seek1u This user has been deleted
|
Hari Mulia - Sheila Majid
Oh oh oh...
Tidak sabar lagi ku menunggu
Teman-teman nanti mengunjungi
Di hari nan mulia
Semasa suasana riang bahagia
Tiada ternilainya
Segala kini ku nikmati
Beranika warna hari bergaya
Teman ku semua tiba jua
Indahnya aidilfitri
Meraikan kembali mesra gembira
Kini ku mensyukuri
Di kurniai hari mulia
( 1 )
Kepada Maha Esa
Ku memohon doa
Agar usia kita
Dilanjutkan Ia
Oh oh...
Bila tiba lagi hari mulia
Bertemu kembali kita semua
Indahnya aidilfitri
Meraikan kembali mesra gembira
Kini ku mensyukuri
Di kurniai hari mulia oh...
( ulang dari 1 ) |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza
Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri
Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan
( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa
Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira
Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid
HA:
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )
UR:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )
HA:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )
UR:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )
HA: & UR:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X ) |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Halaman Asmara - Awie & Ziana Zain
Setahun aku lalui
Detik lama kan kembali
Pelita ku nyalakan
Di halaman asmara ini
Sering kali ku renungi
Kenangan mencuit hati
Sedar tak sedar detik itu kembali
Detik tahun lagi
Cinta di bawah cahaya
Dakapan seribu warna
Menerangi indah halaman asmara
Kita berdua
( korus )
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian di hari mulia
Tercurah kasih dan sayang
Menyambut Syawal menjelma
Tapi daku gembira bertemu saudara
Di samping kasih yang ku cinta
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan ( terungkaplah )
Impian ( impian )
Hari mulia
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Manusia Miskin Kaya - Eddynor Ali
Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka
Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka
( korus )
Hari raya orang bersuka
Melawat sanak dan saudara
Tapi aku miskin hina
Berselubung duka
Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka
( korus )
Mereka berpakaian indah
Serba-serbi semuanya mewah
Aku saja sedih hati
Pakaian pun tak berganti
Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
( ulang korus )
Kesalahan diri ku... |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Musafir Di Aidil Fitri - S. Jibeng
Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri
Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri
( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita
Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri |
|
|
|
|
|
|
|
wah!!!
satu abih semua kau paste
|
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Kata nak lagu raya....tu yg aku post tu..
Tp lagu raya yg aku minat jelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah Aidilfitri - Siti Nurhaliza
Di sana apakah
ertinya Syawal
Tangisan dan rintihan
tiada henti
Alangkah
hibanya di Aidilfitri
Di sini hari ini
Lebaran yang dinanti
Sanubari bernyanyi
suci murni
Amalan dirahmati
Sesuci sebersih lebaran ini
Bersalaman bermaafan
Keampunan keberkatan
Berdendang sehalaman
Bersaudara berpanjangan
Yang malang jangan lupa
Ku syukuri Mu Rabbani
Anugerah Aidilfitri
Indahnya hari ini
Mari puji memuji
kepada Tuhan
Titis kasihnya melimpah
seluruh alam
Mari puji memuji
Tuhan yang Esa
Insafi nikmat diberi
di hari raya |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang
Dengar dengar itu
beduk telah berbunyi
sebulan puasa
tamatlah hari ini
lekaslah adikku
hiaskan rumahmu
biar serba baru
untuk para tamu
Jangan kau lupa
ketupat di dapur
rendang di kuali
jangan biar hangus
Cuba lihat itu
kanak-kanak berlari
di halaman rumah
bermain bunga api
Bangunlah anakku pakai baju baru
kawanmu semua
telahpun menunggu
Dapatkan ayahnda
sujud di kakinya
serta jangan lupa
nindamu kedua
Kita bermaafan
dengan keikhlasan
moga bertambah
rahmat dari Tuhan
Dengar dengar itu
takbir sedang bergema
hening dan mulia
di pagi Hari Raya
Komposer: Kassim Masdor
Seni Kata: Rafeah Buang
Artis: Rafeah Buang |
|
|
|
|
|
|
|
Amy Mastura
Bersama Di Hari Raya
Sejenak ku terkenang
Pernahku di perantauan
Kedengaran takbir
Ku rasa sayu di kalbu
Di dalam kerinduan
Hanya ada teman-teman
Yang sering mengusik kesayuanku
Ohh...
