CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Kakitangan kerajaan tidak berubah sampai kiamat?

[Copy link]
 Author| Post time 3-6-2013 07:30 AM | Show all posts
aku tringat kisah Jalil akauntan Bank yg amanah kena bunuh kat Hong Kong..........

yg akauntan perangai cam mangkuk hayun  x dibuang keje...

yg amanah pula dibunuh......................

dunia nak kiamat.............

aku nak tido..................aku bukan keje kerajaan..aku nak tido jam bp,masuk opis jam bp,ikut suka aku......


"JANGAN LAYAN PORUM  MASA BEKERJA WAHAI KAKI TANGAN KERAJAAN "
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 08:34 AM | Show all posts
mslh pegawai kerajaan neh dari jaman tok kadok kot.. sbb kerajaan neh mmg tak perlu
jaga hati kastemer.. sbb kastermer msti mau carik depa...len mcm swasta.. kita yang carik kastemer
sbb tu attitude tak boleh berubah

tp siyess ada je jmpe yg bagoih... mgkn itu kesedaran dari diri dia sndrik .. mgkn dia rasa cemana
bila org treat dia mcm sampah kan? papepun mende neh trpksa kita harung .. by hook or by crook..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 09:11 AM | Show all posts
genchi posted on 3-6-2013 08:34 AM
mslh pegawai kerajaan neh dari jaman tok kadok kot.. sbb kerajaan neh mmg tak perlu
jaga hati kast ...

Maaf Gen..........

i'm really dissssssapppppppppppppppointed with goverment servant...........

hatta nak bayau lesen pun dilayan spt pengemis  sdgkan kita nak bagi wang kpd mereka......

bila dengau kisah Zul Robot dilayan spt anjing kurap oleh pegawai Melayu  bertambah2 aku naik angin...sdgkn beliau anak Melayu yg perlu dibantu agensi kerajaan...

kalau dia berada di Korea atau Jepun,myb skrg dah bilionair.........................






Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:14 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 3-6-2013 09:11 AM
Maaf Gen..........

i'm really dissssssapppppppppppppppointed with goverment servant...........
...

its ok

samelahh gen pun.. kdg2 bila terpksa berurusan dgn gomen neh
rasa mcm stress je nak ke upis2 gomen neh
kita plak mcm sengih2 terhegeh2 ngan depa..
depa plak layan kita cam harom sgt.. kene yg ok tu bagoihlah
kene yg tak ok.. dia buat kita cam bebudak nak marah2 plak
beselah bukan kita slalu sgt nak berurusan kdg2 kita taktaw sistem depa cemana kan?

papepun owang gomen neh dah mmg itu mentalitinya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 09:20 AM | Show all posts
genchi posted on 3-6-2013 09:14 AM
its ok

samelahh gen pun.. kdg2 bila terpksa berurusan dgn gomen neh



When i met Tun at Yayasan Bukhari,i asked "Why Chinese gain succes?"

He replied "They are hardwork...had a good attitudes.........we must learn form them..."

aku cam nak nangis dengar cerita Tun bgmana beliau tolong Melayu tp Melayu sendiri x nak berubah..

Pegawai kerajaan kena terbuka terima kritikan...........Mereka kena sedar   hampir 90 % cukai pendapatan dibayar oleh peniaga dan pekerja syarikat swasta....

Cukai pendapatan itulah yang membayar gaji mereka............



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:24 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 3-6-2013 09:20 AM
When i met Tun at Yayasan Bukhari,i asked "Why Chinese gain succes?"

He replied "They are h ...

inilah meLAYU.. mmg bangsa kita begini.. mcm bangsa arab.. bangsa yg degil n keras kepala.. kita plak bangsa yg layu.. huhu
sesuai skali dgn namanyaa...
smpi bila pun tak boleh brjaya.. sbb inilah melayu sebenar... mmg takkan ilang didunia.. yakni perangai azali org melayu
brjaya skit di kutuk.. bengkrap di caci.. ckp english skit over kononnya.. ckp melayu bodoh.. ntah la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2013 10:00 AM | Show all posts
Terima je le kenyataan wahai gomen servant oii...
Bahawasanya memang banyak kaum2 kamu itu tidak menjalankan tugas, tanggungjawab dgn amanah & berdedikasi. Tau maksud amanah & berdedikasi tak?  Amanah ialah kepercayaan yang perlu dilaksanakan dgn jujur & bertanggungjawab. Berdedikasi pulak melakukan sesuatu dgn bersungguh2 ye...Bukan sekadar buat keje je lepas tu meroyan kat fb sbb keje banyak la,merungut, mengumpat dan sebagai nye... belum masuk yang curi tulang lagi. Sentiasa ingat, korang ni org yg beruntung sbb bekerja dgn kerajaan. Dah tua x payah susah2 nak pikir pasal duit. Pencen tetap dh ade, nak buat loan pun senang, anak bini terbela kalau sakit. Nak sewa rumah pun senang, kuarters ade. Tak payah nak byr sewa 5, 6 ratus. Korang senang je, just fight for your rights semua dapat (CUEPACS ada maaa), tapi yang swasta cmne nak fight? Semua kene usaha sendiri xde sape2 yg nak fight utk kitorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 10:06 AM | Show all posts
cammie1711 posted on 3-6-2013 10:00 AM
Terima je le kenyataan wahai gomen servant oii...
Bahawasanya memang banyak kaum2 kamu itu tidak m ...

