CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

TAMAN DELIMA DI SYURGA....

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2013 10:34 PM | Show all posts
Maher Zain - Ku MilikMu



Pada malam yang hening Zul bersantai dipangkin halaman rumahnya. Sambil berbaring menikmati angin malam yang membuai perasaannya kala itu. Fikirannya terasa lapang, tenang dan kosong. Jiwa menjadi tenteram dan begitu mendamaikan. Subhanallah. Nikmatnya malam ini. Direnung dada langit yang gelap namun dihiasi kerlipan bintang-bintang seperti gemerlapan berlian. Indahnya.

Inilah yang dikatakan, menghayati ciptaan Tuhan sambil muhasabah diri sebagai hamba yang kerdil, sentiasa bersyukur atas nikmat hidup di dunia ini. Sedang khayal menikmati malam itu telefon bimbitnya berbunyi. Pantas Zul menyeluk saku baju melayunya. Dikeluarkan handset. Tatkala melihat tertera nama Bob diskrin laju ibu jari Zul menekan punat hijau.

“Assalamualaikum bang, dah makan?” Zul tidak tergesa-gesa bertanyakan hal siang tadi. Kebiasaannya, perbualan awal perlu sopan bertanya empunya diri di talian sana.
“Waalaikum Salam, baru je lepas melantak tadi ni.” Tercetus suara Bob di hujung talian.
“Oh, haa..apa macam kes tu?”
“Hmmm…abang rasa elok kau datang besok tempat abang. Dalam telefon tak sesuai pula nak cakap.”
“Haa..oklah bang, saya tak nak pula ganggu abang dengan Kak Nor. Besok saja kita sembang.”
“Pandai pun kau…bila kau dah kahwin baru kau tau.”
“Eh abang ni ke situ pula dia.”
“Yelah kau pun muda lagi… cari perlahan-lahan…cari buat isteri jangan cari tambah penyakit..hahaha….”
“Abang kalau nak kenakan saya memang nombor satu.”
“Dah kau tu lurus sangat. Nampak bijak tapi adakala kau terlalu lurus. Senang orang nak kenakan kau.”
“Oklah bang panjang pula bersembang kang tak pasal-pasal saya pula kena sound dengan Kak Nor.”
“Kau pandai cari topik tutup cerita.”
“Mana ada bang, saya niat baik je.”
“Ya abang tau saja nak sakat kau. Usik-mengusik membawa bahagia.”
“Yelah tu abang bahagia saya ni yang derita kena ‘tembak’ dengan abang…hahah..”
“Eh, eh…abang nak off ni dah bising kakak kau.”
“Tulah bang saya dah kata tadi. Oklah saya off ni.”
“Bye, Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”

Setelah talian dimatikan Zul tergelak kecil sambil menggeleng-geleng kepala. Lucu pula perbualan mereka tadi. Lain yang patut dibualkan, dah jadi perbualan usik-mengusik antara mereka pula. Zul memasukkan semula handsetnya ke dalam kocek baju melayu sedari tadi tidak bersalin tika lepas Isyak di surau tadi. Malam itu dia berkira-kira untuk tidur sahaja. Plan baik mula dirancang untuk keesokkan harinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2013 10:41 PM | Show all posts
Selesai jual beli di pasar Zul membawa haluan ke bengkel Bob. Belum sempat Zul hendak menutup pintu lorinya, Bob sudah mengajaknya ke gerai Makcik Janda Miah. Bob memboncengkan Zul di belakang motor kapchai miliknya. Sampai ke destinasi mereka sama-sama melangkah seiring masuk ke gerai tersebut. Masing-masing mengambil tempat yang agak ke belakang. Privasi sikit nak bincang berdua.

“Haa…bang macam mana?” Tak sabar Zul ingin tahu.
“Hmm…” Sambil sempat menghirup kopi O panas. “Macam ni. Member abang tu dah semak nombor plat tu kat KL…. rupanya kereta tu kepunyaan seorang Datuk dan agak dikenali di sana.”
“Oh, jadi kereta tu kereta curilah ya?”
Bob menggeleng. “Bukan, itu kereta majikan lelaki tu… dan lelaki tu adalah drebar Datuk tu.”

Zul mengurut-urut dagunya yang sedikit berjanggut sejemput.

