CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Benjy, 4 rakan dibebaskan daripada miliki dadah

[Copy link]
 Author| Post time 11-10-2013 02:51 PM | Show all posts
Published: Jumaat Oktober 11, 2013 MYT 1:37:00 PM
Updated: Jumaat Oktober 11, 2013 MYT 1:59:59 PM

Benjy, Empat Rakan Lepas & Bebas Tuduhan Dadah  



KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan empat rakannya pada Jumaat dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini daripada pertuduhan memiliki dadah, Jun lepas.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membebaskan Benjy, 34, dan empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta Afifi Hamidi, 27, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka.

Pada Jumaat ditetapkan untuk sebutan kes tetapi Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menyatakan pihaknya mendapat arahan daripada ketua pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan terhadap kelima-lima tertuduh.

Goh berkata pertuduhan itu ditarik balik kerana seorang lagi rakan mereka, Zain Amir Zainal Khairi yang didakwa atas pertuduhan sama, telah mengaku bersalah sebelum ini dan dikenakan denda RM4,000.

"Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon kelima-lima tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan," katanya.

Peguam Amer Hamzah Arshad pula memohon kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan kerana mereka sudah dikira tidak bersalah.

Mahkamah membenarkan permohonan Amer Hamzah.

Pada 11 September lepas, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di luar mahkamah Benjy melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan itu selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang kes itu berjalan.

"Kes ini memberi impak kepada saya kerana disebabkan kes ini saya kehilangan kerja... buat masa sekarang saya ingin menjauhkan diri daripada industri hiburan dan ingin mencari kerja lain," katanya. - BERNAMA



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 02:56 PM | Show all posts
harap2 kerja lain yang dicari tu tiada kena mengena dengan matapelajaran kimia lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 03:07 PM | Show all posts
aku baru baca

Pelakon Benjy Bebas Tuduhan Dadah - http://ow.ly/pIc8h

2 kali lepas...fuhhh....besar kabel wehh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 03:14 PM | Show all posts
Dilepaskan tanpa dibebaskan... means x bebas sgt la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 05:49 PM | Show all posts
bgsla tu, tp jgn lak wat lgi. everyone deserve a second chance.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 06:49 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 11-10-2013 05:49 PM
bgsla tu, tp jgn lak wat lgi. everyone deserve a second chance.

*a third chance.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2013 07:25 PM | Show all posts
nekjah posted on 11-10-2013 02:11 PM
bau ikan busuk ke noks?
bapak politikus apedehal....
tolong hancurkn anak bangsa sendir ...

tertinggal train... err...sape bapaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kabel besar pehal dulu maknya tgh sakit tp dok merayu2 tu ek..
dah nape heols nampak besar benar..
makan ape sampai camtu sekali mendadaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 08:55 PM | Show all posts
dia dibebaskan sbb salah sorang rakannya tu mengaku bersalah kan??
dengar kata, dia bagi kerjasama yang baik kat polis..
polis pon kekadang bukan pedulik sgt nak tangkap yang kecik2 ni, diaorg nak tangkap taiko besar.. tapi masalhnya taiko besar ni opkozzz very the licik gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 09:02 PM | Show all posts
moga pilih jalan yang baik lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 01:04 AM | Show all posts
alepmama posted on 11-10-2013 11:04 AM
bebas lagi
padahal haritu siap kantoi tempat proses dadah tu
brapa la kena sogok nih

ini mengikut cerita kawan sy, dia warder penjara. Biasanya artis memang lepas..Macam saiful apek..mcm jamal.. mcm Jamal, dia buat option ckp nak pegi Pengasih, so tak payahla serve jail.. Yg kes benjy dulu tu pun lebih kurang je.. Siap ada makmal, tapi pegi serve kat pusat apa tah yg kat Muar tu..

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 02:35 AM | Show all posts
abgboroi posted on 11-10-2013 12:08 PM
dah ditangkap dengan syabu tapi x bersalah?

azian gunakan bapak biologi benjy untuk selamatkan kalu tak pecah rahsia... jadi nak tak nak bapak biologi kontak2 laa supaya rahsia tak pecah... azian kan giler skit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 03:16 AM | Show all posts
totokreturn posted on 12-10-2013 02:35 AM
azian gunakan bapak biologi benjy untuk selamatkan kalu tak pecah rahsia... jadi nak tak nak bapak ...

bapak biologi benjy ni kalau x silap ada kena mengena ngan org dalam polis ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 04:25 AM | Show all posts
siapa ayah dia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:29 AM | Show all posts
achik2009 posted on 11-10-2013 02:51 PM
Published: Jumaat Oktober 11, 2013 MYT 1:37:00 PM
Updated: Jumaat Oktober 11, 2013 MYT 1:59:59 PM
...

bkn dulu beliau kurus ke?gemuk blk?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 10:09 AM | Show all posts
kes bila lgk neh? kes baru?? die neh.. tak abis2 buat taik.. tk sayang mak bapak sungguh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 10:28 AM | Show all posts
semangatnya benji skrg
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:12 AM | Show all posts
kan beliau da kurus..gemuks blk ke,atau gmbr lame?


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 12:29 PM | Show all posts
abgboroi posted on 12-10-2013 03:16 AM
bapak biologi benjy ni kalau x silap ada kena mengena ngan org dalam polis ....

Ada kena mengena dengan polis dan bekas dato bandar kl...dan juga bekas ketua umno...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 06:38 PM | Show all posts
tomet05: pergh .. lepas lagike memang dia ni ramai nak aniaya ?


sapa la yang nak aniaya dia tu ye... apa agaknya diorang dapat dengan aniaya dia... nak kata berharta...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.169714 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list