CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rosemary70

Bisnes Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Di Rumah

[Copy link]
Post time 10-5-2013 09:51 PM | Show all posts
Saya kat uk skrg tgh pikir nak menjual barang secara online..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2013 10:07 PM | Show all posts
Sy cuba sebaik mungkin balancekan online business dgn urusan rumahtangga..

Walaupon Ada sikit2 kemahiran baking cake(sempat pergi beberapa kursus semasa masih keje mkn gaji dulu) ttp kekangan masa tidak mengizinkan utk sy bersilat kat dapor ...

priority hntar-amik anak sek/kafa & homework di waktu mlm(selain urusan harian di rumah)...so in between sy gunakan utk update produk-packing-pos laju
order..bisnes online sy simple jer iaitu produk yg sy mkn @ pakai..alhamdulillah,sudah Ada regular cust.sekarang..

Ni dh nk tiba bulan puasa insyaallah akan masuk tahun ke-2(secara serious) kerjasama dgn husband(husband dlm bidang
grafik) akan menyiapkan tempahan hamper hari raya...bermula tahun ni jugak alhamdulillah,mendapat kepercayaan utk organize birthday party anak2 saudara terdekat..

Byk sebenarnya cabang bisness yg buleh dilakukan oleh wanita di rumah..cuma Kena pandaI bahagikan masa supaya urusan rumah tangga tidak terjejas...keizinan suami jugak penting & insyaallah suami pon akan support & ringan tulang utk
membantu..amin...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:55 PM | Show all posts
nk buat butik pengantin..sbb suke tgk brg pengantin..tp xde idea la
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 12:32 AM | Show all posts
Cuba buat masakan... kalau pandai buat asam pedas kan. kau buat lah asam pedas hari pun tak apa...

pastu iklankan asam pedas tu untuk sesiapa yg nak buat makan makan kat rumah ke ofis ke, buat delivary sekali. best woo...

sediakan untuk dua orang pun tak apa, mana suami isteri yg penat balik kerja, malas nak masak, malas nak makan luar, orang macam ni lah kita promot. pukul 8 siap asam pedas sampai kat rumah dia. Mulakan dgnkawasan dekat je dulu. setakat deliveri kat jiran jiran tak ada alasan sapa nak jaga anak kat rumah.angkut je sekali. 10 minit je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:48 AM | Show all posts
mamarilia posted on 10-5-2013 09:51 PM
Saya kat uk skrg tgh pikir nak menjual barang secara online..

that's what i did masa study kt UK
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:05 AM | Show all posts
AzzaAzman posted on 13-5-2013 12:32 AM
Cuba buat masakan... kalau pandai buat asam pedas kan. kau buat lah asam pedas hari pun tak apa...
...

saya penah fren dengan budak ni kat FB dia beniaga nasik ayam secara online je. siap buat penghantaran everyday kat area umah dia je lah. pastu harga nasik ayam dia sama je dgn kita beli kat kedai. tp saya memang salute la yg buat masakan secara online ni hehe.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2013 01:16 AM | Show all posts
ninnamina posted on 14-5-2013 11:05 AM
saya penah fren dengan budak ni kat FB dia beniaga nasik ayam secara online je. siap buat penghant ...

wah pandai daia. dia patut jadi contoh kepada wanita/ibu tunggal/pngangur yg ada di luar sana. Saya rimas dgn wanita yg suka meminta minta bantuan tapi bangun tidur pukul satu petang hehe. Memang ada ya. Lepas tu mngeluh hidup susah.Kita sebagai wanita kena bijak cari peluang. Tak perlu SPM 10 A baju boleh cari duit kan. gunakan anugerah ALLAH bagi tu, kita ada tangan kaki, nak seribu daya, xnak seribu dalih.

Di PPR Falt, rata rata yang jual nasi lemak (walau xsedap) pukul 7 pagi dah tercongok tepi tangga. Tapi mereka bukan warga bumiputera, tetapi pendatang seperti Boyan, Banjar, Jawa dan sebagainya. Di mana kita pagi hujung minggu itu? Bangun tengahari Tengok melodi...