“Tapi kenapa drebar tu bawa kereta majikannya hingga ke sini?”
“Ini yang abang nak bagitau kau. Sebenarnya majikan dia tuh dah lama menghilangkan diri. Yang peliknya langsung tak ada khabar berita. Malah keluarga Datuk tu dah pun buat laporan polis di atas kehilangannya.”
“Pelik, memang pelik…dari cerita abang dapat dibuat kesimpulan. Yang kehilangan Datuk tu ada unsur-unsur jenayah. Mungkin…kes culik atau…apa-apa yang berkaitan jenayah?”
“Itu abang tak tau. Kalau diculik pun…kenapa tak ada sebarang panggilan minta wang tebusan?”
“Itu yang saya tengah fikirkan ni.”

Berkerut-kerut dahi Zul memikirkan masalah terkini. Sememangnya lelaki yang memandu BMW dan kehilangan Datuk itu ada kaitannya. Tapi apa dia?

“Bang Bob, saya nak jumpa member abang tu besok boleh?”
Bob mengangguk. “Boleh, mungkin kalau jumpa sendiri dengan dia kau lebih faham. Lagipun kau ni bijak Zul, mesti ada ler akal kau nak settle masalah ni.”

Zul hanya tersengih dengan kata-kata Bob.

“Oklah bang Bob, saya minta diri dulu…saya nak ke kebun kejap.”
“Yelah, kalau ada apa-apa abang call kau.”
“Assalamualaikum.” Zul menaikkan tangan tanda minta diri.
“Wa'alaikumsalam.” Bob membalas isyarat yang sama kepada Zul.

Zul berjalan menuju ke tempat lori yang dipakir depan bengkel Bob. Taklah jauh mana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 11:29 PM | Show all posts
Delima 3

Pada pagi Sabtu itu Zul dan Bob pergi ke rumah kawan baik Bob, Encik Fahmi. Sesampai mereka di sana mereka dipelawa sebagai tetamu. Encik Fahmi selaku pegawai yang bertangungjawab berkaitan pendaftaran nombor plat kenderaan sudah menjangka kehadiran mereka kerana Bob telah memaklumkan kedatangan mereka berdua.

Encik Fahmi menerangkan penemuan maklumat berkaitan pencarian mereka terhadap pemilik kenderaan kereta mewah tersebut yang dalam siasatan polis. Malah Encik Fahmi memberi nombor telefon pegawai polis yang menyiasat kes Datuk yang hilang itu. Setelah berpuas hati dengan apa yang diperolehi Zul dan Bob meminta diri untuk pulang.

Zul berkira-kira untuk menyelesaikan kes ini dengan segera. Dia ingin terus mencari maklumat hingga ke balai polis Melaka.

“Yang kamu beriya-iya nak siasat kes Datuk ni kenapa Zul? Ada apa-apa ke?”
“Tak ada apalah bang. Saya cuma prihatin. Takut nanti Datuk tu terbunuh ke atau entah-entah dah jadi mayat. Elok juga kita bertindak. Saya bukan nak nama atau nak ganjaran bang. Tapi saya memang tak sedap hati. Tak tidur malam saya fikir masalah ni.”
Bob hanya mengeleng kepala. Tulah pasal kalau terlebih fikir. Hal orang lain sibuk dia nak ambil tau. Zul, Zul.
“Eh, abang Bob panggil saya ke?” Zul memandang hairan wajah Bob di sebelah tempat penumpang hadapan.
“Mana ada lah kau ni.” Hai dengar aje apa aku cakap dalam hati. Ada six sense ke budak ni? Gerutu Bob dalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 11:30 PM | Show all posts
Di bilik tidurnya Zul sedang menyemak maklumat yang dia baru perolehi di balai polis. Nasib baiklah pegawai polis di situ mahu bekerjasama memberi sedikit maklumat. Kebetulan dah kenal aku. Penegak keadilan sejagat. Huhu…

Zul pernah di Anugerahkan ‘Pemuda Harapan Masyarakat’ kerana usahanya menjadi wakil pemuda di kampung membuat rondaan rukun tetangga. Dia pernah ditawarkan jawatan namun ditolak oleh Zul mentah-mentah. Katanya, dia buat semua ini demi tanggungjawab terhadap kampong dan penduduk-penduduk yang merupakan seperti saudaranya sendiri. Cewah, mulianya si Zul ni.

