|
Oleh kerana orang terlalu ramai di hentian Masjid Jamek, aku tidak sedar bila dia turun. Tahu-tahu dah hilang dari tempat duduk. Melepas.
Fikiran mengimbau kembali kisah cinta aku dengan Mazuin dulu. Cinta yang tidak kesampaian. Cinta yang beralih arah. Dah kahwin ke dia dengan Fareez? Macam-macam soalan yang menjengah ke kotak fikir. Dia tentu hidup bahagia dengan Fareez sekarang ini fikirku. Sengaja membuat andaian. Memujuk hati sendiri. Takut cinta lama berputik kembali terhadapnya. Cukuplah sudah aku mengubat luka dulu. Wajah Mazuin dan Mira silih berganti. Dua wanita yang berjaya mencuri hati.
Time balik kerja hentian KLCC memang sesak. Mengalahkah pasar malam. Aku duduk di bangku yang disediakan sementara menunggu train sampai. Sengaja mata aku lemparkan ke arah orang yang turun naik LRT. Biarlah aku bagi peluang orang lain balik dulu. Aku sanggup mengunggu di sini daripada bersesak-sesak.Tiba-tiba bahu aku disentuh orang.
“Mazuin?”
Dia menguntum senyum.Semanis dulu.Tanpa dijemput dia melabuh punggung di sisi.
“Eh you kerja area ni jugak ke?” tanya aku. Mukadimah.
Tak sangka seorang di utara seorang di selatan, di tengah-tengah juga kita berjumpa. Aku cuba berjenaka. Saja nak berlagak biasa.Menutup kegugupan. Biasalah aku kan ada penyakit gelabah.Wajahnya sedikit suram.Tak seceria dulu.
Kami berbual berkisar tentang kerja. Tidak berani untuk menyentuh soalan-soalan peribadi. Sesekali mata aku meliar melihat perutnya yang nampak berisi. Pregnant ke? Pada pandangan mata kasar lelaki yang tak pernah pregnant ni, rasanya dalam 4-5 bulan la kot. Alamak. Aku meneguk liur. Tepat sungguh jangkaan aku yang dia sudah berumahtangga. Tak betah pula aku nak berbual panjang dengan isteri orang. Takut ada mata-mata liar yang memandang serong. Bila train sampai aku cepat-cepat minta diri. Ada hal kata ku. Tapi sempat juga bertukar nombor telefon. Pertemuan yang tak diduga.
Keesokannya aku menerima panggilan daripada Mazuin. Mahu berjumpa. Gila ke? Tak pasal-pasal nanti aku kena belasah dengan husband dia. Bila aku tanya dia datang dengan husband dia ke. Dia diam. Aik? Bertambah musykil aku. Dia berharap sangat untuk berjumpa aku petang itu. Dan setelah akal ini menimbang-nimbangkan buruk baiknya, aku akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengannya.
Minit-minit pertama, dia hanya membatu. Membisu seribu kata.Penyakit gelabah aku datang lagi. Aku memang tak boleh berada dalam ackward silence macamni. Lagi-lagi keluar dengan isteri orang.
“Sorry kalau you rasa tak comfortable…but you don’t have to worry Hisham..”
Senangnya dia cakap. Tak payah risau? Aduh! Yang menanggung badan ini juga nanti. Kalau husband dia nampak, mesti aku kena belasah teruk.
“Mestilah I risau…keluar berdua dengan wife orang…” kata aku sambil tersengih sumbing.
“Bukan berdua..tapi bertiga” ujar Mazuin sambil memegang perutnya memberi isyarat. Sekali lagi aku tersengih sumbing.Tiba-tiba Mazuin memandang tepat ke muka aku. Aku pura-pura mengalih pandang melambai ke arah waiter. Sebenarnya tak sanggup nak bertentang mata dengan kekasih lama.
“Hisham…sebenarnya…Fareez dah tak ada lagi…” suara Mazuin sedikit menggeletar. Kepala aku tiba-tiba blank. Dunia serasa berhenti berputar untuk seketika.Lidah aku kelu. Terkedu.Fareez telah pergi mengadap Illahi. Sakit apa? Accident.
Lidah aku masih kelu. Tak dapat menutur kata. Fareez terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawanya. Dia tidak pernah terfikir akan menghadapi dugaan maha hebat seperti ini. Dia menyeka air mata yang jatuh tanpa dipaksa. Meninggalkan dia seorang diri dengan hasil perkahwinan. Hati aku meruntun. Simpati. Dalam matanya tersimpan seribu duka walaupun dia tidak luahkan secara lahiriah. Dapat aku gambarkan betapa sukarnya jalan yang hendak dia tempuhi. Di saat-saat dia memerlukan sokongan dari insan yang tersayang. Tapi mampukah kita menolak qada’ dan qadar. Ajal dan maut di tangan Allah.
