CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {2}Pelatih PLKN mati dlm bilik mandi:Akibat potong barisan-post 160#

[Copy link]
Post time 24-9-2013 08:47 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 08:47 AM | Show all posts
ni yg kes kene pukul tu ???

ya Allah...

jenuh la KP JLKN tu nk jwb...i know him..tuan rozainor..

huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 08:51 AM | Show all posts
kesiannyer..smpai hati dia org pukul budak tu..
sedihnya makbapak..hantar ank dlm keadaan baik
at last jd mcam ni..
takziah pd kluarga...smoga tabah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
jonlabu posted on 24-9-2013 08:46 AM
Sesi ketiga byk  peserta bermasalah..

Iya.....
Yg masih dlm kes polis pun ada......curi motor, mcm2 kes lah.....kekdg tengah latihan tu, polis dtg jemput sbb nak bawak gi perbicaraan....

Yg pandai- pandai & baik selalunya dihantar pada sessi pertama & kedua lepas spm.....


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 08:55 AM | Show all posts
harap dapat hukuman setimpal. negara kita tak perlukan budak2 perangai tak semenggah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 08:58 AM | Show all posts
Innallilah..tak mgkn mangsa boleh tetiba meninggal dunia macam tu jer..
rupa2nya ada kes jenayah disebalik kematian mangsa..
apapun takziah pada keluarga mangsa..
Last edited by purpledesire on 24-9-2013 09:04 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2013 08:59 AM | Show all posts
kodoklawa posted on 24-9-2013 07:35 AM
3 org pelatih telah ditahan untuk membantu siasatan..mangsa mati akibat hentakan objek tumpul:-sumbe ...

@kodoklawa
mekasih update...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:02 AM | Show all posts
harimau76 posted on 24-9-2013 08:39 AM
harap kena penjara ler sampai mampus kalau disabit kesalahan... ingat nyawa tu macam nyawa candy cru ...

mintak maap nak tanya
candy crush tu game android yang bulat2 bergolek macam guli yang kaler2 tu ke?
mohon pencerahan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 09:03 AM | Show all posts
anyway alfatihah
takziah kepada seisi keluarga
pihak berkuasa tolong lah buat siasatan terperinci
memang lah ajal tapi bagi mak bapak arwah yang hantar anak2 dia tegak2 tau2 dapat berita dah takda dalam keadaan kena hentak tak ke hancur luluh hari dorang
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:05 AM | Show all posts
elatih PLKN meninggal dunia           Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
[email protected]

ROMPIN 23 Sept. - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah di sini ditemui meninggal dunia di bilik air asramanya tengah malam tadi.
Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam dan kejadian itu dimaklumkan kepada ketua komandan kem.
Pelatih berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan.
Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli berkata, pelatih itu yang berasal dari Kerdau, Kuala Krau bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.
Beliau berkata, pelatih berkenaan sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan sihat serta baru sahaja menjalani latihan bersama pelatih lain.
"Pelatih terbabit juga tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan dia sebelum ini menjalani latihan yang disediakan dengan cemerlang.
"Untuk itu satu unit khas ditubuhkan di peringkat jabatan untuk menyiasat termasuk menunggu laporan bedah siasat sebelum sebarang tindakan diambil.
"Kita akan menyiasat perkara ini dengan teliti bagi mengenal pasti punca kematian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, bapa pelatih itu, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Hospital Muadzam Shah memberitahu, dia dimaklumkan mengenai kematian anak lelakinya itu oleh pihak kem sebelum subuh pagi tadi.
"Kali terakhir saya berjumpa anak saya adalah sewaktu dia mula hendak mendaftarkan diri untuk masuk ke kem ini dan waktu itu dia tidak ada masalah kesihatan.

p/s. Bapa pelatih elok saman kerajaan atas kecuaian.

P/S : Bapa pelatih seeloknya cari lawyer saman kerajaan Malaysia atas kecuaian gagal menyediakan langkan keselamatan yang mencukupi buat pelatih.
"Saya reda dengan apa yang berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan," katanya.
Menurutnya, Muhammad Suhaimi adalah anak sulung daripada tiga beradik hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya, Zuraidah Zainuddin, 30-an.
Beliau berkata, jenazah arwah dikebumikan di kampung ibunya di Kampung Klebang, Kerdau malam ini.
Sementara itu, tinjauan di kem tersebut mendapati pintu pagarnya ditutup.
Pengawal keselamatan kem itu berkata, mereka telah diarahkan supaya tidak membenarkan pelawat dan pihak media memasuki kem berkenaan.
Pihak pengurusan kem termasuk jurulatih yang ditemui juga enggan memberikan sebarang komen mengenai kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Johari Yahaya mengesahkan kejadian itu dan kes ini sedang disiasat.


