CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Umat Islam sentiasa bersatu. Permulaannya di Masjid.

[Copy link]
Post time 17-5-2013 02:27 PM | Show all posts
orangbesi posted on 16-5-2013 05:32 PM
iye kot

tapi

err...kat chinoz on the park ???

heheheheheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 08:26 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 17-5-2013 02:27 PM
err...kat chinoz on the park ???

heheheheheheh

napa tak boleh ke???

masa aku di kl..
aku join pub2, night club, rumah pelacuran
manusia hanya berkata tempat sebegitu adalah sarang maksiat
tapi bagiku.......RAHMAT TUHAN ADA DI MANA2
SAMPAIKAN walau.........................orang kafir membenci, orang munafik tidak menyukainya

adakah kerana mereka dalam keadaan berdosa, aku kena TINGGALKAN MEREKA???????????????????????????????

org yg berdosa dan mengakui dosa2nya dan sentiasa ingat dan bertaubat
LEEBIH BAIK dr mereka yg perasan berada dalam kebaikan!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 01:25 PM | Show all posts
Assalamualaikum....

Cuba hayati sedalam-dalamnya, apabila kita mendirikan Solat beramai-ramai itu ia sebagai solat berjemaah atau kita sebagai jemaah yang solat?

RasulAllah SAW tidak mulakan dengan solat tetapi dengan membentuk jemaah. Jemaah itu ciri-cirinya adalah
Satu Jisbah/Semangat, Satu Fikir, Satu Hati dan Satu Maksud. Kita sangat-sangat bangga dengan solat berjemaah kita .. tetapi hakikat nya tidak mencapai maksud kerana kita tidak membentuk JEMAAH yang berciri seperti di atas.  Kita hanya solat berjemaah bukannya jemaah yang solat....Itu sebab nya kita lemah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 08:29 PM | Show all posts
orangbesi posted on 17-5-2013 08:26 PM
napa tak boleh ke???

masa aku di kl..

oh tidak tak perlu meninggalkan mereka sebab nanti depa yg panggil  sebab tak ada sparring partner ....sebab itu saya melihat  kegigihan anda dan .....dalam thread thread yg lain ....hehehehee
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 10:15 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 18-5-2013 08:29 PM
oh tidak tak perlu meninggalkan mereka sebab nanti depa yg panggil  sebab tak ada sparring partner ...


puak2 tu...ilmu biasa je
maksiat dr zahir semata2

kalau cam ayah pin tuuu
silap aribulan ...dgn hang sendiri pun tunduk patuh padanya
hang tak dengark ayat power dia tuuuu....cair wooooo dibuatnyaaaa

sekurang2nya..matlamat aku kat sini....tercapai
dapat kenal beberapa guru2 dr pengikut masing2 yg berforum
untuk jadi santapan aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 01:35 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 17-5-2013 02:27 PM
err...kat chinoz on the park ???

heheheheheheh

mind you that this is a serious topic that require serious response, okay?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2013 01:56 PM | Show all posts
GiQ posted on 18-5-2013 01:25 PM
Assalamualaikum....

Cuba hayati sedalam-dalamnya, apabila kita mendirikan Solat beramai-ramai itu ...
Wsalam..
Haku sangat2 setuju yang nih bro.. perkara "dalaman" mesti dikuatkan dulu...bila "dalaman" dah kuat, isu masjid surau kosong dah takde.. dengan sendirinya orang2 islam berduyun2 gi masjid untuk berjemaah... dan tak perlu ajak dan ketuk setiap pintu rumah untuk mengajak mereka berjemaah di masjid atau surau!! so, camana nak kuatkan "dalaman" nih?? any idea?? apa yang boleh kita lakukan???
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 04:37 PM | Show all posts
Sungguh~
"..apabila kita mendirikan Solat beramai-ramai itu ia sebagai solat berjemaah atau kita sebagai jemaah yang solat?.."

dalam solat berjemaah itu sendiri ada masalah..masalah dari 'dalam' diri jemaah yang solat..
tapi apapun ia antara ikhtiar untuk menyatukan ummah..

mengikut konteks zaman ini, mungkinkah jemaah itu perlu bermula dari (kecil)rumah -> (muda)sekolah -> (dewasa)masjid .. ?
atau dgn kata lain didikan jemaah ibubapa -> bimbingan jemaah guru2 -> pengamalan jemaah masyarakat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2013 05:43 PM | Show all posts
obelisk posted on 19-5-2013 01:35 PM
mind you that this is a serious topic that require serious response, okay?

ok. roger ...wow ...ouch..your sense of being serious does not even equate to how 'serious ' i am now...that of course depends on how the latest novel of sophie kinsella ends - I 've got your number hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 10:53 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 19-5-2013 05:43 PM
ok. roger ...wow ...ouch..your sense of being serious does not even equate to how 'serious ' i am  ...

unable to decode the msg, it's beyond me...

earth to syieda! earth to syieda!