Sengaja aku biarkan Mazuin meluahkan kesedihannya dengan air mata. Sudahlah perkahwinan dia dengan Fareez tidak direstui keluarga. Bagaikan jatuh ditimpa tangga pula bila Fareez meninggal dunia. Dia sendirian menghadapi semua ini. Kalau diturutkan hati tidak mampu rasanya meniti hari-hari mendatang. Namun anak di dalam kandungan ini menjadi penguat semangat. Fareez junior katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pulang ke rumah, aku merebahkan badan ke katil bujangku. Mata memandang liar ke dinding. Dengan pandangan yang tak bertepi. Aku mengimbau kembali pertemuan aku dengan Mazuin sebentar tadi. Rasa simpati benar-benar menebal dalam diri ini. Tambahan pula dia wanita yang pernah aku puja. Yang pernah bertakhta di dalam hati ini. Apakh ini permainan takdir? Menemukan aku kembali dengannya di dalam keadaan begini? Tapi hati ini juga telah terpaut kepada Mira. Yang hadir setelah hati ini kecewa.
Aku mengeluh panjang. Kalau ikutkan cinta dulu, aku sanggup menerima Mazuin kembali ke pangkuan. Walaupun dia tidak menagih cinta dulu. Entah kenapa di lubuk hati kecil ini cinta lama masih belum mati. Ahhh!! Segera aku buang jauh-jauh perasaan itu. Jauh aku pergi. Mira? Entahlah aku dapat rasakan yang dia semakin jauh dari aku. Lebih-lebih lagi kini dia telah bergelar tunangan orang. Fikiran aku benar-benar bercelaru. Memang nasib aku ke yang malang? Semua wanita yang hadir dalam hati ini menjadi milik orang lain. Buah hati kekasih orang.
 
Semenjak hari itu entah kenapa aku dan Mazuin kembali akrab. Tapi hanya sebagai kawan. Itulah kata Mazuin sebagai syarat. Aku tahu dalam gelak tawanya hati kecilnya menangis. Kau wania yang tabah fikirku. Kalau aku jadi perempuan pun belum tentu aku setabah dia. Kami telah mula berkongsi cerita. Ada juga mulut aku terkeluar cerita pasal Mira.
Hari minggu itu Mazuin mengajak aku ke Empire di Subang Jaya. Nak shopping baju baby katanya. Seronok juga aku. Maklumlah aku memang suka dengan budak-budak. Tak kiralah anak mat saleh ke, negro ke, cina ke asalkan budak kecil aku memang suka. Sebab itulah anak-anak buah manja dengan aku. Mazuin kata fatherly jugak aku ni. Hehehe…kembang hidung aku. Tapi penat betul aku melayan karenah perempuan bershopping. Patutlah ramai lelaki yang surrender bila perempuan ajak shopping. Hazab betul. Masuk kedai tu, masuk kedai ni. Tapi tak beli-beli jugak. Last-last dia tarik aku pergi kedai yang first tadi. Naik tegang urat kaki aku dibuatnya.
Hampir 2 jam dia heret aku ke sana ke mari, Cuma 2-3 helai baju baby je yang dia beli. Inilah kaum hawa. Aku mengajak Mazuin ke restoran berdekatan, mana tidaknya perut aku dah mula bernyanyi. Tekak pun dah haus. Dan dengan tidak disangka-sangka aku terserempak dengan Mira. Oh tidak! |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhhh...leh pulak terserempak dengan mira yerkkk...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiwang sangatlah kau ni Hisyam!
Hahahah...tetiba nak marah gitu...boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-9-2013 11:04 AM
Jiwang sangatlah kau ni Hisyam!
hehehe bukan Hisham yang jiwang...si penulis tengah mood jiwang
huhuhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
megaputih posted on 12-9-2013 04:42 PM
mazuin plkk
A'ah...Mazuin la pulok huk huk huk... |
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 13-9-2013 10:51 AM
aduhhhh...leh pulak terserempak dengan mira yerkkk...
hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Riak wajah Mira bertukar keruh. Matanya juga beralih memandang Mazuin. Dua orang wanita ini hanya berpandangan. Aku yang tersepit.
“Err…Mira kenalkan ni Mazuin” gugup. Apasal aku nak gabra ni?
Mereka bersalaman. Mira melemparkan senyuman tawar ke arah aku. Mazuin juga memandang aku sambil mengangkat kening. Mesti Mira fikir yang bukan-bukan. Dengan keadaan Mazuin yang berbadan dua. Aduh. Bila dia tergesa-gesa meminta diri. Aku jadi tak menentu. Dia kata tunangnya sedang menunggu. Sengaja dia stress kan perkataan tunang itu. Membuatkan hati aku berdetik. Aku menarik nafas panjang dalam payah.
Mazuin tergelak kecil bila melihat aku berlagak seperti ayam berak kapur. Terkulat-kulat menelan liur. Pergilah kejar dia. Usul Mazuin. Aku mengangkat muka memandang tepat ke muka Mazuin. Err… Takkan aku nak pergi menyusul dia. Tinggalkan Mazuin. Akhirnya aku membiarkan saja Mira berlalu pergi.
