. Antara bantahan yang paling ketara sekali terhadapnya adalah hadis ini BUKAN hadis Rasulullah. Ia adalah perkataan seorang sahabat yang tidak ada kena mengenanya dengan perkataan Rasulullah sendiri. Jadi, ia digolongkan dalam bab ATHAR (آثَارُ) (perkataan sahabat-sahabat atau tabi’in), bukan HADIS Rasulullah. Berikut saya kemukakan pembahasan yang panjang tentangnya, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan penjelasan.
Kisah ini (bukan hadis Rasulullah) telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari (3849) dan Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari (penjelasan terhadap hadis-hadis Sahih al-Bukhar) (3636).
حَدَّثَنَا نُعَيْمٍ بْنُ حَمَّادُ حَدَّثَنَا هُشَيْمٍ عَنْ حَصَيْنٍ عَنْ عَمْرٍو بْنِ مَيْمُوْنَ قَالَ رَأَيْتُ فِيْ الجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمَعَ عَلَيْهَا قِرَدَةً قَدْ زَنَتْ فَرَجَمُوْهَا فَرَجَمْتُهَا مَعَهُمْ
daripada ‘Amru bin Maimun ( عَمْرُو بْنُ مَيْمُوْنَ ) katanya,
“Aku melihat di kala zaman Jahiliyyah seekor kera betina, berhimpun kepadanya kera-kera lain, dia (kera betina itu) telah berzina, maka mereka pun merejamnya, dan aku turut merejamnya bersama mereka”.
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani :
Dan sesungguhnya al-Ismaili (al-Imam as-Syaikhul Islam Abu Bakar Ahmad bin Ibrahim al-Jurjaani al-Ismaili) telah membawa kisah ini dengan satu bentuk lain yang lebih panjang. Kisah tersebut terbit daripada jalan ‘Isa bin Hatthan :
عن عمرو بن ميمون قال : كُنْتُ فِيْ اليَمْنِ فِيْ غَنَمٍ لِأَهْلِيْ وَأَنَا عَلَى شَرَفٍ ، فَجَاءَ قِرْدٌ مِنْ قِرَدَةٍ فَتَوَسَّدَ يَدَهَا ، فَجَاءَ قِرْدٌ أَصْغَرُ مِنْهُ فَغَمَزَهَا ، فَسَلَّتْ يَدَهَا مِنْ تَحْتِ رَأْسِ القِرْدِ الأَوَّلِ سَلًّا رَفِيْقًا وَتَبِعَتْهُ ، فَوَقَعَ عَلَيْهَا وَأَنَا أَنْظُرُ ، ثُمَّ رَجَعَتْ فَجَعَلَتْ تَدْخُلُ يَدَهَا تَحْتَ خَدِّ الأَوَّلِ بِرِفْقٍ ، فَاسْتَيْقَظَ فَزْعًا ، فَشَمَّهَا فَصَاحَ ، فَاجْتَمَعَتِ القُرُوْدُ ، فَجَعَلَ يَصِيْحُ وَيُوْمِئُ إِلَيْهَا بِيَدِهِ ، فَذَهَبَ القُرُوْدُ يُمْنَةً وَيُسْرَةً ، فَجَاءُوْا بِذَلِكَ الْقِرْدِ أَعْرِفُهُ ، فَحَفَّرُوْا لَهُمَا حَفْرَةً فَرَجَمُوْهُمَا ، فَلَقَدْ رَأَيْتُ الرَّجَمَ فِي غَيْرِ بَنِيْ آدم
Daripada ‘Amru bin Maimun, katanya:
“Aku berada di Yaman di dalam sekawan kambing milik keluargaku, sedangkan aku menjaganya. Maka di situ, ada seekor kera betina. Datang seekor kera jantan daripada sekumpulan kera, lalu tidur berbantalkan tangan kera betina itu. Datang pula seekor kera jantan yang kecil lalu memberi isyarat kepadanya. Kera betina tersebut menarik tangannya daripada kepada kera jantan yang pertama (yang tidur berbantalkan tangannya) dengan perlahan-lahan lalu mengikuti kera jantan yang kecil itu, lalu kera jantan menindih atasnya sedangkan aku melihat sahaja. Kemudian, kera betina itu kembali, maka mulalah ia memasukkan semula tangannya di bawah pipi kera pertama tadi dengan lemah lembut. Maka kera pertama itu terjaga secara mengejut, lalu menciumnya dan berteriak. Maka berhimpunlah kera-kera sekaliannya, maka kera jantan itu berteriak-teriak dan menunjukkan isyarat ke arah kera betina itu dengan tangannya. Berlarilah kera-kera itu semua ke kanan dan kiri, maka mereka membawa kera yang aku mengenalinya (kera jantan yang berzina), mereka menggali tanah bagi kedua-duanya (jantan dan betina yang berzina), dan mereka merejamnya kedua-duanya. Maka sesungguhnya, aku telah melihat rejam dilakukan pada makhluk selain dari Bani Adam.” Terima kasih diatas penjelasan saudara. maafkan saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya kongsikan hal-hal yang berkaitan mengenai tajuk.
