|
Kisah-kisah pendek misteri dan seram dari aku UPDATED 21 April
[Copy link]
|
|
Jap kasi aku draft sikit cerita lain. Aku ni time lain susah sikit nak draft banyak benda nak buat. Kali ni edisi di tempat kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
srikandigayong posted on 5-10-2013 03:30 AM
Aritu aku pegi jugak kat Darus Syifa' ni aku nak tanya pasal saka ni la. sebab ada yang bgtau aku ...
Yela ..nti ang g scan tgk na... Stry lg ye TT x puas baca nih..hehehhehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
srikandigayong posted on 5-10-2013 03:33 AM
Jap kasi aku draft sikit cerita lain. Aku ni time lain susah sikit nak draft banyak benda nak buat. ...
Wokey2 take ur time..
Kisah kt tmpt kje...weee..menarik2.
*aku sedia mnanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok sementara siang ni aku cerita dulu benda yang penah jadi kat rumah yg aku tengah duduk sekarang ni kat shah alam. Kang malam aku dah takut nak post
Kisah 1
Dari aku kecik aku duduk kuaters Kastam kat Port Klang sampai la aku habis sekolah dan keje kat Shah Alam. Time tu pun adik2 da start masuk Uni so my parents decided its time to move to Shah Alam for good. Jimat duit minyak sikit. Aku ingat lagi time tu kena ulang alik Port Klang - Shah Alam hari2 masa minyak naik drastic 2.70 per ltr kot. Ok itu intro
Dulu kami sewakan rumah ni kat orang. Lepas dah renovate tu aku suka la sebab dapat bilik sendiri. Masa kat kuarters kastam tu aku kena kongsi bilik dengan adik2 aku. nanti dah takde la orang nak bising dengan aku kalau bilik bersepah sebab itu bilik aku sendiri kan. Anyway, turned out aku memang belum berani nak tido dalam bilik sorang2.
Malam tu aku masuk bilik adik2 aku. adik aku yang no3 tu kena duduk asrama kat uitm sebab 1st sem memang wajib kan. Jadinya aku tido dengan adik aku no 4 tu. Disebabkan adik aku tau aku takut nak tido kalau bilik gelap dia urut2 gosok2 dulu badan aku sampai tertido (haha sebab aku susah nak tido jadi dia kena buat mcm ni kalau tak aku bising2 kacau dia). dalam pkl 1 pagi tu aku terjaga. ini normal,kadang2 aku terjaga lebih 10 kali satu malam. aku tengok bilik dah pitch black. biasa la kalau dah terbangun tu nak adjust2 posisi tido kan, sekali aku ternampak ada satu benda putih tegak berdiri kat hujung katil. sebab aku tengah mamai lagi masa tu aku cuba utk tido balik. kali kedua kepala aku ni gatal nak toleh balik. aku toleh benda tu ada kat situ lagi. Dalam hati aku mungkin telekung ke ataupun bantal peluk yg takde sarung la tu then aku sambung tido balik.
aku tak tau la kenapa aku ni gatal sangat nak toleh buat kali ke tiga. dan kali ni aku betul2 dah bangun. jadi aku toleh lagi skali. memang betul ada benda putih kat hujung katil aku pun ' @#$^&^% apakah itu pocong ke?' seram sejuk badan aku.cuba nak tido sambil recite surah doa makan pun aku baca skali. sebab dah panik kan. tiba tiba.... adik aku bergerak. terus aku siku dia suruh dia pegi bukak lampu. Bila bilik dah cerah aku tengok takde apa pun kat hujung katil. telekung sangkut kat pintu pun takde, bantal peluk yang takde sarung pun takde jugak. esok tu aku bising kat adik aku jangan tutup lampu lagi kalau aku tido bilik dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you momod for the credit |
|
|
|
|
|
|
|
srikandigayong posted on 1-10-2013 12:35 PM
aku draft dulu la ye cerita2 ni semua dalam word. kang cerita pendek2 orang tak suka.
Cerita 3 : ...
huisshhh.. bab yang bergolek-golek tu yang aku seram...
apelah rupe dia masa tgh bergolek-golek tu.. gulp!
|
|
|
|
|
|
|
|
non.sari posted on 5-10-2013 03:55 PM
huisshhh.. bab yang bergolek-golek tu yang aku seram...
apelah rupe dia masa tgh bergolek- ...
kawan cousin aku cakap org tu golek kanan kiri betul2 dekat dengan cousin aku. tapi dia takde nampak apa pun. tapi cerita kau lagi dasyat punya seram ok. hari tu aku baca siang2 hari pun aku pasang lampu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok aku sambung sikit sebelum masuk edisi tempat kerja
Kisah 3
Benda ni pun jadi masa 1st year aku pindah Shah Alam. Tapi bukan la menakutkan sangat. just misteri je.