Sampai di restoran berhampiran, perut aku yang lapar tadi serasa kenyang. Kepala masih mengimbau peristiwa 5 minit tadi. Sebu. Selera makan patah tiba-tiba. Namun aku paksa juga tekak ini untuk menelan nasi sebutir-sebutir. Takut nanti Mazuin terasa hati pula. Perempuan mengandung ni, bukan ke sensitif?
“So..itulah Mira ye? Pujaan hati you?” usik Mazuin. Ishh! Tak de nak pujaan hati sangatlah. Tunangan orang tu. Cantik.. kata Mazuin. Aku tersenyum tawar. Cuba berlagak biasa. Cantik pun apa gunanya. Milik orang.
****************************************************************************Pulang ke rumah aku menghenyak punggung ke kerusi panjang. Menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ikutkan hati hendak saja aku berkejar berambat ke Shah Alam nak menerangkan duduk perkara yang sebenar kepada Mira. Tapi…itu semua kerja gila. Kenapa aku beria-ia nak jelaskan hubungan aku dengan Mazuin. Perlu ke? Ahh! Terpulanglah pada dia nak buat andaian. Bukannya aku ada apa-apa hubungan istimewa pun dengan dia. Kenyataannya sekarang, Mira adalah milik orang lain. Complicatednya hidup aku ni.
Selesai solat Isya’ hati ini kembali tenang. Setenang air di kali. Aku menarik kotak di bawah katil. Mengambil album gambar kenangan sewaktu di Aberdeen dulu. Aku menyelak helai demi helai. Tersenyum sendiri. Mata terpaku ke arah gambar aku dengan Mazuin yang kami rakamkan bersama. Entah kenapa hati ini tiba-tiba berdetik. Mengimbau kembali kenangan lama. Mungkinkah tuhan telah takdirkan jodoh aku dengan Mazuin? Atau mungkinkah aku tiada jodoh dengan Mira? Berbagai soalan menjengah ke kepala. Fikiran kembali bercelaru. Sudahnya aku simpan kembali album lama ke dalam kotak. Aku merebahkan badan ke katil. Sambil menggeliat membetulkan urat saraf yang letih bershopping sakan siang tadi. Pandangan aku lempar ke arah siling yang kosong. Wajah Mazuin dan Mira datang silih berganti.
Tapi kalau Mira tak menaruh hati pada aku, takkanlah air mukanya berubah bila terserempak dengan aku dan mazuin siang tadi? Mungkin benar telahan Ahmad yang Mira pun syok kat aku. Kalau ini semua terjadi dalam filem, dah lama aku bawa Mira kahwin lari. Realiti dan fantasi membataskan aku bertindak dengan sesuatu yang tak masuk di akal.
Dan aku sendiri pun tak pernah berterus-terang. Apatah lagi meluahkan isi hati pada Mira. Kesimpulannya, aku dan Mira tidak ada apa-apa hubungan. Kenapa dia nak marah? Dan kenapa pula aku menggelabah semacam je siang tadi? Kalau pun benar dia syok kat aku, sanggup ke dia mengengkari pilihan keluarganya? Bertubi-tubi soalan nenerjah ke kepala. Membuatkan aku semakin serabut.
Last edited by Lynn9 on 18-10-2013 08:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wah....cerita baru. cerpen ke novel??? apa pun memang best.....
selamat datang dik.... |
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 13-9-2013 11:19 AM
wah....cerita baru. cerpen ke novel??? apa pun memang best.....
selamat datang dik....{:1_ ...
hahah..cerpen mulanya tetiba cam nak jadi novel la plak...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Lynn9 posted on 13-9-2013 11:25 AM
hahah..cerpen mulanya tetiba cam nak jadi novel la plak...huhuhu
harap sampai ending ye lynn...frust akak tau...byk novel gantung x bertali...huhuhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-9-2013 06:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
suria74 posted on 13-9-2013 03:48 PM
harap sampai ending ye lynn...frust akak tau...byk novel gantung x bertali...huhuhuh
Insya Allah...gigih ni nk siap kn..ngee :-) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menyedut teh O ais yang hampir tawar. Entah ke mana fikiran aku melayang. Mazuin tergelak kecil melihat gelagat aku. Aku tersengih sumbing sambil membetulkan duduk.
“You ok ke ni?” ujar Mazuin. Dia masih mengulum senyum. Comel. Aku mengangguk lemah. Tangan mengacau-ngacau teh O ais di depan mata dengan straw.
“Dah pujuk dia ke belum?” tanya Mazuin lagi. Kali ini aku mengangkat muka memandang ke wajahnya. Pujuk? Pujuk apa pulak ni. Ishh…
“I tak de apa-apalah dengan dia…tunang orang tu…”
Mazuin tersenyum sinis. Ye lah tu takada apa-apa. Rupa macam orang putus cinta je. Sudahlah Hisham apa yang tergambar di wajah itulah yang terlukis di hati.