“Kamu tak tidur lagi ke Zul?” Nenek menjenguk dibalik pintu biliknya yang diterangi lampu kalimantang.
“Belum nek, ada benda Zul nak buat ni. Nenek tidurlah dulu. Kejap lagi Zul tidur.”
“Jangan lewat sangat, kamu tu nak bangun pagi-pagi.” Nasihat Nek Teh.
“Takpe nek, esok hari minggu. Zul ingat nak ke pekan Jasin jap. Jumpa kawan.”
“Yelah, haa…besok kamu nak sarapan apa?”
“Nek buatkan orang karipap…hehe..dah lama tak merasa karipap nenek.”
“Baiklah, lepas ni tidur awal sikit tau.”
“Ai, ai grandma.” Zul tabik ‘spring’ sambil tersengih.
“Hish budak ni. Malas nek nak layan peel kamu.”

Nek Teh berlalu meninggalkan bilik Zul. Zul kemudian menyambung tugasnya yang tergendala tadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 07:50 AM | Show all posts
Tiba-tiba lena Zul diganggu pada larut malam itu. Terpisat-pisat Zul bangun dari perbaringan. Zul mencapai handset di sisinya. Dia memandang nombor yang tidak dikenali dalam skrin handsetnya.

Siapa pulak ni? Zul menekan punat hijau.

“Assalamualaikum.” Suara Zul agak serak kerana baru terjaga dari tidur.
“Waalaikumsalam. Ini Encik Zul ke?” Suara seorang lelaki di hujung talian.
“Ya, boleh saya tahu siapa di sana?”
“Saya Inspektor Ardi, dari balai polis Melaka.”

Terus Zul terasa segar-bugar seluruh badan. Dia bersila di atas katil.

“Ada apa-apa maklumat terkini ke tuan?”
“Kami dapat maklumat, orang yang menculik tu ada membuat panggilan telefon.”
“Oh, ya ke? Apa yang penculik tu mahu?”
“Penculik tu menukar suara kerana tidak mahu dikenalpasti… dia meminta isteri mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang diakaun bank isterinya.”
“Haa..akaun isterinya?” Aik kenapa bukan akaun Datuk tu sendiri?
“Tapi kami berusaha menjejaki penculik dan mangsa. Namun, belum perolehi apa-apa. Harap Encik Zul boleh datang ke balai sebab ada benda yang kami nak minta rujuk dari pihak Encik.”
“Baiklah, saya akan ke sana sekarang.”

Zul menekan punat merah. Dalam benak mula berfikir. Nak ajak siapa temankan aku malam-malam ni? Ah, ajak Abang Kamil senang sikit.

Zul mendail nombor Kamil untuk minta pertolongan dan menjadi peneman malam ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 07:52 AM | Show all posts
Sesampai di balai Zul dan Kamil memaklumkan untuk berjumpa Inspektor Ardi.

“Ada apa-apa yang boleh kami tolong tuan?” Kamil menawarkan pertolongan.
“Saya nak minta kamu berdua kenalpasti bunyi yang kami perolehi masa penculik tu membuat panggilan. Kami tak sempat mengesan panggilan tu memandangkan penculik itu hanya bercakap tak sampai seminit seperti yang kami harapkan. Kami jangkakan bunyi itu seperti di ladang ternak. Kedengaran seperti bunyi ayam. Apa pandangan saudara berdua?”
“Ye ke tuan? Kalau begitu, kami perlu dengar perbualan tu terlebih dahulu.” Pinta Zul sambil diangguk oleh Kamil tanda mengiyakan pendapat Zul.
“Harap-harap, rakam ni dapat membantu kes ini atas bantuan khidmat saudara berdua.”
“Kami cuba tuan.” Zul berharap mereka berdua dapat membantu dalam siasatan polis.

Zul dan Kamil meneliti bunyi tersebut di frekuensi panggilan telefon. Ada bunyi pelik ketika penculik itu membuat panggilan. Kemudian pihak polis rewind semula bunyi yang dirakam setelah Zul minta dimainkan semula. Zul memandang wajah Kamil antara satu sama lain.

“Kilang baja.” Mereka menjawab serentak.
“Kilang baja?” Inspektor Ardi berkerut hairan. “Tapi rasa bunyi tu macam bunyi ayam, yang pasti kawasan ternakan ayam bukan?”
“Betul tuan, tapi ada juga dengar seperti mesin prosesan. Lagipun, ada lading ayam ni berdekatan dengan kilang proses baja. Kami biasa ke sana untuk dapatkan baja tahi ayam untuk kebun saya tu. Dan satu lagi suara yang tuan kata diubah itu bukan disengajakan.”

Kenyataan Zul berkaitan suara penculik itu membuatkan Inspektor Ardi, Kamil dan 2 anggota polis lain memandang hairan wajah Zul.