..........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 04:52 PM | Show all posts
Memang setuju dengan TT. Pekerja sektor awam harus berubah dan menukar budaya kerja mereka yg selama ini banyak menyusahkan rakyat. Urusan yg hanya boleh disiapkn dalam 10 minit boleh menjadi lewat satu hari, seminggu dan mungkin juga berbulan2. Kebanyakkan urusan menjadi lewat apabila pegawai yang bertanggungjawab tiada mungkin bercuti, cuti sakit dan sebagainya. Bertambah teruk lagi apabila pegawai tersebut dihantar berkursus dlm jangka masa tempoh yg agak lama dan ini membuatkan kerja yg sedia ada menimbun. kebanyakkan pekerja2 kerajaan ni jrg mahu menerima beban kerja/tugas org lain. lebih2 lagi dikalangan senior. x mahu komen lebih2 ttg bab nie. yg ini adalah masalah dr segi sikap pekerja kerajaan sendiri.

sistem perkhidmatan dlm kerajaan sendiri banyak kelemahannya. paling ketara adalah hal2 yg berkaitan permohonanan dan kelulusan. ini kerana ada bahagian2 tertentu hanya membenarkan pegawai2 kanan tertentu untuk meluluskan permohonan. jika pegawai2 kanan tersebut bercuti panjang@ berkursus di luar daerah pastinya melambatkan proses permohonan tersebut. itulah sbbnya segala urusan berkaitan perkhidmatan awam menjadi lambat. pada pendapat aku sekiranya pegawai kanan tersebut yang meluluskan dan membuat sesi temuduga untuk kelulusan lebih baik individu yg meomoh terus sahaja kepada pegawai kanan tersebut. tak payah melalui pegawai bawahan lagi. tapi yg menjadi masalah pula, hanya beberapa sahaja pegawai kanan yg ada dan paling teruk sekali ada seorg sahaja pegawai kanan yg boleh meluluskan permohonan.

Aku sendiri sekarang ini berkerja di dalam perkhidmatan awam tetapi rasa geram dan malu apabila melihat sistem yg ada gagal akibat mentaliti sesetengah pekerja awam ini. Mmg berbeza ketika aku berada di sektor swasta ketika dahulu. Sikap jumud dan takut kepada sesuatu yg baru mmg menyusahkan. lebih2 lagi jika idea yg dimajukan itu dtgnya dr golongan muda yang lebih kreatif dan berinovasi tetapi di bangkang dan ditolak begitu sahaja. Selain itu rakyat sebagai pelanggan pun haruslah juga memberi kerjasama ketika berurusan dengan kakitangan kerajaan ini. lengkap segala borang dan jgn lupa isi segala butiran terperinci. jika dilayan secara tidak wajar oleh kakitangan tersebut adukan sahaja kepada biro pengaduan awam. berikan maklumat lengkap. masa dan butiran kejadian bersama nama kakitangan tersebut. Jika kita harapkan mereka memberikan layanan mesra sapalah mereka dengan cara yg baik. Sebabnya ada juga individu2 yg dtg mendapatkan perkhidmatan dengan cara yg berlagak dgn siap mengugut yang dia mempunyai kenalan dr org2 atasan atau vvip.

walau apa pun sempena 2020 nie nanti , mentaliti kakitangan awam dan sistem kerja mereka harus ada perubahan. itu yg penting. tp jgn lupa adab jugalah.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 05:20 PM | Show all posts
aku pung kijer gomen..So Wat? hader haku kesah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 05:28 PM | Show all posts
AMDTurion posted on 3-6-2013 04:52 PM
Memang setuju dengan TT. Pekerja sektor awam harus berubah dan menukar budaya kerja mereka yg selama ...

aku menulis ikhlas utk perbaiki mutu kerja kaki tangan awam sebab aku selalu berurusan dengan mereka sama ada secara langsung atau x langsung.

Pernah aku bawa kawan aku yg dilayan spt sampah ke pejbt kerajaan ,pegawai layan dia dgn baik sebab aku kenal Pengarah Jabatan tersebut.

Dia pernah sekali ke sana n bengang dgn sikap kaki tgn kerajaan.