Ini adalah apa yang dipost oleh @fealefea
Dari Forum Isu Semasa
tidak perlu takut pada hukuman kalau kita tidak buat salah. Malaysia lihat dulu bagaimana Brunei berfungsi sebagai negara yang mengamalkan hukum hudud. Jika benar forumer ingin hukum hudud dilaksanakan, cuba la mulakan dari rumah. Sebagai contoh, hukumlah anak yang tidak mendirikan sembahyang apabila telah mencapai usia 7 tahun. Lepas tu ada tak kita bagitau dengan anak2 ini apa hukum hudud, kenapa perlu dilaksanakan dan adakan perbincangan mengenainya selepas solat berjemaah bersama famili. it will start from you.
Ini adalah post reply saya pada fealefea
Ini kefahaman terbaik so far. 1 LEVEL di atas kefahaman saya sebelum ni iaitu sebelum titah HM Sultan Brunei yang pertama keluar.
Titah perasmian baru2 ini adalah titah yang ke 3 atau ke 4 kalau tak silap saya. Titahnya pertama, seolah-olah menyoal dan menyuruh his team mencari jawapan kenapa tidak boleh dilaksana hudud sedangkan ini lebih dari 1400 tahun sudah. Dulu dalam satu kisah benar diceritakan baginda murka, ni open secret, dia marah kepada Perkhidmatan Kesihatan untuk orang-orang pendalaman. Titahnya: "Beta masih ingat ditahun2 70an dan 80an, perkhidmatan helikopter untuk penduduk pendalaman telah sedia ada. Kenapa sekarang di tahun 90an ini, ianya semakin teruk?". Lebih kuranglah tafsiran bebas saya. Susah jugak nak jawab tu - dijawab begini - dia soal begitu - tak habis sebab kata orang bercerita dia datang masa tu cukup dengan satu beg fail yang penuh dengan bukit - kalau kata dah buat permohonan - dia boleh semak on the spot.
Dibawah ini sekadar pendapat peribadi, tiada perlu percaya. Tapi kalau indoubtful, akan menjadi terbaik sekiranya mencari apa yang tidak doubtful atau mencari kenapa ada orang sampai berpendapat sebegitu.
Ini pefahaman saya sekarang setelah datang kefahaman yang lain... HUDUD perlu dibuat oleh Negara sebagai menjaga masyarakat pelbagai daripada manusia2 yang ekstrim perlawanannya yang sentiasa ada di setiap masa, ketika & zaman. Ini LEVEL pertama dari UPPER-BASE.
Setiap keluarga muslim yang mukmin perlu juga mengangkat HUDUD dalam keluarganya. Ini juga LEVEL kedua dari pihak individu muslim yang berkeluarga. Level pertamanya ialah setiap mukmin perlu mengangkat HUDUD dalam dirinya. Ini LEVEL pertama dari BOTTOM-BASE.
Proses pembelajarannya ialah seperti fealefea tulis kan iaitu melalu arahan solat umur 7 tahun. sebelum mencapai umur baligh 7 tahun ke hadapan, ia perlu di maklumkan tentang hudud. selepas umur baligh 7 tahun mendatang, anak itu adalah dibawah pemerhatian ayahnya yang juga sebagai hakim menjatuhkan hudud sehingga ia dewasa dan matang dan dah boleh dilepaskan untuk hidup sendiri. Dan proses ini berulang setiap kali ada anak baru yang lahir dalam keluarga itu.
Apa yang saya tuliskan adalah sekadar yang saya dapat tuliskan, kefahaman itu boleh menyebabkan kepala panas ibarat processor komputer yang buat banyak multi-tasking tasks.
Mmmm... what say u parents muslim?
