CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {9}UPDATE: Somi yg hilang telah dijumpai. Lari dari bunyi pelik ! post 22#

[Copy link]
Post time 19-7-2013 07:32 AM | Show all posts
sian dia wehh janganlah dibuat lawak..aku rasa kalau ilang sebab berbini baru takpa lagi atleast kita tau dia masih sihat walafiat..
masih ada di bumi neh
yg merisaukan takut kejap2 lagi polis mai suh cam mayat ke apa..
kalau gitu jadinya..sadis sangat
anak2 dia kecil lagi,macam tak logik suami nak lari gituh jer
walopun mmg ada jantan tak guna tak mo bertanggung jawab jaga anak blah gitu jer
tapi dlm kes ni rumahtangga dorang mmg xda masalah kan..
dan suami pun menghilang tetiba gitu je bukannya hangkut pakaian ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2013 09:15 AM | Show all posts
Sesat dihambat bunyi pelik

Jitra: Doa seorang isteri agar dipertemukan semula dengan suaminya menjadi kenyataan apabila lelaki terbabit yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu akhirnya ditemui dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan Kampung Banggol, di sini, Rabu lalu.


  Dalam kejadian  jam 11 malam, seorang penoreh getah Mohd Asri Hamzah, 38, dilaporkan hilang ketika berjalan kaki bersama seorang rakannya untuk pulang ke rumah selepas menjala ikan di tali air yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mangsa di Kampung Perupok, dekat sini.

  Isteri lelaki itu, Roziana Tajudin, 27, berkata, dia menerima khabar gembira apabila rakan suaminya datang memberitahu mangsa ditemui di tepi jalan kira-kira jam 2 petang Rabu lalu dalam keadaan tidak bermaya kira-kira empat kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang.



  Katanya, suaminya sempat menceritakan semula kejadian sebenar yang berlaku selepas dia dikejar bunyi pelik di kawasan kebun getah pada malam kejadian menyebabkan Mohd Asri melarikan diri menuju ke rumah rakannya menyusuri hutan berhampiran.

  “Pada mulanya saya hampir putus asa kerana selepas dua hari operasi mencari suami dilakukan di sekitar kawasan kampung dan hutan berhampiran menemui jalan buntu tetapi alhamdulillah dia akhirnya ditemui dalam keadaan selamat.

  “Dia memberitahu dia mula tidak sedap hati ketika sedang menjala ikan bersama Mohd Suhaidi Md Zuki, 21, apabila terasa ada ‘sesuatu’ mahu menangkapnya menyebabkan dia mengajak rakannya itu pulang walaupun gagal memperoleh hasil tangkapan ikan.


  “Sepanjang di hutan, dia hanya berlindung di bawah jambatan dan tidur di tempat yang selamat tetapi ketika itu dia berada dalam keadaan separuh sedar malah tidak berapa ingat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

  Roziana berkata, sejurus ditemui, penduduk kampung membawa suaminya yang ketika itu dalam keadaan letih dan tidak terurus pulang, malah terdapat kecederaan kecil di kedua belah kakinya berkemungkinan akibat meredah hutan pada hari kejadian.


  Katanya, dia bersyukur kerana suaminya ditemui selamat dan ia memberi cahaya semula kepada mereka sekeluarga termasuk anak tunggal mereka, Muhammad Azri Azwad, 4, untuk meraikan Aidilfitri nanti.

  “Sebelum ini saya risau keselamatan suami hinggakan tidak berselera untuk makan serta sukar lelapkan mata tetapi sekarang saya sangat gembira,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/20

p/s bunyi cam alien ker?

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 09:31 AM | Show all posts
bukan org yg sama kan? yg hilang suami, nor hamizan. isteri nurul huda n ank 2 perempuan.
yg dijumpai mohd asri hamzah, isteri rozana tajudin n ank lelaki tunggal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 09:37 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 20-7-2013 09:15 AM
Sesat dihambat bunyi pelik

Jitra: Doa seorang isteri agar dipertemukan semula dengan suaminya men ...

bukan org yg samalah..


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 09:42 AM | Show all posts
mmg bukan org yg sama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
entahnya....
kes yg kat thread tu, hilang pkl 2 pagi.......
isteri cari sampai ke siam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2013 10:15 AM | Show all posts
Suami2 yg hilg dua2 dr Jitra
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Di kidnap awek lombokkah, bahye tul skang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2013 11:09 AM | Show all posts
jitra nie tmpt somi ilang ker?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 11:22 AM | Show all posts
kena pukau dan di larikan  minah indon kot......
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes kedua dengar bunyi pelik mcm ada org nak tangkap dia tu apalahh..alien?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bertambah peliknya hilang yang lain jumpa yang lain..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054037 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list