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 01:52 AM | Show all posts
habakuk posted on 19-5-2013 01:56 PM
Wsalam..
Haku sangat2 setuju yang nih bro.. perkara "dalaman" mesti dikuatkan dulu...bila "dalaman" ...

Assalamualaikum... Alhamdulillah

Hanya cara mereka yang terdahulu yang kita selalu sebut2 dalam Al-Fatihah yang mampu membawa kejayaan. Ini telah terbukti bila di singkap kembali sejarah bangsa Melayu. Allah ciptakan bangsa dan sudah pasti ada tujuan dan matlamat tertentu. Adakah kita sedar dan faham peranan yang telah Allah berikan kepada bangsa Melayu..? Apa yang berlaku sekarang adalah masyarakat melayu telah mula meninggalkan adat-adat dan budaya melayu itu sendiri. Ada juga yang hanya memperjuangkan Islam tetapi menepikan Melayu. Akibat politik juga bangsa melayu telah terperangkap dan tidak berani mempertahankan martabat bangsa. Hanya bercakap tapi tiada perlaksanaan. Lantang menyeru kepada perpaduan Ummah tetapi kita lupa tentang perpaduan Melayu itu sendiri... Budaya Melayu mampu melahirkan satu kekuatan yang bukan dari dunia. Tetapi kita masih lagi mengejar kekuatan Dunia. Islam itu ibarat Badan dan Melayu itu adalah pakaiannya... Manusia yang di kenali sebagai bangsa Indochina yang menerima Islam sebagai Agama ......lahirlah Bangsa Melayu. Sebab itu Melayu itu wajib Islam, kiranya tidak islam, dia bukan lah Melayu. Kiranya kita nak mendapat kembali kekuatan Islam di benua Melayu ini... kembalilah kepada sejarah bangsa dan memahami peranan ke atas "Mim...Lam-Alif ...Ya... Wau"

Wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 02:32 AM | Show all posts
Zackmaster posted on 19-5-2013 04:37 PM
Sungguh~
"..apabila kita mendirikan Solat beramai-ramai itu ia sebagai solat berjemaah atau kita se ...

Alhamdulillah,

Terima kasih dan saya hormati pandangan tuan. Pada pandangan saya pula solat berjemaah di masjid itu bukan lah ikhtiar untuk penyatuan sebenar. Penyatuan itu hanya berlaku di masjid sahaja dan tidak tersebar atau tersyiar di dalam kehidupan masyarakat, itupun bukanlah 100% panyatuan kerana masih ada konflik sesama sendiri sebenarnya. Selesai solat masing-masing bertebaran dengan hal masing-masing. Apa yang berlaku sekarang dah terbalik, iaitu mementingkan solat berjemaah (kerana itu tuntutan dalam Agama Islam) dari menitik berat tentang perpaduan jemaah itu sendiri. Boleh di katakan masyarakat telah hanyut dan selesa dalam keadaan begitu. Selagi tidak mengikut cara yang di amalkan oleh Baginda RasulALLAH SAW selagi itu lah akan hanyut. Masyarakat Islam akan perasan bahawa apa yang di lakukan itu menepati tuntutan. Perlu kuatkan jemaah kerana dari situlah akan mendapat pandangan dan naungan ALLAH. Cuba tanya Pak-pak Imam (tak semua) kenal ke siapa makmum di belakang nya? Kalau kenal , kenal yang macam mana? adakah hanya kenal nama dan tahu rumahnya atau kenal sehingga kepada keluarga dan kehidupannya. Tanya pula makmum , kenal kah pada Imam? kenal yang sebagaimana? apa lagi kalau di tanya di antara makmum-makmum di dalam solat berjemaah, adakah kenal di antara satu sama lain...?  Perkara-perkara ini telah hilang, konsep jemaah yang telah di amalkan Baginda RasulALLAH SAW dan Sahabat-sahabat RA. Tanpa ini berlaku sampai bila pun umat Islam dan Bangsa Melayu khasnya tidak akan mendapat kekuatan yang sebenar...

Wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 08:46 AM | Show all posts
Kepentingan SOLAT dan Solat Berjemaah

1. Solat ialah tiang agama (HR Bukhari, Muslim).
-Sesiapa yang mendirikan solat, ia menegakkan agama Islam. Sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agama.

2. Solat secara berjemaah di Masjid, merupakan salah satu dari aktiviti MEMAKMURKAN Masjid Allah. Orang-orang yang memakmurkan Masjid Allah, merekalah yang beriman kepada Allah. Rujuk Surah At-Taubah ayat 18.

Kepentingan Bersatu Padu
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada Tali [agama] Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu dengan nikmat Allah menjadilah kamu orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Aali 'Imran, 103)

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:17 AM | Show all posts
salam

Keharusan menjaga persatuan

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تُطِيعُواْ فَرِيقً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ يَرُدُّوكُم بَعۡدَ إِيمَـٰنِكُمۡ كَـٰفِرِينَ

100. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab,
niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman.
وَكَيۡفَ تَكۡفُرُونَ وَأَنتُمۡ تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ ءَايَـٰتُ ٱللَّهِ وَفِيڪُمۡ رَسُولُهُ ۥ‌ۗ وَمَن يَعۡتَصِم بِٱللَّهِ
فَقَدۡ هُدِىَ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬

101. Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu,
dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah,
maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya;
dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬
فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ
كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,
dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan,
maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara;
dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar;
merekalah orang-orang yang beruntung.
وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬

105. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai
dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,


whatever group you belongs ..
Remember .. we are Muslim ..

do not quarrel .. and do not create differences among yourselves ..
Hold fast to rope of God .. and maintain unity in your ranks ..

what regresses never progresses ..

theres nothing wrong for all d'group to congregate as one whole in d'same mosque ..
from here kita memperhalusi .. merapatkan jurang perbezaan dengan meningkatkan
kefahaman kita sedikit demi sedikit .. insyAllah

Group Harmony .. Islam Unity
same as Malaysia ..
Races Harmony .. National Unity

wassalam


p/s ..
Ma'ruf .. segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah
Munkar .. segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:35 AM | Show all posts
habakuk posted on 19-5-2013 01:56 PM
Wsalam..
Haku sangat2 setuju yang nih bro.. perkara "dalaman" mesti dikuatkan dulu...bila "dalaman" ...

kalau bab ketuk pintu rumah aku salute pada geng2 jemaah tabligh yang tanpa mengenal jemu dan lelah hampir setiap minggu mereka gigih mengetuk pintu2 rumah semata2 mengajak mereka2 ke masjid,semoga Allah memberi mereka ganjaran yang besar aminnn....

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:52 AM | Show all posts
GiQ posted on 21-5-2013 02:32 AM
Alhamdulillah,

Terima kasih dan saya hormati pandangan tuan. Pada pandangan saya pula solat ber ...

Setuju~
sbb itu sy utarakan :
mungkinkah jemaah itu perlu bermula dari (kecil)rumah -> (muda)sekolah -> (dewasa)masjid .. ?
atau dgn kata lain didikan jemaah ibubapa -> bimbingan jemaah guru2 -> pengamalan jemaah masyarakat..
kerana ingin mengetahui apakah saranan saudara..
dari manakah permulaannya..?
Kerana TT berpandangan :
Umat Islam sentiasa bersatu. Permulaannya di Masjid.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 04:12 PM | Show all posts
masalahnya sekarang ni, mcm mana nak tarik org Islam kembali ke masjid.... banyak kekangan terutama dari segi masa, tuntutan kerja, gaya hidup etc yg menyebabkan org Islam semakin jauh dari masjid...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:06 PM | Show all posts
sepul posted on 21-5-2013 10:35 AM
kalau bab ketuk pintu rumah aku salute pada geng2 jemaah tabligh yang tanpa mengenal jemu dan lela ...

yup..tabik spring kat geng tuh.. sungguh sabar dan gigih!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:14 AM | Show all posts
Zackmaster posted on 21-5-2013 11:52 AM
Setuju~
sbb itu sy utarakan :
kerana ingin mengetahui apakah saranan saudara..