Bila semuanya berlaku dan bertemu dari UPPER-BASE hingga ke BOTTOM-BASE, mari kita fikir apa boleh terjadi?
Segala puji-pujian hanyalah bagi ALLAH yang menganugerahkan kefahaman kepada hamba2nya sebagaimana dikehendakinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini post saya dalam Thread saya buka dalam Isu Semasa
Ramai orang memberi komen skeptis ni sebab tiada kefahaman yang betul. Pakar2 agama yang dirujuk dahulu pun tidak mengurangkan ketidak-fahaman masyarakat umum mengenainya, malah, menambah ketidak-fahaman masyarakat sehingga ada pemimpin2 yang terlepas cakap dek kerana penerangan pakar2 agama yang dirujuknya.
Yang sedihnya, ada orang2 islam sendiri lebih mendengar kepada pakar2 human-rights di luar negara. Human-rights yang diajar islam (bukan negara islam atau orang islam) lebih bertamadun dari apapun tamadun yang ada.
Kita tidak bersetuju mengenainya kerana memikirkan ianya tidak logik, tidak rasional, sangat kuno, tiada belas-kasihan dan sebagainya. Dan bersetuju itu tiada masalah, dulu2 zaman tiada kapal selam, tiada akan ada orang yang percaya manusia boleh tinggal lama-lama di dasar lautan, kerana, ilmu belum sampai kepada mereka.
Pada tuhan tiada yang tidak logik dan orang2 yang telah diberi pengetahuan oleh tuhan tiada yang tidak logik setelah dia tahu, begitulah seterusnya dan pada yang bertuhan pasti percaya apa2 yang dari tuhan tentulah ianya baik untuk manusia yang bertuhan.
Ramai percaya bahawa apabila negara sudah ada hukum hududnya, maka kehidupan ibarat syurga layaknya. Ini yang masyarakat awam tahu. Bagaimana mereka tahu? Mereka tahu daripada pakar2 yang dipercayai cakapnya dan sering dirujuk apabila ada isu yang panas. Hudud atau tanpa hudud, kehidupan tetap berjalan seperti biasa.
Tiada masalah untuk skeptikal, yang bermasalahnya ialah tidak berusaha untuk mencari tahu selepas komen skeptikal. Ada yang kata kerabat diraja suka minum arak atau berzina. Adakah yang berkata pernah melihat dengan matanya sendiri, atau sekadar melihatnya difacebook, atau sekadar melihat gambar itu diberi cantik diphotoshop sebelum disebarkan?
Hudud adalah tentang menjaga masyarakat dari menjadi pemfitnah, perosak rumah-tangga orang, pembunuh yang tidak takut apa2 dan sebagainya yang ditakui masyarakat, itu adalah humanright dalam islam.
Orang risau tentang saksi adil kerana susah hendak mencari muslim yang alim? Dalam kaedah hukum agama, setiap orang islam adalah dilihat sebagai adil kecuali terNYATA dia itu sebaliknya. Orang islam yang adil mendahulukan prasangka baik dari prasangka buruk.
Tiada 5 orang islam yang adil dengan video kamera berzoom tinggi akan berada dilobi2 hotel tanpa sengaja dan kononnya terserempak dengan orang berzina di bilik yang sangat peribadi.
Orang islam yang adil itu ialah apabila dia terserempak dengan sepasang lelaki dan wanita berdua-duaan di kawasan yang tersembunyi tidak akan mengambil kamera berzoom tinggi dan menalipon lagi 4 orang kawannya dengan pesanan untuk datang bawa kamera berzoom tinggi ke alamat sekian2.
Tetapi orang islam yang adil akan menghindari semua itu agar tiada fitnah terjadi, atau, dia boleh saja mendekati pasangan tersebut dan menegur:
"salam sejahtera cik berdua. saya SIBALAN BIN SIGALAWAT. saya percaya cik berdua ni suami-isteri baru kawin. kat sini banyak budak-budak bermain. saya takut keselamatan cik berdua terganggu. sebaiknya beredarlah dari sini. saya balik dulu yer." terus jalan tanpa perlu berhujah dengan mereka. Itu contoh orang islam yang adil yang mendahulukan prasangka baik.
Hudud diadakah bukan untuk menaikkan statistik orang yang dihukum. Ia wujud untuk mencegah daripada berlakunya perlanggaran etika normal yang tersangat ekstrim dalam masyarakat muslim dan non-muslim.
Wallahu 'alam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|