Last edited by kalwawi65 on 24-9-2013 09:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:06 AM | Show all posts
kukulangau posted on 24-9-2013 09:02 AM
mintak maap nak tanya
candy crush tu game android yang bulat2 bergolek macam guli yang kaler2 tu  ...

hi kuku..candy crush nie game gula2 kan.? saya hanya dpt main sampai level 33 jer..
pastu dah stop dah sbb tak lepas..huhuuu

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:08 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 24-9-2013 07:47 AM
kes kena belasah la ni...abisla bebudak 3 ekor tu..hukuman mati gak ke kalo bwh umo...

Harap-harap diorang belum sambut bezday ke-18. Kalau dah sambut... memang kena bicara macam biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 09:19 AM | Show all posts

JENAZAH Muhammad Suhaimi dibawa ke Kampung Klebang, Kerdau untuk dikebumikan.

Muadzam Shah, 24 Sept: “Kali terakhir saya menemui arwah kira-kira sebulan lalu ketika dia melaporkan diri sebagai pelatih PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) dan pertemuan kami hari ini (semalam) berbeza kerana saya hanya mampu menatap wajah kakunya,” kata Norhamidi Bakar, 46, bapa pelatih PLKN Kem Pinggiran Pelangi, di sini, yang ditemui meninggal dunia tengah malam, kelmarin.

Anaknya Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui rakan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bilik air asrama kem berkenaan pada jam 12.04 tengah malam.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah (HMS), di sini, namun disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital berkenaan.

Norhamidi berkata, dia dimaklumkan kejadian yang menimpa anaknya jam 1 pagi dan terus bergegas ke HMS.

Katanya, dia menyimpan hasrat melihat anaknya menjadi anggota polis, namun impiannya itu tidak kesampaian apabila Suhaimi terlebih dulu menyahut seruan Ilahi.

“Sepanjang pengetahuan saya, Suhaimi tiada sebarang masalah kesihatan dan saya juga hairan bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

“Bagaimanapun, saya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan sekiranya terdapat unsur jenayah. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya di bilik mayat HMS, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah anak sulung daripada tiga beradik hasil perkongsian hidup bersama bekas isteri Zuraidah Zainuddin, 30-an.

“Dia tinggal bersama ibunya di Kerdau, Temerloh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Rozainor Ramli berkata, mangsa baru selesai menjalani latihan bersama rakannya dan tidak menunjukkan sebarang kelainan atau mengadu tidak sihat.

“Saya difahamkan pelatih itu tiada masalah kesihatan dan sentiasa memberi komitmen terhadap semua latihan disediakan JLKN dengan cemerlang.

“Kami akan menyiasat perkara ini dengan teliti bagi mengenal pasti punca kematian dan menolak spekulasi kononnya dibunuh atau dipukul sebelum kejadian,” katanya. ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, satu unit khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian berkenaan termasuk menunggu laporan bedah siasat sebelum sebarang tindakan atau keputusan dibuat.

Jenazah Suhaimi dituntut ahli keluarganya kira-kira jam 5.30 petang semalam dan dikebumikan di kampung ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klebang, Kerdau, Temerloh selepas Maghrib.

Sementara itu, tinjauan di Kem PLKN Pinggiran Pelangi mendapati pengawal keselamatan bertindak menutup pagar kem selepas menyedari kehadiran media dan mengunci mulut ketika ditanya berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, laporan bedah siasat menunjukkan terdapat kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat dipukul objek tumpul.

“Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi, semalam. Last edited by tongkatwaran75 on 24-9-2013 09:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:23 AM | Show all posts
igauan ngeri pada parent2 yg nak hantar anak pegi PLKN
kalu gangsterism di tempat2 mcm ni diambil mudah..
Polis patut jalankan operasi Cantas di kem2 PLKN pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:24 AM | Show all posts
Aa..baru tengok berita tadi.katanya mulutnya berbuih.
Ada lebam kat badan ,selain tu ada kesan objek tumpul kat kepala.
Katanya ada yg ditahan membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:28 AM | Show all posts
purpledesire posted on 24-9-2013 09:06 AM
hi kuku..candy crush nie game gula2 kan.? saya hanya dpt main sampai level 33 jer..
pastu dah sto ...

game candy crush ni sbnarnya bkn ikut skill ke ape ke..
just ikut nseb je...pasni try lg yer...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 09:32 AM | Show all posts
Takziah.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:33 AM | Show all posts
plkn ni
dr beranak dlm toilet
mati gdh
mcm2la
2 blm skandal sesama jurulatih
kena tangkap khalwat
ntahla
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:35 AM | Show all posts
Plkn ni sejak mula, penuh dengan masaalah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
tintabiru73 posted on 24-9-2013 09:08 AM
Harap-harap diorang belum sambut bezday ke-18. Kalau dah sambut... memang kena bicara macam biasa.

Harap2 dah sambut......
Takkan sesenang je nak bunuh org pastu terlepas....
Klu mangsa tu adik u, mcmana?....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.273109 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list