“Apa maksud kamu, suara penculik tu bukan dibuat-buat?”
“Begini tuan. Pada pendengaran saya kemungkinan seperti penculik menutup hidung dan mulut kerana bau yang kurang enak di kilang tu. Saya kata begitu sebabnya….nada suara penculik tu seperti seseorang yang menahan nafas ketika bercakap dan ada getar pada suara tu macam…dalam keadaan cemas. Saya pun tak faham mendengar nada suara tadi. Perbualan tadi amat tergesa-gesa dan seperti kalut je.” Terang Zul terperinci.
“Saya pada mulanya pun pelik dengar suara tu.” Inspektor Ardi mengangguk tanda mengerti. “Jadi awak tau kedudukan penculik dan mangsanya?”
“Rasanya kami tau kat mana sebab jarak 1 kilometer dari kilang tu ada projek rumah teres terbengkalai. Dah lama sangat terbiar, tak ramai orang yang tau dan lalu-lalang sebab terpencil. Tak mustahil tempat kosong begitu port untuk penculik menyembunyikan mangsa culik tu tuan.” Kamil pula menerangkan kepada Inspektor Ardi.
“Kalau begitu, kita bertolak sekarang.” Arah Inspektor Ardi kepada anak buahnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2013 07:54 AM | Show all posts
Setelah mengenal pasti kawasan penculikan, Zul, Kamil dan bersama-sama anggota polis yang lain bertolak ke tempat kejadian. Sampai di tempat yang dituju, Inspektor Ardi arahkan anak-anak buahnya mengepung kawasan rumah terbiar tersebut. Dari arah rumah kosong itu ternampak cahaya berbalam-balam seperti dinyalakan dengan unggun api. Zul hendak cuba menghampiri rumah kosong yang agak sunyi dan hening sekelilingnya. Kadang-kadang kedengaran bunyi cengkerik dan kodok disebalik rimbunan semak samun.

“Kamu berdua tunggu di sini. Biar kami jalankan tugas.” Inspektor Ardi melarang mereka dari terus mengekori langkah pihak polis.

Inspektor Ardi dan anak-anak buahnya yang lain bergegas dan penuh hati-hati agar langkah pengepungan mereka tidak disedari penjenayah. Zul dan Kamil menanti dibalik rimbunan semak tidak jauh dari kepungan pihak polis di rumah kosong itu. Terjengah-jengah Zul melihat situasi itu. Hatinya gelisah seperti ingin turut serta menghampiri rumah kosong di sana.

“Err…Abang Mil, saya nak ke sana kejap.”
“Eh kau ni dah kenapa? Kan ke Inspektor Ardi larang kita berdua masuk campur.”
“Saya tak sedap hatilah bang. Macam ada yang tak kena.”
“Apa pulak yang tak kenanya? Kan ke lokasi penculikan tu kat situ.”
“Tapi bang, takkan begitu mudah.”
“Kau ni…banyak sangat fikirlah.”

Zul terdengar-dengar suara rakaman yang diperdengaran di balai tadi mendominasi mindanya. Kenapa bunyi yang dia dengar agak pelik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 07:56 AM | Show all posts
“Kami polis, jangan bergerak!” Inspektor Ardi dan anak-anak buahnya mengacukan pistol kepada 3 orang yang sedang mengelilingi unggun api. Semua ketiga-tiga anak muda itu mengangkat tangan dengan wajah yang gerun dan begitu terkejut.

“Tu..tuan…apa salah kami tuan?” Salah seorang anak muda bertiga tergagap-gagap bertanya.
“Eh? Hanafi, Siva…Leman?”
“Abang Zul…!” Serentak kesemua remaja belasan tahun itu menerkam tubuh Zul dan memeluk erat. Ketakutan dan wajah tangis mereka kelihatan. Tersedu-sedu mereka mulai menangis.

“Dah, dah…jangan nangis. Korang bertiga buat apa kat rumah kosong ni? Bahaya tau tak tempat ni.” Zul mengusap-ngusap kepala mereka bertiga bersilih ganti.

Inspektor Ardi dan anak-anak buah yang lain lantas menurunkan senjata. Kamil pula berkerut seribu melihat situasi depan mata. Bingung jadinya. Konon-konon tempat ini port penculikan, sebaliknya port anak muda melepak.

“Apa semua ni Encik Zul, Encik Kamil..?” Inspektor Ardi menyoal hampa mereka berdua.
“Tuan, saya rasa ada yang tak kena dengan rakaman tu.”