Tak terucap kata-kata
Perasaan ini membara
Terasa perbezaan
Tak dapat bersama-sama
( terasa perbezaan ku disini, kau di sana )
Ku sandarkan cita
Syawal ini kita bersama
Di hari yang mulia
Bersama kita semula
Di hari mulia
Bersama sanak saudara
( korus )
Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Syawal ini ku dakap
Dalam suasana keharmonian keluarga
Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Syawal ini ku dapat
Mengucup kedua tangan
Ibu dan ayah tercinta
( ulang korus ) |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu dari penyanyi paling diminati
Jamal Abdillah
Salam Aidil Fitri
Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal
Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang ku lakukan
( korus )
Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Marilah bersama kita saling
Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang
Untuk selamanya
Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka dicucuri
Oleh rahmat Nya
( ulang dari korus ) |
|
|
|
|
|
|
|
M Nasir
Salam Dunia
Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu
Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti
( 1 )
Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan
( 2 )
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
( 3 )
Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan
( ulang 1, 3 )
Inilah hari kita oh...
( ulang 2 3X ) |
|
|
|
|
|
|
|
P. Ramlee
Suara Takbir
Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi
Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci
( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan
( ulang dari korus ) |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu yg paling sadis di dengar bila dekat-dekat nak raya. Tambahan pulak ketika masih di KL. Rasa nak balik kampung jap tu gak.
Sudirman
Dari Jauh Kupohon Maaf
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
( ulang korus )
Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni tiga lagu dari Tok Pah
Sharifah Aini
Hari Yang Mulia
Inilah hari yang berbahagia
Semoga semua dalam gembira
Lama sudah kita nantikan
Lerailah semua jiwa insan
Si miskin kais pagi makan pagi
Tak mungkin dapat menghiburkan hati
Kerananya tak berkemampuan
Alangkah sedihnya mereka
( korus )
Marilah kita berdoa
Sempena hari yang yang mulia
Jangan kita asyik gembira
Oh insaflah pada yang tiada
( ulang korus )
Sempena hari yang mulia ini
Tinggikan budi dan juga pribadi
Dengarkanlah saudara budiman
Laguku di hari yang mulia
Suasana Hari Raya
Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan
Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan
( korus 1 )
Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu
( korus 2 )
Hai... di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya
( ulang dari mula )
Nostalgia Aidil Fitri
Tibanya syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang ku hulur tangan
Di Aidil Fitri
Di Aidil Fitri ku pohon restu
Buat mu kasih di aidil fitri
Mengimbas daku kata-kata mu
Andai ku tiada di sisi mu lagi
Merendam doa
Merendam doa ikhlas dari mu
( 1 )
Sesaat takbir bergema
Selama itu dikau di hati ku
Doa ku kirim buat mu kasih
Di Aidil Fitri ikhlas dari ku
( 2 )
Di hening subuh di pagi raya
Doa ku pohon buat yang tiada
Airmata ku tabur bersama
Terkenang daku
Terkenang daku takbir bergema
Ku tunduk sujud buat mu Kasih
Teringat daku kebesaran Mu
Bulan Ramadan terasa bersih
Di Aidil Fitri
Di Aidil Fitri kita bertemu
( 3 )
Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu Kasih di Aidil Fitri
Terkenang daku cinta yang satu
( ulang dari 2 )
( ulang 3 2X )
( ulang 1 ) |
|
|
|
|
|
|
FatinNabihah This user has been deleted
|
wah... bessssnye tak lama lagi dah nak raya.... :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Artis Artis Sony Music
Warna Warni Aidilfitri
Jemur mengkuang di tengah laman
Siang berpanas malam berembun
Syawal yang indah sudah menjelang
Jauh dan dekat datang berhimpun
Selamat berhari raya
Selamat berhari raya
Dulang berkait sulaman tangan
Buang jerami berikat rotan
Samalah cantik samalah padan
Bertambah seri dengan senyuman
Warna warni di aidilfitri
Warna warni di aidilfitri
Tua muda miskin kaya
Sambut syawal dengan ria
Beranika suasana
Di mana mana berada
Malam bersuluh dengan cahaya
Rumah dihias bagai istana
Sungguhlah indah nampak bahagia
Alangkah damai penuh bahagia
Warna warni di aidilfitri
Warna warni di aidilfitri
Warna warni di aidilfitri
Warna warni di aidilfitri
sumber : liriklagu.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|