Akhirnya aku mengalah. Bercerita tentang Mira. Tentang hati. Tentang perasaan. Mazuin mendengar kusyuk. Tiba-tiba ada idea nakal menjengah ke otak. Aku sengaja bercerita lanjut tentang Mira. Sengaja mahu melihat reaksi Mazuin. Kalau ada bibit-bibit cemburu, tentu masih ada sisa cinta untuk aku. Tapi aku tengok riak muka dia selamba je. Tak ada pun tanda-tanda cemburu.
Dia pula yang berkhutbah panjang lebar pasal cinta. Arif sangatlah tu. Sebab tulah dia sanggup lukakan hati aku dulu betul tak? Opps! Kata-kata itu terpacul keluar dari mulut aku. Membuatkan Mazuin tersentak. Dia merenung mata aku dalam-dalam. Menyebabkan penyakit gelabah aku datang lagi. Aduh! Mulut…kenapalah cabul sangat!
Sengaja menempah maut. Mengundang masalah lagi. Kalaulah aku boleh tarik balik kata-kata yang terkeluar dari mulut alangkah bagusnya. Hisham…Hisham…cari nahas kau ni!
Aku melarikan pandangan mata. Dalam mata ini masih ada nyalaan lama api cinta. Ceh! Jiwang karat jugak aku ni. Sebenarnya aku tak sanggup nak bertentang mata dengan dia. Dan kalau tidak kerana budak peminta sedekah itu datang ke meja kami, dah tentu aku mati kaku di meja itu. Nasib baik ada commercial break. Sekurang-kurangnya memberi ruang untuk aku menukar topik.
“Kesian…ni mesti kes sindiket” aku cuba mengubah topik. Sambil menghulur 3 keping not satu ringgit kepada budak itu. Bukan nak menggalakkan atau mengayakan sindiket tu tapi kesian kat budak yang tak berdaya dan bersalah itu. Aku pernah dengar cerita kalau mereka tak bawa balik hasil, tak diberi makan. Yang lebih extreme, kena belasah. Kalaulah aku ada kuasa Superhero, aku dah hapuskan semua jenayah kat dunia ni. Besar sungguh cita-cita kau Hisham. Depan perempuan pun menggelabah. Nak jadi Superhero konon!
Mazuin hanya tersenyum tawar. Topik menarik macam ni pun tak berjaya mengalih fikirannya. Berat sangat ke topik ni? Ini yang leceh ni. Aku bukannya pandai bab-bab nak memujuk perempuan ni. Aku bukan jenis yang romantik macam Fareez tu. Aduh! Masak aku macam ni.
Wajah Mazuin sudah sedikit suram. Mungkin terasa hati dengankata-kata aku tadi. Tapi apalah daya aku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Hah! Ambik kau Hisham. Dan untuk menambahkan kebodohan yang sedia ada, aku boleh tanya dia marah ke tidak. Dia tersenyum sinis. Persoalan bodoh ku kira.
“Tak marah…” lain benar nada suara Mazuin. Sekali lagi aku menggaru kepala yang tidak gatal. Last edited by Lynn9 on 13-9-2013 07:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pulang dari jumpa Mazuin fikiran aku serabut. Aku tahu Mazuin tekejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut cabul aku. Mungkin dia memang sudah melupakan kisah cinta aku dengannya dulu. Mungkin memang sudah tiada sisa cinta aku di hati dia. Tapi bila aku tengok wajah Mazuin yang sedikit keruh, membuatkan hati ini berdetik. Betullah kata orang, dari cinta susah nak bertukar jadi kawan. Sebab bila terasa ada peluang, hati mulalah mengharap cinta itu datang kembali.
Dan kisah aku dan Mira? Mungkin berkubur begitu saja. Terlampau complicated. Banyak hati yang akan terluka nanti. Kalau pun Mira sanggup melawan arus dengan aku. Ini bukan berlakon filem! Biarlah aku simpan saja perasaan ini sendiri. Biarlah cerita itu berlalu begitu saja. Kerana keakraban aku dan Mazuin kian membawa Mira pergi jauh dari hati ini.
Tapi permasalahannya sekarang, yang menjadikah hati aku gundah gulana ialah Mazuin. Entah kenapa semenjak dua menjak ini, ada satu perasaan aneh menjalar di hati.Bila mata aku dan dia bertemu. Perasaan jadi tak menentu.Aku menarik nafas panjang. Takkanlah aku jatuh cinta sekali lagi dengan dia?
“Boleh jadi kawan je ke?” ujar Amir. Bila aku kongsikan permasalahan yang melanda di hati. Aku mengangkat muka memandang Amir. Kenapa pulak?
“Fitrah manusia. Berlainan kutub”.
Aku mengerut dahi. Mahu Amir menghurai lebih panjang. Bila dia bertanyakan kenapa aku rapat semula dengan Mazuin. Aku tiada jawapan. Tak tahu. Kata Amir, sebab aku masih ada hati pada Mazuin. Bila ada peluang di depan mata, takkan aku nak lepaskan. Walaupun hanya sebagai kawan. Tapi lama-lama, perasaan cinta tu datang juga.