Alhamdulillah,

Maaf...Iya betul, saya sangat setuju dgn saranan dan pandangan tuan. Bermulanya kekuatan sesebuah organisasi itu adalah dari rumah, iaitu keluarga. Di rumah lah kita membentuk satu jemaah kecil di mana suami atau ayah menjadi Ameer kepada keluarga. Andainya jemaah kecil di rumah ini mangamalkan apa yang di ajar oleh Baginda RasulALLAH SAW nescaya akan tiada masalah yang rumit dan bila semua keluarga yang beragama Islam mengamalkan perkara yang sama di rumah masing-masing bermakna akan tiada masalah berat yang timbul bila di satukan sebagai jemaah yang lebih besar. Antara perkara-perkara yang perlu ada dalam pembentukan jemaah adalah Taat,  Jujur, Syukur dan Sabar terhadap Ameer atau ketua. Di sini lah Dalil kita sebagai hamba ALLAH yang Taat, Jujur, Syukur dan Sabar. Antara kepincangan yang berlaku di dalam institusi keluarga itu adalah memenuhi tuntutan empat perkara tersebut. Akibatnya dalam jemaah yang besar juga akan berlaku kerosakan, kerana tiada budaya yang di pupuk dari jemaah kecil ini.

Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 01:38 AM | Show all posts
obelisk posted on 21-5-2013 04:12 PM
masalahnya sekarang ni, mcm mana nak tarik org Islam kembali ke masjid.... banyak kekangan terutama  ...

Alhamdulillah,

Nak tarik org ke masjid tak susah... buat je makan-makan ... kambing panggang ke , sure ramai yg datang... hehe. Pernah pergi gereja tak? kalau tak pernah cuba tanya kwn2 yang  pergi gereja tu.. bgaimana keadaan dan pengamalan di gereja .. dan kita lihat pula bagaimana keadaan masjid-masjid kita. Dari segi pengamalan Surah Al Maun ... percaya atau tidak, kita dah jauh di tinggalkan olah puak-puak ini.... Apa  yang saya nak luahkan adalah ... masjid-masjid kita sendiri tidak sampai kepada tuntutan sebenar nya.. akhirnya, mereka-mereka yang ke masjid tidak dapat mensyiarkan kecantikan Agama Islam di mata masyarakat dan dunia.. (tips- nak tengok bagaimana Hati mereka yang ke masjid-masjid sesuatu tempat itu , lihatlah Tandasnya). Di zaman Baginda RasulALLAH, masjid adalah tempat tumpuan untuk segala macam perkara... Ruang dalam masjid sebagai tempat Solat dan Ibadat, Madrasah sebagai tempat sumber Ilmu dan Pengkalan atau tempat khidmat di mana segala permasalahan di bincangkan di sini.. Bila masjid sebagai tempat tumpuan dan sumber maklumat tiada lagi masalah yang tidak ke masjid. Bagi saya Institusi Masjid itu kena perbetulkan dahulu... cuba tengok mereka-mereka yang ke masjid ... tengok betul-betul pada wajah mereka , ada nampak keceriaan tak? andai ke masjid pun tak ceria ibarat tiada perasaan terhadap yang ESA. Macam terpaksa, kerana masyarakat Islam pergi so pergi lahhhhh...
Sebagai makhluk di bumi pastinya terdapat pelbagai halangan dan rintangan untuk hidup di sini. Mungkin kita tak sedar siapa pentadbir Dunia ini... Kita sebenarnya di bawah pentadbiran satu kuasa besar yang di katakan tuhan di dunia iaitu Golongan Illuminati. Mereka-mereka ini mengawal dunia sebenarnya. Mereka menjadikan kita hamba dan perlu mengejar kepada dunia. Andai tak kejar kita akan tertindas dan di tindas. Sebagai manusia biasa , jangan mimpi kita bole melawan mereka....
Apa yang di bawa dan di tinggalkan oleh RasulALLAH SAW adalah untuk memecahkan cengkaman-cengkaman dari mereka ini... Percayalah dunia ini Penjara bagi Hamba Allah, andai kita tidak hati-hati pada keperluan-keperluan dunia , dan sentiasa mengikut, kita akan di tarik olehnya...terikat padanya...di cengkam olehnya ...di ancam olehnya.... hingga tiada lagi ruang untuk kepada DIA. Masa yang ada tinggal untuk NYA, hanyalah sisa-sisa lebihan dari kerja dunia ...

Wallahualam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.359447 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list