|
Shuib Redha, Ibu Siti Sarah Pergi Dengan Tenang
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto Ehsan Instagram Shuib (@shuibsepatu)
KUALA LUMPUR, 26 JUN 2013: Setelah beberapa tahun melihat keperitan dan kepayahan ibu mertuanya, Nooraini Mohamad, 56, menanggung penyakit 3 serangkai (Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung), akhirnya pelawak Shuib merelakan serta redha apabila nyawa ibu kepada penyanyi, Siti Sarah itu diambil untuk selamanya pada 6.35 pagi tadi.
Shuib berkata dia lebih rela melihat nyawa ibu mertuanya diambil daripada melihatnya terseksa menanggung penyakit berkenaan sejak 3 tahun dia mengenali keluarga isterinya itu.
"Saya mewakili Siti Sarah yang sedang bersedih di atas pemergian ibunya berasa lega apabila melihat ibu mertua saya pergi dengan keadaan yang sangat tenang di Hospital Ampang Puteri, pagi tadi.
"Memang sejak 2 hari ini, kami meluang masa yang lebih kepadanya selepas melihat keadaannya yang sangat kritikal.
"Malah sejak saya mengenali Sarah sekaligus ibunya 3 tahun lalu, saya sudah melihat keperitan dan kepayahan ibunya menanggung sakit itu dan saya rasa saya sendri tidak tertanggung bila melihat dia menderita.
"Jadi bila dia menghembus nafas terakhir pagi tadi, kami sudah rela dan redha dengan pemergiannya kerana kami sudah tahu usianya tidak panjang lagi dan sudah bersedia menerima ketentuan daripada Tuhan," katanya yang dihubungi murai.com.my
Ibu Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang Puteri itu akan dikebumikan di Gombak kira-kira jam 12 tengah hari ini.
Shuib yang aktif dengan laman sosial Twitter dan Instagram miliknya bernama shuibsepahtu itu berkata sejak ibu mertuanya kritikal dan berada di ICU 2 hari lalu dia menggunakan media tersebut untuk meminta doa daripada pemiant dan rakanya.
"Saya tahu follower Twiiter dan Instagram saya ramai, jadi saya guna media itu untuk mereka mendoakan ibu mertua saya sejak dia sakit kritikal sehinggalah dia menghebuskan nafas terakhir.
"Ramai juga yang mendoakan kesihatan ibu mertua saya sebelum ini, dan bila dia sudah kembali kerahmatullah ramai juga yang bersedekah al-Fatihah untuk arwah.
"Saya harap arwah tenang di sana dan kami mendaoakan semoga rohnya dicucuri rahmat," luahnya lagi.
Shuib dan Siti Sarah telah bernikah pada 26 Ferburai 2011 dan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alqarni berusia setahun 6 bulan dan Dzahira Talita Zahra yang abru berusia sebulan.
Credits: murai.com.my |
|