Betul juga kata-kata Amir tu. Hubungan aku dan Mazuin bermula dengan cinta, mana mungkin aku hanya akhiri sebagai seorang kawan. Mungkin aku yang tak professional. Orang yang bercerai tu masih lagi boleh menjalinkan persahabatan dengan bekas suami atau isteri. Ini belum apa-apa.
“Tapi kau tahu ke apa yang ada dalam hati dia orang?”
Errk..betul juga. Bekas kekasih pun aku dah menggelabah semacam. Apatah lagi kalau bekas isteri atau suami? Pernah berkongsi hidup, tidur sekatil?
“Dengan Mira tu tak ada future…tunang orang tu…”
“Tak pasal-pasal bapak dia bawak parang serang rumah kau”
“Satu keluarga dapat malu”
Aku diam. Amir kata tak guna aku melawan arus. Kalaupun aku tak bertepuk sebelah tangan. Mira dah bertunang. Berdosa kacau tunang orang. Mulalah Amir sentuh bab-bab agama. Terpaksalah aku menadah telinga mendengar serangkap dua tazkirah dari Amir.
Tapi Mazuin masih simpan perasaan pada aku ke? Mungkin dia betul-betul sudah tiada hati dengan aku. Lagipun dengan keadaannya sekarang, tentu dia tidak menaruh apa-apa harapan pada aku atau pun mana-mana lelaki lain. Aku pernah ajukan soalan itu pada Mazuin. Tak nak cari pengganti Fareez ke? Sebenarnya aku sambil-sambil promote diri. Hehehehe…manalah tahu ada peluang. Tapi dia cakap, siapalah nak kan dia dengan keadaan dia sekarang ini. Lagi pun hatinya masih tertutup. Yang penting sekarang dia mahu pastikan anak yang bakal lahir ini mendapat kasih sayang yang cukup dan didikan yang sempurna. Mulalah matanya berkaca. Membuat aku rasa bersalah. Menyesal bertanyakan soalan-soalan sensitif seperti itu.
Memanglah pada mulanya aku ikhlas hanya berkawan. Atas rasa simpati. Aku kesian pada Mazuin atas apa yang terjadi pada dirinya. Hinggalah satu hari tu…bila Mazuin dengan tidak sengaja menarik tangan aku letak atas perut dia. Mungkin sebab dia terlalu excited. Aku dapat rasa anak dalam kandungannya menendang-nendang. Aku dapat rasa satu getaran di jiwa. Aku dapat rasakan kehangatan kasih ibu dan anak. Tiba-tiba aku terfikir, alangkah seronoknya kalau itu zuriat aku dan dia. Sejak itulah aku akui aku jatuh cinta sekali lagi pada dia.
Tapi macamana aku nak luahkan perasaan aku? Nak menyusun kata. Apa kata kalau dia tolak cinta aku sekali lagi? Payah. Macamana kalau Mazuin anggap aku sengaja mengambil kesempatan di atas keadaannya sekarang ini. Kalau dia setuju menerima cinta aku sekarang ini, mungkin orang fikir dia mahu mempergunakan aku. Keluarga aku? Dapatkah terima Mazuin nanti? Ahh…tak pe itu aku settle kemudian. Yang penting sekarang perasaan aku dan Mazuin. Last edited by Lynn9 on 18-10-2013 08:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
qasehnuramy posted on 14-9-2013 03:25 PM
best ler citer ni...xmmbosankan...hopefully happy ending nnt yea....keep up gud work {:1_1 ...
thank you...thank you...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujung minggu itu aku pulang ke kampung. Rindu pada ibu dan keluarga. Sementelah pula syarikat aku cuma bekerja 4.5 hari seminggu. Jadi lepas solat jumaat aku terus bertolak ke kampung. Isnin pula public holiday. Cuti panjanglah aku hujung minggu itu. Hati aku bergelojak. Tayar kereta menderu laju meninggalkan ibu kota cinta. Niat di hati hendak berhenti sekejap di Taiping, berjumpa dengan Kak Cik. Lagu nyanyian Bruno Mars “When I Was Your Man” menemani perjalanan aku.
Sampai di Taiping hampir pukul 5 petang. Aku terus menuju ke Hospital Taiping kerana Kak Cik bekerja di shift petang. Kami minum petang di kafe hospital. Makan makanan hospital lah aku petang itu. Wajah Kak Cik tak banyak berubah. Sama macam dulu juga. Cuma nampak lebih cerah dan berseri. Awet muda katanya. Alah ingat aku tak tahu zaman sekarang banyak produk kecantikan kat pasaran. Kami tidak dapat berbual panjang kerana Kak Cik sedang bekerja dan aku kena meneruskan perjalanan yang berbaki 2-3 jam lagi. Yang penting dapat melepaskan rasa rindu pada kakak tersayang.