Mengenai BIro Pengaduan Awam,yea ia berkesan.Namun bkn semua  mahu buat aduan dan anggap ia "ASAM GARAM KEHIDUPAN"

Sampai nama aku femes kat Ptrjaya............

Aku terbaca buku Biograpi TS Syed Bukhary,dia pernah dapat loan RM5 bilion dr Bank Negara utk projek di Johor masa Che Det  jd PM.aku pun cuba emel kpd Bank Negara.Esoknya aku dah diberi jawapan dengan penerangan jelas sekali.

Sejak wujudnya internet,ribuan emel aku hantau ke pejabat kerajaan bertanya pelbagai perkara,yg balas 1 % sahaja.

Aku emel kpd Pengarah JKM Melaka untuk dapatkan senarai org miskin negeri Melaka sbb aku nak beri kursus percuma kpd mereka (kursus aku buat  yuran RM100-500) bergantung kpd jenis kursus.Bila aku pi pjbt dia jwb  "saya x terima emel.."

aku print screen emel dan campak atas meja dia..trperanjat dia...

aku msh ingat ms zaman belum ada internet,aku selalu tulis tangan je hantau surat kt pejabat kerajaan..............ada jg yg balas...


PR HQ  dr [backcolor=rgba(255, 255, 255, 0.498039)]KPWKM  tepon aku

"Tuan Haji,sy minta maaf bg pihak beliau..sy minta tolong Tuan Haji janganlah saman menyaman .....sy faham Tuan Haji sedih dan kecewa dengan sikap pegawai kerajaan yang tidak acuh dengan  Tuan Haji..Saya mengakui bukan senang nak dapatkan  individu atau syarikat yang mahu beri kursus percuma kpd org miskin...Saya harap Tuan Haji maafkan  dan jika ada apa-apa lagi urusan penting,sila hantar terus kepada Ketua Pengarah di KL.."

ms 2 opis kat KL,skrg dah Putra Jaya.......

aku pernah tepon Mahkamah di Kuantan ,dia layan aku dgn baik.

aku cakap " saya hantar surat kat Menteri,yg jawab pembancuh kopi............"

dia gelak je....katanya u boleh saman tu..mana boleh pembancuh kopi tolong jawabkan surat untuk Menteri...

Rakan 2 bisnes aku ghamai Cina..mereka mmg sedih bila cerita gomen service..."kalu nk cepat,duit kopi"..

hayya...depa ingat org berniaga ni senang ke cari wang?


aku bercadang nak buka syarikat  dan perlukan kelulusan dr Kementerian terlibat  dan  operator berikan nombor dan telefon pegawai.Pagi sampai petang aku tepon x pernah ada org jawab call.Agak2 masa aku call,dia pi berak....dlm sehari bp kali dia berak?

Seminggu aku call dr Isnin sampai Jumaat x pernah ada org jawab....last2 aku pun malas nak call..

aku selalu ke Singapore..wlupun pakai jeans lusuh n Tshirt Pagoda,mereka layan aku dengan baik.Mrk  x pernah tanya

"u ni sape?" "u dtg sini apa urusan penting"

"u ni dr kompeni apa?"   "bp banyak duit u ada dlm bank " dll soalan 2 sampah...


aku selalu ke Singapura urusan bisnes dan membaca buku.Memang aku akui negara mereka maju kerana sikap kerja rakyat mereka dr penyapu sampah sampailah Menteri...


Maaf cakap,layanan Singaporean bangsa Cina lebih baik berbanding Melayu...mgkin Melayu  ni kalau dok kat mana-mana pn pelusuk dunia,sikap mereka ada
banyak kembar seiras..

aku pernah bekerja 2 minggu di Singapura untuk membuat kajian mengapa negara mereka maju dan bersih...

Ms aku apply keje tauke Cina ckp "u ni belajar Universiti nak minta keje low class ka?"

aku jawab " Life is short..we must try to work whatever work......."

Sbb tu bl aku hantau surat rasmi kpd jabatan kerajaan,hujung surat aku tulis " Sekiranya saya tidak mendapat jawapan dari Tuan/Puan setelah 5 hari bekerja,saya akan hantar aduan kepada Biro pengaduan Awam Putra Jaya"

Manusia sampah (mentaliti nak keje senang ,gaji nak  besau,tidak boleh terima teguran) memang akan sentiasa wujud  hatta di negara maju.Lihat shj USA.Wlupun dah lama maju,mereka layan org kulit hitam seperti hamba abdi wlupun perhambaan telah dihapuskan Abraham Lincoln beratus2 tahun lampau..

Malah Michael Jackson pun pernah berkata " I served  as a king because i had talent.They used my talent to  made money..If not..i will be rubbish bcos i'm black  "

Pekerjaan itu adalah ibadat.Jika kita rajin senyum,ikhlas membantu orang awam,layan semua  dengan baik dan berhemah tanpa mengira pangkat,agama,kaum,bangsa,kedudukan  dan sebagainya.Allah swt tambahkan pahala kepada kita semua...