*Bercakap mngenai diri sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:24 AM | Show all posts
Bule bela anak org, bukak tuisyen class gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 01:21 AM | Show all posts
impian aku nak buat online bisnes dr umah,....
baking membaking nih hobi aku so, aku rasa kalo nak bisnes cheese tart or cupcake skarang pon ok,..
or ambik tempahan dr tempat2 yg dekat dulu ker,...
tp realitinya, walopon aku fulltime housewife aku mmg takde masa nak buat semua tuh,...
masa aku d abiskan utk anak2 n somi,...
so, maknanya lepas nih aku kena blajar bagaimana nak meluangkan sedikit masa utk mencari duit lebih....

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 07:44 PM | Show all posts
jual tudung, baju atau buat kuih
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 04:15 AM | Show all posts
setakat ni sy ambik tempahan buat spageti sos ready made. sos je tau. so far ok lah.. nak try buat online tak tau kat mana nak start. nak memperkembangkan bisnes sos spageti ni lagi sbb minat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 04:17 AM | Show all posts
AzzaAzman posted on 15-5-2013 01:16 AM
wah pandai daia. dia patut jadi contoh kepada wanita/ibu tunggal/pngangur yg ada di luar sana. Say ...

kann... setuju sgt. sebenarnya peluang sangat la banyak. tak payah tgk jauh adik sy sendiri pun mcm tu..
sy pun kadang2 lalai
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 03:59 PM | Show all posts
7 sebab kenapa gaya hidup internet begitu bagus

1. Kerja Di Mana Sahaja Anda Suka
Tidak kita lah anda nak kerja di dalam bilik tidur ke, dapur ke, taman, kebun, di tepi pantai. Tiada kawalan untuk anda bekerja, terserah kepada anda mengikut keselesaan anda.

2. Bangun Tidur bila-bila masa sahaja yang anda suka
Oleh kerana tidak lagi ada BOSS yang nak jaga dan lihat kerja kita maka anda boleh tidur dan bangun bila-bila masa anda suka. Tapi pastikan anda produktif dalam bisnes online yang diusahakan, kalau tidur saja tapi tak buat kerja pun tak jadi juga.

3. Tiada pekerja untuk dibayar gaji
Anda tidak perlu membayar gaji pekerja setiap bulan, kerana sekiranya anda menggunakan sesuatu servis di internet, contohnya seperti menulis artikel, membuat link kembali (backlink) ke website anda dan sebagainya, anda hanya perlu membayar mengikut apa yang telah anda tempah. Tidak lebih dan tidak kurang, jadi anda tidak perlu melayan kernah pekerja yang selalu memeningkan kepala, dan anda boleh pilih untuk berkerjasama dengan mereka yang telus dan professional sahaja. Sebagai contoh, laman web seperti Fiverr.com, menawarkan pelbagai perkhidmatan web serendah RM16 sahaja! (US$5)

4. Tiada kedai atau premis untuk disewa setiap bulan
Kedai anda di internet adalah laman web anda, tanpa laman web bererti anda tidak mempunyai kedai, sekurang-kurangnya ada “tanah” untuk anda mendirikan perniagaan anda, tidak kiralah sama ada ianya laman web dot com, blogger, facebook ataupun youtube. Apa yang penting anda perlukan tapak. Jadi apa yang “best” tentang bisnes online, anda tidak perlu sewa yang mahal dan lesen untuk dibayar, kerana anda boleh mendapatkan tapak kedai ada di internet secara percuma ataupun dengan kos yang amat minima sebulan, ada syarikat yang menawarkan pakej menyewa “hosting” mereka serendah RM8 sebulan.