Aku meneruskan perjalanan menuju ke Alor Setar. Sepanjang perjalanan fikiran aku kosong. Hanya menumpukan perhatian pada pemanduan. Maklumlah cuaca tak berapa elok hari tu. Hujan sekerat-sekerat. Di Taiping lebat, sampai di Tol Sg. Dua cerah pula. Aku sampai ke perkarangan rumah tepat pukul 9 malam. Elok-elok ayah pulang dari surau. Perut aku sudah mula berkeroncong. Maklumlah petang tadi cuma makan cucur udang dengan mee goreng bodoh macam kat sekolah dulu. So perut ni menjerit minta nasi. Perut orang kampung…mesti nak nasi punya.
Selesai makan malam aku ambil port biasa. Depan pangkin. Sempat juga aku capai gitar kapuk. Lama rasanya tak petik gitar. Dulu lepas form 5 aku gila betul nak belajar main gitar. Kumpul duit tolong Abang Long menebas, akhirnya dapat juga aku beli gitar kapuk ni. RM80 boleh la tu. Jari jemari aku pantas memetik tune kegemaran dan kegilaan budak-budak perempuan di kampung dulu. “Spanish Romance”. Ini semua penangan cerita Korea “Autumn in My Heart” tu lah. Zita, adik aku yang paksa aku belajar petik tune tu. Dia ingat senang agaknya teknik “plucking”. Kata Zita, best sangat instrumental tu. Cair dengar katanya.
“Bukan tengah cuti semester ke ni?” tanya aku pada ibu. Ibu mengangguk.
“Dah tu awat Zita tak balik?”
Ibu cakap Zita kena habiskan projek final year dia. Jadi dia balik lewat 2 minggu. Percaya sangatlah ibu tu kat Zita. Entah-entah sibuk bercinta. Aku curiga. Sebagai abang, normal la kot rasa macam tu. Bukannya apa, takut adik perempuan buat perangai tak senonoh. Kalau cuti semester, dah tentu Mira pun balik. Alamak! Mampus aku kalau dia dah story cerita yang bukan-bukan pasal aku dengan Mazuin kat mak dia. Aku cepat-cepat menyarung selipar mahu ke rumahnya. Ibu menjerit memanggil aku.
“Hisham, hang nak pi mana tu?” jerit ibu.
“Pi rumah Mira sat..”
“Hang jangan buang tebiat, ni dah pukul 11 malam”
Adui…terpaksa aku tekan brek mengejut. Dah pukul 11 aduh…awat cepat sangat masa berjalan ni. Ibu berleter panjang. Marahkan aku nak pergi rumah anak dara orang malam-malam. Dahlah Mira tu tunang orang. Ok lah..ok lah ibu menang. Terpaksalah aku duduk macam patung Buddha menadah telinga mendengar leteran ibu. Lepas ibu senyap aku cepat-cepat capai gitar masuk dalam bilik. Selamat.
Aku menggeliat membetulkan saraf, sebelum “dive” atas katil bujang aku. Bahagia sedetik. Kata-kata ibu tadi membuatkan aku terfikir. Boleh ke aku pergi jumpa Mira lagi? Apa kata keluarga dia nanti. Tak boleh langsung ke bercakap dengan dia atas tiket yang dia kini menjadi tunangan orang? Bukannya aku nak berdating pun. Cuma nak berbual. Aku mencari-cari akal bagaimana cara untuk aku berjumpa dengan Mira. Ha!Ahmad. Isteri dia kan kawan Mira juga. Last edited by Lynn9 on 18-10-2013 08:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selesai sarapan pagi itu, aku terus ke bendang mencari Ahmad. Nampaknya padi menjadi tahun ini. Syukur pada tuhan. Tahun lepas ayah cakap padi rosak hampir sepelaung. Akibat banjir. Tahun paling susah. Dugaan Allah. Bukankah kadang-kadang tu Allah turunkan kesusahan dulu, sebelum nak kurniakan kesenangan berlipat-ganda?
Dari kejauhan aku melambai ke arah Ahmad. Dia membalas memberi isyarat menyuruh aku menunggu di pondok wakaf berhampiran. Respect aku pada Ahmad. Cita-cita untuk menyambung pelajaran ke luar negara bersama aku dulu, diketepikan. Demi membantu ayahnya yang uzur mengusahakan bendang milik keluarga. Bukan tidak boleh upah orang lain, tapi budak-budak muda zaman sekarang lebih suka kerja di kilang. Ramai yang berhijrah ke Penang dan paling tidak ke Kulim. Kini dia yang mengusahakan sendiri bendang ini bersama-sama abang iparnya, setelah ayahnya pergi mengadap Illahi.
“Hang cuti lama ka?” ujar Ahmad. Sambil melabuh punggung di sebelah. Dia mengesat keringat dengan tuala “good morning” di leher.
“2-3 hari” jawab aku. Pandangan mata aku lemparkan jauh. Ahmad tersengih memandang ke muka aku. Cuba mengagak sesuatu.
“Awat muka hang kelat? Problem ka?” tanya dia apabila tiada reaksi dari aku. Aku hanya melepas keluh. Tak tahu macamana nak mula. Ahmad masih setia menunggu aku memulakan bicara. Aku mula menggaru-garu kepala yang tak gatal.