Sifat sombong dan angkuh perlu dibuang.Berapa lama kita boleh hidup?buatlah sesuatu yang akan meninggalkan nama baik selepas mati...

Ada 1 proposal aku hantau dah masuk tong sampah....bila aku buat aduan,terhegeh2 depan cari balik.........................salah 1 pengalaman aku...

what to say?



“Choose a job you love, and you will never


have to work a day in your life.”

Confucius








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 05:30 PM | Show all posts
tagas posted on 3-6-2013 05:20 PM
aku pung kijer gomen..So Wat? hader haku kesah..

ko x kesah,ko boleh blah..................
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 05:45 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 3-6-2013 05:28 PM
aku menulis ikhlas utk perbaiki mutu kerja kaki tangan awam sebab aku selalu berurusan dengan mere ...

dengan statement ini, kalau pegawai dalam perkhidmatan awam tak sentap, diorang memang takde hati dan perasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 06:48 PM | Show all posts
haha..hader haku keysahhh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 07:22 PM | Show all posts
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.

Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja…

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”
Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”
“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan… masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.

Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain…sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, “Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka bersetuju.

Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik…plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.

Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.

Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk….susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.

Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang…

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.

Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham.

Bagi saya ini satu iktibar.

Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu

PERTAMA , janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA , ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA , hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya.

Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin…bukan menuduh. – Edisikini
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 09:03 AM | Show all posts
terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2013 02:53 PM | Show all posts
sebenarnya senang...

kalau rasa terkena.. patut dekat situ juga sound pegawai berkenaan. kalau dia cakap lebih.. suruh panggil bos dia..

maaf nak kata. kalau kita bising kat sini pun.. yang kurang hajar tu bukan tahu nak terasa..

kesian pada kawan2 gomen yang mungkin kerja dengan baik kat sini terasa hati.

dalam islam pun, nak menegur ada adab dan caranya.. bukan macam ni...

sama2lah kita perbaiki diri.. kalau betul orang tu salah, cakap depan2 "cik, susah ke nak senyum?" atau "maaf cik, setahu saya piagam pelanggan kementerian ni begini..begini..begini.. kenapa pula boleh jadi begini?" atau kalau malas sangat nak berbunyik, setahu hest, kat setiap kementerian ada box untuk aduan dan cadangan.. yang penting AMBIL NAMA PEGAWAI BERKENAAN dan make a report atau simple aduan sahaja.

abang saat marah2 macam ni, buat orang lain hilang respect ke abang saat. haaaa kan ada yang apa skang? 1MOCC ? boleh buat aduan kat situ, yang penting macam hest cakap, ambik nama yang berkenaan

bila abang saat kait gaji sampai 52k laaa 20k laaa.. alaaahai... sekiranyalah yang kerani2 pencacai kena bambu bos dan lain2 tu dapat gaji cenggitu, saya rasa relevant kalau abg saat hamburkan gitu. jgn marah sampai ungkit gaji puluhan ribu, sebab puluhan ribu tu yang atasan yang bawah gaji bersih mereka tetap juga tak lebih 2 ribu bang...

cuma pesan hest kat abang saat.. walau kita marah.. jgn kita hambur kata2 kesat, biar orang pandang kita tetap tinggi dengan hormat baru apa kita kata orang pandang dan lihat.. baru orang bantu bagai mana nak bagi aduan dan utarakan pendapat..

abang saat bukan calang orang.. orang ilmuan lagi hartawan.. jadi jangan biarkan kata2 yang keluar  buat hest hilang semua kepercayaan yang abang saat sayangkan melayu melayu tu penuh tertib dan bahasa

maafkan hest abang saat .. harap apa hest kata ni, bukan abang saat sahaja, bahkan hest dan juga kawan2 juga kena manfaatkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 02:56 PM | Show all posts
tagas posted on 3-6-2013 06:48 PM
haha..hader haku keysahhh..

orang2 spesis ko ni ler yang telah merosakan susu sebelanga
biar seluruh alam komplen pun, dengan adanya peel AAK ko ni
sampai kiamat la tetap sama
bimbo

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 03:09 PM | Show all posts
alepmama posted on 4-6-2013 02:56 PM
orang2 spesis ko ni ler yang telah merosakan susu sebelanga
biar seluruh alam komplen pun, dengan ...

Skali lg aku nak jerit "Hader haku keysahhh" haha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 03:11 PM | Show all posts
tagas posted on 4-6-2013 03:09 PM
Skali lg aku nak jerit "Hader haku keysahhh" haha..

semoga Tuhan merahmati kamu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065861 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list