Zul ingin menjelaskan sesuatu yang pada perkiraan mereka tadi, ada perkara penting yang mereka terlepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 07:58 AM | Show all posts
“Apa dia? Suara tu adalah suara yang direkod dari pita rakaman?”
“Ya tuan. Suara yang kita dengar tu hanyalah rakaman. Cuba putar semula rakaman panggilan tadi.”

Rakaman itu diulang sebanyak tiga kali. Kali ini, barulah Inspektor Ardi memahami.

“Sekarang, tuan dah fahamkan maksud saya?”
“Ya, ada bunyi ‘klik’ seperti punat ditekan.”
“Kalau ikut perkiraan saya tuan. Rakaman ni dibuat mungkin sebelum penculikan itu berlaku. Dan memang pada awalnya panggilan itu di buat di kilang baja dan nampak seperti tidak professional.”
“Kamu nak kata…penculikan ini sengaja dirancang oleh mangsa culik?”
“Memang itu saya nak kata tuan. Mangsa seolah-olah wujudkan situasi yang dirinya diculik. Cuma….”
“Cuma apa Zul?” Kamil yang tiba-tiba teruja bertanya. Sedari tadi khusyuk mendengar penerangan Zul.

“Sepatutnya, kalau benar seperti yang kita andaikan…port rumah kosong tu patutnya port penculikan. Yang jadi persoalannya. Kat mana port sebenar mangsa ni?”

Masing-masing yang berada di bilik penyiasatan bertanda soal di kepala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 08:02 AM | Show all posts
Delima 4

Datuk Zamirul dan Akob masing-masing saling terikat. Puas digerak-gerakkan tubuh mereka cuba meleraikan ikatan ditangan. Sakit dan naik lenguh kedua-dua tangan mereka diikat ketat sebegitu. Itu belum termasuk sakit-sakit dan sengal-sengal ditubuh mereka.

“Apa kita nak buat ni Datuk? Saya dah takut nak fikir yang bukan-bukan dah ni.”
“Awak ingat saya ni tak takut. Saya lagilah, mangsa yang malang sekali. Buatnya duit tak dapat. Saya juga bakal jadi habuan sepak terajang mereka nanti.”
“Kita berserah dan berdoa kepada Yang Esa sajalah Datuk. Harap-harap ada insan yang perasan akan nasib kita kat sini.”
“Ini semua silap saya buat rancangan bodoh ni. Kalau tak, tak adanya kita terikat macam ni.”
“Apa nak buat Datuk. Benda dah jadi.”

Empat lelaki asing yang sedang mengelilingi unggun api tidak jauh dari mereka berdua terikat, asyik berbual kosong sambil bermain daun terup. Minuman keras menjadi penghilang dahaga keempat-empat lelaki itu kala berborak. Datuk Zamirul dan Akob berdiam diri memerhatikan sahaja perlakuan mereka. Keempat-empat lelaki itu seperti orang suruhan yang menantikan arahan dari ketua mereka yang tidak pernah kelihatan munculkan diri.

Trtiitt…

Telefon bimbit dari salah seorang mereka berbunyi. Lelaki berkulit hitam legam itu menyeluk poket seluar jeans lalu menjawab panggilan. Tidak kedengaran jelas butir bicara lelaki itu. Lebih banyak mengiyakan dari bercakap.

Usai menjawab panggilan, lelaki berkulit hitam legam itu meminta seorang rakannya mengikutnya. Seperti ada sesuatu yang mereka ingin buat. Dua antaranya masih duduk bersila menjadi penjaga mereka berdua yang terikat.
Datuk Zamirul dan Akob saling toleh-menoleh. Melihatkan dua penjaga yang tegap dan bengis itu tiada harapan buat mereka hendak berikhtiar melepaskan diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 08:02 AM | Show all posts
Inspektor Ardi tersenyum lebar saat baru sahaja menamatkan panggilan pada handsetnya. Zul dan Kamil melihat roman wajah segar jejaka tegap berpakaian preman itu dengan hairan.

Ceria semacam saja. Dah ada maklumat terkini diperolehi ke?

“Encik Zul, Encik Kamil…kita dah dapat kesan lokasi sebenar.”

Terbit pula wajah segar Zul dan Kamil mendengarnya.

“Apa lagi tuan, cepatlah kita ke sana?” Kamil pula terlebih teruja mengajak.
“Jangan risau. Anak buah saya dah standby di tempat kejadian.”