Dengan payah aku memulakan kata. Bercerita tentang Mazuin. Dan seperti biasa, Ahmad mendengar penuh tekun. Dia memang seorang pendengar yang baik. Memberikan ruang untuk aku meluahkan rasa. Kepadanya ku adukan apa yang terpendam di benak.
“Payah…” pendek saja ayat yang keluar dari mulut Ahmad. Membuatkan hati aku gusar. Kalau dah Ahmad, yang selalu berfikiran positif pun cakap payah. Sudahlah Hisham…tak ada harapan nampaknya.
Kata Ahmad, aku pasti ke dengan perasaan aku pada Mazuin? Tak rasa ke yang perasaan aku ni terlampau diselubungi rasa simpati? Jalan mana pun aku pilih. Mira atau Mazuin, kedua-duanya payah. Jangan terlalu ikut perasaan, pesan Ahmad. Fikir betul-betul.
“Cari yang lain je lah…” usul Ahmad. Saja mengusik aku. Aku tersengih sumbing. Soal hati. Susah nak cakap. Kalau hati sudah suka. Apa lagi nak di kata. Macam bait-bait lagu lama je. Heheheh.
Ada benar juga kata Ahmad. Kalau aku betul-betul ikhlas pada Mazuin. Peduli apa orang nak kata. Aku kenalah berani berhadapan dengan keluarga. Kalau-kalau ada yang menentang. Tapi jangan sesekali ketepikan keluarga. Jangan jadi anak derhaka. Pesan Ahmad lagi. Slow but surely…pelan-pelan terangkan kat mak bapak aku pasal Mazuin. Mungkin mereka dapat terima.
“Biasalah..hero tak keluaq awai-awai. Hero kena kalah dulu, mengalah dulu baru boleh menang” sambung Ahmad. Sambil mengenyit mata. Aku tersengih sumbing.
Tapi sudah nekad ke aku memilih Mazuin? Aku pun tak tahu apa yang bermain di benak dia. Kalau aku yang syok sendiri macamana? Malu. Kecewa lagi? Tak apalah aku pernah kecewa dulu, apa bezanya kalau terpaksa kecewa sekali lagi?
“Lagi sakit…” jawab Ahmad. Luka lama berdarah kembali. Cuba aku tumbuk kau kat tempat yang sama berkali-kali. Sakit tak? Tak pun aku toreh pisau kat tempat sama. Kejam kau Ahmad! Memanglah sakit.
“Mira? Surrender?”
“Entahlah Mad…dia nak kahwin dah kan..”
“Kan aku habaq kat hang…kapal terbang pun orang hijacked”
Ahmad…Ahmad. Tak habis-habis lagi dia dengan teori kapal terbang dia.
“Kau tolong aku, aku nak jumpa Mira, tapi mak aku dah pot pet, cakap jangan kacau tunang orang” aku buat muka tagih simpati kat Ahmad. Ala-ala muka “puss in the boots”
Ahmad menggeleng kepala sambil tersenyum. Set! |
|
|
|
|
|
|
|
Malam itu aku bertemu dengan Mira di rumah Ahmad. Secara kebetulan, seperti yang aku aturkan dengan Ahmad. Wajah Mira nampak sedikit berubah sewaktu aku melangkah masuk ke ruang tamu. Tiada senyuman manis yang dilemparkan. Dia hanya tersenyum tawar apabila aku menegurnya. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Mungkin kerana peristiwa tempohari dia bersikap dingin.
Ahmad sengaja melangkah ke dapur menyusul isterinya. Alasan mahu membantu apa-apa yang patut. Sebenarnya ingin memberi aku sedikit ruang untuk berbual dengan Mira. Tapi Mira sibuk melayan baby Ahmad. Sambil melabuh sila, aku cuba mengagah baby Ahmad yang dikendong Mira. Comel. Teringat aku pada Mazuin. Yang bakal bergelar ibu.
“Comel betul baby Ahmad ni…” aku cuba memecah kebisuan. Tiada reaksi dari Mira. Membuat aku rasa terpempan. Payah.
“Pandai hang layan baby…” aku mencuba sekali lagi. Kali ini dia mengangkat muka memandang aku. Aku tersengih sumbing.
“Hang lagi pandai kot…ye lah..tak lama lagi hang nak dapat baby kan…” ayat-ayat yang keluar dari mulut Mira bagaikan menyentap tangkai jantung. Sampai ke situ fikirnya. Serendah itu ke pandangan Mira pada aku?
“Hang la dapat baby dulu…pasai hang nak kawin dah…aku belum kawin lagi…macamana nak ada baby” aku sengaja mahu menduga sejauh mana prasangka Mira. Kali ini dia mengangkat muka memandang tepat ke wajah aku.
“Oh…tak kawin lagi…tapi bukan hang dah buat baby?”
“Astagfirullah…” itu saja yang mampu keluar dari kerongkong.
Sampai ke situ tanggapan Mira pada aku. Walaupun aku ini tidaklah se arif tunang dia yang aku dengar dari Ahmad, graduan Usul al din dari IIUM, tak lah secetek itu ilmu agama aku. Tidaklah sampai aku menghalalkan yang haram. Aku mengeleng-geleng kepala. Mira masih memandang ke wajah aku. Ada air mata yang mula bergenang.