5. Bebas, perniagaan internet boleh dijalan hampir 100% automatik
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membuat follow-up kepada bakal pelanggan anda, apa yang boleh anda lakukan adalah menulis satu set emel yang lengkap untuk dihantar 30 ke 90 hari, dan set emel tersebut boleh anda letak dalam sistem penghantar emel automatic (autoresponder) yang akan follow-up bakal-bakal pelanggan anda setiap hari, seperti seolah-olah anda yang menghantar emel peribadi itu. Jadi disini kerja anda hanya buat sekali, tetapi selepas itu anda boleh lepas tangan. Ini hanya satu contoh, dari segi pemasaran pula, anda boleh memasarkan produk anda 24 jam tanpa henti, walaupun anda tengah tidur atau sedang melancong, agen pemasar yang menggunakan sistem automatic seperti Google Adword akan terus mempamerkan perniagaan anda kepada pelanggan yang mencari produk atau servis anda.

6. Dengan internet, anda boleh buat seberapa banyak bisnes yang anda nak dalam masa yang singkat.
Oleh kerana kos yang rendah, anda sebenarnya berpeluang untuk membina seberapa banyak perniagaan internet yang anda inginkan. Tidak ada had dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang anda untuk membina seberapa banyak pun kedai online. Anda usahawan internet di Amerika Syarikat, boleh menjual produk digital dengan hasil keuntungan terkumpul sehingga US$100 juta. Apa yang dia lakukan adalah dengan memiliki banyak produk dan perniagaan internet yang menghasilkan pulangan yang luar biasa hebat juga.

7. Sesiapa boleh melakukannya walaupun tidak mempunyai pengalaman.
Tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, bijak atau kurang cerdik, kita telah banyak mendengar cerita bagaimana seorang “office-boy” dengan usahanya yang gigih untuk berjaya seperti orang lain di internet, sekarang dia telah mengecapi jualan online sebanyak US$100,000 setiap tahun, itu pun baru tahun pertama dia memulakan perniagaan. Dan banyak lagi cerita bagaimana seorang yang kosong boleh jadi hebat dalam arena perniagaan yang masih baru ini. Semua terserah kepada cara fikir anda, jika anda fikir anda boleh, anda betul dan jika anda fikir anda tidak boleh, pun anda betul.


Mahu Bisnes Online?
Blog percuma yang mendedahkan teknik dan rahsia dalam permasaran dan bisnes online.
Sila layari http://www.gayahidupinternet.com



Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 05:58 PM | Show all posts
4. Jual baju di internet- sebenar kita tak perlu susah payah nak cari pembekal. Guna je kaedah dropshipping iaitu guna perkhidmatan pihak ketiga untuk bungkus dan hantar bagi pihak anda. Anda hanya perlukan gambar produk sahaja. Boleh promote di facebook dan sebagainya

TT
boleh tak huraikan pasal Bisnes Dropship.....
mcm best je dan mc mana nk masuk bisnes ni?

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 07:10 PM | Show all posts
TOPwind posted on 9-6-2013 05:58 PM
4. Jual baju di internet- sebenar kita tak perlu susah payah nak cari pembekal. Guna je kaedah drops ...

dear, dropship ni u jualkan barang orang. U tak pegang stok, u tak post barang. yg hanya u perlu buat adalah promote je kat pesbuk u tu hehehe. Selalunya harga dropshipper akan murah sket dr harga asal.
cth U jd dropshipper butik A, butik A tu still jual gak barang yg sama dengan yg U tolong dia jual ni. harga jual butik A letak RM50, tp harga dropship dia bg U RM40. kat situ u untung RM10. ada gak style dropship yg mark-up harga sendiri. CTH, harga yg butik A tu jual RM50, harga dropship RM40, tp harga u jual RM60, so U untung RM20. selalunya dropship baju, tudung, la untung kot sebab benda tu trend dan bleh mark-up harga. kalau produk kesihatan mcm felinna tu susah la sebab harga pasaran dia fix.
Cumanya bg saya, dropship ni berdasarkan luck gak, mcm saya dropship tudung dr butik ni, tp susah nak laku sebab butik tu sendri dah terkenal kat intenet, so customer beli direk dr dbutik tu je lah hehehe. Yang bagus pasal dropship ni u tak rugi duet pon kalau jualan u tak laku, cuma rugi tenaga, tenet tu je lah hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 03:53 PM | Show all posts
sape nk buat dropship ngan saya.?

saya jual MAAJUN & Habbatusauda madu.

pm sy ye.sy tkde le bg komisen byk,tapi bole la sambil2 online tu cari duit kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 04:28 PM | Show all posts
Hi, saya SURIRUMAH jg. Dulu pernah kerja office hour & selalu outstation, tapi atas sebab-sebab tertentu dah tak kerja. jaga anak dan rumahtangga.