Pantas betul pihak polis bertindak. Zul dan Kamil serentak memuji dalam hati kecekapan polis menjalankan tugas. Sempat mereka berdua saling berpandangan dan mengangkat kening.

“Okey, kita boleh bergerak sekarang.” Inspektor Ardi dan anak-anak buahnya mulai beredar keluar dari bilik penyiasatan.

Tanpa lengah, Zul dan Kamil mengekori langkah mereka. Tidak mahu ketinggalan menyaksikan pengalaman bekerjasama dengan pihak polis. Huhu…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 08:05 AM | Show all posts
Puas Kamil menegah Zul dari terus mengekori Inspektor Ardi untuk menghampiri rumah kosong itu. Tetapi Zul bersungguh-sungguh memberi jaminan kepada Kamil akan menjaga keselamatan dirinya sebaik mungkin. Apabila Inspektor Ardi dan anak-anak buahnya menyusup mengepong rumah terbiar itu, Zul pula senyap-senyap merangkak ke arah tebusan diikat. Sebelum itu, Zul memerhatikan sekeliling dari dalam rumah dan tempat dua tebusan itu terikat.

Zul curi-curi menjenguk dari dalam di sebalik lubang tingkap kaca yang telah pecah. Fokusnya untuk selamatkan tebusan yang terikat itu. Apabila dia memastikan selamat untuknya menyelamatkan tebusan, Zul membuat isyarat kepada Inspektor Ardi untuk masuk menyelamatkan tebusan di dalam. Inspektor Ardi melihat keadaan tebusan itu. Yakin selamat, barulah dia memberi isyarat kepada Zul untuk masuk secara berhati-hati. Zul menaikkan ibu jarinya tanda bersedia.

Perlahan-lahan dan penuh hati-hati Zul bergerak menuju ke tempat tebusan. Akob yang kegelisahan mula merayapkan pandangan di sekeliling. Tatkala matanya jatuh pada kelibat seseorang seakan-akan datang menghampiri mereka. Zul meletakkan jari telunjuknya ke bibir tanda senyap. Akob yang memahami isyarat dari anak muda itu mengangguk perlahan. Dan sempat disiku lengan Datuk Zamirul yang merungut kecil. Akob menjuih sekilas ke arah Zul yang semakin mendekat. Datuk Zamirul sedikit ternganga melihat Zul yang membuat isyarat ‘diam’. Pantas Datuk Zamirul terhangguk-hangguk. Lega sungguh hatinya melihatkan anak muda itu datang hendak menyelamatkan mereka. Hampir dia terjerit tadi. Gembira bukan kepalang hatinya tika ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 08:07 AM | Show all posts
Zul mengambil pisau lipat ala Macgyver disisip dipenyangkut tali pinggangnya. Dia membuka pisau lipat merahnya dan menoreh tali ikatan dikedua-dua pergelangan tangan Datuk Zamirul dan Akob. Ikatan beransur longgar dan saat itu juga Zul cepat-cepat arahkan Datuk Zamirul dan Akob melarikan diri. Dalam masa yang sama Inspektor Ardi dan anak-anak buahnya menyerbu masuk ke rumhh terbiar. Masing-masing mengacukan pistol ke arah dua penjenayah yang leka bermain terup dan sedikit mabuk. Kelam-kabut mereka bangun dan cuba hendak menggapai pistol dipinggang. Ketangkasan anggota polis yang lain dapat mengunci pergerakkan mereka apabila tangan-tangan mereka dikilas ke belakang.

Zul, Datuk Zamirul dan Akob pantas berlari keluar. Sedang Zul yang di belakang sekali terasa leher dan batang tubuhnya didakap erat dari belakang. Rupa-rupanya, penjenayah yang keluar sebelum ini berada di rumah terbiar itu setelah melihat dua rakannya diberkas polis. Seorang rakan mengekorinya tadi sudah bersedia mengacu pistol kepada Datuk Zamirul dan Akob yang kalut melarikan diri, tertangkap jua.

Zul meronta-ronta. Agak kejap leher dan pergelangan tangan kanan Zul dikilas ke belakang. Lelaki hitam legam yang cukup tegap dan tinggi itu mengheret tubuh Zul yang tinggi lampai ke dalam semak. Datuk Zul dan Akob mengangkat kedua belah tangan masing-masing saat seorang lagi rakan penjenayah mengacah-acah pistol ke arah mereka. Terpaksa mereka menurut langkah kedua-dua penjenayah tadi ke belukar kecil. Mungkin hendak dijadikan tebusan melepaskan diri.