Petang tu aku baru balik dr keluar dengan kawan kawan aku. Sampai rumah je dalam pukul 7 ptg macam tu la almost maghrib dah. Aku pun masuk la bilik nak tukar baju semua. Pastu rehat jap kat atas katil. tiba tiba aku dengar mcm orang tendang pintu bilik aku kuat gila sampai bergegar. ha kau! tiba tiba kan. aku ingat adik2 aku. dengan hati panas aku bukak la pintu tanya nak apa. aku tengok takde orang. aku bukak bilik adik aku tengok dua2 pun tengah tido. so aku pegi kat living room aku nampak la parents aku.
Aku pun tanya la nak apa. lain kali ketuk je dah cukup jangan tendang2. mak aku masa tu tengah lipat baju. ayah aku tengah ketawa2 tengok tv. dua2 pandang aku muka pelik pastu cakap ' bila pulak orang nak tendang pintu bilik awak?' betul jugak. selalunya main masuk je. Aku cerita la ada macam orang tendang pintu. tau ayah aku cakap apa? ' Awak penat je tu. jangan nak fikir bukan2' aku la pulak yang fikir bukan2.
Tapi baru minggu lepas aku tgh skodeng forum ni la tengah2 malam masa aku tak boleh tido pun aku dengar sekali lagi pintu aku kena tendang sampai bergegar. disebabkan dah pukul 3 lebih malas la aku nak tanya sapa. kang ada makhluk menjawab aku yg pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 4
Ni kisah misteri juga ni bukan seram. Jadi masa 1st year duduk Shah Alam
Dulu masa aku kerja kat warehouse aku boleh kuar sesuka hati aku sebab aku secretary director. Jadi hari tu aku kuar sebab nak pegi amik adik aku balik dr kedah kat ktm. Bila sampai rumah aku pun menggunakan peluang ni utk mengular kejap. ok agak lama juga la aku mengular. hari hari pulak tu kahkahkah
Time ni aku dah kasi adik aku makan jadi dia tertido kat atas sofa. aku pulak tengah tengok E channel pasal Elvis. Tribute to Elvis ke pasal the death of ELvis mcm tu la. Selalunya siang2 aku bukak sliding door tu sebab panas kan. kiranya kalau aku baring atas sofa tu kalau ada orang jalan ke apa aku toleh belakang dah nampak.
tiba tiba..... TING TONG TING TONG (bunyi loceng la ini) aku toleh la belakang aku ingat ada orang jual2 ke apa sebab masa tu pun baru pukul 11 pagi mana ada budak2 sekolah balik lagi. Aku toleh belakang takde orang. bunyi daun kering pun takde. aku biar je la. pastu sekali lagi bunyi. Masa tengah bunyi tu aku tengah tengok kat luar. tapi takde sapa2 pun. Pelik jugak aku ni. Nasib baik la adik aku ada sekali walaupun tengah tido.
Selama aku duduk kat rumah ni sampai sekarang memang takde lagi kejadian macam ni kecuali hari tu. Aku rasa dia nak suruh aku balik office jangan mengular kat rumah la kot haha |
|
|
|
|
|
|
|
srikandigayong posted on 13-10-2013 11:47 PM
ok hari tu aku janji nak cerita pasal tempat kerja kan. sekarang ni dah tak brapa busy sangat aku ce ...
best citer ko ni..akak sambil breakfast tekun membacanya..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
kodoklawa posted on 14-10-2013 07:38 AM
best citer ko ni..akak sambil breakfast tekun membacanya..hehehe
haha terima kasihhhh. nanti aku cerita banyak2 lagi kak ye. nak balik kampung jap lagi. ada banyak lagi cerita ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Citer bnyk2 lg best wehhhh
Mula2 aku ingatkan ko lelaki, tp bila dah baca semua baru tau ko pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
TT kau dok shah alam seksyen berapa? |
|
|
|
|
|
|
|
antara cerita seram santai...
terbaik~.. |
|
|
|
|
|
|
|
juliesha posted on 14-10-2013 11:44 PM
Citer bnyk2 lg best wehhhh
Mula2 aku ingatkan ko lelaki, tp bila dah baca semua baru tau ko pompu ...
hahaha aku gigih mencari username yg menunjukkan aku perempuan. in real life pun kalau orang tak penah nampak muka aku tapi tau nama aku pun dorang ingat lelaki. Sabar je la
|
|
|
|
|
|
|
|
edee_91 posted on 15-10-2013 11:41 PM
TT kau dok shah alam seksyen berapa?
Aku? hehe seksyen 20.
|
|
|
|
|
|
|
|
srikandigayong posted on 16-10-2013 05:00 PM
Aku? hehe seksyen 20.
oh salam perkenalan. aku seksyen 24.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|