Cadangan saya, kalau nak mula kecil-kecilan, apa kata buat SARAPAN dan minta bantuan SUAMI untuk JUAL DI PEJABATNYA. itupun kalau dibenarkan lah. Tak perlu susah-susah. Buat MENU SIMPLE je. NASI GORENG, BIHUN, MEE GORENG, SANDWICH SARDIN, BUBUR AYAM etc. PELBAGAIKAN menu setiap hari. Tak perlu banyak sangat bilangan setiap hari. Kaji PERMINTAAN PELANGGAN & SITUASI. Rancang juga MENU SEMINGGU. Contohnya, kalau musim cuti sekolah, kemungkinan besar ramai yang bercuti, jadi mungkin tak perlu berniaga atau pun kurangkan bilangan. Kita tak mahu membazir. Kalau konsisten SEDAP, mungkin ada rakan-rakan yang akan buat pre-order. Mana tahu, kalau ada mesyuarat pun boleh tempah dengan anda.

Walaupun ini cadangan saya, tapi saya sebenarnya berniaga secara online je. Produk baju menyusu. Berniaga SARAPAN ni adalah pengalaman rakan saya di pejabat dulu. Isterinya sediakan NASI LEMAK DAUN PISANG. tak banyak lah. Dalam 7-10 setiap hari. Jual pun RM1 je. Kita nak beli pun tak rasa terbeban. Tak pasti pula kalau dia ada hantar di gerai-gerai atau tempat lain. ISTERI pun dapat bantu pendapatan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 04:48 PM | Show all posts
bungakelabu posted on 23-5-2013 04:15 AM
setakat ni sy ambik tempahan buat spageti sos ready made. sos je tau. so far ok lah.. nak try buat o ...

Kalau nak online kan bisnes, ada beberapa cara.

Antaranya buat Fanpage kat Facebook. Percuma je. kita uruskan tempahan. Kalau nak Fanpage yg lebih profesional boleh hire FB Manager. Kena bayar la.

Boleh juga lantik agen@stokis. Anda bagi komisen atas setiap jualan. perlu buat sikit 'terma & syarat' la. contoh, minimum order ke.

Lagi satu, buat website untuk jualan. Upah orang dalam beberapa ratus. Beli domain dan hosting. Sekarang ni kerajaan ada sediakan program GMBO (Get Malaysian Business Online). Program ni bagi insentif RM1000 sekaligus untuk Warganegara terutama WANITA untuk kembangkan bisnes secara online. Ada la beberapa syarat. Contohnya berdaftar dengan SSM (sekarang ni RM50 untuk 5 tahun), ada website yang aktif (.com.my atau .my), ada talian internet yang berdaftar atas nama sendiri atau syarikat & beberapa lagi.

Anggaran perbelanjaan bagi yang dah ada produk:
Daftar dengan SSM : RM50
upah buat website : RM300
Domain & hosting : RM140
Jumlah: RM490

Insentif : RM1000

Baki: RM1000 - RM490 = RM510

Baki duit yang diterima boleh dijadikan modal untuk pengiklanan dan sebagainya.

Harap perkongsian saya dapat membantu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo yer ker. Aku pun bt bisnes on9 mula2 jual rumpai laut tp skrg dah ramai sangat jd aku jual rantai tgn mutiara asli tp limited stok jer la. Kot2 ada sesiapa nak jd dropship rantai tgn nie leh pm aku. Pening pada juga nak bt bisnes per .
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:23 PM | Show all posts
jutawansuri posted on 12-6-2013 04:48 PM
Kalau nak online kan bisnes, ada beberapa cara.

Antaranya buat Fanpage kat Facebook. Percuma je ...

membantu sangattttttt.... thanks for the advice sayang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089223 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list