Bukk…!

Satu hayunan kayu mati sebesar lengan lelaki dewasa menghempuk belakang kepala lelaki bersenjatakan pistol itu terus rebah atas rumput liar. Pengsan. Datuk Zamirul dan Akob terpegun seketika dan kelihatan Kamil bercekak pinggang dengan sebelah tangan kanannya memegang kayu mati diletak atas bahu.

Dalam serba kekalutan. Zul yang agak tersentak tetapi ligat berfikir berikhtiar melepaskan diri dengan menghentak pinggang penjenayah dengan siku sekuat hati. Penjenayah yang lebih besar dan sasa daripada dirinya mula terdorong ke belakang menahan senak dipinggang. Terlepas rangkulannya dari leher dan tubuh Zul. Tanpa berlengah Zul menghayunkan kakinya membuat tendangan libasan mengenai dada penjenayah tersebut hingga terpelanting ke tanah. Yang pastinya pernah menuntut seni silat dengan Tok Ayah di hujung kampungnya dipraktikkan sewajarnya seni bela diri ini untuk mempertahankan diri.

Kamil, Datuk Zamirul dan Akob yang kagum seketika bertepuk tangan melihat kehebatan tendangan libasan padu yang dibuat Zul. Tersengih-sengih dan tertunduk malu Zul menerima tepukan serta pujian ‘Bravo’ daripada Kamil.

Hish Abang Mil ni pun, buat malu aku saja. Tergaru-garu Zul belakang kepalanya menahan malu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 11:23 AM | Show all posts
TQ......pepagi sudah ada n3 panjang gitu......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 11:34 AM | Show all posts
cegitu posted on 4-10-2013 11:23 AM
TQ......pepagi sudah ada n3 panjang gitu......

Thanks sudi baca....

tgh nak sambung 'cinta kita' sikit2...TDDS sikit2...ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 03:07 PM | Show all posts
...
best...sambung lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2013 08:58 PM | Show all posts
mamajiah posted on 4-10-2013 03:07 PM
...
best...sambung lagi...

thanks mamajiah,

Jgn jemu utk ikuti karya saya ye?....yang ini ala islamik.... enjoy your reading...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 08:59 PM | Show all posts
Delima 5

Di Balai Polis Melaka.

Datuk Zamirul dan Akob memberi keterangan berkaitan penculikan ke atas mereka. Keempat-empat penjenayah asing itu telah pun ditangkap. Inspektor Ardi mulakan menyoal siasat.  Inspektor Ardi meminta mangsa bercakap benar dan menceritakan hal yang berlaku sebenar-benarnya. Maka Akob menceritakan perihal sebenar setelah majikannya Datuk Zamirul membenarkan drebernya berterus terang hal yang berlaku.

Dua hari sebelum penculikan….

‘Serahkan wang tebusan sebelum….Datuk Zamirul, iaitu suami puan…akan kami bunuh. Err…sediakan duit sebanyak errmmm…RM 100,000. Ada faham… klik.’

Berpeluh-peluh Akob hendak merakam suara itu sambil menakup mulutnya dengan sapu tangan. Akob melihat sekeliling, agak gelap dan sunyi. Semacam bau tidak menyenangkan dirongga hidung. Kurang selesa untuk bernafas dan semasa merakam suara pun semput-semput bersama cemas yang hampir buatnya sesak dada.

Akob memulas kunci kereta. Enjin BMW kedengaran. Tak lama kemudian, terus beredar. Tidak berapa jauh kereta itu bergerak. Dari seberang, sebuah kereta turut bergerak mengekori kereta mewah tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 09:00 PM | Show all posts
Akob memandu perlahan apabila kelihatan seseorang melambai tangan di tengah-tengah jalan.

“Kenapa Akob?” Suara dari tempat duduk belakang mencelah bertanya.
“Ada orang kat depan tu Datuk.”
“Jalan terus tak boleh ke Akob?”
“Tapi, orang tu kat tengah-tengah tu Datuk.”
“Kamu beralih saja Akob, takut mereka bukan…”

Belum sempat Akob memusing stereng untuk beredar. Di pintu pemandu dan tempat duduk belakang telah dibuka oleh dua orang sambil kepala Akob diacu pistol. Manakala Datuk Zamirul lehernya diletakkan mata pisau ‘Rambo’. Terkejut dan kecut perut mereka bukan kepalang. Mereka berdua dirompak. Kereta mereka digeledah dan apabila peti dashboard dibuka, perakam yang disimpan di situ diambil.