Bila isteri Ahmad melangkah keluar dari dapur membawa dulang minuman. Mira bingkas bangun menyerahkan Afiq kepada ibunya. Dia segera meminta diri untuk pulang.
“Eh awat ni? Minumlah dulu, takkan hang nak balik dah?” ujar isteri Ahmad.
Aku masih bersila di situ. Menenangkan hati yang membara. Tersentuh hati dengan kata-kata Mira. Tapi Mira tetap berkeras mahu pulang. Ahmad memandang aku. Mengangkat kening, cuba bertanya apa yang berlaku. Aku hanya mampu menggeleng kepala. Membiarkan saja Mira melangkah keluar. Ahmad memberi isyarat pada aku, menyarankan aku menyusul Mira. Perlu ke? Hati aku masih marah. Tapi entah kenapa aku bingkas bangun juga. Menyusul Mira. Sebelum dia melangkah pergi lebih jauh. Aku mempercepatkan langkah mengekori Mira dari belakang. Mahu segera memintasnya.
“Mira, bagi aku peluang nak terangkan kat hang”.
Tiada respon. Dia terus mempercepatkan langkah. Terpaksalah aku memintas, meminta dia berhenti. Beri aku peluang untuk aku menerangkan duduk perkara sebenar.
Mira menghentikan langkah. Memandang muka aku tanpa berkedip. Aku menarik nafas sebelum memulakan kata. Berpeluh juga ketiak aku mengejar minah ni.
“Malam-malam macam ni pun hang nak ajak aku marathon” aku sengaja buat lawak bodoh.
Ingin menghilangkan sedikit ketegangan hati masing-masing. Tapi tiada segaris senyuman pun di bibirnya. Adui. Mata aku mula memandang ke semua sudut. Tidak betah rasanya berdua-duaan begitu. Malam pulak tu. Dengan status dia lagi. Dan yang paling penting di kampung, banyak mata-mata yang akan memandang. Tak pasal-pasal gossip aku dan Mira masuk carta.
Aku mengajaknya kembali ke rumah Ahmad. Tidak manis berbual di jalanan sebegitu. Maruah aku, dia dan keluarga kami tercalar nanti. Akhirnya dia mengalah. Mungkin merasakan kata-kata aku itu ada benarnya. Ahmad tersenyum lega melihat aku dan Mira. Dia dan isteri memberi sedikit ruang untuk aku menyambung perbualan dengan Mira. Untuk aku menerangkan perkara kepada Mira. Nasib baiklah Ahmad ada.
Untuk minit-minit pertama masing-masing cuma melayan perasaan sendiri. Mententeramkan hati. Sebelum aku memulakan kata, menerangkan duduk perkara sebenar kepada Mira. Dia mendengar tanpa sebarang reaksi. Segala-galanya aku ceritakan pada dia tentang Mazuin. Riak wajahnya yang masam tadi, sudah mula berubah. Kembali jernih. Mungkin dia rasa menyesal menuduh aku dan Mazuin yang bukan-bukan. Dan dari situ juga aku beranikan diri meluahkan perasaan aku padanya. Walaupun aku tahu tidak ada gunanya lagi. Dia sudahpun menjadi milik orang lain. Walaupun belum sah menjadi hak milik kekal.
Matanya berkaca. Dan sememangnya teori Ahmad benar. Terjawab segalanya malam itu. Yang Mira juga menyimpan perasaan yang sama. Tetapi apakan daya. Perigi tidak mencari timba. Hakikatnya dia sukakan aku dari dulu lagi. Dari zaman persekolahan lagi. Tetapi aku tidak pernah memandangnya dengan perasaan lebih dari seorang kawan. Pada pandangan zahir dialah. Mungkin kerana penampilannya dulu. Lagaknya dulu. Kalaulah aku boleh putarkan waktu… Aku hanya mampu menelan liur. Apalah lagi daya. Sayang semuanya sudah terlambat, bak tajuk lagu Shidee. Soal hati ini memang pelik. Hati bukan milik kita, milik tuhan. Sekarang suka, esok benci. Sekarang benci, esok suka.
Pulang ke rumah, hati rasa lega walaupun ada sedikit rasa terkilan. Setelah aku meluahkan apa yang terbuku di benak selama ini. Teori kapal terbang Ahmad tak boleh diguna pakai dalam realiti. Hakikatnya realiti lebih kompleks. Bukan macam filem. Skrip tulis sendiri. Boleh tukar-tukar sesedap rasa. Skrip kehidupan bukan urusan kita. Terpaksalah aku akur pada hukum alam, jodoh itu bukan milik kami. Yang penting, aku telah jelaskan perkara sebenar kepada Mira. Dan segala teka-teki tentang perasaan telah aku rungkai. Cinta tidak semestinya bersatu. Bukankah itu yang terjadi pada aku dengan Mazuin dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
menanti cite selanjutnya...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|