Mereka berdua dipaksa keluar dari kereta. Orang yang menghadang jalan tadi pantas membelit leher Akob. Terkial-kial Akob di bawa ke belukar. Datuk Zamirul diheret sama mengikut Akob dan lelaki tadi. Lelaki yang mengacu pistol mengambil alih di tempat pemandu. Kereta yang masih hidup enjinnya dialihkan di bahu jalan. Tak jauh dari kereta itu dipakir, kedengaran bunyi motor di suatu arah. Penjenayah bersenjata itu lekas-lekas matikan enjin lalu meninggalkan kereta mewah dan berdesup bersembunyi di balik semak.

Dikejauhan itu mereka berlima, termasuk Akob serta Datuk Zamirul melihat dua orang penunggang dan pembonceng turun dari motor memeriksa BMW yang ditinggalkan begitu sahaja. Akob dan Datuk Zamirul tak mampu berbuat apa-apa. Rasa sedih, kecewa dan marah bersatu dalam hati masing-masing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 09:01 PM | Show all posts
Sejak mereka berdua dijadikan tebusan selama dua hari itu. Masing-masing tidak dapat lena tidur, apatah lagi keadaan mereka yang hapak dan kurang dibekalkan makanan serta minuman. Pada awalnya, mereka menyangka hanya 3 penjenayah asing. Rupanya penjenayah bertiga itu dikepalai seorang lelaki sasa yang hitam legam berbangsa negro. Pelik juga, bagaimana 4 lelaki asing itu berada di kampong itu? Yang lebih mendatangkan musykil. Bagaimana mereka tau perancangan Datuk Zamirul dan Akob merancang penculikan palsu itu? Gara-gara mahukan wang tebusan dikeluarkan dari akuan bank Datin Maria. Penculik-penculik sebenar juga mahukan wang tebusan tersebut. Rakaman yang dibuat Akob digunakan 4 penjenayah itu menelifon Datin Maria untuk mengugutnya.

“Oh, kiranya kamu memang rancang penculikan palsu ni untuk desak Datin Maria keluarkan wang simpanannya?” Inspektor Ardi  menyoal.
Akob mengiyakan. “Benar tuan, kami terpaksa. Kami tak sangka penculikan palsu ini menjadi kenyataan pula.”
“Saya terdesak melakukannya tuan, memandangkan saya perlu menyelamatkan syarikat saya yang menghadapi masalah kewangan.” Datuk Zamirul pula menyambung.

Inspektor Ardi mengangguk sambil mengurut-urut dagunya.

“Kenapa Datuk tak minta saja dari isteri Datuk? Kenapa perlu mencipta penculikan palsu dan meminta Datin keluarkan duit dalam akaunnya?” Inspektor Ardi bertanya lagi dengan nada hairan.

“Kalau awal-awal lagi dia beri duit tu pada saya, tak perlulah saya susah payah macam ni tuan. Isteri saya tu kedekut taik hidung masin….” Tersenyum Inspektor Ardi dan anak buahnya saat mendengar omelan Datuk Zamirul.

Datuk Zamirul menyambung. “….duit dalam akaun dia tulah hari-hari saya bagi dia. Dia herdiknya saya, kata pula saya nak kikis harta dia. Ada ke patut tuan. Saya ni suami dia. Sebagai isteri dia perlu bertanggungjawab membantu saya yang dalam kesulitan. Masa tu saya buntu. Rasa sayang kalau syarikat yang saya usahakan selama ini  jatuh muflis begitu saja. Bertahun-tahun saya bersusah payah membina syarikat itu. Kalau tak hasil titik peluh saya pada syarikat tu…ada ke dia dapat bermewah-mewah sekarang ni. Dulu, dia cuma secretary saya je. Bila kami berkahwin saya tak benarkan dia bekerja, dan jadi suri rumah sepenuh masa.”

Sedikit sebanyak Datuk Zamirul mengadu masalah dan latar belakangnya tanpa dipinta.

Sudah puas mendengar keterangan Datuk Zamirul dan Akob, timbul pula tanda soal yang lain dikepala. Menurut Datuk Zamirul dan Akob, lelaki hitam legam yang lebih sasa dari mereka bertiga dan seorang bersenjatakan revolver keluar selepas ketua mereka menerima panggilan. Siapa yang menghubungi mereka? Adakah seorang lagi suspek kes culik ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057113 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list